ada seorang budak. namanya Amin.beliau berumur 10 tahun dan baru sahaja bersunat pada penghujung cuti Disember yang lalu. mak dia dah kata kalau kemudian sikit pun takpe tapi sebab dia rasa dia besar walaupun badannya kecik makanya mak dia pun ikutkan je la.
Rasulullah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka di tempat tidur. memandangkan Amin dah berumur 10 tahun, maka mak dan ayah dia ingin memeriksa bacaan dalam solatnya sebab apalah erti kalau dia pandai rukuk sujud sekalipun dalam usia 10 tahun kalau bacaannya masih tak tahu. alhamdulillah, kebanyakan bacaan dalam solatnya lancar kecuali beberapa seperti tahiyat akhir dan doa qunut.
malam itu, Amin disuruh melancarkan bacaannya. tapi asyik tak jadi je. akhirnya ayah dia terpaksa menggunakan pendekatan ugut untuk rotan. maka terjadilah perbualan di antara mereka seperti di bawah (ayat tipikal dalam buku teks Bahasa Arab Komunikasi):
ayah Amin: macam mana ni Amin? awak nak kena rotan ke?
Amin: (diam)
ayah Amin: awak kena lancarkan bacaan ni. kalau tak awak kena rotan nanti. kat dunia kena rotan, kat akhirat pun kena rotan sebab bacaan dalam solat tak lancar. awak nak kena rotan kat mana? dunia ke akhirat?
Amin:....kat akhirat....
ayah Amin: rotan kat akhirat? rotan kat akhirat lagi dahsyat woo...
Amin:oklah rotan kat dunia.
ayah Amin: kat dunia? mak, pergi ambik rotan (dia suruh mak Amin ambikkan rotan)
Amin: eh,taknak taknak. Min nak lancarkan bacaan tahiyat ni.
begitulah kisahnya. sedang perbualan tersebut berlaku, tiga orang kakak Amin yang sedang menikmati makan malam berdekatan dengan situ sedang sakit perut tahap acute menahan ketawa.
adik-adik, belajar solat ok? nanti kalau kita tak solat, Allah marah. kalau kita solat, nanti semua sayang. Allah sayang, mak ayah sayang, cikgu2 pun sayang.
oklah, Maghrib dah masuk. jom solat =)
amin yang comel dan manja dan pandai =) |
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment