salam~
nama puding tu saya yang bagi. sebenarnya puding roti je. haha~tiba2 je rasa macam sedap pulak bila tambah permanent premolar tu. padahal kalau tahu maksudnya geli oh. ok2. sebenarnya tu nama gigilah. puding rotinya biasa je. dah lama saya berhasrat nak belajar buat puding roti ni atau dalam bahasa umumnya, dah lama saya berangan nak pandai masak itu ini.
oleh itu, mari proceed ke resipinya. kalau korang google pun dah boleh dapat tapi sebab saya seorang yang suka berkongsi, maka marilah kita berkongsi resipi. resipi saya ni lebih berasaskan cuba dan silap (try and error) jadi kita kena bergantung kuat pada naluri kita dalam membuat puding roti ni.
ok, resipinya senang je. murah juga sekiranya korang pandai cari bahan pada harga yang berpatutan. hehe~jom tengok bahan2 yang diperlukan.
4 keping roti (dicarik sesuka hati mengikut perasaan)
2 sudu besar tepung kastard
4 biji telur
1 1/2 tin susu cair (agak2 la..sebenarnya lebih kurang la)
4 sudu besar gula (yang ni pun agak2. kalau rasa kurang tambahlah)
sedikit minyak/marjerin/butter
cara2 dia:
1) pukul telur dengan gula sampai kembang
2) masukkan susu cair. kacau sampai sebati.
3) masukkan tepung kastard. kacau sampai sebati yakni tak ada ketul2 tepung.
4) tuangkan bahan2 yang digaul tadi ke dalam baking tin yang dah disapu dengan minyak/marjerin/butter dan berisi roti yang dah dicarik-carik tadi.
5) bakar dalam oven pada suhu 180 darjah lima kenanga Celcius selama 20-30 minit. sambil2 tu check la dah masak ke belum dengan cara mencucuk puding tu. cucuk sikit je. kalau tak melekat kira dah masaklah.
6) dah masak, keluarkan dan sejukkan dulu.
7) dah sejuk, boleh dihidangkan dan dimakan bersama keluarga.
senang kan buat puding ni? orang kata sedap makan puding ni dengan whipped cream atau aiskrim vanilla coklat slot lestary tapi saya tak makan dengan semua tu sebab tak ada masa nak beli. sebenarnya sebelum tu ada beli aiskrim vanila dengan lava coklat tapi dah nama pun aiskrim memang tak menyempat tunggu puding masak dah baham dulu aiskrim tu.
untuk tambahan jugak boleh letak kismis dalam puding tu. terpulanglah pada kreativiti masing2. saya malas nak berbelanja lebih (kedekut) dan baru belajar jadi buat simple2 je. alhamdulillah puding yang dibuat semalam menjadi =) seronok sebab tengok orang makan. tapi sangat berharap dapat buat yang lagi baik lepas ni.
lepas ni nak belajar masak benda lain pulak. sekarang ni belajar masak benda simple je dulu. belum terbuka lagi hati nak belajar masakan Melayu. haha~kalau setakat sardin goreng, tempe masak dengan kacang panjang bagai tu retilah.
sori tak ada gambar. ada snap hari tu tapi malas pulak nak masukkan.hehe~terima kasih kerana membaca =D
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment