Tuesday, May 1, 2018

Si Geraham Sulung

Assalamu'alaikum dan Hai =)

Hari ni aku nak cerita pasal geraham sulung aka gigi geraham kekal pertama. Asyik dengar cerita pasal gigi geraham bongsu je, lama-lama lupa pulak ada geraham lain yang memerlukan penjagaan rapi juga. Kesian geraham pertama ni~anyway, semua gigi geraham kekal kita tak menggantikan gigi susu dan tiada ganti tau.



So, apa yang kita kena tahu pasal dia?

Untuk pengetahuan semua, gigi geraham kekal pertama ni tumbuh lebih kurang umur 6 ke 7 tahun, bergantung pada individu tu. Kita semua mesti dah sedia maklum yang umur 6 bulan sampai 6 tahun ni budak-budak punya gigi ialah gigi susu dan bila masuk je sekolah rendah, gigi susu luruh berganti dengan gigi kekal ialah perkara biasa. Namun begitu, disebabkan gigi geraham pertama ni tumbuh dalam umur 6 tahun gitu, maka ramai yang tak perasan dan tak tahu yang rupanya gigi geraham tu bukan geraham susu yang ketiga, tapi sebaliknya gigi geraham kekal yang pertama.

Gambar dari Google. Nampak tak bawah gigi susu tu ada gigi tengah develop? Itulah gigi kekal kita. Gigi geraham kekal pertama yang tengah nak naik tu, kedua dari kanan gambar. Tengok, dia tak ganti apa-apa gigi tau.

Macam mana nak kenal tu gigi geraham kekal yang pertama?

First, tengok saiz dia. Saiz dia memang lagi besar daripada gigi geraham susu. Kedua, tengok warna dia, tak seputih gigi susu sebab warna gigi kekal secara umumnya kuning sikit berbanding gigi susu. Ketiga, tengok balik umur anak tu. Kalau waktu tu memang dia 6 tahun atau baru masuk darjah 1, haa betullah tu gigi kekal tu.



Kenapa aku dok cerita pasal si geraham sulung ni?

Sebab kami di bidang pergigian kerap jumpa kes budak-budak masih kecil, masih sekolah rendah tapi gigi geraham kekal pertamanya dah rosak dimakan karies. Kesian dan susah hati juga dibuatnya sebab bayangkanlah, gigi tu baru berapa tahun je tumbuh, duduk dalam mulut tapi dah berlubang. Kalau tak diselamatkan dari awal, itu yang terpaksa dicabut. Ketahuilah bahawa sesungguhnya aku paling tak sampai hati nak cabut gigi kekal budak-budak, rasa bersalah pula bila kena break the bad news yang giginya tak dapat diselamatkan. 

Selain daripada tu, bila gigi geraham pertama tu dicabut terlalu awal, ada risiko gigi geraham seterusnya tumbuh senget sebab takde kawan kat sebelah yang tolong guide dia masa tumbuh. Juga, kalau yang dicabut tu gigi bawah, berisiko untuk geraham yang di atasnya 'overerupt'. Bila dah overerupt tu nanti, secara tak langsung mengganggu susunan gigi dan gigitan.

Tengok gigi yang makin turun tu. Nanti kalau makin cecah gusi, kunyah pun boleh sebabkan ulser kat gusi, sakit =(


Aku pernah cabut gigi geraham kekal seorang murid tingkatan 1. Sebelum cabutan, dia tanya pada aku,

" Dr, nanti gigi tu akan tumbuh lain kan?". Aku jadi speechless.
" Tak, gigi awak ni gigi kekal, dia tak ada ganti dah macam gigi susu awak dulu,"
" Hah? Yeke..." Suara dia kedengaran sedih, seolah sesal giginya perlu dicabut. Aku dahlah tak boleh orang sedih-sedih dengan aku ni haa dahlah budak tu umur lebih kurang adik aku lagilah rasa sedih. Huuu ingat kitorang enjoy ke cabut gigi orang sedih tau sebab terfikir macam mana dia nak makan nanti. Lepastu kalau dia besar nanti kahwin dan mengandung, macam mana dia nak makan untuk supply nutrient kepada baby dia? Nak makan macam-macam pun tak enjoy sebab takde gigi untuk kunyah properly.

Jadi disebabkan itulah, kami sangat-sangat-sangat menekankan kepentingan kebersihan gigi sejak kecil. Aku belum ada anak, jadi aku sendiri tak pernah tahu macam mana struggle nak suruh anak gosok gigi. Namun begitu ibu bapa sekalian, janganlah terus menyalahkan anak-anak suka makan coklat, tak nak berus gigi dan sebagainya kalau kita sendiri sebagai ibu bapa tak pernah ajar mereka cara menjaga gigi. Kalau sejak kecil kita dah perkenalkan aktiviti memberus gigi kat anak-anak dan kita pun amalkan juga, insha Allah anak-anak akan ikut dan amalkan benda yang sama, yang secara tak langsung mengurangkan risiko untuk dapat gigi berlubang.

Ada beberapa tips yang aku boleh syorkan untuk pastikan gigi korang betul-betul bersih dan kurang risiko untuk jadi berlubang:

1) Gosok gigi dua kali sehari. Sebelum tidur, WAJIB. Bagi anak kecil yang menyusu sebelum tidur, make sure lepas dia dah lena tu, mak ayah sila bersihkan gigi mereka supaya sisa susu tadi tak melekat kat gigi, yang secara tak langsung boleh mempercepatkan proses gigi berlubang.

2) Berus gigi betul-betul di permukaan mengunyah. Kalau korang tengok cermin, gigi geraham ni kan ada lekuk-lekuk kat atas dia tu. Lekuk tulah yang tolong kita masa mengunyah tapi sebab dia berlekuklah kita kena berus betul-betul, kalau tak sisa makanan yang tersangkut tu akan menyebabkan gigi korang jadi berlubang. 

3) Gunakan ubat gigi berfluorida. Fluorida ni membantu struktur gigi korang jadi kuat dan sihat, ya iklan tv tak tipu memang scientifically proven. Kalau kawasan tempat tinggal korang sumber airnya tak berfluorida, lagilah korang kena guna ubat gigi berfluorida tu. Kalau kanak-kanak umur 2-4 tahun macam tu, guna secalit je ubat gigi budak-budak tu. Kalau 5-6 tahun, guna sebesar kacang je. Takyah banyak-banyak, membazir. Jangan tak guna langsung je.

4) Amalkan berkumur lepas makan, sekurang-kurangnya bersih sikit dari sisa makanan. Tapi janganlah berkumur jeee tak berus gigi tak jadi apa juga.

Setakat ni jelah dulu ya.

*semua gambar bersumberkan Google*