Showing posts with label pendapatan. Show all posts
Showing posts with label pendapatan. Show all posts

Sunday, January 31, 2016

berhenti membanding

Assalamu'alaikum =)

aku tak tahu kenapa makin hari makin aku sakit tengok media sosial. be it Facebook, Instagram, Twitter etc, aku rasa macam nak delete semua account aku tapi aku ada keperluan dengan semua account tu. macam Facebook, situlah tempat aku nak share nota lecture, dapat info dari group sana sini dan baca benda yang takde kat media elektronik dan cetak. so tak bolehlah aku nak delete dan tak bolehlah jugak aku nak mengelak dari terbaca post-post yang sedikit sebanyak mengusik hati aku.

point kenapa aku kata berhenti membanding ialah terlalu banyak post yang aku baca tentang anak nombor ni baik, orang lahir bulan ni rajin tapi cepat marah, perempuan itu lelaki ini dan sebagainya. ok mungkin sebahagian daripada tu tak boleh dipercayai pun. kita tinggalkan hal itu. yang lebih mengusik aku ialah bila orang dok banding kerja aku lagi susah dari kau, course aku lagi disaster dari course kau.

ya aku faham, kita nak bagitahu orang yang selama ni selalu fikir kita senang. tapi tak perlu up to extent kau bandingkan dengan kerja orang. aku rasa cukuplah sekadar kau bagitahu kesusahan apa yang ada pada bidang kau berbanding kau cakap waktu tidur seorang guru sekian-sekian sedangkan waktu tidur seorang doktor takde. benda berbeza tapi kau bandingkan dari segi yang sama, pada aku tak adil.

aku ada perasaan nak bagitahu semua orang, nak betulkan tanggapan segelintir yang ingat pergigian ni pasal gigi semata padahal kami belajar macam doktor jugak. tapi sekarang aku tak rasa perlu untuk canang setiap masa sebab ada orang tak hairan pun. dan dia tak hairan sebab dia tak duduk bidang kita. mungkin satu masa bila dia ternampak sendiri hakikat sebenar cabaran bidang kita, waktu tu nanti dia akan faham.

semua course susah. semua kerja susah. lahir bulan berapa pun kalau kau tak berusaha jadi seorang yang baik dan bermanfaat, takde beza pun kau dengan orang lahir bulan lain. 

media sosial tak salah. yang salah gunanya kita. orang kata bila kau berhenti membandingkan kau dengan orang lain, kau akan bersyukur dengan apa yang kau ada. tapi kalau kita asyik bandingkan kita dengan orang lain in terms of aku lagi teruk dari kau, kau tu bersyukur sikit, macam mana pulak?

sekadar 2 sen aku. sekarang aku cuma mampu pejam mata jelah, abaikan post-post tu sebab ada benda yang lagi patut aku ambik peduli. 

sekarang tengah gigih memujuk diri sendiri untuk tidak jealous dengan orang lain sebab esok dah start semester akhir so perasaan cemburu tu sangat mengganggu. hati kena tenang nak mengharung last semester ni. anyway, doakan aku ea =D 

Sunday, November 9, 2014

say NO to fake/real braces!!

Assalamu'alaikum =)

niat di hati nak update pasal trip pergi India sebab memori masih segar dan baru balik semalam. tapi tetiba havoc lak cerita pasal fake dengan real braces nih. dah lama aku perati je orang2 yang jual bendalah ni tanpa rasa bersalah siap claim diri sendiri bukan dentist tapi tahu serba sedikit pasal barang2 orthodontic ni.

hello? tahu serba sedikit je kot. pakar2 ortho ni punyalah belajar bagai nak rak sebab nak pasang braces dan bagi rawatan terbaik kat patient2 yang memerlukan rawatan braces ni tapi diorang yang jual fake dengan real braces ni senang2 je bagi orang pasang sendiri braces. itu ialah sangat tidak beretika.

fake/real braces ni dikatakan sebagai satu trend fashion which aku tak faham tang mana fashionnya. jugak sebagai lambang berharta sebab braces ni kan mahal. of course mahal, harga skill seorang orthodontist tu bukannya murah. kena analyse banyak benda supaya gigi dapat digerakkan ke posisi normal dan hasil rawatan yang baik. tu pun ada je kes yang relapse. anyway, aku tak rasa pun aku seorang yang fashionista just sebab aku pakai braces betul =P 

banyak kesusahan yang korang alami bila pakai braces, tahu? dan aku tak tahu sama ada pemakai braces palsu ni rasa ke tak apa yang aku rasa. antaranya ialah:

1) sakit toksah citer la weii. sakit setiap kali doktor ketatkan wire untuk tarik gigi. sakit setiap kali lepas follow up dengan dah dekat2 follow up sebab gigi dah bergerak ke posisi baru.

2) sakit tercucuk wire. alhamdulillah walaupun aku tak pernah dapat ulcer setakat ni tapi trauma bila kena wire tajam tu sangat mengganggu dan menyakitkan. lidah aku pernah terluka tau just sebab nak buang makanan yang lekat kat gigi belakang tapi tetiba tersangkut kat wire paling hujung tu. nak nangis rasa =(

3) makanan lekat. takat sikit2 takpe lagi masalahnya setiap ruang yang ada dia nak lekat. dan susah nak tanggal. kalau boleh setiap kali lepas makan tu nak aje aku lepak kat bilik air berus segala ruang kat gigi aku dengan interdental brush. berus gigi orang biasa 3 minit dah memadai aku 5 minit pun belum tentu. oh, jugak siapa yang senyum dekat aku kalau bertembung lepas makan tu maaflah aku tak senyum balik sebab aku tahu mata korang akan pelik bila nampak makanan lekat kat gigi aku. dah biasa dahhh.

4) paling teruk kalau kebersihan mulut tak dijaga.  kalkulus senang terbentuk, gusi boleh meradang lalu berdarah. sedangkan orang yang pakai braces pun berisiko dapat penyakit gusi. toksahlah tempah penyakit manusia sekalian. pastu dah sakit reti pulak takut2 jumpa dentist?

so, masih rasa braces tu fashion item? 

pastu pastu pastu, aku ada terbaca artikel yang mengatakan fake/real braces ni barang dia tak sterile. haih apa ni infection control pun tak jaga. nanti macam macam boleh jadi tahu? yakin ke barang tu diproses dengan sterilization yang rapi dan benda tu pun betul2 sterile? proses sterile bukan takat cuci2 camtu je tau. so kesimpulannya say NO to fake or real braces ni.

aku bukan apa. aku sedih bila tengok benda ni jadi sebenarnya. in fact benda yang seangkatan dengan ni lah. berapa ramai mengaku reti ilmu bab perubatan bab pergigian ni tapi takde qualification pun. kalau setakat menuntut dengan Google, please clarify dengan doktor2 dan doktor gigi yang bertauliah. kesianlah kat kami yang belajar bertahun tapi pastu ada pulak cakap2 kata " selalu dr memang camtu tapi takyah pun" atau " sebenarnya dr tu saja je buat camtu padahal tak perlu pun," paling geram bila orang cakap kita buat camtu sebab nak duit. dah macam kitorang ni belajar untuk menyusahkan orang pulak. sob sob sob. please lah sangat2. 

oklah. esok lusa ada free aku update pasal trip ke India. ngeh3 kenapa cakap gaya cam ada orang baca je blog ni haha =P

pesanan akhir, ingin aku tegaskan jangan sekali-kali cuba pakai fake braces ni tau. real pun sekalilah unless buat dengan orthodontist. even kalau ada testimoni cakap gigi dia gerak ke makin cantik ke apa, please jangan cepat terpedaya. luar nampak ok takut2 check xray ada root resorption ke apa. dah satu hal lagi. bukan apa, aku sayang korang. mihmihmih. betullah. mohon percaya.

Saturday, August 16, 2014

over

Assalamu'alaikum =)

over atau berlebih-lebihan.

aku baru terbaca sebentar tadi pasal restoran McDonald's kena baling batu. sila maafkan aku yang lambat update berita terkini ni. tapi aku paling tak setuju tindakan baling batu tu.

ini salah satu contoh tindakan yang over. over dalam bercakap pun banyak jugak.

over berlaku bila seseorang tu rasa dia seorang je betul, pendapat dia je yang tepat dan tahu segala-galanya. jugak dia rasa tindakan dia tu akan mengubah hidup seseorang.

honestly boycott is boycott but attitude is still attitude. sila bagi aku dalil yang orang memboikot masuk syurga orang tak boikot atau orang yang kerja kat McD atau orang yang guna produk yang menyumbang kepada Zionis masuk neraka kalau ada. aku tau takde. then tak perlulah kau nak over dalam bertindak. dekan aku pernah cakap, " attitude determines altitude." 

semua orang pun buat kesilapan. silap memilih. tersilap jalan. tapi tak perlulah nak besarkan perkara tu dengan banyak ayat yang maksudnya hanya nak sampaikan " kau salah,aku betul." no need of doing that. lidah sangat senang tergelincir sampai kita lupa yang kita dah ter'umpat'. kalau tersedar, diam sajalah.

aku tak perasan kalau aku terover. kalau ya, please, please stop me. aku seorang yang 'hilang' bila emosi menguasai diri.

terima kasih. saranghae~ *tetiba* 

Sunday, December 8, 2013

ambo nok ngepek ni

Assalamu'alaikum =(

hari-hari bukak surat khabar mesti geleng kepala. kalau tak geleng kepala pun akan beristighfar sebab tak percaya dengan apa yang dibaca. haish, sakit kepala bila memikirkan masalah masyarakat dan negara. 

baru-baru ni baca kes seorang lelaki mati kena belasah sebab tengah curi duit tabung masjid. separuh mati jugak la budak tu dikerjakan. tapi yang saya baca katanya budak tu mengaku dia mencuri. lepastu kena belasah jugak dengan kayu sebab masa polis sampai, ada sebatang kayu jumpa kat tempat kejadian. bawak gi hospital tapi ajal budak tu dah sampai. saya panggil budak sebab umur dia lebih kurang saya.

i wonder why are we being like this? kenapa hati kita kering sangat ikutkan nafsu amarah tu? dan rasanya semua berita yang keluar semuanya kes yang berlaku disebabkan oleh nafsu manusia yang tak dikawal. kes mati kena bunuh, kena rogol, sumbang mahram, mati kena tembak masa rompakan, dan jugak kes orang songlap duit rakyat semuanya sebab nafsu. yang ni pun meninggal kena belasah sebab nafsu amarah.

apa pun alasan budak tu mencuri, biar dia jawab dengan Allah. kita ni siapa nak tentukan hukuman untuk budak tu apatah lagi ragut nyawa dia dengan tangan kotor kita ni? 

sekarang rasa takut nak keluar sebab tak tau manusia yang kita jumpa sambil lalu lalang tu adakah memiliki hati yang baik atau jahat atau sebenarnya syaitan bertopengkan manusia. dan sekarang jadi lagi takut sebab takde siapa yang nak ambil langkah untuk banteras semua ni.

people said to change the world you need to change yourself first. tapi bukan saya seorang, bukan awak, bukan kita je yang kena buat bahkan semua orang. semua orang faham tak. terutama sekali yang berautoriti dan duduk di kerusi empuk di atas sana. tapi nak buat macam mana, yang duduk kat atas pun tak matang lagi so memang harapan nak berubah tu jauh panggang dari api. 

sekarang kalau berangan nak kahwin pun penghujungnya mesti balik ke realiti iaitu kalau aku kahwin dan ada anak kat sini, adakah aku dapat besarkan anak2 aku masa tu dalam suasana yang selamat dan Islamik? sekarang je pun dah entah apa-apa. sana sini boleh jadi tempat keganasan. hatta kat nurseri pun orang boleh jadi ganas. takkan la aku yang dah belajar susah2 5-6 tahun ni nak berhenti kerja jaga anak sendiri? boleh la kalau suami aku masa tu kaya raya 7 keturunan pun tak habis makan. tapi kalau gaji pun ngam2 je nak bayar minyak kereta untuk seminggu, apa cerita? nak tak nak kena kerja jugak la kan. pastu bila aku kerja siapa nak jaga anak aku? haish, lagi pening kepala.

solusi yang aku nampak sekarang: UBAH. kepada pengundi tegar yang pantang dengar perkataan UBAH ni, takyah nak cepat melenting sangat. aku dah letih hidup dalam pening kepala tengok masalah sana sini tak habis2. aku dah letih jugak cemburu tengok negara orang lain yang jauh lebih baik dari negara kita. aku sayang negara aku, tanah tumpah darah aku. aku tak ingin pun nak pindah negara lain sebab aku bukan reti cakap bahasa diorang pun. aku nak duduk kat negara aku sampai akhir hayat aku.

tapi macam mana aku nak buat camtu kalau keadaan masih sama. maksud ubah aku ialah ubah sikap tidak matang kita kepada lebih matang. ubah sikap sambil lewa dan tak peduli kita terhadap orang lain kepada lebih peduli dan ambil berat. bukak mata luas2 dan selesaikan masalah dengan penyelesaian yang lebih rasional dan bijak. cukup2lah bodohkan orang dengan hujah yang tak logik. penat je aku skor SPM tinggi2 kalau aku jadi macam lembu yang dicucuk hidung akhirnya.

dahlah. aku nak siapkan assignment aku. bila assignment siap dan dapat grad dengan baik (aaminn, Insha Allah) boleh la aku dapat kerja yang elok. moga2 kalau keadaan masih sama, aku boleh kerja sungguh2 dan kumpul duit banyak2 dan masa tu mungkin nak tak nak terpaksa jugak aku guna duit yang aku kumpul tu untuk settle down kat negara lain yang lagi baik.

peace. aku mendoakan yang terbaik untuk kita semua.

Tuesday, August 20, 2013

nikmat keamanan yang kita lupa

Assalamu'alaikum =)

maaf zahir batin kerana hampir sebulan membiarkan blog terbengkalai begitu sahaja. disebabkan masalah internet serta laptop yang hanya buat baik untuk waktu2 tertentu seperti menonton running man dan sebagainya tetapi 'hang' secara tiba-tiba sewaktu tengah syok online facebook, maka proses mengupdate blog pun terpaksa ditangguh dari hari ke hari.

apapun, saya dah kembali =D

balik kepada tajuk, insha Allah kurang dua minggu lagi kita rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-56 (kan?). sana sini dah dengar berita pasal kempen kibarkan Jalur Gemilang dan macam-macam lagi.

alhamdulillah, dah 56 tahun kita merdeka dan sekarang pun kita dapat duduk selesa dalam suasana yang aman. kita boleh belajar dengan tenang, pergi shopping kat Jalan TAR tanpa rasa cemas, takut mahupun perlunya memakai baju kalis peluru untuk jalan2 kat situ serta dapat jugak pergi masjid, sembahyang kat situ tanpa sikit pun rasa terganggu.

tapi yang sebaliknya suasana berlaku kat banyak negara saudara-mara kita. kat Syria, kat Palestin, kat Mesir. tengok sahaja kat news feed Facebook. hari-hari tengok gambar2 dengan berita yang buat hati ni tersayat bila menengokkannya. bahkan ada gambar terlalu ngeri untuk ditengok, disebabkan betapa kejamnya umat Islam kat sana diperlakukan oleh manusia-yang-tak-layak-dipanggil-manusia-pun-bahkan-lebih-teruk-dari-binatang. 

bila melihatkan keadaan diorang kat sana, ada rasa bersalah bila teringin nak upload gambar raya dengan baju lawa2 kat Facebook. kalaulah diorang nampak, tentu diorang sedih sebab diorang tak dapat beraya seseronok kita.

ada juga rasa bersalah bila terdetik nak upload gambar makanan sedap2 masa berbuka puasa sedangkan diorang kat sana entah ada makanan ataupun tak untuk berbuka.

ada rasa bersalah sebab tak bersyukur dengan keamanan yang kita rasa.

keamanan yang kita rasa kadangkala jerat bagi kita. disebabkan kita selesa dengan apa yang kita ada, kita lupa pada Pemberi nikmat.

kita lupa lalu kita berhibur sesuka hati. kita membazir sesuka hati. kita berlagak seolah-olah walaupun kita tak ikut perintah Allah, kita masih lagi dapat hidup selesa.

padahal kalau kita ingat firman Allah, Allah dah beritahu siap2 yang Dia bagi ujian ikut kemampuan kita.

sebab Dia tahu kita tak mampulah Dia tak uji kita dengan ujian sedahsyat saudara kita di sana.

bukan sebab Dia redha dengan kemungkaran yang kita lakukan. 

ujian kita berbeza, tapi matlamatnya sama. Allah nak kita kembali padaNya.

dan ujian dalam bentuk kesenangan tu jauh lebih susah berbanding ujian berbentuk kesusahan.

oleh itu, ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran atas nikmat kemanan yang kita rasa. 

sambil tu berusaha untuk berubah kepada lebih baik. sebab Allah bagi kita banyak peluang untuk jadi baik. masa berdoa,selitkan doa untuk saudara kita di sana dan seluruh dunia. selitkan doa untuk kemenangan Islam. 

semoga keamanan yang Allah kurniakan kepada kita tidak sia-sia.

p/s: untuk yang belum tahu, boleh like page Mesir Kini untuk dapatkan maklumat terkini perkembangan yang berlaku di Mesir.



Monday, December 31, 2012

blogger itu daie

Assalamu'alaikum =) 

masuk tahun 2013 ni, genaplah tiga tahun saya berblogging. bermula semenjak lepas habis SPM dan insha Allah akan diteruskan sampai bila-bila, selagi kudrat diizinkan Allah dan diizinkan suami. eh? tak ada kaitan ok yang last tu.

dulu saya tak pernah terfikir tentang tujuan sebenar saya berblogging. masa tu saya cuma nak ada tempat untuk expresskan apa yang saya rasa dan nak mencatat setiap kenangan yang saya lalui dalam hidup serta membacanya semula suatu masa nanti. dalam erti kata lain, saya tak kongsi apa-apa dalam blog ini melainkan perkara yang saya lalui, depresi yang saya rasai dan kegembiraan yang saya mahu ingati sampai bila-bila dan mensyukurinya.

sampailah dah masuk tahun ketiga ni, bilamana ramai kawan yang dah tahu saya ada blog. lagi-lagi bila ada orang tanya, blog kau nama apa? blog kau selalu update tak? dan paling mengerikan bila ada orang mengaku kata "kak pah!!! aku dah baca blog kau!". wah, sebaldi air rasa tersimbah ke badan, segar dan sedar ke alam nyata.

bukanlah saya rasa malu bila orang jenguk blog saya, tipulah kalau kata tak happykan bila tengok nombor kat pageview tu bertambah dari hari ke hari (sebab rasa ada orang yang baca apa yang kita luahkan). tapi ada rasa macam, apa yang diorang dapat dengan membaca blog aku? sia-sialah kalau aku dok menulis selama ni tapi takde bawak kebaikan kepada mereka. sia-sialah kalau aku menulis tapi aku tak gunakan peluang dapat menulis tu untuk ajak orang ke arah kebaikan.

sampailah saya join program ISK (inisungguhkool aka Ini Sejarah Kita). ada hadis yang cerita pasal manusia ni ibarat logam. hadis yang kat bawah ni.



logam ni ibaratnya kelebihan yang ada pada kita. kelebihan yang kalau masa kita jahiliyah bagi kebaikan pada kita jugak bila dah kembali kepada Islam bagi kebaikan kepada kita dan Islam. contohnya, Saidina Umar al-Khattab masa jahiliyahnya sangat menggerunkan dan bila dah masuk Islam, kegerunan orang terhadap beliau memberi kebaikan kepada Islam. semua orang ada logam masing-masing. dan saya, bila orang tanya siapa ada blog, barulah saya sedar yang blog tu la logam saya.

ya, blog ni logam. cuba ketuk sikit skrin laptop anda. ha. ha. dah retak. pergi ganti. haha~maksudnya kat sini, ini kelebihan yang saya ada dan saya boleh gunakannya untuk berdakwah. untuk ajak orang jadi lebih baik. sekiranya saya faham. dan saya rasa saya sangat beruntung sebenarnya bila Allah bagi saya jalan untuk jadi baik. oh, silalah jadi hamba yang bersyukur, cik pah.

jadinya, setiap blogger itu logamnya blog mereka dan kreativiti mereka dalam bidang penulisan. amatlah untung alau dapat manfaatkan kreativiti yang Allah bagi ni dengan sepenuhnya tapi amatlah rugi kalau tak dimanfaatkan. kan kan kan?

doakan saya dapat menulis dengan berhikmah selepas ni. insha Allah saya cuba yang terbaik =D 

juge nk jd blogger yg solehah =D

selamat mencari kebaikan =D jom lumba2 cari kebaikan!! (2:148)

salam ukhuwah,

nawwar hanifah
dentist.itu.daie~
  



Wednesday, December 26, 2012

mak,saya nak pergi usrah..

Assalamu'alaikum =)

anda join usrah? dalam kebanyakan kisah yang saya dengar dan saya sendiri alami, halangan terbesar dalam nak pergi usrah atau program-program sewaktu dengannya ialah keluarga sendiri.

" ipah masuk usrah ni usrah kat mana? under persatuan apa? siapa naqibahnya? buat apa? cerita pasal apa?"

itu soalan yang saya dapat masa saya bagitahu kat famili saya yang saya join usrah. tahun lepas. yang mana lepas tu saya stop kejap.

ada jugak soalan tambahan.

"dalam usrah tu ada tak dia pasang2kan dengan mana2 senior, nanti kahwin ke..ada?"

=,=""""" peluh sebaldi, buang, tadah balik.

tak dinafikan, dulu usrah2 ni zaman dulu2 mungkin tak semeriah sekarang sehingga ada segelintir yang skeptis terhadap perkara ni. tapi tak dinafikan jugak, ada je ibu bapa zaman sekarang ni yang dah join sejak zaman diorang universiti lagi.

masa saya nak join dulu, memang bertubi-tubi soalan saya kena jawab sampaikan satu tahap, takmolah cerita pasal usrah lagi dah kat famili sebab nanti mereka akan terlebih concern sampai saya tertekan. haha~excessive attention disorder. ada tu, saya siap dinasihatkan lagi untuk kalau nak join usrah, join tahun 1 je. tahun depan takyah dah.

sebab tu saya jadi risau nak join program kalau melibatkan hujung minggu sebab nanti tergagap-gagap cari alasan untuk tak balik hujung minggu. ya, rumah saya amat dekat dan kalau boleh diorang nak saya balik setiap minggu.

jadi, apakah penyelesaiannya? saya nak join program tapi dalam masa sama saya tak nak berahsia dengan mak ayah saya tapi dalam masa yang sama jugak saya tak nak keinginan saya membaiki diri kepada lebih baik terhalang. eh, korang faham tak masalah saya ni? hehe~

ada yang saya dengar, pergi je program tu tapi bila cakap dengan mak ayah, berlapik2 sikit. oh, saya tak mahu bercerita banyak pasal cara2 memberitahu kat mak ayah ni sebab takut salah bagi info. tapi lebih kurangnya, macam kita tak bagitahu direct la benda tu.

dan saya tak boleh kalau tak jujur dengan mak ayah saya!! *nangis*

sebab saya risau kalau saya pergi jugak program tu tanpa bagitahu mak ayah saya, kemungkinan untuk berlaku sesuatu di luar jangkaan saya amat tinggi. saya tak doakan benda buruk tapi dalam mencari jalan mendekatkan diri dengan Allah, saya tak nak lupa yang keredhaan Allah terletak di keredhaan kedua ibu bapa saya.

tapi alhamdulillah, tahun ni saya rasa seronok sebab dapat pergi program yang saya nak ikut dan dapat join usrah macam yang saya idamkan sebelum ni =D sebab Allah dah bagi saya jalan iaitu dengan melembutkan hati mak ayah saya memahami keadaan saya yang sibuk sebagai pelajar. jadi, kalau tak balik setiap hujung minggu pun takpe =D

in fact, kalau kita nak join benda camni, kita kena jadi anak yang baik dan tunjukkan akhlak yang baik. buktikan yang program yang kita pergi tu bagi kesan yang positif pada diri kita. jangan sesekali tunjuk pandai atau rasa diri kita lagi baik dari mak ayah kita just sebab kita join usrah, tak macam  mak ayah kita. bak kata Ustaz Hasrizal dalam buku "Secangkir Teh Pengubat Letih", dengan mak ayah jangan tunjuk pandai. senang dapat balasan nanti. tapi, saya pun belum sampai tahap terbaik jugak. saya pun masih dalam perjalanan untuk membaiki diri kepada lebih baik.

anyway, jom join usrah dan dalam masa sama, jom jadi anak yang baik =D meh jadikan famili kita sebuah bulatan gembira insha Allah sampai syurga =D

Saturday, July 28, 2012

bila bercakap pasal kahwin muda~

salam~

semua orang tengah buat apa tu? haha~mengarut. sejak zaman bila entah rajin tegur readers macam ni. apa2 pun, semoga semua orang berada di bawah rahmat Ilahi =)

baru2 ni kita dapat tengok satu video pasal sepasang pengantin baru yang bagi saya sangat muda, kalau dikira dalam konteks umur kebiasaan pasangan berkahwin sekaranglah. kalau kita compare dengan zaman dulu, memang tak terkira atuk2 nenek2 embah2 kita yang kahwin umur belasan tahun. jadinya, disebabkan ini bukanlah perkara yang dilihat biasa dalam masyarakat kita (saya cakap tak biasa sebab boleh kira dengan jari je tahu orang yang kahwin pada awal belasan tahun), makanya saya rasa saya nak bagi pendapat saya.

