Wednesday, March 20, 2013

result SPM!!

dia ikut beratur di belakang temannya yang sedang menanti giliran. debaran di hatinya kian memuncak bila setiap seorang yang sudah selesai semuanya berwajah ceria. sedang dia tak tahu nasibnya macam mana.

akhirnya giliran dia tiba.

" nur 'afifah binti hairulazam ya?"

angguk.

" tahniah. awak ada 2B." kertas dihulur dengan senyuman di bibir. apakah? 2B? habis yang lain tu macam mana?

dia mengira deretan A pada slip. senyum mula menghiasi wajah seraya air mata mengalir laju tanda gembira.

" terima kasih , ustazah =) "

terus dia keluar mendapatkan ibu bapanya di luar.

" mak! alhamdulillah dapat 9A 2B. tapi Fizik dapat B. Biologi yang dapat A." sedih pulak sebab Fizik yang disukai tak dapat A. haha~sila bersyukur cik pah. terima kasih.

* * *
itu kisah 3 tahun dulu. alhamdulillah, dengan keputusan tu, Allah takdirkan saya berada di tempat saya berdiri sekarang. 

kepada adik-adik yang bakal ambil result SPM esok, tenangkan hati dan lapangkan dada. positif dengan apa jua keputusan yang bakal diterima. insha Allah korang akan dapat yang terbaik =D

semoga berjaya!


0 respons terhadap bicara saya: