Wednesday, November 6, 2013

sudah-sudahlah

Assalamu'alaikum =)

*hari ni nak pakai kata ganti diri aku*

dah masuk 2 Muharram 1435H dah pun hari ni. secara tak langsung umur untuk tahun Hijrah dah nak masuk 22. gulp. telan liur sebab tak sangka dah 20-an dah pun aku ni.

dah begitu banyak hari yang aku tinggalkan. hatta semalam pun dah begitu jauh aku tinggalkan. tak boleh nak patah balik dah melainkan create hari esok supaya lebih baik dari semalam.

dulu, aku bukan orang yang akan post status berbaur memohon kekuatan kat mukabuku. bahkan dulu aku guna mukabuku sekadar share apa yang aku suka, ilmu yang aku dapat, stalk ex-crush serta menghubungkan aku dengan kawan-kawan. dulu aku rasa kalau aku post status pasal aku tertekan kat situ bermakna aku tak kuat sebab aku dah menghebahkan kat kawan aku yang seramai 500++ (je, tak banyak pun) yang aku lemah. yang aku nak bagitau diorang yang aku je ada masalah.

tapi diorang pun ada masalah jugak. dan aku rasa menyesal sebab menulis dengan penuh perasaan status tekanan jiwa yang aku hadapi tu. sekarang bila aku skroll timeline aku dengan status dulu2, aku terbayang perasaan aku masa tulis status tu.

kita belajar seiring dengan bertambahnya usia kita. dulu aku suka bagitau orang yang aku ada masalah. aku suka mengadu, merungut bahkan aku luahkan apa yang aku rasa tanpa sikitpun aku kisah apa nak jadi lepas tu. tapi ada sekali aku pernah ditegur oleh kawan aku sebab keep on mentioning the problem kat orang lain. dan lepastu aku rasa malu sekejap nak berdepan dengan kawan tu sebab merasakan betapa tak matangnya aku masa tu. dulu jugak aku pernah terover bila perasaan dekat crush pun nak luahkan kat mukabuku. memang sampai sekarang aku malu bila memikirkan balik hal tu.

even sekarang pun aku sedang belajar menjadi matang. belajar berfikir tanpa melibatkan emosi. belajar buat keputusan dengan tepat dan matang. belajar melihat sesuatu keadaan dari sudut lain, juga dalam erti kata lain buat keputusan dengan meletakkan diri sendiri dalam kasut orang tu (baca: put yourself in someone's shoes).dan subjek ni aku akan ambik sampai bila-bila selagi mana aku hidup dan aku berhadapan dengan manusia yang bermacam ragamnya.

jugak untuk menjadi matang, aku rasa sudah-sudahlah untuk aku mengadu masalah aku kat media sosial. aku cemburu melihat orang yang mampu tersenyum tanpa perlu sesiapa pun tahu yang dia ada masalah. atau kalau orang tahu pun secara tak sengaja, bukan sebab dia yang bagitau. memanglah kita perlu luahkan perasaan kita tapi aku rasa ada medium lain untuk luahkan berbanding memenuhkan timeline aku dengan status aku yang entah siapa je yang akan baca dan tinggalkan komen memberi semangat.

sudah-sudahlah kita mengenang kepahitan yang kita lalui hari ni. sudah-sudahlah kita mengulang tayang dosa yang kita lakukan hari ni. semua tu akan menghantui kita sampai bila-bila kalau kita benarkan dia menguasai minda kita. padahal minda kita gunanya bukan untuk menyesal dan keep on menyesal tanpa moving forward. kita boleh set target untuk jadi lagi baik dari hari semalam. kita ada banyak potensi untuk jadi sesuatu yang berbeza dari semalam yang kita tinggalkan. 

lupakan kesilapan semalam, tapi jangan lupa bawa pengajarannya ke hari akan datang. sempena tahun baru Hijrah ni, jom set target untuk jadi lebih kuat. mungkin tak sekuat mana tapi at least kita akan rasa puas sebab dapat jadi kuat. jangan risau, Allah kan ada?

bak kata anonymous: apa yang tak membunuh kau akan buat kau jadi lagi kuat (semacam je bila translate)

oklah. sebenarnya aku pun tak faham sangat apa yang aku tulis ni. jari aku berlari atas keyboard ni mengikut apa yang hati aku cakap. hopefully yang membaca ni tak ada sangka bukan2 ea.


0 respons terhadap bicara saya: