Sunday, February 19, 2012

baucer buku, IT fair dan MPH

salam~

hari ni secara rasminya saya dah pakai salah satu baucer buku yang saya dapat. jadi, secara rasminya jugak saya masih ada rm150 baucer buku. apa? korang nak beli? haha~no, no, no. saya nak beli buku untuk second year =) *lambai sikit kat kedai Kamal.

tadi pergi Mid Valley. bukan selalu pergi pun sebab ramai orang suka pergi situ. setiap masa mesti ramai orang. sebenarnya pergi sebab ada IT fair semalam dengan hari ni. cadangnya nak cari hard disk sebab laptop ni dah banyak kali kena 'blue screen' dan sangat takut kalau tak sempat buat back up. sayang kot sebab banyak benda dalam ni. tambah lagi saya pakai HP mini, internal hard disk pun cuma 135 GB je. movie je dah makan separuh ruang, memang jadi lambatlah laptop ni function.

tapi, setelah berpusing kat fair yang taklah besar mana tu, didapati hard disk yang dihajati tak ada. harga pun tak sesuai dengan bajet. banyak jual yang 1 TB je. ada je 500 GB tapi macam sangat mahallah pulak. sebelum tu survey kat Internet ada yang lagi murah. so, terpaksalah batalkan niat. turun ke level bawah, tempat banyak jual laptop dengan gadget bagai tu pun tak ada jugak hard disk. nantilah cari kat tempat lain pulak. harap2 laptop ni dapat bertahan sampailah hard disk berjaya dibeli dan ada back up file.

lepastu, destinasi seterusnya ialah MPH. MPH dah pindah rupanya. nasib baik satu level dengan surau. senang keluar je terus straight pergi solat. time masuk tu pun dah nak pukul 7. disebabkan baucer bernilai rm50 sekeping, maka hasrat di hati ialah nak beli foolscap paper, A4 paper dan stationaries bagai untuk bukak sem baru ni separuh dan baki lagi separuh tu nak beli novel. haha~sekali novel yang diingini tak ada pulak. apa lagi, pusing semula ke tempat alat tulis tu, kaut banyak2 kertas. senang. biar cukup 50 terus.

ada 7 bungkus A4 n 1 foolscap + 1 note yg comel
sori gambar tak lawa. kamera handset memang tak lawa. haha~apasal beli sampai 7? melalui pengamatan saya setelah mengharungi satu semester di peringkat degree ini, saya mendapati bahawasanya saya memerlukan lebih banyak kertas kosong tanpa sebarang garisan berbanding kertas garis2. sebab saya ambik anatomy, physiology dan kebanyakan subjek tu memerlukan saya untuk melukis, buat peta minda dan sebagainya. kertas bergaris hanya akan menyukarkan saya berbuat demikian.

dulu masa Tamhidi pakai buku nota panjang warna biru tu. sekarang dah rasa tak best. jadi, beli kertas camni sekali banyak. senang.

oh ya. semua sekali berharga rm50.40. pandai tak saya beli? haha~poyo je. nasib baik lebih 40 sen je. tapi takpe, biar lebih sebab kalau kurang rasa tak best pulak nanti. jadi, baki rm150 baucer tu nak buat beli buku second year. tapi, menurut akak satu rumah, buku yang paling penting untuk second year nanti pun Basic Pathology je. jadi, berkemungkinan ada baki lagi rm50. haha~ tanduk sudah keluar. dah nampak dah nak beli novel apa nanti. =D

jadi, korang punya macam mana? dah habis baucer buku? cepat, lagi sebulan lebih dia dah nak tamat tempoh. nanti rugi =)

ok, penatlah. cuti tinggal lagi seminggu. tadi sempat singgah Glenview ambik buku Physio. konon nak study la en. haha~doakan saya study. seram la. result tak keluar lagi dan sangat takut pulak nak hadapi semester dua.

selamat malam =)


0 respons terhadap bicara saya: