salam~
seperti yang semua orang sedia maklum, saya akan mendirikan rumah tangga berlif tidak lama lagi. tarikhnya akan diberitahu kemudian sebab saya pun tak jumpa lagi calon suami saya @ calon ayah yang soleh dan baik serta kacak dan ber'uwang' untuk anak saya kelak. haha~tengoklah 6 tahun lagi. kursus kahwin pun baru nak pergi.
oleh itu, di sini saya ada beberapa soalan remeh-temeh untuk bakal suami saya. haha~apakehal la pulak keluar idea mengarut malam2 buta ni?
kepada abang bakal suami,
1) awak suka nasi yang macam mana? nasi suka yang berderai ke ataupun suka yang lembik2 (masak dengan lebih air)? lepastu suka lauk macam mana? suka makan pedas2 ke, manis sikit ke, ataupun suka selera barat? haha~kelass kau bang.
2) saya ada darah Jawa (entah berapa keturunan dulu entah yang truly jawanya) jadi saya suka (baca: suka sangat) makan tempe. awak suka makan tempe tak? lepastu, parent saya orang Pahang jadi ikan patin masak tempoyak bagai2 tu saya suka sangat makan. awak makan tak tempoyak bagai2 tu?
3) awak suka tauge tak? baik awak bagitahu saya awal2 sebab saya tak suka tauge. kalau awak bagitahu awal2 boleh la saya prepare diri saya dengan belajar makan tauge.
4) adakah awak seorang yang gila2 suka makan nasi goreng dan nasi lemak? saya kurang sikit makan dua jenis ni. jadi kalau kita dah kahwin nanti masa sarapan ke saya mungkin akan masak antara mee,kuey teow atau mihun. takpun kita sarapan biskut kering je. kitakan sama2 busy. haha~eh, tapi kalau nak suruh masak nasi goreng ke, nasi lemak ke, suruh je la. saya boleh belajar =)
sekian, itu sahaja soalan saya untuk abang awak. terima kasih. tapi kenapa tanya soalan pasal makanan? sebab orang kata nak bagi suami sayang kena pandai jaga makan minum dia. dan jugak orang kata takpe kalau tak pandai masak asalkan suka memasak. eh? takpe, lama2 pandai la kot.
so, saya ada lagi 6 tahun untuk prepare diri supaya dapat jadi surirumah + suri hati yang baik. haha~macam konfirm je kahwin 6 tahun lagi. sekali jodoh datang awal, camne? hati jawab: awal takpe jangan lambat. haha~
oklah. dah tak tau nak mengarut apa. salam. terima kasih sebab membaca kemengarutan saya.
p/s: encik bakal suami, nak jawab kat ruang komen pun boleh (HAHA!!). kalaulah awak adalah reader saya...hmmm
1 respons terhadap bicara saya:
know what, our beloved dean loves 'tauge' very much.
hee~
Post a Comment