Showing posts with label resipi budak bujang. Show all posts
Showing posts with label resipi budak bujang. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

creamy cheesy with biskot marrie~

salam~

ini ialah resepi yang mengujakan dan bakal membuatkan parotid gland anda merembeskan sebanyak mungkin air liur jenis serous tanpa anda sedari jika anda terlalu asyik menghayatinya. oleh itu, sila ambil langkah berjaga2 dengan sentiasa memohon perlindungan dari gangguan nafsu durjana.

haha~resepi ni saya baru belajar hari tu. sebelum ni tak pernah makan. first time makan masa dinner fakulti tempoh hari. sangat lazat!!! disebabkan hari tu nak buat iftar dengan member rumah, jadi kakak2 senior telah meminta tolong kami untuk buatkan bendalah ini memandangkan juga kami budak first year dah habis exam. berbekalkan bantuan resepi dari Athirah yang diforward dari kak mira, cubaan pertama saya membuat kuih (kuih ke? dessert kot) ini berjaya walaupun tak sempurna. jom tengok.

*minta maaf takde gambar. memang orang ni pesen buat kerja mesti malas nak ambik gambar*

bahan2 yang diperlukan:

250g cream cheese
1/2 tin susu pekat
buah2an koktail
biskut marrie

sikit je kan? sangat jimat dan lazat =)

cara2 nak buat:

1) pukul cream cheese sampai cair. pastu campurkan dengan 1/2 tin susu pekat tadi sampai sebati. first time saya buat saya campur je terus akibatnya cheese tu jadi berketul2 dan hasilnya jadi tak lawa meskipun rasa tetap sedap gila tahap nak hantuk kepala kat dinding.
2) buat satu layer adunan cheese+susu tadi kat dalam bekas.
3) susun biskut marrie. buat dalam 1 layer jugak.
4) ulang balik step 2 n 3 sampai bancuhan cheese tadi habis.
5) susun buah2an koktail kat atas. syrup dia takyah pakai.
6) masukkan dalam fridge. dah sejuk betul, boleh keluarkan dan makan =D

senang je kan? jugak sangat ringkas sehinggakan boleh dibuat meskipun berada di asrama (kalau asrama korang ada fridge la. kalau takde sila lupakan). tak perlu gunakan api dan tak melibatkan cara2 yang bakal memberi bahaya kepada pembuatnya. 

minta maaf lagi sekali tak ada gambar~anyway, selamat mencuba =D semoga berjaya~

p/s: hari ni birthday saya =) hihi...

Wednesday, February 22, 2012

puding roti permanent premolar

salam~

nama puding tu saya yang bagi. sebenarnya puding roti je. haha~tiba2 je rasa macam sedap pulak bila tambah permanent premolar tu. padahal kalau tahu maksudnya geli oh. ok2. sebenarnya tu nama gigilah. puding rotinya biasa je. dah lama saya berhasrat nak belajar buat puding roti ni atau dalam bahasa umumnya, dah lama saya berangan nak pandai masak itu ini.

oleh itu, mari proceed ke resipinya. kalau korang google pun dah boleh dapat tapi sebab saya seorang yang suka berkongsi, maka marilah kita berkongsi resipi. resipi saya ni lebih berasaskan cuba dan silap (try and error) jadi kita kena bergantung kuat pada naluri kita dalam membuat puding roti ni.

ok, resipinya senang je. murah juga sekiranya korang pandai cari bahan pada harga yang berpatutan. hehe~jom tengok bahan2 yang diperlukan.

4 keping roti (dicarik sesuka hati mengikut perasaan)
2 sudu besar tepung kastard
4 biji telur
1 1/2 tin susu cair (agak2 la..sebenarnya lebih kurang la)
4 sudu besar gula (yang ni pun agak2. kalau rasa kurang tambahlah)
sedikit minyak/marjerin/butter

cara2 dia:

1) pukul telur dengan gula sampai kembang
2) masukkan susu cair. kacau sampai sebati.
3) masukkan tepung kastard. kacau sampai sebati yakni tak ada ketul2 tepung.
4) tuangkan bahan2 yang digaul tadi ke dalam baking tin yang dah disapu dengan minyak/marjerin/butter dan berisi roti yang dah dicarik-carik tadi.
5) bakar dalam oven pada suhu 180 darjah lima kenanga Celcius selama 20-30 minit. sambil2 tu check la dah masak ke belum dengan cara mencucuk puding tu. cucuk sikit je. kalau tak melekat kira dah masaklah.
6) dah masak, keluarkan dan sejukkan dulu. 
7) dah sejuk, boleh dihidangkan dan dimakan bersama keluarga.

senang kan buat puding ni? orang kata sedap makan puding ni dengan whipped cream atau aiskrim vanilla coklat slot lestary tapi saya tak makan dengan semua tu sebab tak ada masa nak beli. sebenarnya sebelum tu ada beli aiskrim vanila dengan lava coklat tapi dah nama pun aiskrim memang tak menyempat tunggu puding masak dah baham dulu aiskrim tu. 

untuk tambahan jugak boleh letak kismis dalam puding tu. terpulanglah pada kreativiti masing2. saya malas nak berbelanja lebih (kedekut) dan baru belajar jadi buat simple2 je. alhamdulillah puding yang dibuat semalam menjadi =) seronok sebab tengok orang makan. tapi sangat berharap dapat buat yang lagi baik lepas ni.

lepas ni nak belajar masak benda lain pulak. sekarang ni belajar masak benda simple je dulu. belum terbuka lagi hati nak belajar masakan Melayu. haha~kalau setakat sardin goreng, tempe masak dengan kacang panjang bagai tu retilah.

sori tak ada gambar. ada snap hari tu tapi malas pulak nak masukkan.hehe~terima kasih kerana membaca =D

Wednesday, August 10, 2011

resipi kek gula hangus~

salam~

hari Khamis minggu lepas ialah ulangtahun hari lahir saya yang ke 19. ceh..tak malu langsung nak mengaku umur berapa. eh, dah penghujung 10-an la. jadi lepas ni tak mahu cakap lagi dah umur berapa =)

selalu sangat masa hari lahir mesti ada kek, kan? saya bukanlah cucu Bill Gates sehingga begitu rajin nak pergi Secret Recipe dan beli kek yang agak mahal tapi oklah sebab rasa dia pun sedap. tapi, sebenarnya saya tak suka sangat pun kek tu. cepat muak. jadi, sempena hari lahir ini saya minta mak buatkan kek gula hangus untuk saya. tahu mak cakap apa lepas tu?

"pergilah buat kek. bahan dah sedia. buat awal, karang kuali tu nak pakai masak benda lain." apakah?

jadi, saya pun memulakan projek "gula hangus" tepat jam 12 tengahari. jadi, saya nak kongsi resipinya kat sini =) cepat, dah habis baca nanti sila ready untuk bold bahagian resipi dan copypaste pada notepad =D

bahan-bahan:

dua cawan gula biasa cap Prai (gula-gula adalah dilarang sama sekali)
dua cawan setengah tepung gandum cap Blue Key (perhatian: yang cap Sauh punya sudah naik harga)
setengah sudu makan soda bikarbonat (kalau tak ada jangan mengada nak ganti dengan aiskrim soda pulak)
tiga biji telur ayam (dibasuh terlebih dahulu, dipecah dan dibuang kulitnya ke dalam tong sampah. jangan sepah2, nanti mak marah)
satu cawan marjerin (tak kisah jenama planta ataupun pelangi)

ok, berikut merupakan langkah bendul untuk membuat kek:

1) secawan gula dimasak terlebih dahulu di atas dapur. biarkan sampai dia dah cair semuanya dan jadi warna merah. agak-agak dah cair tu, masukkan air. tapi jangan sampai melimpah. kacau hingga sebati. jangan cair sangat,ok.
2) pukul 3 biji telur tadi sampai kembang berserta dengan gula yang lagi secawan.
3) cairkan secawan marjerin.
4) masukkan tepung, marjerin dan gula yang dah masak tadi. jangan dilupakan soda bikarbonat tadi. kacau hingga sebati.
5) bila dah dicampur, akan wujud ketulan2 hasil campuran tepung, gula dengan telur tadi. jadi, pukul lagi hingga rata.
6) sekarang, pergi ambik satu baking tin atau tak payah nak bahasa orang putih sangat, pergi ambik satu loyang. sapukan marjerin kat loyang tu supaya nanti kek tak melekat bila dibakar/dikukus.
7) ambik mangkuk yang berisi adunan kek tadi. tuangkan ke dalam loyang dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. 
8) sekarang, kek dah sedia untuk dimasak. boleh pilih sama ada nak kukus ataupun nak bakar menggunakan microwave jenama Panasonic. pandai2lah korang adjust api/suhu dia, ea?
9) setelah masak, bolehlah dihidangkan kepada keluarga dan kalau ada lebih, boleh bagi kat jiran sebelah sikit.

sekian sahaja saya berkongsi resipi. tiba2 jadi semangat nak belajar memasak sebab mak cakap kek yang saya buat menjadi (haha!! berlagak). taklah. sayakan perempuan, belajar tinggi mana pun memasak kena mahir. tapi, minta maaflah kalau resipi tu ada silap. sebenarnya ingat2 lupa ni. nanti kalau ada pembetulan saya edit balik.

selamat berpuasa!! dan selamat mencuba kepada sesiapa yang ingin mencuba resipi ini. kalau salah minta maaf banyak2 tau =)

p/s: nak belajar buat puding karamel dengan puding roti pulak =) maaf, takde gambar. tak sempat nak snap hari tu. tapi kalau snap pun takut mak cakap "apa kenanya budak ni sampai kamera dibawak masuk dapur?"