Sunday, September 26, 2010

Menjemput bidadari (lirik) - Dani Setiawan

Wednesday, September 15, 2010

malam ini

salam...malam ni berjaya meng'kidnap' broadband kakak aku dan membuatnya seperti harta aku sendiri.hahaha...sebenarnya,aku nak cakap kat sini yang aku telah transform menjadi seorang yang gila malam ini.entahla....dulukan aku dah janji taknak suka dia lagi dah.tapi aku gagal la.aku benci benda ni sebab buat aku lalai.aku tak sabar nak habis cuti,nak jumpa kawan2 yang boleh bantu aku dengan nasihat yang pelbagai.huhu...sedih laa.....tak nak la macam ni.bukan sikit remaja zaman sekarang yang kecundang dengan perasaan sendiri.aku terfikir jugak...apesal la aku boleh jatuh suka kat dia?dah tu bila nampak je dia segala-galanya adalah keindahan semata.HUISH!!!!pelik....tapi ye la...aku kan tak pernah suka orang selama ni.jadi bila dah tersuka tu jadi camni.hmmm....kena pandai handle la ni...

aku paling tak tahan bilamana aku asyik sebut perkataan yang sama je bila nmpk dia iaitu kacak.hahahaha.....teruk betul.eh sekejap.aku harap xde orang yang jadi 'silent reader' kat blog aku nih...ada yang terbaca ni memang aku nekad nak pindah jauh2...(ini jugak skema ayat aku kalau orang tau aku suka dia).ehem,balik semula pada cerita tadi. sebenarnya pangkat aku dah naik sikit sejak 'terjumpa' page dia hari tu.hahaha....ape ek name tuh dalam english..entah..stalker kot..eisy cam betul je aku ni...oiit cik kak,xlme lg dah la nak muet...boleh lak camtu...okla...sebenarnya tak ada benda sangat nak tulis kat sini.jadi,jap aku nak cari sumting kat iluvislam kot boleh share skit kat sini.

Puasa Enam Syawal | iluvislam.com + discover the beauty of islam

mari le kita beramai2 merebut pahala puasa sepanjang tahun dengan melaksanakan amalan puasa enam ni...oklah..rasa tak ade benda dah aku nak letak sini.wassalam.


Tuesday, September 14, 2010

eid mubarak

salam aidilfitri...maaf zahir batin..huhu..hari ni dah pulang semula ke kolumpo,menandakan tamat sudah raya aku untuk tahun ni....cukup2 la tu..assignment berlambak gila nak buat ni..opps...astaghfirullah,kan dah janji dulu nak ubah cara bercakap..huhu..ampun2...by the way,ni yang nak kongsi sikit pasal raya nih...

aku balik kampung petang last ramadhan hari tu..ayah aku dapat cuti seminggu hujung puasa sampai raya ketiga,so memang banyak la ayah aku masak untuk bawak balik kampung..tambah2 lagi kampung aku dekat je pun.alhamdulillah masuk je maghrib tu,masuk la juga satu syawal.hmm...agak best tapi lebih kepada sedih sebenarnya sebab tahun ni aku banyak tinggal.jadi ramadhan aku rasa kurang bermakna.aku rasa sedih sebab terkenang dulu bulan puasa aku malas2 nk turun terawih,buat kat rumah je.mengaji pun masa kat kampus je.sebab tu aku harap sangat supaya Allah terima semua amalan aku yang tak seberapa sepanjang ramadhan tu.n aku jugak nekad nak istiqamah dengan amalan baik yang aku dah buat dalam ramadhan dulu sampai bila2.insya Allah.

balik semula pada cerita raya tadi,malam raya aku tak buat apa sangat sebab juadah raya banyak yang dah siap,cuma nak kena tengok2 sikit je.jadi lepas basuh pinggan,aku pun melangkah la masuk ke bilik,baca novel.boring tau sebab adik2 n kakak aku juga bersama sepupu aku tengok cerita taiwan ke abende tah kat laptop kakak aku.aku kan tak minat cerita camtu jadi aku pun naik pangkat sebagai kera sumbang malam tu....try pegi tengok tv tapi nampaknya tv bersalji.jadi aku pun tidur awal tanpa menyedari yang baju raya aku belum gosok lagi.ahh..biarlah....zzzz

esok tu bangun cam biasa.api awal skit sebab aku kena iron baju adik2.habis iron tu,aku pergila ke dapur,usha2 makanan apa yang ada.wahhh.....macam2 tau.pastu aku ngan makcik kembarku berpakat nak tolong belah lemang n potong kecik2 (niat sebenar nak makan XD).punyalah kitorang ambik lesung segala bagai nak belah lemang tu sampai terbelah empat jadinya.dah dapat lemang tu apa lagi,aku rembat la beberapa ketul kecik2 tu untuk dimakan bersama dendeng.tau tak dendeng tu apa?tu macam rendang tok la tapi lagi sedap sebab manis.pakai pulak daging batang pinang.mak aku cakap ni makanan orang perak tapi bila aku tanya kawan aku yang orang perak diorang tak tau pulak.aisy,musykil aku.entah la...sebab sedara mara aku yang perak pun bukannya kat merata pun.area2 yang banyak jawa tulah area sedara mara aku.

pastu,petangnya kitorang berasa sangat boring sebab maklong aku xsampai lagi.aku n kakak aku n sepupu n adik2 aku pun berpakat nak pegi tesco semenyih.apa lagi,beraya sakanlah kitorang kat sana.hahaha..bukannya beli apa pun.just aku dok belek2 fail,cari perfume...tu je..

hmmm...kisah sedih di pagi raya.lepas makan lemang ngan dendeng tu,aku muntah tau sebenarnya.aku pun tak tau kenapa tapi memang lepas tu aku takut nak makan.aku jamah kuih raya jer.tu pun fikir banyak kali sebab kepala pening n perut memang rasa tak sedap.takut muntah lagi.masa jalan kat tesco tu pun aku duduk kat medan selera je lepas aku bayar barang aku sementara tunggu diorang yang lain habis membeli-belah.pastu kan,aku boring sangat tau.aku ni memang camni.kadang2 senang betul rasa terpinggir walaupun hakikatnya aku tak dipinggirkan pun.tapi sumpah,memang aku sedih betul.nak cakap kat sini pun rasa malas sebab aku dah kenyang pun makan hati senyap2 camni.hmmm..mende la aku merepek ni...

oklah..sebenarnya nak buat keja tuh ni.nanti la bila2 aku buat entry baru.maaf le entry ni x best langsung.boring pulak tu..salam lebaran.