Saturday, July 30, 2011

bila perempuan membebel~

salam~

apa yang korang rasa setiap kali mendengar mak atau kakak atau nenek atau sesiapa sahaja membebel asalkan perempuan? mesti rasa boring,kan? mesti dalam hati asyik tanya je "bilalah dia nak habis membebel ni?" atau kalau ikut ayat kurang sopan, "isy, dia ni banyak bunyilah!".

hmm..malas nk layan~
semua orang tension kalau kena bebel,kan? haha~lebih-lebih lagi majoriti perempuan memang berbakat dalam bab-bab memberi ceramah kesihatan, kebersihan, kekemasan dan sebagainya dengan percuma. hehe~oleh itu, memang tak segan sangatlah kat sini kalau nak mengaku yang saya memang seorang yang berbakat dalam bab membebel ni.

tapi sebenarnyakan, kita tak perasan tau bila kita membebel tu. masa tu kita cuma rasa nak luahkan apa yang kita tak puas hati dan apa yang tak kena di mata kita sehinggalah tanpa disedari kita telah pun masuk gear membebel secara automatiknya. sebenarnya, saya pun tak suka bila orang membebel. sebab tu bila saya sendiri dah "terbebel", dengan automatiknya saya akan cuba bersabar, tapi sakit hati jugaklah sebab kena pendam je perasaan kurang senang kita itu,kan? kalau bagitahu nanti tak adalah orang buat lagi apa yang kita tak suka tu. tapi (ada lagi tapinya tu) selalunya teruskan je bebelan tu sampai habis *mode: ada aku kisah?*

macam ada sekali itu tak perasan pun boleh "terbebel". sebenarnya masa itu tengah mesej dengan encik ketua pasal kelas esoknya tu. sempatlah dia pulak cakap pasal lecturer maths yang merungut dalam lecture siang tadi (alamak, kantoi mesej waktu malam) sekali dengan dia tak dapat nota kimia (sebenarnya tak ingat sangat butiran mesej itu). lepastu, entah macam mana saya boleh balas (lebih kurang macam ni jugak) "siapa suruh masuk lambat? sebab tu lah cikgu bising. macam hari tu pun, sebab masuk lambatlah kau tak dapat nota tu.." lepastu dia pun balas "aduss..tengok sekarang aku pulak dah kena lecture dengan kau." on the spot saya genggam handphone macam nak baling ke depan (sebab geram sangat). siapa tak marah bila orang kata kita membebel? haha~ itulah, kan saya dah kata, orang membebel ni dia tak sedar masa tu dia tengah membebel punya.

ada yang kata perempuan membebel sebab dia nak orang faham yang dia ambil berat. err...dalam kes ketua kelas tadi tu tak berkaitan langsung tau. contohnya, orang tak nak makan. lepastu sakit sebab tak nak makan. haruslah perempuan tu membebel. lagi, kalau lepas mandi tak tutup lampu bilik air. mahunya tak membebel? nanti kalau bil elektrik melambung siapa yang susah? kalau tak baca buku pun mesti mak ataupun kakak membebel suruh baca buku. see? semua itu sebab dia ambil berat,ok?

tapi tak dinafikan jugak, mungkin ada sesetengah membebel sebab 'queen control'. haha~kiranya dia ni memang spesies suka mengarah la kot. tapi, yang ini aku tak tahu sangat. sebab kebanyakan orang bila membebel dia akan sebut "nanti kalau..." tak pun "kan orang dah cakap dulu.." dan percayalah, kalau perempuan yang tengah membebel cakap "dahlah..malas nak cakap lagi dah," mesti dia akan ulang lagi bebelan itu kalau korang ulang jugak perbuatan yang sama.

dengan itu, di sini sukacita saya ingin memohon maaf seandainya bebelan saya merimaskan korang yang pernah dibebel oleh saya. janji, selalu tak perasan kalau terbebel tu. hehe~apa-apa pun, kita semua manusia dan pastinya perlukan teguran supaya boleh membaiki diri kepada yang lebih baik =)

p/s: kepada bakal suami, sila take note. haha~

berani la nak tunjuk sign camni kat mak korang?

*sumber imej: google image

Wednesday, July 27, 2011

kisah medical check-up dan darah~

salam~

pernah pergi medical check-up? seharusnya pernah. 

pertama kali pergi sebelum mendaftar masuk Tingkatan 1. biasa je. tak takut pun.

tapi bila buat untuk masuk Tamhidi, baru tahu. tak sukanya pergi medical check-up!!

sebab kena AMBIL DARAH. 

here the story begin.

tahun lepas, saya membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Besar Kuala Lumpur. bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 80. di situ, saya telah dikehendaki buat x-ray, buat ujian urine,timbang berat badan dan sebagainyalah. tapi masa itu tak kena ambil darah lagi. namun begitu, keputusan pemeriksaan itu belum dapat disiapkan pada hari yang sama, jadi saya diminta untuk hadir pada 18 Mei 2010 untuk mengambil keputusan tersebut.

17 Mei 2010. malam. saya menerima panggilan dari Hospital Besar Kuala Lumpur bahawa saya perlu hadir keesokan harinya untuk membuat ujian darah. erk? serius. saya tak pernah ambil darah jadi saya tak tahu macam mana prosedurnya. malam itu,tidur jadi tak lena sebab memikirkan,macam mana agaknya ambil darah itu, ea?

keesokan harinya saya pun hadir ke hospital bersama ibu bapa saya. takutlah...tambahan pula saya tak suka bila cakap pasal darah ni.mesti nanti rasa macam tak sedap badan je. macam ada benda yang nak buatkan saya tertidur. namun begitu, semuanya berjaya diatasi ketika pakcik medical assistant mula menyuntik jarum ke salah satu arteri saya di lengan kiri selepas beberapa sesi menepuk-nepuk supaya urat darah timbul. 

masa darah kena ambil tu memang tak pandang langsung kat darah merah pekat yang tengah memenuhi picagari tu. buat-buat relaks aje padahal dalam hati, bilalah dia nak habis sedut darah aku ni?tapi tak lama lepas tu, sesi ambil darah pun habis. dan sejemput kapas dengan alkohol ditekapkan ke tempat arteri terkoyak tadi, hasil suntikan jarum supaya tak ada darah keluar lagi dah.

ok, ingatkan dah habis sampai situ. waktu tengahari, nama saya dipanggil. rupanya medical assistant tu cakap, doktor perhatikan dekat xray saya tu macam ada kuman-kuman dekat paru-paru saya. dia suspek, mungkin TB. saya dah cuak. masa tu memang saya tengah batuk-batuk dan agak teruk sebab dah berlarutan hampir sebulan. jadi, kes saya terpaksa dirujuk ke Institut Perubatan Respiratori. 

maka, tengahari itu pun berkampung dekat IPR pulak. doktor check dan doktor memang suspek kalau ada TB. tambahan pula masa ni tengah serius dengan wabak H1N1. jadi, doktor suruh bagi sampel darah dan kahak, manalah tahu kalau memang wujud kuman itu. oleh itu, saya pun pergi ke bilik nak bagi sampel darah tu.

