Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Monday, September 19, 2016

'Afifah dan pengalaman bekerja pertamanya

Assalamu'alaikum =)

ghindu wehh nak blogging. alang-alang tengah ada kat kampus dengan wifi yang laju, ayuhlah kita manfaatkan sepenuhnya ;)

aku dah habis belajar secara rasminya bulan 7 dulu tapi sebabkan ada satu kes belum siap (insha Allah akan habis bulan 9 ni) maka aku masih bergelar pelajar cumanya aku kena settlekan kes tu jelah. bila kena extend gini of course le biasiswa mana dapat dah. so lepas seminggu raya gitu aku pun merayau kat pekan sungai besi tu cari kerja kosong. banyak tempat aku tanya dan tinggalkan nombor telefon tapi sampai bulan 8 aku nak masuk semester balik takde sape pun jawab. maka pasrahlah aku menyambung baki pengajian dengan duit raya. seb baik still dapat duit raya taww

ikutkan aku nak jadi DSA (dental surgeon assistant) atau mudahnya pembantu doktor gigi. tapi klinik gigi yang 6-7 biji kat area rumah aku tu takde vacancy. aku mohon jugak jawatan kat satu klinik ni tapi takde gak dipanggilnya aku untuk interview ke mungkin sebab aku terlalu berterus terang yang aku ni dental graduate kot. akhirnya penghujung bulan 8, mak aku selaku pelanggan setia sebuah farmasi kat rumah aku bagitahu yang farmasi tu cari pekerja part time.

teruja ok. aku saja-saja la pergi tanya memandangkan aku ada sebulan lagi sebab takut dia tak terima aku kalau tak datang kerja atas alasan kena masuk klinik untuk completekan requirement. tapi, tak sangka ok. pharmacist tu dengan senang hati terus bagitahu aku gaji berapa, jadual kerja takyah risau nanti boleh adjust, kalau ada kelas pergi je kelas tu gaji untuk hari tu dia bagi ikut jam. aku cam nak berjoget jam tu jugak punya happynya dapat kerja hahaha maafkan hamba yang naif ni. haruslah first time kerja kot. takde pengalaman tapi alhamdulillah syukur sangat dapat pengalaman ni.

sekarang dah masuk minggu ketiga aku kerja kat farmasi tu. a great experience i must say. pharmacist kat sini baik-baik, tak lokek ilmu, akak-akak staf pun baik gila okay aku silap dia tak marah pun, takpe...katanya lembut. aku suka sangat especially bab ubat-ubat yang biasa orang ambik. satu sebab aku bekerja jugak ialah nak kenalpasti ubat supaya bila patient datang nanti cakap saya makan ubat sekian sekian at least aku tahu. yelah ada orang dia tau jenama ubat je padahal setiap ubat tu ada generic name dia (nama rasmi dia yang satu-satunya) dan brand nama which is jenama, macam yang kita biasalah. selain nama, aku nak jugak korek tips dari pharmacist tu macam mana nak tau ubat sekian bentuk dia biasanya macam mana. sebabnya aku pernah dapat patient yang bila aku nak rekod medication history dia, dia bagi aku sebekas ubat yang dia dah siap-siap kelaskan ikut waktu makan. patient ada hypertension, sakit jantung dan kencing manis so kalau ikut agakan, bolehla  nak agak ubat jenis apa dia makan tapi takkanlah aku nak agak..agaklah weii kena viral kang doktor tak rekod patient's info betul-betul. silap info dah satu hal pastu silap manage naya laa..

anyway, entri ni takde gambar sebab aku takde masa nak berselfie ke apa sebab kerja banyak. customer lak kalau datang menderu tu kadang sampai tak terlayan. letih tapi aku puas hati dengan kerja aku. alhamdulillah, doakan aku terus ikhlas dalam bekerja tau. insha Allah. 

tengoklah kalau ada klinik gigi nak DSA nanti aku trylah apply, dapat pengalaman lain pulak =) yang penting tak duduk rumah terbaring je hehe


Monday, June 27, 2016

Iftar Batch SPM'09

Assalamu'alaikum =)

agak teruja nak update pasal ni sebenarnya haha. well aku kan akhirnya bebas dari soalan 'bila nak habis belajar' walaupun hakikatnya aku taklah sebebas mana pun. tapi itu bukan pointnya. point yang penting di sini ialah aku seronok gila dapat jumpa kawan2 sekolah lepas dah dekat 7 tahun tak jumpa. adalah jugak sekali dua time raya (sekali jee aku ikut pastu kena balik awal) dengan time kenduri kahwin Atikah. tu pun sebab aku gi dengan kawan usim so takkan aku nak tinggal lak en time diorang dah balik huhu

memula diorang announce kat whatsapp tu aku cam berkira-kira, nak gi ke tak. mujur tarikh tu jatuh time aku betul2 habis exam. ya, aku baru sangat habis exam ni haa barang pon tak habis kemas lagi. pastu last day bagi nama tu si hajar pm aku ajak gi iftar. ramai rupanya yang join hahah. kerisauan terbesar aku ialah ayah aku, takut dia tak bagi aku balik lambat. alhamdulillah ku bersyukur alhamdulillah (geli ok lagu tu asal aku tulis kat sini) segalanya dipermudahkan =) menyambung silaturrahim kan benda yang baik. semoga persahabatan kitorang diredhai Allah, aamiin.

anyway, Maahad dah berubah sangat-sangat. kitorang merasa aneh jugak bila ada benda baru yang tak diketahui fungsinya haha. pastu bila awal-awal jumpa tu semua cam awkward je. cam tetiba bila dah habis gelak suasana jadi sunyi hahaha. tapi itu bertahan sekejap sahaja sebab sebaik sahaja semua dah jumpa diri memasing yang time sekolah dulu, haa ambik kau bercakap tak berhenti. banyak weyh benda nak cerita. serius rindu semua orang. 

ni pun tak semua ada ni 

dulu mana ada pentas ni. cuba cari mana aku haha~
tengoklah ada yang dah bawak baby, bawak husband/wife sendiri, kad kahwin untuk didistributekan, aku je yang datang sorang lagi. eh tak ramai je. tapi ramai2 yang sorang tu pun, ada yang dah tak available. sebabkan ada je yang single mingle macam aku lagi maka tidaklah aku merasa keseorangan. walaupun bak kata jiha, kitorang ni 'loser' hahahaha. tengok ah kalau reunion akan datang aku masih seorang, kena isi borang BM laa kot. ye la tunggu si kardiologis macam tak je haha (berangan ha berangan)

anyway, enjoy la gambar2 ni ea. aku ambik mana yang ada aku je hahaha. courtesy of Asyrafariq Phtography dan kamera budak2 ni (maslina dan yang lelain).

asal aku gelak eh?

budak dua orang ni tak pernah fail buat aku gelak =D 

knowing them is part of the best moment in my life. terima kasih Allah pertemukan aku dengan mereka yang sangat baik.

Tariq sooo cute!! he takes after his mom very well. so tiny and well behave
gambar makanan ke apa takde sebab aku lapar gila so sampai2 kat Port Bangi tu cop tempat pastu terus makan. sedap gak makanan dia dan aku rasa berbaloilah untuk harga yang kitorang bayar. sesiapa nak buat iftar gi la kat situ ea. gi Google dulu jangan tanya aku sebab aku datang makan je tak uruskan pape pon.

ikutkan tak puas borak sebenarnya. banyak sangat benda nak cerita. even aku dengan Yasmeen satu uni sekalipun tapi sebab course lain, still banyak benda nak cerita, apatah lagi dengan diorang yang dah lama tak jumpa. 

bila jumpa ni rasa rindu kat zaman sekolah tu lagi terasa, tambah lagi aku yang belum masuk dunia kerja ni. somehow rasa takut jugak, entah orang macam mana aku jumpa nanti. aku ni dah cukup matang ke nak pegang title Dr tu? dah la clumsy pastu asyik takut2 je. menjadi dewasa memang terasa menakutkan.

apepon, doakanlah ya. doakan aku dengan kawan2 bertemu jodoh yang baik, urusan kerja dipermudahkan dan segalanya yang baik-baik. aamiin.

oklah, nak sambung kemas barang sebenarnya. Salam 10 akhir Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance =) terima kasih kerana sudi membaca post ini =D


Sunday, January 3, 2016

a short escape to PD

Assalamu'alaikum =)

awal-awal tahun begini biasanya aku akan bergelumang dengan buku dan nota-nota setinggi katil aku kat GV ni ha. tapi tahun ni aku telah membuat keputusan drastik dengan mengikut kawan-kawan aku pergi PD untuk melawat anak buah Adlina yang comel gila tahap rasa mahu geget-geget dan berjalan-jalan. asalnya memang dah lama nak pergi tengok anak buah Adlina dan akhirnya terlaksana jugak kali ni.


irsyad sangatlah comel, behave dan sedap dipeluk (haha). tak meragam pun masa kitorang aunties ni pass2 dia dari sorang ke sorang yang lain. dah last2 tu dia pun mengantuk agaknya time tulah dia macam merengek sikit tapi sebelum tu masa main-main dengan kitorang ok je. i wish i can have a baby like him. haha~celah mana nak cari gene putih melepak gitu? Adlina ni nama je Jawa tapi putih melepak2. aku Jawa gak tapi apsal tone tak sama? tetiba marah pahal? semua sebab kawad (kesimpulan).

kitorang sampai agak lambat so makan tengahari pun lambat. berbekalkan mobile data 50MB yang aku subscribe dengan harga RM 1, aku pun google ' tempat makan best di port dickson'. daripada beberapa blog yang aku baca, diorang suggest makan dekat Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place. sedap ayam dia cuma nasi dia sikit haha kitorang tak kenyang lagi makan kat situ. sebenarnya boleh je order nasi tambah tapi tah kenapa tah kitorang tak order.


gambar makanan takde sebab semua lapar so memang taklah nak tunggukan. makanan sampai terus ngap. harga pun okey berpatutan. lepas makan, kitorang cadang nak gi pantai sambil minum coconut shake. sebabnya teringat masa year 2 dulu pernah buat Family Day kat situ dan ada satu gerai tu jual coconut shake yang sangat sedap. so kemainlah google jalan nak ke Pantai Cermin sampai tersesat-sesat masuk lorong tah mana tah. 

tapi bila dah sampai tu kitorang kecewa sebab kedai yang jual coconut shake tu dah takde. hampa aku. bagi mengubat hati yang lara, aku dengan kawan-kawan aku pun belilah makanan kat gerai tepi2 pantai tu. aku beli burger dengan aiskrim. yelah lapar lagi ni mana cukup nasi semangkuk kecik tadi haha. bila dah beli makanan tu, satu masalah lain pulak. tak tahu nak lepak mana. waktu tu dalam pukul 4 lebih so bayangkanlah nak duduk tepi pantai tengah panas terik tu. mula2 duduk satu spot tu pastu pindah spot lain. pastu pindah ke lain pulak. gigihlah kitorang bergambar dengan makan tengah-tengah terik gitu.

tamak betul aku burger dengan aiskrim suap selang-seli haha


dah siap makan tu, kitorang decide nak pergi Galeri Seni 3D. menggoogle jalan ke situ pulak. ambik masa setengah jam jugaklah dari Pantai Cermin tu tapi kalau korang pernah pergi Golden Straits Villa, dekat je dengan galeri tu tak sampai setengah jam pun. kitorang sampai pukul 6 lebih. harga tiket bagi makcik-makcik macam kami ni yelah RM 20. kalau budak yang tingginya bawah 90cm dengan orang tua diorang free of charge. masuk sini takleh pakai kasut tau sebab dia tak nak bagi kotor segala lukisan 3D yang ada dalam tu. ada dalam 50 lukisan jugak kat sini so korang bergambarlah sampai rasa nak muntah.






sebenarnya banyak lagi gambar tapi tak daya aku nak upload banyak-banyak ditambah dengan kemalasan yang tinggi. tapi memang bestlah dapat pergi sini. nanti aku nak bawak family aku datang sini. 

bila pergi PD ni mesti aku akan mengenang balik kenangan kecik-kecik dulu. dulukan aku duduk Seremban so kalau hujung minggu tu memang selalu je pergi PD. kalau tak bermalam kitorang akan berkelah je. pasang khemah pastu mandilah kau puas-puas sampai tengahari. dah lapar baru naik makan. kalau tidur mana-mana hotel pulak memang tak pernah lagilah duduk satu jenis hotel tu je setiap kali datang. boleh kata tiap kali datang mesti lain-lain hotel kitorang duduk. tapi yang aku recommendkan ialah Golden Straits Villa. sebab bilik dia best selesa dan seberang je dengan hotel tu ada pantai yang sangat cantik dan bersih. so kot2 lepas Subuh nak jenjalan ke boleh la.

insha Allah ada rezeki aku datang lagi PD =D terima kasih athirah, adlina, zahidah dan fafang!! seronok sangat. 

ok,sekarang nak exam dan ada presentation CDP minggu depan so wajib berhenti blogging sekarang.

terima kasih kerana membaca =) semoga 2016 aku bertemu jodoh. eh semoga tahun 2016 menjadi tahun yang baik untuk korang semua~




Wednesday, April 29, 2015

nostalgia semalu


Assalamu'alaikum =)

hujan-hujan gini banyak mengimbau nostalgia pulakkan. haha~

kisah aku dengan pokok semalu. teringat ni sebab tengok Upin Ipin semalam. diorang la yang main pokok semalu tu.

aku mengaku aku membesar dekat KL so sejujurnya aku kenal pokok semalu masa umur 4 ke 5 tahun waktu tu. duduk pulak rumah flat so kau takyah nak expect aku main panjat pokok rambutan la kecik2 cenonet gitu. tapi macam takjub gila la bila nampak semalu. macam waaaahhh bila sentuh dia tertutup. hebat gila. 

lepastu sebab teruja sangat aku pun dok laa asyik main usik semua daun semalu yang aku nampak nak bagi tutup. mak aku yang tengah dukung adik aku waktu tu sabar je tunggu aku habis main daun semalu tu pastu baru naik rumah. aku rasa lama jugak aku main bendalah tu sampai puas hati.

akhirnya bila dah naik rumah baru aku perasan tangan aku bercalar-balar dengan darah sana sini sebab terkena duri pokok semalu tu waktu dok main. lalu dengan tangan berbalut kain lampin aku menangis kesakitan sehingga tertidur sambil memeluk mak aku.

daun semalu. bunganya cantik. *credit*

Wednesday, February 18, 2015

lif dan patient

Assalamu'alaikum =)

semalam aku call mak dia bagitahu adik beradik aku semua dah ada kat rumah. ya, kecuali aku. mak siap tanya, tak boleh mintak cuti ke? orang nak raya cina kan? huhu...kalaulah mak tau betapa aku memerlukan hari bekerja sebanyak yang mungkin sebab requirement yang masih banyak tak terisi ni. nak cuti pun tak sanggup tau. sakit2 bengkak mulut lepas MOS hari tu dulu pun aku gigihkan jugak datang sebab setiap sesi sangatlah berharga #akutaknakextend

ya Allah spirit lamp tuuuu...
so hari ni sepatutnya aku buat try in denture. hari Rabu jadual kami ialah klinik Perio di sebelah pagi dan klinik Prostho di sebelah petang. perio bermaksud bidang berkaitan periodontium ( gusi, tulang alveolar, cementum dan periodontal ligament) manakala prostho bermaksud bidang gigi palsu yang merangkumi gigi palsu kekal dan gigi palsu boleh tanggal.

sebagai pelajar klinikal, aku diwajibkan untuk memenuhi requirement iaitu buat sepasang denture full/full, sepasang denture full/partial dan selebihnya partial/partial. mula sejak tahun 3 lagi aku dah patut buat F/F tapi ditakdirkan patient aku meninggal dunia sebelum sempat aku issue denture beliau. untuk kebaikan aku dan pesakit aku di masa akan datang, maka baiklah aku buat je patient F/F lagi sekali. dan alhamdulillah berkat pengajaran yang aku dapat sepanjang bersama patient lama dahulu, aku berjaya buat gigi palsu baru ni cepat sedikit berbanding pesakit lama. yalah dulu dah asyik kena repeat bagai silap sana sini sekarang dah tahu silap kat mana so alhamdulillah setakat ni berjaya buat sehabis baik dan mengelak dari tersilap.

balik kepada cerita tadi, sepatutnya hari ni sesi aku buat try in denture. try in denture ialah sesi di mana selepas ukuran rahang patient direkod, aku akan susun gigi palsu kat atas occlusal rim yang diperbuat dari lilin. lepastu patient akan cuba pakai gigi palsu tu dan kalau dah ok dari segi aesthetic, phonetic, occlusion dan MMRnya gigi tu akan aku proses jadi gigi palsu yang sebenar pulak.

tapi tapi tapi....

siapa yang pernah datang klinik gigi aku ni (eceh padahal fakulti punyakan) mesti tau krisis lif yang kami hadapi bertahun sudah ni tapi kian meruncing tahun ni. bangunan kami bangunan yang dah lama, so lif tu pun memang dah uzur. ada tiga tapi satu rosak dan satu lagi sedang ditukar. maka bergantunglah kami pada lif yang berbaki satu tu untuk angkut kitorang turun naik. tu baru kitorang, patient?

aku dah tak hairan sangat dah kalau kena naik tangga dari tingkat 8 sampai ke 17 pun sebab...dah tak larat nak complain. nak buat macam mana kau ingat lif tu boleh ditukar siap dalam masa sehari. dah beberapa bulan jugak aku rasa. so kena redha dan sabarlah. tapi sebagai orang yang memberi perkhidmatan kepada pesakit, aku rasa simpati dan kesian sangat kat patient. yalah klinik ni dahlah tinggi pastu patient semua bukan muda remaja. kena lif rosak time klinik gigi palsu macam aku ni? senget dibuatnya nak mendaki naik ke tingkat 17. hari tu adik aku datang sebagai patient paeds ( kanak-kanak) pun dia kena ikut naik tangga sekali. tapi kakak aku kata dia cergas lagi daripada kakak aku dengan kawan aku yang treat adik aku tu. haih budak tu memang tembam dan cergas pun =P

makanya itulah yang terjadi hari ni. lif rosak dan patient aku tak boleh naik. aku try pujuk dia naik lif bangunan sebelah sampai tingkat 8 lepastu naik pelan-pelan ke tingkat 17. tapi nak buat macam mana orang tua bukannya larat macam aku. aku pun mengah diorang apatah lagi kan. so takpelah aku lepaskan mereka pulang dengan hati yang berat. sob sob sob...burn klinik aku hari ni =( minggu depan turn partner aku. huhu...bukan aku sorang je la tapi, ramai je. boleh kata yang tinggal kat klinik ni tak sampai separuh kelas pun. adalah 6 ke 7 kubikel yang ada orang. takpe boleh doktor relaks sikit hari ni hahaha...

semoga ada harapan baru untuk kami esok. haha~ayat macam apa. harap2 urusan kami dipermudahkan selepas ni. dahlah nak balik rumah. cuti 4 hari jangan disia-siakan =D

singgah Murni kat Bandar Sri Permaisuri dulu sebelum balik. aku punya spaghetti benzema manakala Athirah punya nasi lemak ayam pandan. strongly recommended menu: garlic cheese naan. *menyimpan hasrat untuk dating bersama suami suatu hari nanti di sini haha*

Thursday, January 1, 2015

2015

Assalamu'alaikum =)

seperti yang aku ramalkan, entri tahun 2014 hanyalah separuh dari entri 2013. aku harap entri 2015 boleh meningkat semula kepada 2 kali ganda entri 2014. kalau aku ada banyak masa laa...

kalau ditengok semula banyak benda aku dapat tahun ni.
dapat lulus tahun 3 dan naik tahun 4. padahal masa clinical exam GS dengan GM dulu dah mula terbayang kena repeat. bagilah aku sejuta pun aku tak nak balik ke tahun 3 hahaha..

dapat pergi india. first time pergi luar negara haha. maaf jakun sikit. kita tak biasa travel2 luar negara macam orang lain yang kaya raya sebab kita ni miskin duit dan cuti. hahaha..teringin pergi lagi sebab teringat sari murah dan lawa kat chennai silk.

dan yang paling penting dapat belajar banyak benda masa klinik. patient dan doktor2 semua baik hati aku je yang malas hua3. harap jadi lebih matang tahun ni. dah 23 kaann?

azam tahun ni? takde azam spesifik pun. cuma nak jadi lagi penyabar dan sopan santun dan kompeten dan profesional dan pandai masak sebab tak lama lagi dah nak kahwin. insha Allah lepas raya nanti. haha doakan.
hoii apa2 pun tak sabar nak cuti. dah lama tak menulis. rindunyaaa.  nak lari jap dari benda dental2 ni boleh tak?

Saturday, September 6, 2014

al-Fatihah

Assalamu'alaikum,

petang tadi dapat berita salah seorang pesakit saya sudah kembali ke pangkuan Allah yang Maha Menyayangi. mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

arwah sangat baik. arwah merupakan pesakit pertama yang saya jumpa dan saya rawat. arwah sangat baik dan 'compliant' pada setiap temujanji yang saya tetapkan. beilau tidak pernah buat saya menunggu setiap kali sesi kami bertemu tetapi beliau yang selalu menunggu saya. bahkan bila saya yang terpaksa batalkan temujanji, beliau dengan lapang dada berkata 'tak apa'. semoga Allah rahmati kebaikan beliau.

kenangan saya dengan beliau hanyalah sepasang denture. terima kasih ya Allah kerana pinjamkan saya seorang pesakit yang baik. yang padanya saya belajar seluruh proses membuat full denture. yang padanya banyak perkara saya belajar dari kesilapan dalam membuat full denture. saya takkan sia-siakan pengalaman dan ilmu yang saya dapat daripada beliau.

takziah kepada keluarga arwah. semoga tabah dan redha dengan pemergian arwah. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

p/s: dah plan nak ambik gambar masa issue denture. tapi bak kata mesej terakhir arwah kepada saya, " xapa, takdir dr Allah."

Monday, August 4, 2014

Eid Mubarak =)

Assalamu'alaikum =)

walaupun Aidilfitri dah seminggu berlalu, tapi kita masih lagi dalam bulan Syawal so mahulah aku menaip barang sepatah dua sebagai memori untuk hari2 akan datang. seminggu woi aku tersadai kat kampung dengan tak ada internetnya, eh ada tapi mobile internet sampai aku tak boleh berenggang dengan charger. boleh la buat tengk fb twitter sikit2 dengan skrin yang kecik tu. insha Allah sem depan mahu dapatkan telefon yang pintar sikit.

anyway, raya tahun ni banyak drama sikit. mula daripada hujung tahun lepas lagi dah ditetapkan yang Aidilfitri tahun ni mesti disambut kat Beranang dan arahan ni datang dari bos besar aka embah aku. pastu bila warna tema pulak mestilah setona sewarna dengan ungu baju melayu ayah aku yang dia pakai untuk perarakan Maulidur Rasul 'company' beliau tahun lepas. so, masa cuti final sem 1 lagi kitorang dah belek setiap gulung kain kat Tewah The Mines Serdang untuk dapatkan baju raya yang ditetapkan. baju raya ni la banyak dramanya bila masa mula-mula beli, satu baju pun warnanya tak masuk dengan tone baju ayah aku tu dan ofkoslah tak diapprove baju tu. stress jugak la aku sepanjang sem 2 lepas sebabkan konflik baju raya ni. pastu sebabkan dah tak masuk, apalagi pencarian baju raya siri kedua la pulakkan. jadi, ke jalan TAR la kita dan waktu ni aku bawak sekali baju melayu ayah aku tu (tapi seluar dia la) sebab nak dapatkan yang tone sama punya pasal. mulut aku pun laju je reject n komplen kain2 purple yang dipilih adik beradik aku bila tak masuk dengan tone yang dikehendaki. akhirnya lepas dah puas jelajah, nilah yang kitorang termampu. so, tahun ni tema raya ialah Minions yang kena racun.
one big family tapi ni x cukup lagi~

le familia =D
raya pertama tu tak ada pergi mana-mana just beraya dalam kebun getah tu je eheh. raya kedua baru aku berjalan pergi beraya kat rumah kawan aku Maslina kat Rinching. berapa tahun dulu pernah jugak beraya rumah dia. time ni aku angkut sekali sepupu sepapat aku. sebenarnya masa malam 29 hari tu aku terserempak dengan dia kat pasar Beranang. malam tu ada aktiviti 'mantai' so aku dengan adik beradik dan sepupu berjalan la ke sana saja tengok-tengok. tak sangka terjumpa dia. terus dia ajak datang rumah dia raya kedua. anyway, terima kasih Mas =D raya kedua ni baju kurung Pahang aku berkedut seribu dan susah nak gosok so aku bantai pakai jubah yang murah dan custom made aku beli dari Abaya Sifu. 




lepastu aku tersadai saja di rumah. actually aku balik KL Jumaat lepas sebab aku temankan nenek aku kat Beranang. Sabtu kitorang beraya kat Dataran Merdeka sebab ada perhimpunan  Save Children In Gaza. sangat ramai hokeyy orang yang datang dan aku rasa solidariti inilah yang patut kita tunjukkan. kat sana pun rezeki terjumpa dengan kawan maahad aku Hanani dengan Syera Yusri. sempatlah salam-salam tanya khabar sikit pastu yang tak menahannya sempat Nani ajak aku pergi kenduri kahwin kakak dia hehe. tapi tak dapat borak lama pun sebab lepastu famili aku nak beransur pergi dah. so, balik tu alang-alang ada kat Masjid Jamek, maka ke Jalan TAR la kita =P aku kan memang berstamina tinggi bab beli-belah ni tapi stamina tu tak berguna bila kena 'belah' awal dari situ. tak dapek den beli barang solai duo shawl baru haha~



kenal x sape ni?

apapun, selamat hari raya Aidilfitri aku ucapkan kepada semua yang sudi membaca blog aku yang langsung tak seberapa ni. aku minta maaf segala salah silap sepanjang aku berblogging juga buat yang mengenali aku, aku mohon maaf atas segala kesilapan aku sepanjang korang mengenali diri ini. aku harap berakhrinya Ramadhan dan masuk Syawal ni serta bulan-bulan seterusnya kita dapat baiki diri kita kepada lebih baik lagi, insha Allah.

salam kosong-kosong =D

Thursday, May 1, 2014

the effect of sedentary lifestyle -> half-way hiking =P

Assalamu'alaikum =)

sebagai mengisi kekosongan cuti Hari Pekerja hari ni, aku pergi mendaki Bukit Saga. mendakilah sangatkan haha =P meh aku cerita dan orang macam aku patut ambik pengajaran dari pengalaman aku.

aku terjaga lewat. aku rush dan bila dah siap bagai2 kitorang gerak terus ke sana dan aku tak sarapan pun. awalnya aku dah terdetik dalam hati, boleh ke aku nak hiking ni kalau tak sarapan? tapi bila aku tengok kawan aku okey je, tak sarapan jugak macam aku semangat je nak pergi, then aku pun ikut je. ladies and gentlemen, this what we call 'ego'. hahah! ego yang memakan diri serta bajet ketahanan diri kuat.

tak berapa lama perjalanan akhirnya sampai jugak ke tempat yang dituju. actually diorang buat program ni untuk sesiapa yang akan pergi mendaki Gunung Ledang Sabtu depan sebagai persediaan. yelah dengan jadual padat (ek?) belum tentu yang nak pergi tu semuanya fit belaka kan? aku taklah ye aku tau tu. mula2 aku nak join dorang jugak tapi last2 aku cancel dan ganti dengan budak lain. dan aku rasa nilah keputusan terbaik aku pernah buat seumur hidup. cewahh

aku tak tau tinggi mana bukit ni tapi baru lepas berapa lama mendaki aku dah mengah. nilah kesannya mengamalkan gaya hidup 'sedentary' yang aku maksudkan. ditambah dengan aku tak makan lagi waktu tu, penatnya luar biasa betul. mula2 aku kuatkan jugak semangat sebab dah naik rugilah nak turun. pastu akukan semangat nak main air terjun sebab dah siap bawak baju ekstra lagi. so aku teruskan jugak walaupun dah banyak kali kena berhenti sebab tak larat. 

jalan dia bukanlah jalan yang mudah jugak. semput akak dibuatnya tahu. berapa kali jugak aku tergelincir waktu naik tu dan mendaki ni lebih kurang macam kau naik tangga tapi aku tak pasti ni berapa tingkat punya bangunan. tapi aku sendiri tak nafikan aku kadang2 naik tingkat 17 dari tingkat 15 je pun aku dah semput. adakah aku anemic tapi aku tak tau? nak kena pergi check ni.

dalam masa yang sama jugak kaki aku dah rasa tak sedap. macam kalau aku berhenti aku boleh rasa kaki menggigil dengan rasa macam semut2 nak datang. bukan semut 'ant' tu. jugak aku dah tak boleh nak pandang depan betul2 dan takut bila2 masa je mata aku boleh terpejam dan collapse. senget apa nak collapse tengah bukit? dalam masa yang sama jugak aku rasa irritated. kawan aku bagi semangat ' boleh pah,sikit lagi' tapi hati aku cakap, kau tak boleh ni. pastu ada orang cakap, ' boleh ni, kita tak sampai suku lagi ni' (aku rephrase ayat ni tapi maksud dia lebih kurang camni la). time ni lagi la aku rasa nak telan orang. and I know this is not a good sign since one sign of hypoglycemia is feel irritated. kepala pun dah tak boleh nak fikir apa.

tetiba ada senior aku turun sebab dia kata dia ada hal lepas ni so kena turun awal. dia tanya sesiapa yang tak larat boleh turun sekali dan dia hantar balik sekali. aku dilema waktu tu, kesian dengan kawan tapi kesian jugak kat diri sendiri yang buat kerja berat dengan tak makan langsung. last2 aku cakap aku give up je. serius aku tak boleh. sebelum jadi apa2 baik aku turun. malu sebab lembik pun malulah aku tak heran dah. daripada aku buat scene tergolek pengsan, baik aku turun.

namun perjalanan turun pun bukanlah seindah yang disangka. macam aku cakap tadi, ada certain part licin. dan nasib tak baik bila waktu aku turun ada sekali nak terjatuh dan aku tak perasan tangan aku terpaut pada pokok yang berduri tajam. macam kena electric shock, aku withdraw tangan aku sambil nak nangis bila tengok ada 3-4 duri tercacak kat tapak tangan aku. my hands is my asset as a future dentist (nangis). aku dah mula terfikir kot pokok ni secrete any poison dengan duri tu as their defense mechanism and racun tu masuk dalam badan aku ke atau paling teruk pun tangan aku bengkak2 sebagai respon immune system aku dan tangan aku kena balut. huuu..esok insha Allah kena cabut gigi guane aku nak cabut kalau tangan sebelah takleh pakai? banyak kali sambil turun tu aku belek tangan aku nak make sure takde pape jadi. alhamdulillah setakat petang ni takde pape beza pun kat tangan aku nih.

dan akhirnya aku sampai jugak ke bawah. tapi bila sampai rumah dugaan lain pulak datang menimpa bila kunci aku tertinggal dalam bilik. masa tu aku nampak rumah kawan aku je. apa lagi dengan kaki lenguh perut kosong kepala sakit aku pun menapak dengan lemah ke rumah dorang. sebabkan stay kat rumah dorang, sampai 2 movies habis aku layan sementara tunggu roommate balik.

sekarang aku nak sambung cari kunci. tak sanggup aku takde kunci ni. harap2 ada, aamiin.

anyway, esok aku nak cabut gigi, insha Allah. doakan esok dapat buat elok2 n tak kena marah dengan doktor. huhu..jugak urusan mencabut gigi tu dimudahkan.

so, anyone interested to extract their tooth for free, feel free to pm me. don't worry, i do my work under my lecturers (which they are specialist) supervision. insha Allah i'll do the best for you =)

Sunday, February 23, 2014

The Story

Assalamu'alaikum =D

yeah, akhirnya setelah seminggu lebih tertangguh entri baru yang dah kemain ber'pre-pre' minggu lepas tu, hari ni terbuka juga laptop dengan hati nak update cerita baru. anyway, this post gonna be soooo long and with few pictures. should i say takde pun sebenarnya? meh~ sedih tau minggu lepas dah transfer segala bagai gambar dari henfon ke laptop lepastu laptop kena bluescreen lalu dihantar ke klinik dan disahkan menghidap hard disk rosak. langsung kena tukar n hilanglah segala gambar dengan video, gambar, lagu 2PM kat dalam tu. ah, bukan setakat gambar, assignment lama2 dengan lecture note n ebook bagai semualah.

jadi semua orang dah fahamkan kenapa tak update minggu lepas? ceh, cerita ni saja dah habis satu perenggan. so, apa kata listkan cerita apa yang nak dicerita?

1) i'm a clinical student, yay!

- alhamdulillah dah start klinik dari tahun lepas lagi lepas mid-sem 1. untuk awal2 ni tengah dalam projek menyiapkan gigi palsu baru untuk pesakit saya yang terpaksa dirahsiakan namanya. insha Allah kalau takde aral, dalam semester ni boleh disiapkan. insha Allah tapi kita pun tak tau jugak apa yang jadi akan datang,kan? bercerita pasal klinik, nak kata susah sangat tu takdelah susah sangat sampai tak jalan apa-apa pun tapi nak kata senang tu memang tak senanglah. kena rajin baca la sebelum klinik tu tapi hakikatnya saya tak wuuu =( kadang2 je. tapi azam tahun 2014 ni ialah nak masuk klinik dengan yakin dan ada ilmu di dada. gituu..

tapi dah masuk klinik ni penat dia toksah cakaplah. malam memang collapsed. ni pun tak adapt2 lagi ni. sekarang mungkin dah ok kot tapi awal2 dulu memang penat. kadang2 kita pelik tau tengok orang boleh berdiri lama-lama. macam masa ward round la. kita berdiri baru sejam eh tak sampai sejam lagi pun dah dok jenguk2 jam sambil main-main kaki nak hilang lenguh. tapi doktor lepak je boleh diri lama-lama(ward round memang lama ok). lepastu bila balik klinik, baru perasan yang kita pun bila buat kerja tak perasan terberdiri lama-lama. rupanya bila dah fokus sangat buat kerja tu memang tak hirau dah dunia sekeliling. rupanya selama ni waktu ward round banyak mengelamun sebab tu cepat rasa penat. apapun, harapnya masa yang berlalu akan membiasakan diri saya dan jadi lebih kuat.

semua orang, doakan saya dan kawan2 ya =D insha Allah satu hari nanti mana tahu ada antara yang baca ni jadi patient kami.

2) makan-makan?

- saya bukanlah seorang yang rajin snap gambar makanan sebelum makan. haha~tak rajin plus lapar. alhamdulillah dapatlah merasa makan sesuatu semester lepas. yelah nak makan mewah selalu tu memang taklah. tapi dapat merasa tu pun dah cukup bersyukur. yang paling best makan kat Sweetree. masa pergi sangat teruja sebab nak merasa makan masakan Korea dengan jeles tengok kawan pakai hanbok (haha kejadah kau nak jeles pulak) jadi set date dengan housemates nak pergi makan kat Sweetree lepas kelas. pastu bila dah pergi sedihnya sebab masakan Korea yang saya makan tu tak kena dengan selera saya. semua order lain-lain tapi bila rasa sikit-sikit sorang semakin rasa ianya tak kena dengan selera masing2. 

apsal bila saya tengok Running Man tu diorang makan jajangmyun macam sedap sangat? dengan tengok We Got Married masa Khuntoria dengan JoKwon dengan Ga In beli tu, rasa macam sedapnya jajangmyun!! teringin nak rasa tapi bila rasa errr cara masakan dia lain daripada kita so rasa dia pun macam something. minta maaf kekanda Lee Junho, takde jodoh antara kita. oh, saya order ddukbokki cheese. kuah dia sedap macam karbonara tapi saya ni lupa yang saya bergigi besi jadi proses mengunyah ddukbokki memakan masa. lepasni nak try makan ddukbokki dengan ramyun yang dia masak macam pedas2 tu pulak sebab tengok Jun.K masak dalam 2PM Show macam sedap je n member lain kata tak pedas pun. insha Allah. so housemates, bila kita punya next date? 

3) 4 bulan 5 hari 

- sekarang dah masuk 4 bulan pakai braces. dan perasaannya ialah sangat teruja melihatkan ada gigi yang kembali ke posisi asal dan sedikit demi sedikit bibir dah mula competence. belum sepenuhnya lagi tapi ini pun dah cukup banyak memotivasikan saya untuk tahan sakit setiap kali follow up tu. serius memang sakit. bila diketatkan besi kat gigi tu rasa macam nak buang semua besi tu pun ada. makan masih kena memilih lagi-lagi lepas follow up. sakitnya lepas follow up ni membuatkan saya rasa nak tidur je sebab setiap masa rasa pressure kat gigi dan even slight touch pun boleh menjerit. gosok gigi apatah lagi. pagi2 kalau hari2 baru lepas follow up tu memang rasa nak jerit je dalam bilik air. pernah sekali tangan terlanggar gigi lepastu mata berair sebab sakit dia memang tak terkata. tapi tu untuk 2-3 hari lepas follow up je. hari-hari seterusnya sebelum follow up akan datang ok je. boleh melantak macam2 dah sebab selera orang pakai braces ni besar =P

4) posting di Temerloh

- bila dapat tau je kena posting kat Temerloh, perasaan yang wujud ialah teruja. teruja sebab nak jumpa nenek. haha~pasal posting tak heran pun sebab senior kata (senior katalah) nanti kat sana macam takde benda nak dibuat. mak pun bila tau je kena pergi posting kat Temerloh, terus dirogernya makcik kat sana. siap makcik bagitau lagi kat sana mana nak beli makanan semua2. pastu bila dah sampai sana, masa antara berjalan-jalan dengan belajar boleh dikatakan seimbang. haha!! sebab nak kata boring tu tak juga sebab doktor yang ditugaskan untuk mengajar kitorang bukan tak datang langsung dan kitorang pun bukannya takde kerja kena dibuat. tapi sambil2 tunggu doktor tu sempatlah pergi tengok wad pediatrik (comel sangat tapi kesian tengok budak2 sakit dalam tu) dan makan2 kat kafe hospital yang enak2 makanannnya tu especially creampuff yang kecil tapi bila suap dalam mulut n gigit, inti dia melimpah ruah dengan kemanisan dan penuh dengan unsur yang boleh menyebabkan karies. oh ya coconut shake depan hospital tu pun sedap jugak. serius kalau balik Temerloh nanti nak pergi hospital tu je rasa sebab dah rindu dengan makanan dia. ops, ada orang yang dirindu jugak (haha!! lempang nak?)

sambil tu sempat jugak jumpa nenek. makcik saya ambik kat rumah sewa (?) kitorang. tapi balik hari je =( dapatlah borak2 dengan nenek dan makcik dengan sepupu yang alhamdulillah masih tak melupakan saya. haha!!  yelah kitorang ni bukannya selalu balik Temerloh dan raya tahun lepas ialah raya pertama saya di Temerloh selepas berapa tahun dah tak balik. suasana raya dia amatlah lain dan itulah yang saya rindu sampai sekarang.

sambung cerita posting. posting ni menarik sebab kat sinilah saya belajar aplikasikan teori yang saya belajar kat kelas dulu. macam buat clinical examination tu. padahal sebelum ni mana pernah sentuh patient. pastu jugak masa hari last, saya dan kawan2 satu group dapat tengok macam mana doktor cuba selamatkan patient yang collapsed. macam tak percaya dan ada rasa berdebar bila tengok pesakit tu kaku je waktu doktor cuba resuscitate dia. lepas tu sorang kawan saya dapat peluang cuba buat CPR kat patient tapi sadly patient tak dapat survive. sebab kalau ikutkan dah hampir sejam doktor cuba tapi tekanan darah dengan nadi patient tak dapat dibaca. HO yang buat CPR tu pun dah exhausted. waktu kawan saya buat chest compression tu, ada bacaan naik tapi waktu compress je la. bila tak compress, reading dia 0. so, nurse pun bisik " laa ila haillallah" beberapa kali kat telinga patient dan pejamkan mata patient. 

sampai sekarang tak boleh lupa. terasa dekatnya saya dengan kematian waktu tu. bila dengar waris patient menangis, rasa macam nak menangis sekali. Allah, andainya saya hadapi saat kematian orang tersayang waktu tu, mohon kuatkan hati saya dan dilindungi dari bisikan syaitan. juga semoga kita semua dapat pengakhiran yang baik.

walaupun ada peristiwa yang mengejutkan tu, tapi boleh pulak petangnya terserempak dengan doktor-persis-LeeJunho kat wad tu (wad Kenanga 12). kawan saya kata namanya Roslan @ Ruslan (tak tau macam mana ejanya). terus rasa nak balik KL hilang. haha!! teruk tau. dahlah sepanjang duduk Temerloh jadi subscriber tegar Textsurf. haha!! sebab banyak masa dapat main twitter sambil tunggu doktor datang. ceh, bukan nak baca buku ke apa. sabar je la.

apapun, bila balik Hospital Ampang nanti suasananya tak sama dah. akan merindui Hospital Temerloh tapi dalam masa yang sama akan mempraktikkan ilmu yang saya dapat kat sana. insha Allah.

dahlah. kalau ikutkan banyak lagi nak cerita sebenarnya. tapi ni pun dah panjang sungguh dan ambik masa sejam nak menaip. kang panjang2 nanti kena pangkah lak. insha Allah kalau dah dapat masuk gambar yang hilang dulu, akan diupdate entri ni dengan gambar yang perlu.

anyway, ini update pertama dalam 2014. lepas ni tak tau bila boleh update. azam tahun 2014? sama je macam tahun lepas2, nak jadi lagi baik. insha Allah. doakanlah.

terima kasih sebab sudi membaca hingga ayat ini. may Allah bless you =)

Saturday, November 9, 2013

Sitora Harimau Jadian

Assalamu'alaikum rakyat Malaysia sekalian =)

korang pernah pergi tengok teater? tak kisahlah teater apa pun. tapi kebanyakan orang kita lagi suka tengok wayang berbanding tengok teater. saya? tengok wayang pun cerita Harry Potter yang final tu je dan lepastu sampai sekarang tak pernah tengok lagi dah. lagipun cerita sekarang macam...err..macam tak best je. macam boring je. macam menyampah aku menengoknya.

tiket masuk. takde tiket takleh masuk.
Alhamdulillah semalam dapat peluang menonton teater "Sitora" kat Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya. dari pagi ikut kakak pergi kerja, melepak kat fakulti dia disamping menggunakan kesempatan kelajuan internet yang superb di UM dengan mendownload beberapa episod drama Code Blue (yang dah lama tu) sambil baca nota(lah sangat). yang datang teater ni tak ramai sangat, dalam 50 orang macam tu. tapi bila dah masuk, tengok, baru faham kenapa dia tak ramai orang.


anyway, korang tau tak yang Sitora Harimau Jadian ni sebenarnya sebuah filem yang dihasilkan oleh P Ramlee? kita selalu tengok Bujang Lapok, Do Re Mi, Ibu Mertuaku dan banyak lagilah filem dia tapi filem ni kita macam tak pernah dengar pun,kan? sebabnya filem ni pernah ditayangkan dulu sekitar tahun 1964-1970 tapi hilang dan sampai sekarang takde siapa yang tahu kat mana filem asli ni ada, which copy dia dah hilang macam filem2 Melayu hitam putih dulu.


" Sitora Harimau Jadian ialah satu-satunya filem arahan P. Ramlee yang telah hilang. Ia ditayang di pawagam pada tahun 1964 dan juga di RTM sekurang-kurangnya sekali pada tahun 1970an. Kemudian ia terus 'ghaib' (seperti makhluk jadi-jadian dalam ceritanya)." Petikan Pengenalan novel Sitora Harimau Jadian

ni novel dia. diterbitkan semula.



sinopsis dia. bacalah sendiri =P

teater ni diarahkan oleh Amar Asyraf yang berlakon Setia Hujung Nyawa tu. huhu~punyala dia lalu lalang depan mata semalam, tak teringat pulak nak mintak sign. teater ni diinspirasikan dari filem P. Ramlee tu jadi takdelah 100% dia ikut filem tu. tapi, bagi yang tak baca novel mesti boleh faham jugak walaupun endingnya tak macam dalam cerita sebenar.ala,takkan nak ambik bulat2 tak best la kan.


teater dia mula dengan scene Pesta Menuai Kampung Kiambang kali ke-173. masa ni ada Tok Penghulu, OCPD Mutalib bagi ucapan dan jugak memperkenalkan Dr Effendi yang baru sampai dari KL yang akan bukak klinik kat kampung tu serta persembahan tarian. tiba2 , dengar suara perempuan menjerit. rupanya Naemah anak Pendekar Amin kena sakat dengan Sitora. lepastu Tok Dukun nak ubatkan dia tapi lepastu Dr Effendi ambik alih. lalu Tok Dukun tak puas hati dengan Dr Effendi, pastu bila dia pergi terus ada bunyi guruh2 dengan hujan lebat.

orang teater ni kreatif tau. masa ada scene nak tengok Naemah yang kena sakat tu, nak ambik jala untuk tangkap Sitora, nak bunuh Sitora dengan scene nak ambik bandage untuk balut Naemah yang luka (rasanya sebab nampak merah kat leher dia), dia akan cakap " kita memerlukan beberapa orang kampung untuk membantu kita," nanti masa tu dia akan tunjuk la mana2 penonton untuk ikut dia pergi belakang pentas, konon2 macam memang nak ambik barang la. masa ni saya dengan kakak dah cuak2 dah, janganlah dia panggil kitorang. tak mahunya aku pergi belakang tu sebab asal diorang pergi je, nanti kejap lagi mesti ada yang menjerit2. 

lepastu Sitora tu keluar jugak. orang yang mekap dia tu memang pandailah sebab sangat menjadi muka harimaunya. takut kot! saya dengan kakak dah pegang2 tangan sebab takut. memang serius terasa macam kita kat dalam situasi tu ditambah dengan sound effect suara harimau mengaum betul2nya, terasa macam bila2 masa je akan ada orang boleh terkam dari belakang. lagi menakutkan bila tiba2 pentas gelap, lepastu bunyi harimau kuat sangat dan bila bukak je lampu, Sitora tu dah ada kat depan pentas. saya? harus la menjerit. mana boleh tetiba gelap camtu. Sitora tu pulak dah tak rupa manusia. masa tu dalam hati doa je jangan la dia lalu depan aku pastu nak acah2 mengaum depan aku pulak. tapi dia tak jalan kat penonton pun. dia lawan2 dengan orang kampung kat depan tu je pastu adalah beberapa orang yang mati.

dalam cerita ni, watak orang kampung semuanya percaya kat Sitora dan Tok Dukun. diorang percaya yang kalau diorang bayar pengeras kat Tok Dukun, nanti Sitora tak kacaulah. tapi Pendekar Amin tak bayar so anak dia kena kacau. OCPD Mutalib pulak dia tak percaya langsung kat benda tahyul camni. Dr Effendi pun mula2 tak percaya tapi lepas dah tengok sendiri Sitora tu (dia ikut tangkap sekali), baru dia percaya. akhir cerita ni, ada beberapa polis orang bawahan OCPD Mutalib datang ke depan, bagitau yang diorang akan selesaikan perkara ni. 

macam tu la cerita dia. kalau ikutkan novel dia, sebenarnya Tok Dukun tu la Sitoranya. dan ada seorang lagi doktor yang jadi hero dalam cerita ni sebab Dr Effendi tu kena sampuk dengan Sitora sampaikan dia pun jadi macam anak Sitora tu. cerita ni sebenarnya nak menunjukkan macam mana Dr Effendi yang belajar ilmu perubatan moden tu langsung tak percaya kat Sitora tu boleh dirasuk Sitora tu sendiri. pengajarannya, walau tinggi mana ilmu kita, janganlah ketinggian tu menutup minda kita daripada menerima pendapat orang lain.

di sini, saya nak ajak semua orang untuk menonton teater sebab most of the time, kita dapat belajar nilai murni melalui teater. especially yang indie macam ni la. sebenarnya, banyak orang buat teater sekarang ni cuma kita je yang tak tahu. apa kata kita ubah minat kita daripada tengok filem yang tak membangun tu kepada teater yang lebih dekat dengan jiwa. maaflah penggiat filem tempatan, tapi jujur saya cakap, anda tak perlu pelik kenapa jenayah dan gejala sosial kat negara kita makin menjadi-jadi sekarang ni. sebab andalah punca mereka jadi begitu. anda 'mendidik' mereka dengan alasan memberi pengajaran padahal dalam cerita, sikit bahkan mungkin tiada langsung nilai moral yang anda tampilkan. yang anda tekankan hanyalah adegan ganas dan maksiat. saya harap akan ada orang yang akan membaikpulih semula nama filem tempatan kita yang semakin rosak dan sekaligus mendidik masyarakat untuk jadi lebih bertamadun.

akhirnya, jomlah kita tengok teater =) saya pun baru tumbuh minat sejak pergi tengok teater English semester lepas. insha Allah kalau ada rezeki boleh tengok lagi di masa akan datang. oh ya, kalau nak tengok, tak semestinya kat Istana Budaya. banyak je teater indie yang ada sekarang ni dan korang boleh pergi menonton dengan harga yang berpatutan. macam yang saya pergi ni, tak mahalpun tiketnya. berpatutan untuk taraf pelajar seperti saya. 

oklah. panjang sangat pulak menulis hari ni. teater sangat seronok! sangat enjoy semalam. kalau ada teater best lagi lepas ni, bagitahulah. mana tahu ada rezeki boleh pergi =D

eh, tadi ada cakapkan kenapa dalam 50+- je yang tengok. sebab dia buat ni atas pentas, maknanya penonton terlibat sebagai orang kampung. tu yang lagi terasa real tu!!

thanks for reading!






Sunday, June 16, 2013

seminggu yang padat

Assalamu'alaikum =)

hari ni semua orang masih lagi menikmati hujung minggu mereka. tapi bagi saya dan kawan2, tiada hujung minggu bagi kami minggu ni. sebab setiap hari ialah hari belajar bagi kami. meh tengok satu2 apa yang saya buat minggu ni.

Isnin, 10/6/13

hari ni hari jadi ayah yang ke 51. tapi wish tengahari sebab sangat sibuk kat lab masa tu dengan denture yang tak siap2 polish lagi. sedih sangat. dahlah denture tu memang dah sedia buruk. sampai sekarang risau macam mana la nasib dia bila sampai ke tangan doktor nanti. silapnya masa flasking dia tempoh harilah. takpelah, lepas ni nak letak stone atas tu biar dia cover betul2 semua gigi tu so takdelah scallop lawa2 saya buat tu hilang. still, hari ni sedih jugak sebab kawan2 ada yang dah advance ke partial denture tapi saya masih terkedek2 siapkan full denture.

Selasa, 11/6/13

hari ni ada presentation DMDT je. alhamdulillah oklah kot. lagipun part tak banyak.

Rabu, 12/6/13

kelas macam biasa. ada masa free, naik lab tapi kerja tak siap2 jugak =(

Khamis, 13/6/13

hari ni ada exam history taking. eventhough buat dalam bahasa Melayu, tapi still debar jugak. sambil tunggu turn nak masuk exam, buat self-medical check-up. alhamdulillah blood pressure baik =) silalah maintain sampai habis exam. history taking menyedihkan juga sebab tak expect patient duduk atas kerusi kita dan tak terfikir pulak nak suruh dia alih gi duduk atas dental chair. tapi bila dengar cerita kawan memang gelak jugaklah sebab bukan saya sorang je buat camtu. haha~ yang lebih teruk pun ada.yang ni kalau ada masa nanti saya cerita.

lepastu masa optech sambung buat denture lagi. full denture tu memang dah tak boleh nak selamat dah gum work dia tu so terpaksalah biar dia hodoh camtu. tapi dah cakap kat doktor, insha Allah lain kali saya akan buat lawa2. yelah nanti masa tu betul2 masuk mulut patient. kesian patient kalau tak lawa. nanti dia senyum orang gelak. 

masa tu jugak ambik impression untuk partial denture pakai alginate. oh, part ni pun buat air mata leleh jugak. maunya tidak, sampai 5 kali ambik, kali ke-5 tu baru jadi. sebelum2 tu asyik defect je sana sini. nasib baik alginate tu memang abah saya yang punya (tangan di bahu mata ke atas). memang kerja membazir je la hari tu demi mendapatkan satu pelajaran. oh, kawan2 lain semua dah start bend wire. harap2 saya dapat seiring sejalan dengan diorang. semoga minggu depan baik dengan saya, aamiin.

Jumaat, 14/6/13

pagi ada presentation research proposal untuk subjek Research Methodology. saya terpilih oleh group member untuk present sorang2 kat depan pasal proposal kitorang. huhu~cuak seyh. dalam banyak2 presentation ni la yang digeruni sebab kena present sorang2 tapi markah untuk satu kumpulan. saya tak tau sama ada saya buat ok atau tak tapi saya dah cuba sebaik mungkin. harap2 dapat ok.

malam ada penutup Minggu Aspirasi Islam. ada talk oleh bro Lim Jooi Soon. sangat menarik =D tajuknya misconception about Islam. yang ni pun kalau saya ada masa nanti saya share apa yang saya dapat malam tu. oh, malam tu jugak jadi AJK hadiah. mintak maaflah sesapa yang menang tu sebab tak reti balut hadiah lawa2.

Sabtu, 15/6/13

hari ni pergi Rembau sebab ada khidmat masyarakat dengan anak yatim kat sana. sangat rindu dengan daerah ni :') 8 tahun membesar kat sini kot. sampai dalam sejam awal (haha) jadi awal2 lagi dah siap set up bagai. CS kali ni saya rasa lagi puas hati sebab saya dapat bonding lebih banyak dengan adik2 kat sana. serta saya rasa lebih bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.

paling terkesan masa ada sorang budak perempuan ni, kawan saya ajak makan sama waktu tengahari. tapi dia tunjuk kat sorang kawan saya yang lelaki sambil cakap, "nak abang tu." awalnya, of course la reaction saya ialah, wah...ada peminat budak (kawan saya) ni. tapi kawan saya pujuk, nanti lepas makan boleh pergi kat abang tu. lepas makan tu, nampaklah dia pergi kat area budak lelaki duduk. masa tazkirah pun dia duduk kejap kat riba sorang kawan lelaki tu. 

kalau tengok dengan mata kasar, tak terfikir apa2 mungkin orang akan anggap 'amboi budak ni, kecik2 dah pandai.' tapi bila saya fikir balik, budak tu baru umur 6 tahun camtu. lebih kurang. kecik2 dah duduk dengan kawan2, bukan dengan mak ayah dan saya fikir, ini ialah sesuatu yang amat tough untuk mereka hadapi. mereka nakkan tempat untuk dimanjakan. mereka nak ada orang yang belai dan sayang mereka. saya rasa sebak lagi bila memikirkan yang saya ada adik sebaya mereka kat rumah dan saya tak dapat bayangkan macam mana kalau keadaan sama berlaku kat adik2 saya (mintak jauh).

lepastu masa mereka buat persembahan untuk majlis penutup, mereka nyanyi lagu "Hanya Tuhan yang Tahu." mula2 kitorang pun saling mengusik sesama kitorang sebab lagu ni kan kalau semua orang tahu lagu untuk orang bercinta. tapi bila dengar diorang nyanyi, rasa sayu sangat. bila kawan saya cakap yang dia pun rasa sayu dengar, terus saya meleleh air mata. sebab boleh rasa yang diorang mengharapkan seseorang yang boleh sayangkan diorang selepas orang yang diorang sayang takde. waaaa.....maunya tak nangis kalau camni. kita ni dah besar panjang mak ayah kita pun kita masih boleh dapat tengok, dapat peluk dan dengar suara tapi diorang? bersyukur dan sayang dan hormatlah mak ayah kita selagi mereka masih ada. 

Ahad,15/6/13

hari ni ada seminar kat Zoo Negara. yeah, pertama kali pergi Zoo Negara. sebelum ni pernah pergi Zoo Melaka je. semangat!! seminarnya pasal pergigian tapi haruslah pasal gigi haiwan. very interesting =D seminarnya sekejap je. lain tu semua pergi jalan2 kat sekitar zoo tengok haiwan. semangatlah bila tengok sendiri depan mata gajah, zirafah, harimau, singa dan sebagainya semua tu. maklumlah masa kecik tak pernah langsung pergi. adik beradik saya rasanya semua dah pernah pergi sebab ada lawatan sekolah. apa pun, ni kira lawatan jugaklah sebab saya tak bayar apa2 pun =D

demikianlah diari mingguan saya. apapun seminggu dah berlalu dan seminggu yang lain akan datang dengan cabarannya tersendiri. semoga urusan kami dipermudahkan =D

p/s: nak share jugak pasal tadabbur surah ad-Dhuha. insha Allah ada masa saya share ea~