Assalamu'alaikum =)
maaf zahir batin kerana hampir sebulan membiarkan blog terbengkalai begitu sahaja. disebabkan masalah internet serta laptop yang hanya buat baik untuk waktu2 tertentu seperti menonton running man dan sebagainya tetapi 'hang' secara tiba-tiba sewaktu tengah syok online facebook, maka proses mengupdate blog pun terpaksa ditangguh dari hari ke hari.
apapun, saya dah kembali =D
balik kepada tajuk, insha Allah kurang dua minggu lagi kita rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-56 (kan?). sana sini dah dengar berita pasal kempen kibarkan Jalur Gemilang dan macam-macam lagi.
alhamdulillah, dah 56 tahun kita merdeka dan sekarang pun kita dapat duduk selesa dalam suasana yang aman. kita boleh belajar dengan tenang, pergi shopping kat Jalan TAR tanpa rasa cemas, takut mahupun perlunya memakai baju kalis peluru untuk jalan2 kat situ serta dapat jugak pergi masjid, sembahyang kat situ tanpa sikit pun rasa terganggu.
tapi yang sebaliknya suasana berlaku kat banyak negara saudara-mara kita. kat Syria, kat Palestin, kat Mesir. tengok sahaja kat news feed Facebook. hari-hari tengok gambar2 dengan berita yang buat hati ni tersayat bila menengokkannya. bahkan ada gambar terlalu ngeri untuk ditengok, disebabkan betapa kejamnya umat Islam kat sana diperlakukan oleh manusia-yang-tak-layak-dipanggil-manusia-pun-bahkan-lebih-teruk-dari-binatang.
bila melihatkan keadaan diorang kat sana, ada rasa bersalah bila teringin nak upload gambar raya dengan baju lawa2 kat Facebook. kalaulah diorang nampak, tentu diorang sedih sebab diorang tak dapat beraya seseronok kita.
ada juga rasa bersalah bila terdetik nak upload gambar makanan sedap2 masa berbuka puasa sedangkan diorang kat sana entah ada makanan ataupun tak untuk berbuka.
ada rasa bersalah sebab tak bersyukur dengan keamanan yang kita rasa.
keamanan yang kita rasa kadangkala jerat bagi kita. disebabkan kita selesa dengan apa yang kita ada, kita lupa pada Pemberi nikmat.
kita lupa lalu kita berhibur sesuka hati. kita membazir sesuka hati. kita berlagak seolah-olah walaupun kita tak ikut perintah Allah, kita masih lagi dapat hidup selesa.
padahal kalau kita ingat firman Allah, Allah dah beritahu siap2 yang Dia bagi ujian ikut kemampuan kita.
sebab Dia tahu kita tak mampulah Dia tak uji kita dengan ujian sedahsyat saudara kita di sana.
bukan sebab Dia redha dengan kemungkaran yang kita lakukan.
ujian kita berbeza, tapi matlamatnya sama. Allah nak kita kembali padaNya.
dan ujian dalam bentuk kesenangan tu jauh lebih susah berbanding ujian berbentuk kesusahan.
oleh itu, ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran atas nikmat kemanan yang kita rasa.
sambil tu berusaha untuk berubah kepada lebih baik. sebab Allah bagi kita banyak peluang untuk jadi baik. masa berdoa,selitkan doa untuk saudara kita di sana dan seluruh dunia. selitkan doa untuk kemenangan Islam.
semoga keamanan yang Allah kurniakan kepada kita tidak sia-sia.
p/s: untuk yang belum tahu, boleh like page Mesir Kini untuk dapatkan maklumat terkini perkembangan yang berlaku di Mesir.
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment