Monday, July 16, 2012

risiko berani mati study kat rumah sebelum exam

salam~

hari ni saya telah selamat melarikan diri dari kampus dan hostel dan segala kerja2 yang berkaitan. huh, lega sikit tapi ada rasa bersalah jugak sikit. tapi takpe. kita doakan semoga urusan mereka yang telah diberi arahan dimudahkan *hehe*

saya tak pernah lagi duduk kat rumah lama2 sebelum exam sebab saya duduk asrama sebelum ni dan even rumah dekat sekalipun, saya memilih untuk study dengan kawan2 berbanding balik rumah study sensorang. tapi kali ni, saya lebih rela ambik risiko balik rumah study sebelum professional exam saya minggu depan berbanding study di hostel walaupun ada kawan2.

sebab saya sangat2 nak lari dari sebarang gangguan. lagipun kat rumah bukannya ada sesiapa. semua orang keluar pergi kerja, belajar. tinggal saya dengan mak je. internet pun bukannya 24 jam available jadi ini ialah satu peluang keemasan untuk study tanpa gangguan =) insya Allah.

tadi baru lepas ambik si kenit Ainul Mardhiyyah dari tadika dia. lepastu singgah ambik bekas kuih yang mak hantar pagi tadi untuk dijual. macam biasalah, budak kenit tu bila balik sekolah suka beli jajan. so, kenalah teman dia beli apa yang dia nak tu kejap.

mula2 dah cuak sebab baru teringat yang saya mana bawak purse turun ambik dia tadi. kalau sekali kena bayar nanti takde duit macam mana? takkan nak bayar dengan kredit henfon kot? haha~ceh, henfon bawak pulak. senget sungguh. nasib baik budak kenit ni ada duit. dah dia ada duit, akaknya ni pun cuit2 la mintak dia keluar lagi seringgit suruh beli jajan yang sama *hahahahaha<-----gelak syaitan* teruk betul suruh adik belanja. haha~ala, ko belanja pun hari ni je. esok2 lusa akak pulak belanja kau.

sekarang dah tengahari tapi lecture note Physiology semester 1 baru habis 2 tajuk. aduhai, cadangnya nak habis esok jugak sebab nanti dah nak start untuk baca Anatomy. paper Anatomy paper pertama tahu? masa puasa pulak tu. konfirm masa OSPE nanti berdiri sambil menggigil-gigil cuak dan penat dan pening sambil melabel urat darah dan sebagainya. tapi, orang lain jangan jeles ok kerana kami dapat merasa seolah-olah berada di perantauan bila dapat exam time bulan puasa =) korang yang lain mesti dah mula merindui zaman puasa kat asrama dulu sebab masa tu je kita dapat buka puasa ramai2 dengan kawan2. haha~sebenarnya dalam hati jeles jugak sebab cuti sekejap. ah, ade kesah? cuti lama pun badan gendut buat apa? haha~gelak evil lagi sekali.

dahlah. si kenit tu pun dah tertidur sambil tunggu mak balik dari teman ayah pergi klinik. ok, nak pergi masak nasi. haha~pasnih tak tau lagi bila boleh online. macam tak je. doakan saya n kawan2 semua lulus dengan cemerlang =) amin.

*selamat mendaftar di Universiti of Tarbiyyah: Ramadhan. semoga Ramadhan kali ini kita dapat manfaatkan sebaik-baiknya*

0 respons terhadap bicara saya: