Monday, July 16, 2012

si kenit yang senget

salam~

*gila tak gila hari ni aje dah dua kali update blog. ok, ok. pasni tak online dah. betul. insya Allah la. haha~*

saya ada seorang adik kecik. namanya Ainul Mardhiyyah. dia sangat comel dan boleh dikatakan dalam keluarga dialah yang paling lawa *menurut makcik2 yang nampak dialah. sebabnya dia anak bongsu dan orang kata anak bongsu ni lawa2. dah3, anak-anak bongsu yang tengah membaca entri ni sila kawal diri anda dari terus mengembang. saya tak percaya langsung pun kenyataan tu *statement jeles. wekk*

tapi, adik saya ini sangat senget. saya tak tahulah kenapa budak2 yang lahir pada abad 21 ni otaknya bergeliga benor? panjang je akal dia nak buat orang punya tekanan darah fluctuate, tahu? contohnya adik saya nilah. baru umur 6 tahun tapi bila dia bercakap, Allah aje yang tahu tahap kesabaran kami.

macam tadi, berlaku perbualan antara saya, kakak n Ain.

kakak: Ain, Ain ni haiwan apa sebenarnya? kerbau ke, badak ke, monyet ke, lembu? (sebenarnya tak ingat haiwan apa yang kakak listkan. ni main taram je. haha)

Ain: Anjing!!

saya dan kakak: (mengucap panjang lebar sambil urut dada sebab terkejut)

ko tengok dia jawab apa? ada tak kakak saya listkan haiwan tu masa tanya kat dia? takde kan? lepastu dia cakap sebab dia lahir tahun anjing. sabar jelah. 

lepastu dia tengok skrin laptop saya. saya guna gambar famili n gambar kelas yang alternately bertukar untuk menghiasi skrin laptop ini. kan kat gambar kelas tu ada nama setiap sorang, so dia bacalah nama tu satu2. sebabkan kesian kat budak ni teringin nak berkenalan dengan kawan2 kakak dia ni, saya pun bukaklah gambar tu bagi dia tengok puas2. lepastu dia bacalah nama kawan saya satu2.

"lala, pikad, nisa, adila, adina (dia tak nampak huruf L tu)...fizah (yang ni pun dia tak nampak huruf L tu)..ehsan (dia kata: eh, ni macam dalam cerita upin ipin tu! intan payung. haha~kesian ko ehsan)..fafang.." 

dah habis baca part budak perempuan. saya zoomkan gambar tu jadi gambar budak berlima kat bawah tu dia tak nampak. pastu dia suruh saya skrol bagi nampak jugak. 

dia bacalah nama budak lelaki satu-satu. tapi yang bestnya part ni, dia sempat lagi kutuk. haha~ni yang ipah sayang ain lebih sikit. haha~

" kenapa muka yang ni nampak macam tua?" dia tunjuk kat satu muka.

" kenapa ain cakap dia macam tua?" saya tanya dia balik.

" sebab dia ada janggut. yang ni pun macam tua jugak, " dia tunjuk satu lagi muka. 

WAHAHAHAH!! sakit perut seyh gelak2. nasiblah korang XD

" tapi yang ni muka dia nampak muda," haha~orang ni bernasib baik sikit tak kena kutuk dengan ain.

ain, ain..walaupun kau sangat comel dan kecik tapi kau juga seorang yang senget. tak sabar nak cerita kat kawan2 nanti. sabar jelah dengan ain tu.

apa2 pun, saya sayang adik saya =) si kecil yang selalu menceriakan hati saya dengan telatah comelnya yang menghiburkan~

sayang Ain =)

2 respons terhadap bicara saya:

kNoWRuLE_sUN said... [balas komen ini~]

nseb aku la....tp at least aku fames n dknali ramai...:)

fAraH_K said... [balas komen ini~]

hahah yang muda tu mesti walep,kn?