Wednesday, November 30, 2011

berat sangat ke mulut kita ni?

salam~

perihal orang kita. ataupun mungkin boleh masukkan diri kita sekali. susah sangat nak cakap apa yang kita nak tapi dalam hati terlalu amat sangat dan sungguh2 berharap orang tahu apa yang kita nak. err...kenapa tak cakap je kalau nak tu?

saya selalu kena dan jadi macam ni. tak tahulah, mungkin bagi orang menyampaikan maksud melalui sindiran itu baik baginya. tapi TIDAK sama sekali bagi saya. oh pehliss...*eww* saya bukan orang yang suka2 main sindir2 ni. cakap straight to the point lagi bagus kot. sekali orang boleh main sindir2 dengan saya, saya boleh balas dengan lebih lagi. sebab tu tak suka sindir2 ni.

err...faham tak apa yang nak disampaikan? macam ni la. anda ada makanan, lepastu semua orang nampak makanan tu. dalam masa sama semua orang lapar jugak. anda tak kisah pun kalau ada orang nak mintak sikit makanan tu. tapi yang berasapnya ialah bila cara mintak tu tak kena langsung dan boleh buatkan mood anda hilang. cara mintak tersebut ialah (contoh) : tak nak bagi sikit ke kat aku?

saya boleh je cakap: tak nak. kenapa? kau nak ke?

tapi takkan saya nak cakap camtukan sebab persahabatan itu haruslah lebih bernilai dari makanan itu. jadi, kita ni pun dengan bengkaknya hati jawab je la *kira baik apa ayat ni* camni: kau nak sikit? ambillah.

hadoiyainyepun *gaya lu tiong malam*..sakit kot hati dengar cakap camtu. bagi saya, ia seolah-olah saya ni bawak makanan tu dengan bangganya dan banyaknya dan muka kedekutnya serta tertulis kat dahi perkataan "aku tak nak bagi siapa2 pun makanan aku ni". sebab bagi saya itu sindiran. kalau nak cakap je elok2. takpe,kan? boleh je. tak payah nak bayar harga meminta makanan tu dengan menyakitkan hati orang. silap2 orang tu ikhlas2 nak bagi makanan tu *kita taktaukan niat orang* terus jadi tak ikhlas sebab cara meminta tu tak betul.

saya cakap camni bukan sebab saya sempurna, bukan sebab saya tak pernah langsung buat camtu. tapi bagi saya, lebih baikkan kita beradab sopan dengan orang dalam meminta ni. kita tak tahu, entah2 orang tu punyalah kempunan nak makan sesuatu, tiba2 kita mintak dengan selambanya, kesian kat orang tu, serba salah nak bagi ke tak. tak salah pun berkongsi jugak kepada orang itu. sebab kita tahu harta kita ialah yang dibelanjakan, bukan yang kita makan. 

it's all about beradab dalam meminta. cuba sekali mintak kahwin kat ayah camni, " ayah, orang dah 19 tahun ni. tak nak bagi green light ke?" sah2 sekejap lagi kepala kau senget sebab kena tempeleng. time tu jangan tanya kenapalah kan. 

so, the point is 'berat' sangat ke mulut kita ni nak ucapkan sesuatu yang baik tanpa menyinggung hati orang? yep, kadang2 kita terlanjur kata. tak apa, kita semua manusia. memang akan tersilap pun. tapi serius, perkara yang dipandang kecik camnilah yang akan trigger saya untuk jadi moody, untuk berkata dengan lebih kasar lagi. tak m0 la camni. saya perempuan. tak manis satu hal, kalau nak buat isteri pun tak ada orang nak tau. Allah lagilah marah kalau saya *kita semua* buat perkara yang ditegah.

oleh itu, marilah kita beradab dalam meminta. tak susah pun. mintak sambil buat muka comel *kalau perasanlah* pun takpe. haha~takut2 kalau kita main terjah2 sindir2 ni orang jadi kedekut pulak dengan kita. 

saya luahkan bukan sebab saya kedekut. tapi serius, saya tak suka dengan cara sebegitu. please, saya tak nak keadaan jadi worst, sebab tu saya minta sangat jangan nyalakan api saya *cewah, ayat macam dalam novel*. tolong3..mintak sangat2.

sekian, luahan saya pada malam ini.

p/s: dah lama nak update blog. ingatkan kotlah dapat update dengan entri yang baik, bermanfaat dan menyeronokkan. sekali entri ni dibauri kemarahan pulak. hmm =(

1 respons terhadap bicara saya:

Solihin Zubir said... [balas komen ini~]

sindiran kpd umum tak salahkan? mcm sy slalu buat tu.. ;-p

yee.. nk meminta, biarlah berbahasa... orh yg nk bagi tu pun, berbesar hati..