ok, kena ambil darah lagi. tadi dah sekali kena cucuk. serius,tak suka bila kena cucuk. sampai je dekat bilik tu, encik medical assistant terus ambil 5 test tube pelbagai saiz dan letak atas meja, sekali dengan picagari untuk sedut darah. mata dah terbuntang luas. LIMA??!! bukan nak derma darah kot.kalau muka saya ni memang ada iras penderma darah paling banyak dalam negara,baik bagi beg plastik je. ok,dah start cuak.

mula-mula encik MA tu nak cucuk bahagian kiri dekat dengan siku. sebab bahagian situ senang keluar darah. lepastu baru dia perasan yang bahagian tu dah dicucuk pun. jadi dia beralih ke lengan kanan. serius,masani sangat tak suka bila dia tepuk2 tangan orang. memanglah pakai sarung tangan tapi kalau dah menepuk tu macam gaya orang nak tidur,tak ke tepukan tu macam nak mintak pelempang?haha~ganas betul mak ngah seorang ni.

tepuk punya tepuk, tak jumpa urat darah tu. dia pun pelik. dah berapa kali mengeluh dah. oklah. buat dalam bentuk dialog. senang cerita.

MA: dik, mana urat darah awak ni?
saya: *cakap dalam hati. malas nak layan.(entah..adalah sekitar tangan tu)
MA: isy, tak dapat pun ni. banyak botol nak kena isi ni. (spontan dia tunjuk 5 test tube tadi)
saya: hmm..
MA: awak janganlah takut. relaks je. kalau tak nanti urat tu kecut, lagi susah nak ambik darah.
saya: (ya tak ya jugak. oklah,relaksje.)
MA: hah..macam nilah... alamak..tapi darahnya keluar sikit je la. (dia cucuk jugak kat lengan kanan tadi)
MA: cuba cucuk kat sini pulak. (dia cucuk kat belakang tapak tangan kanan)
saya: ss..sakitlah. (haruslah sakit. sini darah keluarlah jugak tapi sebab sayakan kurus *perasan* jadi terasa sakit bila jarum tu terkena tulang)
MA: sorry2 (kau ingat ni konsert super junior ke?). tak apalah.kita cuba ambik kat sini pulak.(dia tunjuk dekat belakang tapak tangan kiri)
saya: ok. (harap-harap tak sakit)
MA: sorry ye awak. kena pakai cara yang ni. sebab darah keluar sikit sangat. banyak lagi nak kena isi ni. (alamak, ada 3 test tube lagilah. itupun ada satu yang belum cukup lagi sebenarnya).

dan MA itupun keluarkan satu lagi picagari baru (sebenarnya setiap kali cucuk kat tempat baru kena tukar terus jarum tu) tapi kali ni macam jarum mesin jahit je rupanya). aiyooo...amma..appa...eh..silap.. ya Allah, bantulah hambaMu ini (tiba-tiba macam nak keluar lagu HambaMu ost Imam Muda pulak).

MA: awak tahan sikit ea. yang ni sakit sikit tapi nak buat camner.
saya: hmm..redha je la. (ok, kali ni banyak sikit darah keluar)
MA: ni nak sambung study ea? sambung study kat mana?
saya: USIM.
MA: hah?kat mana tu? (kau nak terkejut pulak. rabak tangan aku siap kau)
saya: kat Nilai.
MA: oh..(entah ya dia tahu entah tidak). alamak,macam dah tak keluar dah darah kat sini.kena cucuk kat tempat lain pulak. 
saya: (hah?? ni dah berapa tempat kena cucuk ni? dah macam penagih pulak, asyik cucuk tang sini, dia cucuk tang sini.)
MA: try ambil dari sinilah. (dia pun cucuk picagari baru ke salah satu arteri di pergelangan tangan. nasib baik masa ni banyak jugak darah keluar dan akhirnya mencukupi jumlah darah yang diperlukan untuk buat ujian)
MA:huh...habis pun. (sambil tangan susun test tube tadi.)
saya: (mata bulat je tengok darah pekat sendiri dalam 5 test tube tadi.)

kesimpulan: dalam satu hari sampai 5 tempat kena cucuk dan 7 test tube pelbagai saiz digunakan untuk mengumpulkan darah jenis B saya itu. eh?ke darah A? nantilah nak cari balik laporan lab yang buat masa tamhidi dulu. 

sekian sahaja pengalaman saya mengambil darah. pengalaman pertama kebanyakannya tak indah. harap2 lepas ni kalau ambil darah dah tak takut sangat. 

sebenarnya esok nak pergi medical checkup. sebab tu tiba-tiba tergerak nak tulis pasal ni.

p/s: nasib baik nanti nak jadi doktor gigi. tak adalah kena cucuk orang selalu.kalau cucuk pun dekat gusi. gusi tak banyak darah,kan? hehe~

Saturday, July 23, 2011

part of my life- tamhidi =) (part 4)

salam~

disebabkan ini kisah berkenaan Tamhidi, maka kena pakai aku. supaya rasa lepak sikit bila membacanya, taklah macam tengah baca perutusan Yang Dipertuan Agong. =)

lepas habis cuti raya, kitaorang pun kembali semula ke kolej kediaman Nilam Court yang indah permai dengan tasik di hadapannya itu. bertemu kembali dengan buku2, bas ungu yang sesak macam sardin cap Ayam Brand serta tidak dilupakan makcik-makcik kafe. bila dah balik ni, bermakna sesi bergelak ketawa perlu dikurangkan sedikit demi sedikit kerana semua bakal menduduki peperiksaan MUET untuk bahagian lisan dan seterusnya menghadapi peperiksaan akhir semester. 

namun begitu, sebelum peperiksaan, kitaorang kena ambil test syafawi dulu. SYAFAWI. dia lebih kurang macam ujian lisan bahasa Arab masa sekolah menengah dulu jugak. ada kena baca petikan, kena jawab soalan. markah daripada ujian ini menjadi salah satu carry mark untuk kertas Bahasa Arab. yang tak tahan kena cerita pasal diri sendiri dulu sebelum baca petikan dan jawab soalan. dah macam kena temuduga pulak. bagi kelas2 lain, syafawi diaorang mudah dan tidak perlu digeruni. sebaliknya semua budak Medic 1, Dentistry 2 dengan Tst kumpulan berapa entah sangatlah tidak sanggup menghadapi syafawi ini. semuanya kerana kitaorang dapat seorang ustaz ni. oh, ya. lupa nak bagitahu. guru yang akan menilai untuk syafawi ni bukan guru yang mengajar tau. kena tukar. dan pertukaran ni bukanlah kitaorang yang tentukan. isk,isk,isk..

Pagi, Khamis 21 Oktober 2010 (kalau xsilap)

eh,eh, macam lawa pulak tarikh tu. 21102010. eh, tak lawa, tak lawa. minggu ni minggu study week. jadi tak ramai yang datang awal. aku pun datang awal sebab ingat nak study sama-sama dengan Yasmeen. lepas tu dalam waktu tengahari macam tu kitaorang budak2 medic dentist ada sesi bergambar bersama cikgu Arho, cikgu Fizik yang dijangka akan tamat perkhidmatan semester ini. tapi sesinya bermula lambat sebab budak Medic 1 dah mula syafawi sejak pukul 9 pagi dan sampai sekarang tak habis lagi. ada beberapa orang masih lagi terkandas di tingkat 1 Pusat Tamhidi untuk menduduki syafawi. namun begitu, sesi bergambar terpaksa juga diteruskan.

selepas Zuhur, aku dengan kawan2 sekelas Dentistry 2 (perempuan) pun membuat rombongan Cik Kiah ke Pusat Tamhidi sebab kelas kitorang dijadualkan akan memulakan sesi syafawi dalam pukul 2.30 (kot..maaf,fakta semakin dilupakan). kira ala-ala lepas Zuhurlah. jadi, kitaorang pun melepak dekat pintu belakang makmal komputer. sambil-sambil tu bukak buku Arab, praktis apa yang patut. sambil itu sempatlah berborak dengan budak-budak Medic 1 yang masih tak habis. gerun seyh mendengar cerita diaorang. maklumlah, kitaorang dapat Ustaz Ridhwan. ustaz yang digeruni oleh segelintir pelajar Tamhidi. nak tahu kenapa?

pertama, ustaz tu masa syafawi dia akan bercakap dalam bahasa Melayu. maksudnya, dia akan bertanya dan menemuduga kitaorang dalam bahasa Melayu. tapi!!!kitaorang tak boleh jawab hatta sepatah pun dalam bahasa Melayu. mesti jawab dalam bahasa Arab. haruslah, nama pun syafawi. mungkin boleh juga mencuba nasib menjawab dalam bahasa Inggeris. kedua, ustaz ini kuat psycho orang. antara soalan dia masa tanya pasal diri sendiri ialah "kenapa nak jadi doktor?". dia tanya ini pada budak2 medic dentistlah. dan sudah tentulah kitaorang akan menjawab " nak tolong orang," takkanlah nak jawab "supaya kalau saya bersalin nanti saya dapat bidankan diri saya sendiri," ok mengarut. takkanlah aku nak cakap "supaya saya boleh tampal gigi saya sendiri," mestilah nak tolong orang,kan? lepas tu bila orang jawab macam tu, dia akan kata,"hmm..semua orang cakap macam tu,".

yang aku tak tahan masa sesi aku. untuk memudahkan pembacaan, aku telah menterjemahkan perbualan kami  ke dalam bahasa Melayu klasik. dan berlakulah perbualan antara mereka seperti di bawah:

Ustaz: kenapa awak ambik pergigian?
aku: sebenarnya, saya ambik ni sebab mak ayah saya suruh. diaorang galakkan saya jadi doktor gigi.
Ustaz: kenapa nak jadi doktor gigi?
aku: sebab saya nak berkhidmat pada orang (ayat bagi lain sikit..haha)
Ustaz: hmmh...semua jawapan sama je. nak tolong orang konon. ke sebab nak duit banyak?
aku: eh, tak adalah, ustaz. (sebenarnya masa ni aku diam je. dengan ustaz jangan ajak berdebat,ok?)
Ustaz:haa..tadi awak kata awak ambik pergigian ni sebab mak ayah awak suruh. kalau ikut awak, awak nak ambik apa?
aku: saya nak ambik farmasi sebenarnya.
Ustaz: kenapa nak ambik farmasi? apa yang awak tahu pasal farmasi?
aku: err..farmasi ni bidang yang buat ubat-ubat, kimia....(tiba-tiba ustaz potong)
Ustaz: hmm..awak tak tahu sangat pun sebenarnya. farmasi bukan setakat ubat-ubat je. bidang bla bla bla...(apa entah dia cakap aku tak ingat)

dan selepas itu dia tak bertanya lagi. terus dia suruh baca petikan dan jawab soalan. yang tak tahannya, sempat lagi ustaz terlelap masa sesi aku tu. alhamdulillah, sesi aku ok, bagi akulah sebab aku berjaya tidak dipengaruhi emosi. haha~sebab dengar cerita ada budak Medic 1 sampai menangis kena syafawi dengan ustaz tu. budak lelaki kelas aku pun ada seorang yang dah masuk kena keluar balik dan buat lagi sekali syafawi (kot). tapi itu bukanlah kemuncak segala-galanya. 

nak tahu kenapa syafawi ini memberi kenangan 'terindah' buat pelajar Dentistry 2? sebab syafawi kitaorang bermula dalam pukul 4 lebih nak menganjak ke pukul 5. setiap sesi pelajar bukanlah mengambil sekitar 2-3 minit, sebaliknya ada yang menjangkau setengah jam dan boleh jad ada yang lebih. sesi aku habis sekitar 6.45. budak-budak lelaki semua dah habis petang-petang lagi. aku orang kedua ke ketiga entah dari senarai nama budak-budak perempuan. budak kelas semuanya ada 18. kiranya baki selepas aku ada dalam 10-11 orang lagi. cuba kira sikit pukul berapa baru habis? belum tolak lagi masa lebih kurang sejam untuk pergi solat dan sebagainya.

makanya, walaupun aku dah habis sebelum pukul 7 tu, tapi aku tak terus balik. aku stay teman sekali kawan2 yang belum syafawi tu. daripada berdebar-debar langsung dah tak takut. tapi seronok jugak dapat duduk dengan kawan2 macam tu. boleh ambik2 gambar. tudung pun dah tak buat gaya pin ke bahu, biar je lepas ke bawah. kisah apa, budak lelaki semua dah balik. hehe~tetapi saat paling syahdu ialah selepas solat Maghrib, kitaorang baca Ma'thurat secara berjemaah, memecahkan keheningan tingkat 1 Pusat Tamhidi tersebut. kuranglah rasa cuak tu. yalah, kampus dah sunyi kot. kalau ada pun senior2 yang ada kelas malam. tiba2 masa ni aku rasa, ustaz patut bagi budak lelaki yang habis syafawi lambat. yalah, diaorang kalau stay sampai lewat taklah cuak kot. lainlah kitaorang ni. perempuan. kan3?

ada sebab kenapa aku cakap macam tu. sekitar jam 10.30 macam tu, ada tinggal lagi 5 orang yang masih belum syafawi. disebabkan dah lewat, yang 5 orang tu pun suruh kitaorang yang dah sudah ni balik dulu sebab takut tak ada bas balik hostel. diaorang kata, "kitorang takpe, kan ustaz kata ustaz boleh hantarkan." jadi, kitaorang pun berlalu pergi. tapi cuak jugak. cuak sebab bilalah diaorang ni nak sudah syafawi,ea? sekarang dah nak pukul 11. ustaz tak nak sambung esok, sebab esok ada sesi dengan budak Tst. dia nak habiskan hari ini jugak. tapi, kitaorang balik jugaklah lepas tu. alhamdulillah, selamat juga sampai asrama.

esoknya, baru kitaorang tahu, daripada 5 orang yang tinggal semalam. cuma 3 je yang ustaz hantar balik. itupun diaorang kena soal dengan pak guard sebab balik tengah malam. seorang lagi sempat kejar bas namun yang paling simpati ialah yang seorang lagi. dia kena jalan kaki cari orang nak tumpang balik. siapalah yang tinggal tengah2 malam macam tu lagi? nasib baik ada senior yang kebetulan belum balik dan sudi menumpangkannya pulang ke hostel. alhamdulillah.

demikianlah kisah kami melalui detik2 syafawi yang mendebarkan serta memenatkan. tetapi ini bagi kenangan sebenarnya. esok itu kitaorang ada jamuan dengan Madam Azlina merangkap cikgu bahasa Inggeris kami yang baik hati. tengahari itu sempatlah aku dengan Liyana pergi bilik cikgu hantar nugget dan bercerita dengan cikgu serta Ustzh Azniwati (isteri ustaz bahasa Arab kitaorang) pasal kes syafawi malam tadi. cikgu2 pun terkejut kot! maksudnya? entah. maksudnya dekat batch sebelum ini tak pernah jadi sedahsyat kitaoranglah kot.

apa-apapun, ini jadi kenangan,kan? best jugak sebab masa ni famouslah Dentistry 2 sebab kes syafawi tengah malam. haha~ramai yang tanya, "macam mana korang?" "betul ke.." itu ini dan bla bla bla..dan aku gembira jadi salah seorang daripada itu. 

sesungguhnya Tamhidi jadi indah kerana pelbagai perasa yang terdapat dalam setiap momen yang dikongsi bersama kita. dekat sini, aku berani cakap yang memanglah USIM universiti baru dan kadang-kadang banyak masalah. tapi semua kesukaran itu tak terasa bila ada kawan-kawan yang best macam korang semua.

sekian, terima kasih.

"berkhidmat untuk rakyat"

apa aku mengarut nih? =="

ok, wassalam~

Thursday, July 21, 2011

dentist to be~insya Allah

salam~

alhamdulillah 'ala kulli ni'mah..setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah..semoga sentiasa dikekalkan dalam nikmat iman Islam, insya Allah.

minggu lepas pelajar peringkat asasi, matrikulasi dan diploma yang sudah tamat pengajian mereka diberitakan dengan khabar gembira: semakan tawaran bagi peringkat sarjana muda. semua seronok, sebab masih ada peluang untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, sekaligus meneroka ilmu yang sangatlah luas supaya dapat dimanfaatkan kepada ummah. 

alhamdulillah, saya ditawarkan oleh USIM untuk meneruskan pelajaran ke Sarjana Muda Pembedahan Pergigian. syukur sangat sebab itulah pilihan pertama saya. pilihan kedua saya letak Perubatan dan Sains Kesihatan manakala yang ketiga Fizik Gunaan dan terakhir Bioteknologi Makanan. mula-mula dah cuak, takut kalau kena masuk medic sebab pointer dapat lepas requirement untuk masuk medic. ditambah lagi dengan doa Fariza (haha) yang berharap dapat sama fakulti jadi takut pulak kalau betul-betul dapat. 

jadi, insya Allah dalam masa lima tahun dari sekarang, saya akan bergelar Dr. haha~sebenarnya ayah saya sangat berharap supaya salah seorang anaknya ada yang menjadi doktor. doktor gigi pun jadilah. tapi ayah selalu pesan, dia bukan nak saya jadi setakat doktor biasa sebaliknya dia nak saya jadi doktor yang merawat fizikal dan rohani pesakit. setiap perbuatan mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan bila bagi ubat, cakap kat pesakit yang makan ubat kena berdoa sekali sebab Allah yang menyembuhkan sakit, bukan kuasa ubat semata. amin~harap-harap dapat jadi doktor yang baik.

insya Allah, saya yakin USIM akan menghasilkan doktor Islam yang berkualiti untuk umat Islam kini. tadi saya tengok antara kursus yang bakal dipelajari oleh budak medic, ada subjek pasal sejarah perubatan Islam, fiqh dan etika perubatan dan ada lagi yang macam dalam bahasa Arab je. dan yang paling penting, ada kena hafal Qur'an tapi bukan keseluruhan. sebahagian je. belum dapat tengok subjek untuk dental student lagi sebab web dia tengah under maintenance. nanti-nantilah =)

apa-apa pun, doakan saya tau!! semoga cita-cita saya tercapai. nanti kalau sakit gigi, boleh datang jumpa saya. harga mungkin boleh dirunding. haha~berangan je. belajar dulu! insya Allah. 

oh, ya! nak cerita sesuatu. hari Isnin hari tu berborak dengan mak, saya cakap " mak, nenek tak tahu lagi Ipah dapat sambung ke pergigian," ayah cakap nanti topuplah, telefon nenek kat kampung. saya pun dah membayangkan, nanti nak topup rm10 la, boleh berborak dengan nenek lama-lama. sebenarnya saya nak bagi mak yang cakap lama, sebab saya tahu mak nak telefon cuma kewangan tak mengizinkan. yalah siapa yang tak rindu mak,kan? 

tiba-tiba tak lama lepas itu mak dapat panggilan lepastu dengar kakak bagitahu, "Ipah, nenek telefon," perasaan ketika itu? wahhh!!!seronoknya. rindu sangat dengan nenek. tak sangka nenek telefon. baru tadi merancang tetapi Allah telah gerakkan hati nenek untuk telefon kami. alhamdulillah, syukur sangat. hikmahnya, saya dapat jimat duit. huhu~bukan kedekut,ya. mungkin Allah dah reservekan rm10 tu untuk benda lain, kita tak tahu. 

oklah, terima kasih sebab membaca. lepasni dah masuk degree, tak tahulah dapat update selalu ke tak. tapi saya akan pastikan blog ini akan diupdate dengan lebih berkualiti. insya Allah.

p/s: dah nak masuk degree tapi kisah Tamhidi tak habis lagi. takpelah..

Tuesday, July 19, 2011

harry potter dalam kenangan

avada kedavra!!
salam~

tanggal 15 Julai yang lalu, bermulanya tayangan bagi filem terakhir kisah budak berparut petir di dahi sekaligus mengakhiri fenomenanya selama 10 tahun. selama 10 tahun, dengan tujuh siri novelnya dan diadaptasi menjadi filem, seluruh dunia mengetahui kisah Harry Potter ini.

saya pun mengikuti Harry Potter sejak filemnya yang pertama, Harry Potter and the Sorcerer's Stone. bukan tengok wayang, tapi ayah belikan cd. lepas tu tengok yang kedua pulak. yang ketiga tengok kat tv2. yang keempat tengok kat mana entah, tv ke cd, sudah lupa. yang kelima tengok dekat channel HBO. yang keenam tengok dekat komputer, kakak dapat. yang ketujuh part 1 beli cd, berbulan tahu tunggu semata-mata nak tengok. dan akhirnya yang part 2 berjaya ditonton semalam. hehe~yang ni je tengok kat wayang. wayang yang hanya ada tujuh penonton. xpercaya? percaya sahaja. kuala lumpur ini berlambak pawagam, sebab itu wayang dekat desa petaling ini tak ramai orang.

novelnya pun semua sudah habis dikhatamkan hasil budi baik kawan-kawan meminjamkan. baca yang bahasa Melayulah tapi. semuanya tebal-tebal tapi boleh pulak habis. hehe~pendek kata, saya memang mengikuti setiap siri Harry Potter ini. persoalannya, tak apa ke?

ada yang kata Harry Potter ini ada menerapkan unsur-unsur Illuminati. sebab lambang Deathly Hallows itu berbentuk segitiga dengan bulatan di tengah dan ada garisan melintanginya. seolah-olah mata satu. siapa yang ada mata satu? huhu~yang ini  jawab sendiri ya. lepas itu ada yang bertanya, tidakkah salah mempercayai ilmu sihir semua ini? hmm..berdasarkan pendapat saya yang tak seberapa, mestilah salah. tapi saya menonton dan membaca sekadar membaca, tidaklah sehingga masuk ke dalam dunia sihir Harry Potter. saya tahu semua fakta-fakta rekaan JK Rowling untuk kisah Harry Potter ini tapi tidaklah sehingga membawa masuk semua itu ke alam realiti. realitinya, Harry Potter hanya watak khayalan JK Rowling dan sesudah tamatnya siri ini, ia akan hanya tinggal sejarah. di mana kalau anak-anak saya tahu pun nanti, itu mungkin disebabkan saya yang bercerita pada mereka. *kalau boleh taknaklah*

pendapat saya juga, tidaklah salah apabila minat dengan cerita ini. tetapi sangat penting untuk bijak menjaga diri agar tidak terpesong kepercayaan dan kefahaman. jangan juga dok tengok filem Harry Potter dan baca novelnya sampai lupa nak sembahyang. ambillah sekadar hiburan disamping dapat belajar bahasa Inggeris ke.  tapi, satu yang saya perhatikan, Harry Potter ini ada kebaikan jugak. dia mengajar betapa pentingnya kasih sayang sesama ibu bapa dan kawan serta kepercayaan dengan sahabat. walaupun mereka semua ni kafir dan memang budaya mereka lelaki perempuan bergaul tanpa batas, tapi ada sedikit yang saya respek. sedikit sahajalah. yang baik kita ambil, yang buruk kita buang jauh2. kita semua dah besar untuk bezakan apa yang baik dan apa yang buruk.

Harry Potter dalam kenangan~

p/s: famili bonding dalam cerita ni kuat, kan? semua saling menyayangi. walaupun keluarga Dursleys tak suka Harry sebab dia ahli sihir, still Harry dapat makan dan membesar dengan hensemnya baiknya. maksudnya, tak adalah pulak Petunia nak buang anak saudara dia tu. orang kat Malaysia? anak sendiri pun nak buang. malulah dengan orang bukan Islam,kan?

Monday, July 18, 2011

stanza cinta vs tahajjud cinta

salam~

hari ini drama-drama berunsurkan Islamik makin bertambah dari hari ke hari. semuanya bermula dari kejayaan drama Nur Kasih yang mencatat rating yang sangat tinggi, sehingga diangkat menjadi sebuah filem. saya dah menonton drama dan filemnya, dan jujur cakap, sedangkan drama pun ada buat saya menangis barang sekali dua, filemnya juga buat saya mengalirkan air mata sehingga berkali-kali. malu pulak pada orang sebelah masa menonton dalam tgv The Mines hari tu. 

tapi hari ini tak mahu cerita pasal Nur Kasih. sebab cerita tu dah 2 tahun berlalu. hari ini mahu kisahkan pasal drama yang sedang ditayangkan di tv3 sekarang ini, Stanza Cinta dan Tahajjud Cinta.

credit:google image

credit gambar:google image

sebenarnya dulu nak tengok Stanza Cinta dengan Tahajjud Cinta ni sebab ada Aaron Aziz *tarik telinga kuat-kuat* kerana terpengaruh dengan Nora Elena (perhatian: saya menonton secara online) tapi selepas itu Aaaron Aziz hanya menyumbang lebih kurang 75% sahaja minat untuk menonton drama-drama ini. selebihnya kerana tertarik dengan sinopsis cerita.

Stanza Cinta diadaptasi daripada novel Stanza Cinta tulisan Nurull Halawati. bagi saya, ini novel kedua selepas Tautan Hati yang membuatkan saya sangat tersentuh dengan ayat-ayatnya. ayat-ayat yang dinukilkan menjadi doa juga sangat best. ayatnya sangat memujuk bagi mana-mana remaja yang sedang dibuai cinta di alam yang penuh cabaran ini. ayat pasal jodoh, ketentuan semua di tangan Allah. kesimpulan: best sangat!! cuma agak sedihlah masa Irfan mati (huk2). tapi selepas itu gembira sedikit bila Amni akhirnya berkahwin dengan Taufiq.

Tahajjud Cinta pula bukan adaptasi mana-mana novel sebaliknya merupakan drama arahan Erma Fatima. ramai pelakon yang famous dalam drama ni termasuklah Aaron Aziz *tarik telinga sebelah kiri pulak* cumanya sampai sekarang dia belum muncul lagi. drama ni pasal apa entah tak sempat google habis tapi lebh kurang macam memperjuangkan hak wanitalah kot. kalau salah betulkan =)

bagi aku, 2-2 drama ni best. cuma aku lebih suka Stanza Cinta sebab walaupun permulaannya agak lambat, dengan pelakon yang sedikit kaku tapi malam tadi saya mendapati drama ni dah ada peningkatan. episod semalam boleh dikatakan majoriti dialog Amni, Irfan dan ustaz sangat best. menyentuh hati dan sekaligus berdakwah dengan cara yang ringan. entahlah, sebenarnya kalau baca novel lagi best tapi kita tak bolehlah nak expect yang drama akan 100% sama dengan novel,kan? yang penting, saya sokong Stanza Cinta!! hehe~

Tahajjud Cinta pun best. episod pertama lagi dah membuatkan saya kagum dengan Citra yang semangat nak buat demonstrasi memperjuangkan hak siapa-entah dekat universitinya sehingga dipanggil berjumpa pensyarah. tapi, masa episod dua saya rasa kurang senang sewaktu babak Wahdi memegang tangan Seri dan membuka purdahnya. ok. memang Seri pakai sarung tangan, tak apa. itu kita abaikan. tapi sebenarnya saya tak senang dengan perbuatannya itu. saya cuba bersangka baik, walaupun diorang belajar di Jordan ambil bidang usuluddin dan syariah tapi mereka tetap manusia biasa, maka tak terlepas dari kesilapan. tapi seterusnya saya tak seronok bila babak Seri meratap-ratap kematian Wahdi yang kemalangan. Citra pula memujuk tapi bukan dengan kelembutan. entah. setiap orang ada pandangan tapi saya macam tak senang pada cerita ini bila ada babak-babak macam ni.

belum lagi masuk babak mereka berjalan berdua-duaan. entahlah, saya tak pernah belajar di luar negara jadi saya tak tahu realitinya bagaimana. tapi setahu saya melalui pembacaan saya dalam novel Salju Sakinah, ikhtilat antara lelaki perempuan sangat terjaga. entah. terpulanglah. tapi kepada peminat Tahajjud Cinta jangan risau, saya akan tetap menonton drama ini, insya Allah. mungkin ada pengajaran yang dapat dikongsi dalam episod-episod yang akan datang. 

apa-apa pun, media bertanggungjawab dalam memandaikan masyarakat. sewajarnya babak yang diperlihatkan ialah babak yang mendidik, bukan babak yang mengajar masyarakat ke arah kemungkaran. saya teringat ceramah Puan Ainon ketika mengikuti kursus penulisannya suatu ketika dahulu. dalam surah Yusuf ada dinyatakan bahawa abang2 nabi Yusuf berniat jahat terhadap baginda tetapi tidak pula dinyatakan kaedah perlaksanaannya. bererti, kejahatan itu ada tetapi janganlah ditunjukkan. 

sekian, terima kasih =)

Selamat bersiap-sedia menyambut Ramadhan!! 

Sunday, July 17, 2011

bukan entri jaja peribadi tapi..

salam~

sebenarnya bukan nak jaja kisah peribadi dalam blog yang tak famous ni, tapi sebab dah tak tahu nak hala pada siapa lagi. maksudnya, selepas mengadu pada Pemilik Hati. manusia perlukan kata-katanya didengari, sama seperti tubuh yang perlukan makanan. maaf, kalau entri ini menimbulkan rasa kurang senang. kalau tak mahu teruskan, tekan pangkah pada tab yang memaparkan blog ini.

jadi, hari ini nak pakai kata ganti diri 'aku'. =)

pernah je buat sesi luahan perasaan dekat blog. dulu-dulu la tapi. masuk tamhidi dah jarang. sebab selalu ada yasmeen, ada fariza, ada atikah, ada munirah, ada housemates 4 orang yang sangat memahami (ata'ain, fayras, syuhada dan intan), ada kak adawiyah, ada liyana, ada athirah, ada ramai lagilah. aku tak tahu kenapa aku lebih senang share masalah aku dengan kawan-kawan berbanding famili sendiri. mungkin sebab aku dibesarkan dalam keadaan "kat rumah semua orang sibuk dengan masalah sendiri, jadi aku tak share masalah aku kalau orang tak start dulu". entah. ke aku yang berprasangka buruk? na'udzubillah.

pertama, aku tak suka bila orang anggap aku pandai. semuanya sebab orang tengok pada keputusan peperiksaan semata-mata. lebih-lebih lagi bila keputusan aku alhamdulillah bermula dari UPSR sampai peringkat Tamhidi ni semuanya menceriakan mak ayah aku. tapi pernah tak korang rasa apa yang aku rasa? aku jadi takut pada gagal. aku takut kalau gagal sebab aku tahu ramai yang letak high expectation pada aku. jadi bila sekali aku gagal, aku takut orang tak dapat terima. biasalah, manusia akan suka mengungkit. lepas tu korang tahu tak cabaran jadi orang yang berjaya ni lagi hebat daripada cabaran jadi orang yang sering gagal. orang yang gagal at least ada orang sekeliling yang akan sentiasa bantu dia, beri kata-kata semangat, kalau sedih pun ada orang akan pujuk. tapi aku? aku nak terus-terang kat sini yang aku bukan manusia pandai. aku biasa je. aku tak pernah sangka akan murah rezeki. semuanya ketentuan Allah. pernah tak korang dengar ayat ni? orang yang dah banyak terima nikmat kat dunia ni nanti kat akhirat dia dah tak ada nikmat yang akan diterima lagi. sebenarnya ayat tu untuk orang yang kufur nikmat, na'udzubillah. tapi inilah salah satu ujiannya. aku tak kuat. jadi, nasihat aku kepada korang, sendainya korang rasa korang dah teruji sangat dengan kegagalan dan musibah yang korang terima, percayalah bahawa ujian nikmat yang aku terima jauh lebih mencabar dari yang korang rasa. 

kedua, aku bukan peminat Korea, Jepun, Taiwan dan yang seangkatan dengannya. maka, sudah tentulah aku tak melayan sebarang hiburan dari sana tapi tak jugak bermakna aku stok yang dengar nasyid 24 jam. aku layan gak lagu-lagu Inggeris. tapikan, aku sangat tertekan bila kena balik kampung atau pergi rumah saudara-mara. ok, diorang semua layan Korea dan aku tak kisah pun. tapi aku kisah bila semua orang layan cerita segala bagai aku tak tahu nak buat apa. haruslah aku rasa tersisih. aku tak nak jadi kera sumbang tapi itu pilihan aku untuk tak minat pada semua K-pop Jpop segala bagai. aku tak suka bila ada suara kata aku tak layan semua ni sebab aku kat sekolah dulu pernah jadi Badar. aku tak nampak kot sebarang kaitan kat situ. kawan-kawan aku yang cemerlang pergi sambung study kat Intec, buat medic segala bagai tu minat Korea gak. kesian ya pemikiran tertutup. lagipun aku lagi prefer korang minat orang kafir tu sebab diorang memang masuk neraka unless kalau diorang dah masuk Islam daripada korang minat artis2 Islam tapi yang buat dosa dengan tayang aurat dan tak jaga ikhtilat. balik semula pada cerita balik kampung tadi. so, aku sangat berharap korang fahamilah aku. aku hormat korang. aku diam bukan maksud aku iyakan apa yang korang cakap, tapi aku pendam. tapi tolonglah. aku tak kacau hidup korang, korang tak payahlah kacau hidup aku dengan kaitkan tak minat Korea dengan tudung bidang yang aku pakai. sila luaskan pemikiran anda, okey?

huhu~apa lagi nak cakap,ek? tak ada dah kot. kalau ada pun aku simpan sendiri je. yelah, aku kan anak kedua. selalu rasa tersisih sendiri *tangan di dada mata ke atas*. aku tahu ada yang sayang aku, tapi ketahuilah bahawa sayang itu sia-sia kalau tak dizahirkan.

sob3...nak pinjam bahu boleh? semalam menangis tepi bantal je. bukanlah aku menyesali takdir yang allah tetapkan pada aku, bukan jugak mempersoalkan kenapa itu dan kenapa ini. sebaliknya aku hanya luahkan supaya aku rasa ringan. dan bila ringan barulah dapat dengar nasihat orang,kan? 

terima kasih. doakan yang terbaik untuk aku. =)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala [dari kebaikan] yang diusahakannya dan ia mendapat siksa [dari kejahatan] yang dikerjakannya." surah Al-Baqarah ayat 286

Monday, July 11, 2011

entri terkejut

salam~

semalam baru pulang dari kampung yang terletak di Beranang, pulang dari menjenguk nenek dan saudara-mara. sampai rumah dalam pukul 6.30. walaupun diri ini bukanlah pemandu sebaliknya hanya co-pilot yang kerjanya menyuap cucur udang untuk kakak yang memandu, masih terasa penat juga. cuti ni cepat sangat rasa penat sebab dah selalu berehat.

huish..panjang pulak intro bagai. akhirnya selepas makan malam berlaukkan tomyam, ikan keli masak sambal dan telur dadar, mata pun rasa berat saja. tapi dah set, nanti pukul 11.30 macam tu nak bangun semula. sebab nak tengok sesuatu dekat youtube. jadi sementara dia loading, lelaplah sekejap. sebelum tu sempat tengok kawan ada share entri "bayangkan kalau pelajar tamhidi dibenarkan berkahwin sesama mereka" ke facebook. masa tu dah rasa takut sebab tak boleh bayangkan apa respons orang. mesti orang marah sebab baru 19 tahun dah nak cakap pasal kahwin.

masa pun berlalu dan tiba-tiba, pukul 12.47 baru terjaga. tengok dekat notification tak ada apa-apa. jadi biar sajalah. lepas tu entah kenapa tangan gatal-gatal pergi tekan group USIM Tamhidi 2010/2011. tiba-tiba!!!sangat terkejut bila seorang kawan telah share link entri tadi ke situ. aik? kenapa dekat notification tak ada pun. segeralah me'refresh' page itu dan rupanya ada 6 notification. tak adalah ramai sangat orang komen pun. tapi still, perasaan takut tu masih ada. masa tu tak fikir apa, terus masuk blog dan jenguk stats.


TERKEJUT!!!!! ok, saya tahu saya tak secomel kucing kat atas tu. tapi serius, umum pun mengetahui bahawa blog saya ini bukannya terkenal dan ramai pengunjung macam blog-blog yang saya suka ikut tu. paling-paling ramai pun 6-10 orang view satu hari. followers pun tak ramai. selepas masuk tamhidi barulah ada kawan yang follow. iyalah, dulu buat blog ni sebab nak luahkan rasa hati je, bukannya sebab nak cari duit atau apa-apa. tapi, tengoklah. ini printscreen yang tadi punya. sebab semalam takut sangat terus balas komen apa-apa yang patut dan tidur.

sila klik untuk imej yang lebih jelas
ok, mungkin ada yang kata, "itu pun nak kecoh." haruslah kecoh sebab saya buat entri itu suka-suka dan saya tak pernah dapat kunjungan sebanyak itu. tambahan lagi, tak banyak komen yang ditinggalkan jadi saya takut kalau orang tahu yang saya banyak berangan. dahlah cakap pasal kahwin. orang buatlah entri pasal tazkirah ke, cerita-cerita keinsafan ke.aiyoohh...nampaknya sudah silap cara untuk menarik pengunjung. haha~

tetapi, di sebalik itu saya sangat berterima kasih sebab sudi menjenguk blog saya. hmm..akhirnya sudah ramai yang tahu saya ada blog. tapi kebenarannya, bukan saya yang famouskan blog sendiri tau. saya cuma post. orang lain yang share dan orang lain yang cakap, "market la!!" "famous dah orang sg besi nih" dan sebagainya. kalau mereka tak sebut nama saya dekat ruang komen facebook tu, takkannya orang tahu blog itu saya punya. ke tahu jugak?

sekian sahaja keterkejutan hari ini. semoga saya dapat menghasilkan entri yang lebih berkualiti dan menarik di lain masa. =)

p/s: tapi saya dah pesankan yang entri itu mengarut,kan? jadi kalau rasa tertekan membaca entri itu, bosan dan sebagainya, terpulang. saya ulang lagi sekali, entri itu IALAH REKAAN SEMATA-MATA. sila jangan ambil serius =)

Saturday, July 9, 2011

terima kasih ayah kerana bagi saya kereta~

salam~

selamat hari Sabtu dan selamat menyambut 9 Julai..sila jangan fikir bukan2. 

entri ini ialah special tribute kepada ayah saya yang telah bersusah-payah dan begitu banyak berkorban semata-mata untuk kesenangan anaknya. walaupun saya tahu ayah saya takkan sampai ke blog ini dan sekiranya ya, maka saya perlu bersiap-sedia untuk meng'edit' mana-mana entri yang dirasakan merapu (macam banyak je. sigh)

ayah, terima kasih sebab bagi saya kereta. walaupun bukanlah kereta Saga FL mahupun Myvi limited edition namun saya SANGATSANGATSANGAT berterima kasih sebab..oh terharu sangat ni. sebab ayah sanggup keluarkan duit sedempuk begitu untuk belikan kereta kepada saya. 

kereta tersebut ialah kereta Nissan Sunny yang dah hampir 20 tahun pun tapi ketika menaikinya, kakak kata macam tengah naik Saga. sebelum ni ayah ingat nak belikan Iswara aeroback tapi tak sempat nak buat downpayment, dah ada orang sebat. tak apalah, bukan rezeki. lagipun, itu baru downpayment. bayar bulan2 mahu semput ayah nanti. tengok, kereta 2nd hand pun mahal tau. 

namun begitu, saya sangat bersyukur sebab sudah ada kereta sendiri sekarang. ala, baru nak masuk degree kot takkanlah nak pakai kereta mahal2 pastu yang first hand pulak,kan? karang terlanggar kereta orang, terkemek pintu, terpatah wiper mesti menangis kuat2. jadi, kalau pakai kereta 2nd hand dan murah macam ni, rasa sedih tu tak adalah sangat dan taklah rasa rugi sangat. oh, ya. kereta ni pun jimat. isi minyak penuh ialah sebanyak rm40. sikit je,kan? kereta volvo ayah kalau minyak penuh mahunya rm150. ke dah makin naik?

jadi, nanti kalau nak pergi kampus senanglah. tak payah nak tunggu bas, bila naik bas belum tentu dapat duduk. paling best, nak pergi mana2 senang. balik rumah pun senang. tak payah nak terkedek-kedek beratur beli tiket lrt pastu kena tukar dekat chan sow lin baru sampai sungai besi. itu baru balik, pastu kalau nak pergi tesco beli stok makanan atau saja2 nak berurut dekat RestN Go ataupun buat spa ikan pun senang. insya Allah, semoga diberi kemudahan.

sekali lagi, terima kasih banyak2 kepada ayah kerana bagi saya kereta. semoga Allah murahkan lagi rezeki ayah. nanti dapat simpan duit pergi haji pulak. amin =)

p/s: Fariza, nak tumpang tak? kalau kau nak balik Serdang pun aku boleh tumpangkan =) insya Allah

Wednesday, July 6, 2011

bayangkan kalau pelajar tamhidi dibenarkan berkahwin sesama mereka~

salam~

ini adalah idea mengarut semata-mata. awal2 lagi diperingatkan bahawa ini hanyalah sekadar gurauan dan mustahil untuk jadi kenyataan. 

