Saturday, November 9, 2013

Sitora Harimau Jadian

Assalamu'alaikum rakyat Malaysia sekalian =)

korang pernah pergi tengok teater? tak kisahlah teater apa pun. tapi kebanyakan orang kita lagi suka tengok wayang berbanding tengok teater. saya? tengok wayang pun cerita Harry Potter yang final tu je dan lepastu sampai sekarang tak pernah tengok lagi dah. lagipun cerita sekarang macam...err..macam tak best je. macam boring je. macam menyampah aku menengoknya.

tiket masuk. takde tiket takleh masuk.
Alhamdulillah semalam dapat peluang menonton teater "Sitora" kat Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya. dari pagi ikut kakak pergi kerja, melepak kat fakulti dia disamping menggunakan kesempatan kelajuan internet yang superb di UM dengan mendownload beberapa episod drama Code Blue (yang dah lama tu) sambil baca nota(lah sangat). yang datang teater ni tak ramai sangat, dalam 50 orang macam tu. tapi bila dah masuk, tengok, baru faham kenapa dia tak ramai orang.


anyway, korang tau tak yang Sitora Harimau Jadian ni sebenarnya sebuah filem yang dihasilkan oleh P Ramlee? kita selalu tengok Bujang Lapok, Do Re Mi, Ibu Mertuaku dan banyak lagilah filem dia tapi filem ni kita macam tak pernah dengar pun,kan? sebabnya filem ni pernah ditayangkan dulu sekitar tahun 1964-1970 tapi hilang dan sampai sekarang takde siapa yang tahu kat mana filem asli ni ada, which copy dia dah hilang macam filem2 Melayu hitam putih dulu.


" Sitora Harimau Jadian ialah satu-satunya filem arahan P. Ramlee yang telah hilang. Ia ditayang di pawagam pada tahun 1964 dan juga di RTM sekurang-kurangnya sekali pada tahun 1970an. Kemudian ia terus 'ghaib' (seperti makhluk jadi-jadian dalam ceritanya)." Petikan Pengenalan novel Sitora Harimau Jadian

ni novel dia. diterbitkan semula.



sinopsis dia. bacalah sendiri =P

teater ni diarahkan oleh Amar Asyraf yang berlakon Setia Hujung Nyawa tu. huhu~punyala dia lalu lalang depan mata semalam, tak teringat pulak nak mintak sign. teater ni diinspirasikan dari filem P. Ramlee tu jadi takdelah 100% dia ikut filem tu. tapi, bagi yang tak baca novel mesti boleh faham jugak walaupun endingnya tak macam dalam cerita sebenar.ala,takkan nak ambik bulat2 tak best la kan.


teater dia mula dengan scene Pesta Menuai Kampung Kiambang kali ke-173. masa ni ada Tok Penghulu, OCPD Mutalib bagi ucapan dan jugak memperkenalkan Dr Effendi yang baru sampai dari KL yang akan bukak klinik kat kampung tu serta persembahan tarian. tiba2 , dengar suara perempuan menjerit. rupanya Naemah anak Pendekar Amin kena sakat dengan Sitora. lepastu Tok Dukun nak ubatkan dia tapi lepastu Dr Effendi ambik alih. lalu Tok Dukun tak puas hati dengan Dr Effendi, pastu bila dia pergi terus ada bunyi guruh2 dengan hujan lebat.

orang teater ni kreatif tau. masa ada scene nak tengok Naemah yang kena sakat tu, nak ambik jala untuk tangkap Sitora, nak bunuh Sitora dengan scene nak ambik bandage untuk balut Naemah yang luka (rasanya sebab nampak merah kat leher dia), dia akan cakap " kita memerlukan beberapa orang kampung untuk membantu kita," nanti masa tu dia akan tunjuk la mana2 penonton untuk ikut dia pergi belakang pentas, konon2 macam memang nak ambik barang la. masa ni saya dengan kakak dah cuak2 dah, janganlah dia panggil kitorang. tak mahunya aku pergi belakang tu sebab asal diorang pergi je, nanti kejap lagi mesti ada yang menjerit2. 

lepastu Sitora tu keluar jugak. orang yang mekap dia tu memang pandailah sebab sangat menjadi muka harimaunya. takut kot! saya dengan kakak dah pegang2 tangan sebab takut. memang serius terasa macam kita kat dalam situasi tu ditambah dengan sound effect suara harimau mengaum betul2nya, terasa macam bila2 masa je akan ada orang boleh terkam dari belakang. lagi menakutkan bila tiba2 pentas gelap, lepastu bunyi harimau kuat sangat dan bila bukak je lampu, Sitora tu dah ada kat depan pentas. saya? harus la menjerit. mana boleh tetiba gelap camtu. Sitora tu pulak dah tak rupa manusia. masa tu dalam hati doa je jangan la dia lalu depan aku pastu nak acah2 mengaum depan aku pulak. tapi dia tak jalan kat penonton pun. dia lawan2 dengan orang kampung kat depan tu je pastu adalah beberapa orang yang mati.

dalam cerita ni, watak orang kampung semuanya percaya kat Sitora dan Tok Dukun. diorang percaya yang kalau diorang bayar pengeras kat Tok Dukun, nanti Sitora tak kacaulah. tapi Pendekar Amin tak bayar so anak dia kena kacau. OCPD Mutalib pulak dia tak percaya langsung kat benda tahyul camni. Dr Effendi pun mula2 tak percaya tapi lepas dah tengok sendiri Sitora tu (dia ikut tangkap sekali), baru dia percaya. akhir cerita ni, ada beberapa polis orang bawahan OCPD Mutalib datang ke depan, bagitau yang diorang akan selesaikan perkara ni. 

macam tu la cerita dia. kalau ikutkan novel dia, sebenarnya Tok Dukun tu la Sitoranya. dan ada seorang lagi doktor yang jadi hero dalam cerita ni sebab Dr Effendi tu kena sampuk dengan Sitora sampaikan dia pun jadi macam anak Sitora tu. cerita ni sebenarnya nak menunjukkan macam mana Dr Effendi yang belajar ilmu perubatan moden tu langsung tak percaya kat Sitora tu boleh dirasuk Sitora tu sendiri. pengajarannya, walau tinggi mana ilmu kita, janganlah ketinggian tu menutup minda kita daripada menerima pendapat orang lain.

di sini, saya nak ajak semua orang untuk menonton teater sebab most of the time, kita dapat belajar nilai murni melalui teater. especially yang indie macam ni la. sebenarnya, banyak orang buat teater sekarang ni cuma kita je yang tak tahu. apa kata kita ubah minat kita daripada tengok filem yang tak membangun tu kepada teater yang lebih dekat dengan jiwa. maaflah penggiat filem tempatan, tapi jujur saya cakap, anda tak perlu pelik kenapa jenayah dan gejala sosial kat negara kita makin menjadi-jadi sekarang ni. sebab andalah punca mereka jadi begitu. anda 'mendidik' mereka dengan alasan memberi pengajaran padahal dalam cerita, sikit bahkan mungkin tiada langsung nilai moral yang anda tampilkan. yang anda tekankan hanyalah adegan ganas dan maksiat. saya harap akan ada orang yang akan membaikpulih semula nama filem tempatan kita yang semakin rosak dan sekaligus mendidik masyarakat untuk jadi lebih bertamadun.

akhirnya, jomlah kita tengok teater =) saya pun baru tumbuh minat sejak pergi tengok teater English semester lepas. insha Allah kalau ada rezeki boleh tengok lagi di masa akan datang. oh ya, kalau nak tengok, tak semestinya kat Istana Budaya. banyak je teater indie yang ada sekarang ni dan korang boleh pergi menonton dengan harga yang berpatutan. macam yang saya pergi ni, tak mahalpun tiketnya. berpatutan untuk taraf pelajar seperti saya. 

oklah. panjang sangat pulak menulis hari ni. teater sangat seronok! sangat enjoy semalam. kalau ada teater best lagi lepas ni, bagitahulah. mana tahu ada rezeki boleh pergi =D

eh, tadi ada cakapkan kenapa dalam 50+- je yang tengok. sebab dia buat ni atas pentas, maknanya penonton terlibat sebagai orang kampung. tu yang lagi terasa real tu!!

thanks for reading!






0 respons terhadap bicara saya: