salam~
dah lamanya pun aduhai saya tak update blog ini (haha~terpengaruh dengan lu tiong malam: edisi khas). bukanlah kerana kesibukan sebaliknya kekosongan minda, tak tahu nak buat enri pasal apa.
kalau nak buat entri pasal kelebihan terawih setiap malam, ada yang kata hadis tersebut hadis dhaif. kalau nak buat entri pasal pembongkaran identiti makcik hajah sitt al-wuzara, dengarnya gaysec tersilap orang dan dah minta maaf pada individu tersebut. kalau nak buat entri kongsi resepi kuih-muih raya, belum buat barang sejenis pun lagi. hurmm...xtau nak buat entri pasal apa. buat entri tutorial cara-cara menjahit baju kurung nak? kerja saya semenjak puasa ni jahit baju raya je. =)
oleh itu entri ini ditulis dengan penuh kemalasan. dan kebosanan. yang penting blog ini ter'update'. ceh..tidakkah kamu mengetahui wahai empunya blog bahawa entri yang baik dan best akan menambahkan tarffic kamu? err...saya tahu tu. tapi sungguh, memang tak ada idea kali ni. nak upload gambar pun malas. memang tahap crazy death la, bak kata cikgu arho suatu ketika dahulu.
baiklah, mungkin selepas mendaftar masuk ke degree nanti blog ini akan diupdate dengan entri2 yang baik. ataupun mungkin juga blog ini akan menjadi sebuah blog pergigian memandangkan saya bakal menjadi pelajar pergigian beberapa minggu lagi. jadi, boleh la share ilmu bersama =)
cadangan saya, nanti saya nak buat tutorial ataupun mungkin lebih senang kalau buat vlog tentang cara-cara menggosok gigi dengan betul, cara-cara membersihkan celah gigi menggunakan flos, cara-cara menggosok gigi bagi individu yang memakai braces dan boleh jadi bagi sekali tutorial 'berapa banyak ubat gigi yang harus digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak?'. haa....berkemungkinan nanti orang akan suka sebab sekarangkan dah ramai yang buat tutorial lilit shawl la, bagaimana mahu pakai selendang ala-ala hana tajima la..btw, bercakap tentang hana tajima, teringat perbualan dengan mak hari tu.
lokasi: dalam bilik kitorang.
individu yang terlibat: kakak, saya, adik tingkatan 5, adik tingkatan 1, adik ain dan mak.
alatan: pashmina warna kelabu dan beberapa pin tudung kecil.
pashmina warna kelabu tu baru dibeli oleh adik tingkatan 1 dari kawannya. lepastu kami pun sibuk2 la nak pakai gaya itulah, gaya inilah. lepastu kami suruh mak pulak pakai pashmina tu. lalu mak pun bercerita,
"sebenarnya, dulu masa mak sekolah menengah (mak sekolah kat sebuah sekolah Arab kat Pekan, Pahang. satu sekolah dengan ayah *angkat kening banyak kali*) mak pakai tudung macam ni la."
mak pun letak kat kepala pastu mak lilit2. dah sudah, kitorang tengok,
memang style Hana Tajima!!!!!
fuyooohhh mak....no wonder la mak tak heran langsung dengan fesyen budak2 zaman sekarang sebab rupa2nya lebih kurang 30 tahun yang lalu, mak dah apply pun fesyen ni. yalah, dulu2 zaman agogo kan mana orang pakai tudung sangat. ala...tak payah kira dulu dengan sekarang. sekarang pun dah balik ke zaman dulu. dulu kitorang kecik2 beraya pakai baju kain cotton je. tak macam orang lain, kain licin2. sekali bila dah besar dan masuk U, fesyen ni pulak yang orang suka balik. hei...ketinggalan betul korang ni. haha!!! tak baiklah berlagak. haha~
eh? tadi kata entri malas? haa...yelah2. syok pulak dah dapat menaip ni. ok la...nak tidur. esok nak sahur. jangan lupa baca niat puasa =)
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment