salam..agak kehairanan di sini ya bilamana tiba-tiba saya rasa rindu pada hostel di nilai impian..erk?apahal ni? sawankah? tak juga. tapi tak tahu kenapa. tadi rasa sayu, lepas itu mula terbayang suasana hari jumaat lepas sebelum balik pada pukul 7.45 malam. sayu bila tengok asrama sunyi..rumah pun masa itu tinggal saya dan syuhada sahaja.syuhada balik naik bas catar, sebab itu dia selalu jadi orang terakhir pulang ketika mid sem break. huh...tiba-tiba rasa berat hati nak tinggalkan nilai. sekarang ni dalam kepala tengah terbayang laluan setiap pagi ke kampus dengan menaiki bas. wahhh!!! =( sayu sangat ni. kejap lagi mesti ada yang leleh ni.
rasa sebak tu berlanjutan pula bila teringat lagi dua bulan nak habis tamhidi. sumpah, inilah zaman yang saya rasa sangat seronok selepas zaman sekolah. (kadang2 saya berfikiran terbalik, mungkin sebab dulu kelas besar, jadi ukhwah fillah tu hanya rasa dalam kalangan sahabat2 kat asrama tapi tak bermakna la saya kawan dengan budak luar kerana benda lain ) apa-apa pun, macam-macam sa ya belajar sepanjang tamhidi ni tau. yang paling utama, belajar cakap dialek negeri pantai timur (siapa sur uh pakat isi usim ramai2, kan tempias pada saya). selain itu, saya juga mendapat keyakinan yang luar biasa untuk berbahasa Inggeris disini,entah kenapa.Mungkin sebab masa itu baru datang keyakinan kot. eh,kejap!bukankah entri ini pada asalnya untuk bercerita tentang kerinduan pada asrama? heish....
oleh itu, selepas mid sem ini kena manfaatkan sepenuhnya masa yang ada di nilam supaya nanti tidak terkilan. huh? perlukah? perlu.sebab saya sebenarnya mudah jatuh sayang pada sesuatu yang saya memang nak. saya nak jadi orang yang baru dan kuat apabila masuk tamhidi dan alhamdulillah, setakat ni saya masih berupaya untuk jadi yang terbaik. huhu...
cukuplah dulu bercerita tentang kerinduan pada nilam. saya rindu pada kedamaiannya (mgkn sebab dia agak ceruk), rindu pada anginnya yang saya rasa setiap pagi ketika saya bukak tingkap depan meja (lepas ni tak tahu boleh buat lagi atau kena perintah berkurung sebab budak lelaki sudah mahu masuk nilam) dan juga rindu pada..er...entah la. yang penting, nilam court ada tempat di hati saya ! =D
tadi godek2 google image n hasilnya jumpalah gambar ini. bukan rumah saya tapi lebih kurang macam inilah rupanya. saya di tingkat 2 =D
hehe..yang ada arrow itulah blok saya, fariza, wan athirah, syarah dan hamizah. =D