Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, March 9, 2015

ohana means family

" Ohana means family. Family means nobody cant stay behind or forgotten."

my beloved family


i'm proud being a member of #theonlybatch

terima kasih atas setiap saat yang kita kongsi bersama. pedulilah sedih, manis, pahit atau perit, selagi kita masih bersama dan tersenyum antara satu sama lain, selagi itu kekuatan itu akan terbina semula. be strong and have faith =)




Saturday, December 21, 2013

An Informal Letter to My Sister

Assalamu'alaikum =)

I'm writing for you today because i'm not sure whether i can meet you this weekend or not. And i also not sure whether i'm gonna have strength to talk to you, to deliver something from my heart face to face with you. but i want you to know that i am sincerely saying this to you.

first of all, i would like to congratulate you for your success in PMR. you did the best and i am proud of having you as my sister =) seriously, if someone were at your place i never think that they can do as best as what you did. you did good job and you have proved that you can be at the same level as others.

forget about the 'must' of getting straight As for your examination. that's all rubbish. that's not the goal of your life. that's not a definition of a 'human' either. you see people around you, not all successful people passed their examination with flying colors and not all people who once succeed are living their life happily. you know that our life is like a wheel. you will not forever be at the bottom. there is always room for improvement. believe in Allah. remember Him. all you need to do is stand up, become stronger, do your best and leave the rest to Him.

never try to impress people because they will never satisfy with whatever you present to them. either you do good or bad, they will always talk about you. do whatever you like. we will always be there for you. you can always turn to us, your family because we are here to help you, to support you and to guide you. whenever people criticize your mistake, think about it for a while, learn something and move on. if you asked me how i define a person as a successful person, i would say that a person who falls down for numerous time until he manage to reach the finish line is better than who can reach it without facing any difficulties. because the best teacher is experience.

you are still young and there are so many things that you can learn out there. don't ever give up. choose your path and go through it with your strength, determination and talent. you have met various kind of people and in future be prepared and alert if you encounter the same kind of people. don't ever be pressured, struggle beyond your capacity to be at the same level as others. you are unique, everyone has their own way to shine. if you did that, you'll get nothing except tiredness. remember what i said before? don't ever try to impress the-never-satisfied-people.

so, lil' sis. shed your tears, smile and move on. i told you, if someone asked you ' cuba jadi macam kakak tu,' it's better for you to close your ears and quickly forget the words because it is not fun of being me. you have your own shoes, you wear it and you know how comfortable it is for you and you know which part you should fix if you become uncomfortable wearing it sometimes. do your best with your own way and enjoy the life. insha Allah, you will succeed and satisfied =D

good luck! may Allah ease your journey =)

=)
sincerely,
your sister =)
nawwarhanifah aka ipah

Friday, May 24, 2013

my mom is jjang!

" mak nak masak apa ayam ni?"
" pak suruh buat ayam masak kuning."
" ala..nak masak lain. mak masaklah ayam masak merah. ipah suka ayam masak merah."
" ..."

pagi, 24 Mei 2013

mak masak nasi minyak. lauk ayam masak merah. walaupun tinggal sikit sebab mak masak semalam, tapi tetap ada bahagian untuk si anak yang suka ayam masak merah.

" ipah, mak masak nasi minyak semalam. saja masak, teringat ke ipah."

senduk nasi, letak ayam seketul dengan sambal atas pinggan, makan.

air mata bergenang. terima kasih, mak =D

sesungguhnya masakan air tangan mak jadi penawar bila balik rumah sebab nak release stress.

oh Allah, bless my beloved mom and dad. shower them Your blessings and grant their wishes.

semoga sampai syurga, insha Allah.

p/s: mak, ipah suka mee kari jugak. nanti ipah nak balik gv, kita buat mee kari ea =)

Sunday, March 24, 2013

rotan di dunia vs rotan di akhirat

ada seorang budak. namanya Amin.beliau berumur 10 tahun dan baru sahaja bersunat pada penghujung cuti Disember yang lalu. mak dia dah kata kalau kemudian sikit pun takpe tapi sebab dia rasa dia besar walaupun badannya kecik makanya mak dia pun ikutkan je la.

Rasulullah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka di tempat tidur. memandangkan Amin dah berumur 10 tahun, maka mak dan ayah dia ingin memeriksa bacaan dalam solatnya sebab apalah erti kalau dia pandai rukuk sujud sekalipun dalam usia 10 tahun kalau bacaannya masih tak tahu. alhamdulillah, kebanyakan bacaan dalam solatnya lancar kecuali beberapa seperti tahiyat akhir dan doa qunut.

malam itu, Amin disuruh melancarkan bacaannya. tapi asyik tak jadi je. akhirnya ayah dia terpaksa menggunakan pendekatan ugut untuk rotan. maka terjadilah perbualan di antara mereka seperti di bawah (ayat tipikal dalam buku teks Bahasa Arab Komunikasi):

ayah Amin: macam mana ni Amin? awak nak kena rotan ke?
Amin: (diam)
ayah Amin: awak kena lancarkan bacaan ni. kalau tak awak kena rotan nanti. kat dunia kena rotan, kat akhirat pun kena rotan sebab bacaan dalam solat tak lancar. awak nak kena rotan kat mana? dunia ke akhirat?
Amin:....kat akhirat....
ayah Amin: rotan kat akhirat? rotan kat akhirat lagi dahsyat woo...
Amin:oklah rotan kat dunia.
ayah Amin: kat dunia? mak, pergi ambik rotan (dia suruh mak Amin ambikkan rotan)
Amin: eh,taknak taknak. Min nak lancarkan bacaan tahiyat ni.

begitulah kisahnya. sedang perbualan tersebut berlaku, tiga orang kakak Amin yang sedang menikmati makan malam berdekatan dengan situ sedang sakit perut tahap acute menahan ketawa.

adik-adik, belajar solat ok? nanti kalau kita tak solat, Allah marah. kalau kita solat, nanti semua sayang. Allah sayang, mak ayah sayang, cikgu2 pun sayang.

oklah, Maghrib dah masuk. jom solat =)

amin yang comel dan manja dan pandai =)

Sunday, January 6, 2013

oh ayah~

Assalamu'alaikum =)

*shared from Facebook*


Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.


* * *

Now, this is nawwar hanifah talking. dalam dunia yang amat mencabar hari ni, kita tak sedar kadang2 yang kita terlalu mengejar keduniaan sampai mengabaikan kemanusiaan, even terhadap mak ayah sendiri. tahu tak, setiap kali saya terbaca kisah pasal ayah kat facebook atau mana-manalah, saya jadi lebih sayu berbanding baca kisah pasal mak. bukan sebab saya tak sayang mak, mestilah sayang. cuma kasih sayang mak kita selalu nampak dan rasa, melalui air muka dia, melalui air tangan dia, melalui setiap kata-kata yang dia ucapkan pada kita. dia jugak ada setiap kali kita balik rumah, berbanding ayah yang kadang2 masa kita balik belum sampai rumah lagi ataupun ada hal kerja yang nak diuruskan. tambah lagi, ayah saya bukan jenis yang menunjukkan kasih sayangnya terhadap anak-anak seperti mana yang mak buat. tapi kasih sayang ayah selalu kita tak perasan.

kasih sayang ayah selalu dalam bentuk kebendaan, yakni apa yang kita mintak, ayah cuba tunaikan even masa tu ayah tak berkemampuan sekalipun. *cry* kalau anda anak orang yang berada, mungkin anda tak terasa apa yang saya tuliskan. saya teringat, masa darjah 4, masa tu saya baru masuk unit beruniform Tunas Puteri. saya tak dapat masuk Puteri Islam sebab dah penuh. (kalau masuk Puteri Islam senang, mak boleh jahitkan baju)dan masa tu jugak, cikgu kokurikulum asyik ugut nak denda je kalau tak beli baju uniform lagi. saya antara yang diugut sebab dah masuk bulan 3/4 tapi still takde baju tu. sampailah satu hari, ayah saya dapat gaji, malam tu lepas Maghrib terus ayah ajak keluar ke Seremban cari baju yang saya nak tu. jelajah sampai dua tiga kedai jugak last2 alhamdulillah dapat. saya tahu, ayah seronok tengok saya gembira dapat pakai baju tu dan tak terasa asing dengan kawan2 lain. tapi saya tak tahu, masa tu even ayah dapat gaji sekalipun, itu tak menjamin kami sekeluarga dapat bertahan dengan duit yang ada sampai hujung bulan seterusnya. tapi ayah tunaikan jugak.

bila dah besar dan faham, saya tengok sendiri macam mana ayah buat perkara yang sama kat adik2 saya. kadang2 saya kesian sangat bila tengok ayah keluarkan jugak duit belikan adik mainan yang memang tahu takkan tahan lama pun. kitorang kakak2 ni bising jugak tapi sebab dah ayah nak belikan jugak, takpelah. ayah cuma nak tengok kami adik beradik gembira walaupun setiap kali tengah bulan, memang sesak kami sekeluarga dibuatnya. to be frank, duduk kat Kuala Lumpur sangat mencabar, tambah lagi keluarga besar macam saya dengan hanya ayah yang bekerja. 

alhamdulillah, sekarang kami dah merasa sedikit senang. bukanlah senang mewah tapi at least taklah terlalu sesak macam dulu sebab saya, kakak dan adik yang bawah saya dapat elaun pelajaran. dapatlah berkongsi sedikit sebanyak dengan mak ayah n adik2 kat rumah. dan alhamdulillah, sekarang kalau adik-adik nak apa pun, diorang boleh mintak dengan saya, insha Allah saya cuba tunaikan.

apa-apa pun, ayah sangat osem! kasih dia macam mak, tak terbatas dan doanya pun tak terhijab. sila hormati ayah sepertimana kita menghormati mak kita. takde ayah, takde kita kat dunia ni.

oklah, dah macam lari tajuk rasanya. huhu~serius, sangat tersentuh hati dengan cerita ni. semua orang, jom doakan semoga Allah ampuni dosa-dosa kedua ibu bapa kita dan mengasihi mereka sepertimana mereka mengasihi kita semenjak waktu kecil lagi. aamiin.

p/s: menulis dengan sekotak tisu kat sebelah. sekarang dengar lagu Saat Lafaz Sakinah dan tetiba rasa macam boleh tak kalau dah kahwin nanti nak duduk dengan mak ayah lagi? hehe~

Monday, July 16, 2012

si kenit yang senget

salam~

*gila tak gila hari ni aje dah dua kali update blog. ok, ok. pasni tak online dah. betul. insya Allah la. haha~*

saya ada seorang adik kecik. namanya Ainul Mardhiyyah. dia sangat comel dan boleh dikatakan dalam keluarga dialah yang paling lawa *menurut makcik2 yang nampak dialah. sebabnya dia anak bongsu dan orang kata anak bongsu ni lawa2. dah3, anak-anak bongsu yang tengah membaca entri ni sila kawal diri anda dari terus mengembang. saya tak percaya langsung pun kenyataan tu *statement jeles. wekk*

tapi, adik saya ini sangat senget. saya tak tahulah kenapa budak2 yang lahir pada abad 21 ni otaknya bergeliga benor? panjang je akal dia nak buat orang punya tekanan darah fluctuate, tahu? contohnya adik saya nilah. baru umur 6 tahun tapi bila dia bercakap, Allah aje yang tahu tahap kesabaran kami.

macam tadi, berlaku perbualan antara saya, kakak n Ain.

kakak: Ain, Ain ni haiwan apa sebenarnya? kerbau ke, badak ke, monyet ke, lembu? (sebenarnya tak ingat haiwan apa yang kakak listkan. ni main taram je. haha)

Ain: Anjing!!

saya dan kakak: (mengucap panjang lebar sambil urut dada sebab terkejut)

ko tengok dia jawab apa? ada tak kakak saya listkan haiwan tu masa tanya kat dia? takde kan? lepastu dia cakap sebab dia lahir tahun anjing. sabar jelah. 

lepastu dia tengok skrin laptop saya. saya guna gambar famili n gambar kelas yang alternately bertukar untuk menghiasi skrin laptop ini. kan kat gambar kelas tu ada nama setiap sorang, so dia bacalah nama tu satu2. sebabkan kesian kat budak ni teringin nak berkenalan dengan kawan2 kakak dia ni, saya pun bukaklah gambar tu bagi dia tengok puas2. lepastu dia bacalah nama kawan saya satu2.

"lala, pikad, nisa, adila, adina (dia tak nampak huruf L tu)...fizah (yang ni pun dia tak nampak huruf L tu)..ehsan (dia kata: eh, ni macam dalam cerita upin ipin tu! intan payung. haha~kesian ko ehsan)..fafang.." 

dah habis baca part budak perempuan. saya zoomkan gambar tu jadi gambar budak berlima kat bawah tu dia tak nampak. pastu dia suruh saya skrol bagi nampak jugak. 

dia bacalah nama budak lelaki satu-satu. tapi yang bestnya part ni, dia sempat lagi kutuk. haha~ni yang ipah sayang ain lebih sikit. haha~

" kenapa muka yang ni nampak macam tua?" dia tunjuk kat satu muka.

" kenapa ain cakap dia macam tua?" saya tanya dia balik.

" sebab dia ada janggut. yang ni pun macam tua jugak, " dia tunjuk satu lagi muka. 

WAHAHAHAH!! sakit perut seyh gelak2. nasiblah korang XD

" tapi yang ni muka dia nampak muda," haha~orang ni bernasib baik sikit tak kena kutuk dengan ain.

ain, ain..walaupun kau sangat comel dan kecik tapi kau juga seorang yang senget. tak sabar nak cerita kat kawan2 nanti. sabar jelah dengan ain tu.

apa2 pun, saya sayang adik saya =) si kecil yang selalu menceriakan hati saya dengan telatah comelnya yang menghiburkan~

sayang Ain =)