salam~
semua orang tengah buat apa tu? haha~mengarut. sejak zaman bila entah rajin tegur readers macam ni. apa2 pun, semoga semua orang berada di bawah rahmat Ilahi =)
baru2 ni kita dapat tengok satu video pasal sepasang pengantin baru yang bagi saya sangat muda, kalau dikira dalam konteks umur kebiasaan pasangan berkahwin sekaranglah. kalau kita compare dengan zaman dulu, memang tak terkira atuk2 nenek2 embah2 kita yang kahwin umur belasan tahun. jadinya, disebabkan ini bukanlah perkara yang dilihat biasa dalam masyarakat kita (saya cakap tak biasa sebab boleh kira dengan jari je tahu orang yang kahwin pada awal belasan tahun), makanya saya rasa saya nak bagi pendapat saya.
kalau nak diikutkan kan, setiap benda ada pros dan cons nya. segelintir akan pertahankan yang ini dan segelintir lagi akan pertahankan yang lain. bagi saya, bila mereka dah buat keputusan untuk berumah tangga pada usia muda, mereka adalah orang yang sangat daebak tahu?! kenapa saya cakap camtu? sebab saya sendiri, sebagai budak yang baru nak masuk umur 20 tahun ni pun dalam hati selalu terfikir, dah sedia ke aku ni nak jadi isteri? nak pegang tanggungjawab sebagai isteri, lepastu nanti nak jadi mak pulak. dahlah tak pandai masak lagi, bla3 dan bla3. so, mereka adalah golongan yang memang kamikaze sebab buat keputusan yang bagi saya amat berat pada usia yang amat muda.
lagi, saya dapat tengok yang mereka ni terhindar daripada maksiat, insya Allah. sebab dah ada suami isteri. mereka dah pun lengkapkan separuh agama mereka. lagi separuh tu tinggal nak isi dengan ketaqwaan kepada Allah. bukankah menjadi sangat best kiranya bila separuh tu dah fulfilled, lagi separuh tu sama2 tolong isikan? sweet gitu. tambah lagi mereka ni masih muda dan kita tahu zaman sekarang ni zaman yang tak selamat dah. sana sini zina berleluasa, pergaulan lelaki perempuan pun takde batas dah. jadi, mereka sangat beruntung sebab terlindung dari perkara2 macam tu bila mereka ambil keputusan untuk kahwin.
tapi bagi saya jugak, ada kekurangannya. sebab pada saya, bila kita kahwin ni, kita akan pegang tanggungjawab jaga anak orang. memang rezeki tu Allah dah janjikan kepada mereka yang bernikah. tapi, dalam usia yang muda dan semestinya bergantung lagi dekat parents, bukankah lebih baik kalau kita sabar sikit, kahwin ketika kita dah ada kudrat untuk usaha cari duit sendiri untuk tanggung pasangan kita? nanti kalau ada anak pun, laaaaaaaaaaagi banyak nak pakai duit. kesian dekat mak ayah yang dah pening kepala pasal adik2 kita pun nak pakai duit nak pergi sekolah lagi, tiba2 dapat cucu jadi nenek dan atuk pada usia muda, lepastu mereka jugak yang kena tanggungkan untuk anak tu. tapi kalau dah yang berkahwin muda tu anak orang kaya, saya tak boleh nak cakap apa lagi dah =)
saya tak against kat sesiapa pun yang kahwin muda. serius =D saya respek lagi ada sebab tanggungjawab yang mereka pegang itu amatlah besar. sekadar meluahkan pandangan. ini pun bukanlah bermaksud saya cemburu dekat mereka2 yang kahwin muda tu, saya yang lagi tua ni tak kahwin2 lagi ke apa. betul. tapi bagi saya sendiri, setakat ni saya harap sangat saya kahwin selepas graduate. sebab saya tahu, sedangkan kehidupan sebagai pelajar pun dah cukup serabut dan buat air mata meleleh2 sampai berbaldi2 dan juga tekanan darah turun naik, inikan kalau saya ditakdirkan kahwin pada usia muda ketika masih belajar. lagipun, yang penting dalam nak membina sebuah rumah tangga yang kukuh ialah foundation agama yang sangat tinggi. macam mana nak jadi kapten kapal kalau ilmu pasal pelayaran belum cukup di dada? yep, sambil2 belayar kita akan jumpa banyak benda baru. tapi, tahu tak pentingnya ada asas at least teori terlebih dahulu sebelum praktikal? jadi, bila ilmu, gabung dengan pengalaman, nanti hasilnya kita akan dapat kemudi kapal tu dengan baik =) insya Allah.
kahwin memang best. orang kata, syurga dunia. rugi kalau tak kahwin. betul. memang sweet bila cinta kita dengan si dia yang disukai semenjak sekian lama disatukan dengan lafaz pernikahan yang mulia (eh, tetiba masuk lagu unic pulak). tapi itulah, hidup kita ni bukannya nak sweet aje setiap masa. ada masa kita akan rasa payau, ada masa pedas, ada masa masin, ada masa masam, ada masa rasa umami, ada masa jugak rasa kelat. pada saya, sweetnya cinta kita tu dengan dia ialah bila kita dengan dia sama2 bertanggungjawab satu sama lain. seronok sangat kot kalau kita dengan dia sama2 saling membantu mewujudkan Baitul Muslim yang diredhai Allah. saling menegur untuk kebaikan, bila ada masalah saling berbincang, dan jugak saling merancang yang terbaik untuk masa depan dan kebaikan keluarga yang sedang dibina.
kahwin bukan sekadar untuk elak zina. kahwin bukan sekadar untuk menghalalkan antara kita dengan dia yang ajnabi supaya kalau dah halal, nanti kalau pergi kampus sama2, study sama2, orang takkan pandang serong. bukan, bukan camtu. kahwin bukannya matlamat. kahwin ni banyak lagi tujuannya. ingat lagi tak tujuh peringkat yang pernah saya cakap dulu? first, Individu Muslim. kalau dah pass yang ni dengan jayanya, boleh proceed ke peringkat seterusnya yakni Baitul Muslim. lepastu, barulah kita boleh bentuk masyarakat Islam yang berjaya dan seterusnya tegakkan semula Islam kat muka bumi ni. masalahnya, kita dah pass ke kat level Individu Muslim tu?
jadi, bersama2lah kita membentuk diri kita sebaik mungkin supaya pasangan kita nanti akan dapat pasangan yang membawa kepada kebaikan, generasi akan datang akan dididik oleh ibu bapa yang sentiasa jugak mengajak kepada kebaikan dan seterusnya kebaikan tu disebarkan pulak kat keluarga mertua kita, ipar duai kita dan jiran2 sekampung mereka (eh?). haha~apa2 pun, umur bukanlah segala2nya. umur bukan indikator untuk tahap kematangan tapi insya Allah yang berumur itu semestinya matang (eh lagi sekali).
kepada yang baru bergelar pengantin, selamat penganti baru =) haha~tetiba endingnya macam ni pulak. doakan saya dapat jodoh yang baik =) banyak lagi benda nak kena siapkan sebelum jadi isteri, ibu, menantu, kakak ipar, adik ipar orang ni. nasib baik kursus kahwin dah pergi. hehe~
last but not least,
sumber:drcinta |
btw, thanks for reading =)
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment