Friday, February 10, 2012

dan cuti pun bermula...

salam~

ni ayat tipikal blogger yang dah lama tak update blog.

kemas2 blog la. sapu2 habuk la. jumpa telur cicak telur lipas bagai la padahal mengarut sangat dalam dunia maya nih mana ada cicak. sedangkan lipas pun tak pernah lalu atas laptop ni tau.

ok, sekarang saya dah kembali. exam sudah berakhir dan saya sangat berharap saya dapat keputusan yang baik. saya nak bertahan lagi 9 semester kat sini. doakan saya =)

so, untuk cuti dua minggu final ni, saya nak rehat puas2. tapi takleh nak puas sangat sebab bila dah bukak semester 2, bermakna saya makin dekat dengan exam yang saaaaanggaaaaatttt penting. iaitu professional exam. kena lepas exam ni, baru dapat naik ke tahun seterusnya. insya Allah, mohon sangat2 Allah permudahkan.

exam kali ni saya rasa paling lawak dalam banyak2 exam yang pernah saya lalui sebelum ni. first time exam dalam bilik tutorial (tak main dah dewan2 besar bagai) sebab kami hanya seramai 29 orang. tapi tak best la sebab saya kena duduk depan. ni pun first time jugak ni. tak pernah2 duduk depan sebab nama saya mula huruf N jadi selalunya kena duduk tengah2 tak pun belakang2. agak culture shock la jugak. haha~

lepas tu saya tak tau kenapa, time exam ni banyak pulak dengar bunyi perut. haha~agaknya semua orang sangat sungguh2 study sampai terabai makan minum. jangan macam tu ye kawan2 =) memula terfikir gak, segan kot kalau perut tiba2 berbunyi. tapi lepastu berfikir lagi. orang lain pun ada bunyi gak tu yang kalau berbunyi pun orang tak kisah sangat kot. haha =P

dan sekarang cuti pun bermula. dua minggu yang rasa macam sekejap tapi mungkin lama kalau tak buat apa2. huhu~harap2 dapat habiskan cuti dengan baik. kepada budak medic dan budak physics yang dah nak habis cuti tu..haha~gud luck ye untuk semester baru. semoga segalanya dipermudahkan. amin =)

ok la. nak rehat. sambil layan Vanila Coklat. hehe~

salam. pasni nak share info pasal gigi. insya Allah =D

p/s: kot ye pun buanglah shoutmix yang dah expired tu pah. haha~malu orang tengok. 

0 respons terhadap bicara saya: