Showing posts with label berangan. Show all posts
Showing posts with label berangan. Show all posts

Wednesday, May 21, 2014

penat dan semangat

Assalamu'alaikum =)

bila semangat:

" aku minat ortho. kalau tak ortho pun aku nak prostho," kata aku yang sudah terfikir mahu sambung master dan jadi specialist sedangkan bend wire untuk URA pun tah pape (haha).

tu waktu semangat.

bila penat:

" huhu..habis FYDO ni, habis bayar JPA aku nak duduk rumah je jaga anak. macam mana la doktor2 ni boleh buat benda yang sama hari2 tak bosan?"

dan macam2 lagi. siap terfikir nak masuk kelas menjahit lagi.

dengan harapan nanti nama boleh letak camni,

" Dr. Nur 'Afifah, BDS (USIM), Dip. Menjahit Labuci & Renda pada Baju Kurung Pahang."

haha tah pape budak ni.

p/s: peperiksaan sudah sekitar sudut. doakan. terima kasih =)

Saturday, September 15, 2012

saya mahu tua bersama kamu~



i wanna grow old with you~
till jannah, insya Allah~


ada masanya kita kena fikirkan masa depan jugak, ek? eh, persediaan menghadapi masa depan camne pulak?

p/s: dah masuk umur 20 ni selalu sangat fikir macam2 *sigh*

Friday, April 20, 2012

happy, sad n future

salam~

recall the memories during English class with Madam Azlina a year ago. oh, sangat rindu dengan zaman tamhidi.  masa ni dah nak sampai hujung semester yakni hujung tamhidi. teacher suruh kitorang bercakap kat depan tentang tiga benda ni.

tapi kat sini saya nak cerita pasal future saya je. masa tu saya cakap, lepas habis belajar, saya nak kerja sebagai dentist dan lepas dah habis kontrak dengan kerajaan, saya nak jadi suri rumah =)

apakah? haruslah itu mengundang respons yang macam "kau belajar mahal2/tinggi2 pastu nak duduk rumah je?"

haha~kalau nak diikutkan memanglah sayang sebab kita pun bukannya belajar biasa2. dental surgery kot di mana ini ialah bidang yang kritikal. negara kita mesti ada doktor gigi yang mencukupi. tapi, saya tak rasa kalau saya bercita-cita untuk tak bekerja sebagai dentist sampai pencen itu akan menyebabkan kekurangan pada negara kita.

antara sebab2 saya ialah:

1) walaupun bidang ni kritikal, tapi ada kuota pengeluaran graduan pergigian setiap tahun. jadi, insya Allah mencukupi. haha~macam kitorang, dia tak ambik belajar ramai2 sebab dia tak nak ada lambakan graduan doktor gigi tapi last2 tak dapat kerja hanya sebab kuota doktor gigi dah cukup.

2) tempat saya ialah di rumah, di sisi keluarga saya dan anak2 saya kelak. bagi saya, sangat bermakna bila dapat gelaran suri rumah berijazah. saya nak didik anak2 saya nanti dengan penjagaan gigi elok2 sebelum saya spread kat orang lain. saya nak jadi macam mak saya, sentiasa ada di sisi anak2nya sebab beliau suri rumah. besides, saya dapat sediakan makanan untuk anak2 saya sendiri, dapat pantau sendiri pergerakan mereka (dan suami sekali.haha!!), dapat teman diorang buat kerja sekolah dan banyak lagi. saya nak dekat dengan mereka dan tengok diorang membesar di depan saya, bukan orang lain.

3) saya nak jadi tukang jahit pulak =) haha~ada jugak pendapatan sendiri walaupun duduk kat rumah. insya Allah. 

haha~tu jelah. boleh pulak ea berangan nak jadi suri rumah lepas dah penat2 belajar susah payah bagai. hehe~tapi ni sekadar anagn2 je. kalau ada rezeki sambung belajar, ok je. saya nak jadi dentist yang pakar dalam bidang forensik boleh tak? ke tak wujud master dalam bidang tu? haha~

oklah. lama xupdate. tu yang mengarut je. huhu~k, salam.

Wednesday, January 4, 2012

suamiku seorang blogger

salam~

tadi jenguk2 fanpage facebook blog Dr. Sarah. dia sudah dapat baby. comel sangat =)

suami dia pun ada blog jugak.

lepastu terus terfikir, kan best kalau suami saya nanti seorang blogger cam saya jugak ;)

nanti kalau saya busy dia boleh updatekan kisah kami di blog dia.

itupun kalau dia tak busy. dibuatnya dia seorang doktor, saya pulak kot yang kena update untuk dia nanti. haha!!

*berangan je. final dah nak dekat. kbai (ape ni?) k, salam.

nota untuk awak: agak2 awak tau tak saya ada blog? dan awak tau tak yang saya pernah tulis tentang awak dalam blog ni?