Wednesday, August 10, 2011

resipi kek gula hangus~

salam~

hari Khamis minggu lepas ialah ulangtahun hari lahir saya yang ke 19. ceh..tak malu langsung nak mengaku umur berapa. eh, dah penghujung 10-an la. jadi lepas ni tak mahu cakap lagi dah umur berapa =)

selalu sangat masa hari lahir mesti ada kek, kan? saya bukanlah cucu Bill Gates sehingga begitu rajin nak pergi Secret Recipe dan beli kek yang agak mahal tapi oklah sebab rasa dia pun sedap. tapi, sebenarnya saya tak suka sangat pun kek tu. cepat muak. jadi, sempena hari lahir ini saya minta mak buatkan kek gula hangus untuk saya. tahu mak cakap apa lepas tu?

"pergilah buat kek. bahan dah sedia. buat awal, karang kuali tu nak pakai masak benda lain." apakah?

jadi, saya pun memulakan projek "gula hangus" tepat jam 12 tengahari. jadi, saya nak kongsi resipinya kat sini =) cepat, dah habis baca nanti sila ready untuk bold bahagian resipi dan copypaste pada notepad =D

bahan-bahan:

dua cawan gula biasa cap Prai (gula-gula adalah dilarang sama sekali)
dua cawan setengah tepung gandum cap Blue Key (perhatian: yang cap Sauh punya sudah naik harga)
setengah sudu makan soda bikarbonat (kalau tak ada jangan mengada nak ganti dengan aiskrim soda pulak)
tiga biji telur ayam (dibasuh terlebih dahulu, dipecah dan dibuang kulitnya ke dalam tong sampah. jangan sepah2, nanti mak marah)
satu cawan marjerin (tak kisah jenama planta ataupun pelangi)

ok, berikut merupakan langkah bendul untuk membuat kek:

1) secawan gula dimasak terlebih dahulu di atas dapur. biarkan sampai dia dah cair semuanya dan jadi warna merah. agak-agak dah cair tu, masukkan air. tapi jangan sampai melimpah. kacau hingga sebati. jangan cair sangat,ok.
2) pukul 3 biji telur tadi sampai kembang berserta dengan gula yang lagi secawan.
3) cairkan secawan marjerin.
4) masukkan tepung, marjerin dan gula yang dah masak tadi. jangan dilupakan soda bikarbonat tadi. kacau hingga sebati.
5) bila dah dicampur, akan wujud ketulan2 hasil campuran tepung, gula dengan telur tadi. jadi, pukul lagi hingga rata.
6) sekarang, pergi ambik satu baking tin atau tak payah nak bahasa orang putih sangat, pergi ambik satu loyang. sapukan marjerin kat loyang tu supaya nanti kek tak melekat bila dibakar/dikukus.
7) ambik mangkuk yang berisi adunan kek tadi. tuangkan ke dalam loyang dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. 
8) sekarang, kek dah sedia untuk dimasak. boleh pilih sama ada nak kukus ataupun nak bakar menggunakan microwave jenama Panasonic. pandai2lah korang adjust api/suhu dia, ea?
9) setelah masak, bolehlah dihidangkan kepada keluarga dan kalau ada lebih, boleh bagi kat jiran sebelah sikit.

sekian sahaja saya berkongsi resipi. tiba2 jadi semangat nak belajar memasak sebab mak cakap kek yang saya buat menjadi (haha!! berlagak). taklah. sayakan perempuan, belajar tinggi mana pun memasak kena mahir. tapi, minta maaflah kalau resipi tu ada silap. sebenarnya ingat2 lupa ni. nanti kalau ada pembetulan saya edit balik.

selamat berpuasa!! dan selamat mencuba kepada sesiapa yang ingin mencuba resipi ini. kalau salah minta maaf banyak2 tau =)

p/s: nak belajar buat puding karamel dengan puding roti pulak =) maaf, takde gambar. tak sempat nak snap hari tu. tapi kalau snap pun takut mak cakap "apa kenanya budak ni sampai kamera dibawak masuk dapur?"

1 respons terhadap bicara saya:

asnizaziz said... [balas komen ini~]

saya suka kek gula hangus..feberet tu ^^