kalau nak diikutkan kan, setiap benda ada pros dan cons nya. segelintir akan pertahankan yang ini dan segelintir lagi akan pertahankan yang lain. bagi saya, bila mereka dah buat keputusan untuk berumah tangga pada usia muda, mereka adalah orang yang sangat daebak tahu?! kenapa saya cakap camtu? sebab saya sendiri, sebagai budak yang baru nak masuk umur 20 tahun ni pun dalam hati selalu terfikir, dah sedia ke aku ni nak jadi isteri? nak pegang tanggungjawab sebagai isteri, lepastu nanti nak jadi mak pulak. dahlah tak pandai masak lagi, bla3 dan bla3. so, mereka adalah golongan yang memang kamikaze sebab buat keputusan yang bagi saya amat berat pada usia yang amat muda.

lagi, saya dapat tengok yang mereka ni terhindar daripada maksiat, insya Allah. sebab dah ada suami isteri. mereka dah pun lengkapkan separuh agama mereka. lagi separuh tu tinggal nak isi dengan ketaqwaan kepada Allah. bukankah menjadi sangat best kiranya bila separuh tu dah fulfilled, lagi separuh tu sama2 tolong isikan? sweet gitu. tambah lagi mereka ni masih muda dan kita tahu zaman sekarang ni zaman yang tak selamat dah. sana sini zina berleluasa, pergaulan lelaki perempuan pun takde batas dah. jadi, mereka sangat beruntung sebab terlindung dari perkara2 macam tu bila mereka ambil keputusan untuk kahwin.

tapi bagi saya jugak, ada kekurangannya. sebab pada saya, bila kita kahwin ni, kita akan pegang tanggungjawab jaga anak orang. memang rezeki tu Allah dah janjikan kepada mereka yang bernikah. tapi, dalam usia yang muda dan semestinya bergantung lagi dekat parents, bukankah lebih baik kalau kita sabar sikit, kahwin ketika kita dah ada kudrat untuk usaha cari duit sendiri untuk tanggung pasangan kita? nanti kalau ada anak pun, laaaaaaaaaaagi banyak nak pakai duit. kesian dekat mak ayah yang dah pening kepala pasal adik2 kita pun nak pakai duit nak pergi sekolah lagi, tiba2 dapat cucu jadi nenek dan atuk pada usia muda, lepastu mereka jugak yang kena tanggungkan untuk anak tu. tapi kalau dah yang berkahwin muda tu anak orang kaya, saya tak boleh nak cakap apa lagi dah =)

saya tak against kat sesiapa pun yang kahwin muda. serius =D saya respek lagi ada sebab tanggungjawab yang mereka pegang itu amatlah besar. sekadar meluahkan pandangan. ini pun bukanlah bermaksud saya cemburu dekat mereka2 yang kahwin muda tu, saya yang lagi  tua ni tak kahwin2 lagi ke apa. betul. tapi bagi saya sendiri, setakat ni saya harap sangat saya kahwin selepas graduate. sebab saya tahu, sedangkan kehidupan sebagai pelajar pun dah cukup serabut dan buat air mata meleleh2 sampai berbaldi2 dan juga tekanan darah turun naik, inikan kalau saya ditakdirkan kahwin pada usia muda ketika masih belajar. lagipun, yang penting dalam nak membina sebuah rumah tangga yang kukuh ialah foundation agama yang sangat tinggi. macam mana nak jadi kapten kapal kalau ilmu pasal pelayaran belum cukup di dada? yep, sambil2 belayar kita akan jumpa banyak benda baru. tapi, tahu tak pentingnya ada asas at least teori terlebih dahulu sebelum praktikal? jadi, bila ilmu, gabung dengan pengalaman, nanti hasilnya kita akan dapat kemudi kapal tu dengan baik =) insya Allah.

kahwin memang best. orang kata, syurga dunia. rugi kalau tak kahwin. betul. memang sweet bila cinta kita dengan si dia yang disukai semenjak sekian lama disatukan dengan lafaz pernikahan yang mulia (eh, tetiba masuk lagu unic pulak). tapi itulah, hidup kita ni bukannya nak sweet aje setiap masa. ada masa kita akan rasa payau, ada masa pedas, ada masa masin, ada masa masam, ada masa rasa umami, ada masa jugak rasa kelat. pada saya, sweetnya cinta kita tu dengan dia ialah bila kita dengan dia sama2 bertanggungjawab satu sama lain. seronok sangat kot kalau kita dengan dia sama2 saling membantu mewujudkan Baitul Muslim yang diredhai Allah. saling menegur untuk kebaikan, bila ada masalah saling berbincang, dan jugak saling merancang yang terbaik untuk masa depan dan kebaikan keluarga yang sedang dibina.

kahwin bukan sekadar untuk elak zina. kahwin bukan sekadar untuk menghalalkan antara kita dengan dia yang ajnabi supaya kalau dah halal, nanti kalau pergi kampus sama2, study sama2, orang takkan pandang serong. bukan, bukan camtu. kahwin bukannya matlamat. kahwin ni banyak lagi tujuannya. ingat lagi tak tujuh peringkat yang pernah saya cakap dulu? first, Individu Muslim. kalau dah pass yang ni dengan jayanya, boleh proceed ke peringkat seterusnya yakni Baitul Muslim. lepastu, barulah kita boleh bentuk masyarakat Islam yang berjaya dan seterusnya tegakkan semula Islam kat muka bumi ni. masalahnya, kita dah pass ke kat level Individu Muslim tu?

jadi, bersama2lah kita membentuk diri kita sebaik mungkin supaya pasangan kita nanti akan dapat pasangan yang membawa kepada kebaikan, generasi akan datang akan dididik oleh ibu bapa yang sentiasa jugak mengajak kepada kebaikan dan seterusnya kebaikan tu disebarkan pulak kat keluarga mertua kita, ipar duai kita dan jiran2 sekampung mereka (eh?). haha~apa2 pun, umur bukanlah segala2nya. umur bukan indikator untuk tahap kematangan tapi insya Allah yang berumur itu semestinya matang (eh lagi sekali).

kepada yang baru bergelar pengantin, selamat penganti baru =) haha~tetiba endingnya macam ni pulak. doakan saya dapat jodoh yang baik =) banyak lagi benda nak kena siapkan sebelum jadi isteri, ibu, menantu, kakak ipar, adik ipar orang ni. nasib baik kursus kahwin dah pergi. hehe~

last but not least,

sumber:drcinta

btw, thanks for reading =) 

Tuesday, January 3, 2012

antara itu dan ini

salam~

antara radio Era dengan IKIM.

antara Bruno Mars dengan Munif Ahmad (ke Saad Sa'id al-Ghamidy?)

antara Ramlee Awang Murshid dengan novel2 Islamik lain.

antara baju kurung dengan blaus longgar @ t-shirt labuh dengan seluar jeans.

antara balik rumah dengan pelawaan rakan ke program tarbiah.

antara famili dengan diri sendiri.

antara berterus-terang tapi dibauri ketidakpuashatian dengan memendam tapi menambahkan tekanan pada cerebrum.

antara nak jadi baik di kampus sahaja dengan nak jadi baik sepanjang masa.

semua orang nak jadi baik sepanjang masa. saya tak nak jadi baik separuh2. tapi dalam masa sama tak nak jadi orang macam ni,

"ala, ipah tu pakai je tudung labuh, tudung bidang bagai tapi lagu OST the sorcerer's apprentice dia yang paling hafal,"

mungkin saya ada dua watak. tapi saya sedang cuba untuk perbaiki diri saya.

akhir zaman ini yang terselamat hanyalah yang ghuraba' (terasing). tapi saya tak nak terasing sorang2. 

saya tak nak jadi baik sorang2. saya nak keluarga saya pun jadi baik jugak. saya nak saya dan keluarga jadi ghuraba' jugak.

sebab diorang darah daging saya. kalau saya tahu tapi saya tak tegur, dah tentu dosa akan jatuh kepada saya pertama sekali.

ada ketika saya mesti ikut flow diorang supaya saya boleh masuk dengan diorang, rapat dan tahu masalah diorang seterusnya bantu diorang. alamdulillah, diorang bukannya macam kebanyakan remaja yang korang nampak hari ni.

Allah tengok effort, bukan tengok result. dengan itu, saya isytiharkan kat sini bahawa saya pilih famili.

insya Allah, kalau diberi kelapangan, saya akan join program macam tu. sebab fokus utama saya, famili. di samping diri saya sendiri. bukan ke Baitul Muslim tu salah satu daripada peringkat nak mencapai Ustaziatul 'Alam?

Baitul Muslim bukan hanya terbina masa saya kahwin dengan dia, bentuk keluarga kami dengan acuan Muslim, tapi mesti start dengan keluarga yang saya ada sekarang supaya anak2 saya nanti akan ikut apa yang dicontohi oleh embah2 dan paman2 dan tante2 dia.

kalau saya nak start dengan anak2 saya, suami saya nanti, saya takut muncul persoalan lain. persoalan apa, saya tak sanggup nak fikirkan.

so, let's start from now. memang susah nak buang jahiliyah. doakan kita semua kuat. insya Allah. amin.