1) bayangkan kalau budak Tamhidi dibenarkan berkahwin sesama mereka, lebih-lebih lagi kalau satu kuliah. semestinya kes tidur dalam kuliah akan berkurangan dan akhirnya menjadi sifar. hal ini seterusnya akan memberi mood yang baik kepada cikgu2 untuk bagi syarahan sebab bila dah berkahwin, apatah lagi kalau suami/isteri dalam kuliah yang sama, sudah tentu perasaan untuk melentok-lentok ke kawan sebelah atau melakukan aktiviti main tic-tac-toe buat hilang mengantuk akan hilang sama sekali. hal ini kerana mereka mengetahui bahawa cik abang/adik sayang akan memerhati dari jauh.mestilah, sumber inspirasi depan mata. biasanya orang yang kahwin masa belajar akan belajar sungguh-sungguh sebab nak jaga anak orang. lagi, presentation pasti akan dilakukan di tahap yang terbaik punya sebab tak nak malu depan cik abang/ adik sayang sendiri. jangankan presentation, kalau boleh setiap soalan yang cikgu lontarkan (contohnya cikgu Kimia) akan dijawab sehabis baik sebab tak nak kantoi depan cik abang/adik sayang yang sendiri langsung tak buat homework yang cikgu bagi, apatah lagi cikgu tu sendiri.

situasi ini tidak pernah berlaku di usim, sekian harap maklum~


2) bayangkan kalau budak Tamhidi dibenarkan berkahwin sesama mereka, elaun yang diterima daripada Kementerian Pengajian Tinggi pasti akan digunakan sebaik-baiknya sebab ini akan mendidik sikap bertanggungjawab dalam diri mereka. kalau hari ni cik abang dah tolong top-upkan RM10, minggu depan giliran adik sayang pulak. elaun juga takkan dibazirkan sesuka hati dengan berbelanja di KFC di Giant Nilai ataupun berkunjung ke Tesco Nilai yang baru bukak tanpa sebab. apatah lagi pergi sewa prebet sapu semata-mata nak pergi pasar malam dekat Bukit Mahkota (ok, yang ni tak pernah dengar orang buat sebenarnya). sebaliknya, elaun yang diterima akan digunakan secara berhemah. manalah tahu kot2 masa cuti mid-sem kena balik rumah mertua, tak adalah balik dengan tangan kosong. duit yang ada bolehlah digunakan untuk membeli buah mata kucing atau durian sebagai buah tangan kepada mertua tersayang. lagi, perbelanjaan terhadap keperluan akademik juga akan dapat dijimatkan sekiranya pasangan dari course yang sama. tak payah beli buku 2 kali. kongsi sahaja. ala, tutor kimia awak, tutor kimia saya jugak =)

nah, ni sumer elaun abang. simpan dlm akaun awak ye~

3) bila di hostel, jaksa tak risau sangat tengok lelaki perempuan berdua-dua sebab setiap pasangan akan didaftarkan dan tahu yang berdua-dua tu ialah orang yang dah kahwin. kalau makan semeja pun tak kisah. tapi haruslah pandai menjaga etika dan akhlak mulia ya saudara-saudari yang dirahmati Allah sekalian. buat study group pun tak apa sebab saling membantu,kan? dan masing2 juga akan tahu untuk naik ke rumah bila dah pukul 11 camtu. hei, walaupun sudah berkahwin,takkanlah nak tunggu kena hambat baru pandai cari jalan balik rumah. masing2 juga akan saling ingat-mengingatkan tentang peraturan kolej dan universiti supaya tidak menerima padah di hari muka.  

4) dan yang paling penting sudah tentulah ikhtilat antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan lebih terjaga kerana masing-masing pasti ingin dan perlu menjaga diri masing-masing. mereka tak akan berurusan melainkan atas sebab2 yang benar2 penting. itupun kalau boleh nak mintak passkan kepada cik abang/ adik sayang. ok, agak mustahil perkara itu. namun begitu, lebih penting lagi ialah permasalahan 'couple' tak akan timbul kerana para pelajar telah mengambil langkah bijak dan menepati syarak iaitu dengan mendirikan Baitul Muslim. meskipun masih muda, namun ilmu itu dapat dipelajari melalui pengalaman. tak semestinya bila dah kahwin, perempuan kena berhenti belajar dan jadi suri rumah manakala lelaki pulak berhenti belajar dan kerja tak kisahlah apa2 asalkan dapat jaga anak orang. (wah, cakap macam dah berpengalaman)

sekian, itu sahaja idea mengarut saya setakat ini. diingatkan sekali lagi bahawa ini hanyalah rekaan semata-mata. takkannya budak baru habis SPM, baru lepas ambil lesen memandu, bawak kereta langgar bumper pun sampai terhantuk ke siling kereta nak terus kahwin. kan? ke ada jugak?

p/s: ulangan lagi sekali. INI IALAH REKAAN SEMATA-MATA. sila jangan ambil serius =)

*credit gambar:google images*

Tuesday, July 5, 2011

kenal USIM tak?

salam~

tadi ada orang post dekat wall group Tamhidi, bahawa ada segelintir pelajar USIM berhadapan dengan masalah untuk menerangkan USIM itu apa dan di mana. dan majoriti yang mengetahui pun sebab USIM itu di tepi highway, alhamdulillah.

saya sendiri pernah berhadapan dengan situasi ini. masa baru lepas dapat keputusan UPU, semua orang tanya dapat mana. ada yang tahu, dan ada yang tak tahu. dan jenuh juga nak terangkan.

insan A: dapat mana?
saya: dapat universiti sains islam.
insan A: oh, UIA?
saya: eh, bukan. ni yang dekat Nilai tu.
insan A: (angguk dan harap2 dia tahu)

tapi yang lawaknya masa ada sekali tu. pergi beli kuih ke apa entah, yang menjualnya orang situ2lah jugak. dia kagum pasal saya balik rumah. sebab dia nampak kad matrik yang terselindung bawah tudung. mungkin perkataan Islam tu samar2, jadi dia cuma nampak Universiti Sains Malaysia.

penjual: rajin adik balik ye.
saya: eh, tak adalah. dekat je kan. lagipun, minggu ni tak ada apa2.
penjual: eh, bukan kat Pulau Pinang ke?
saya: (terus tunduk belek kad matrik) eh, itu USM. saya USIM. sains Islam (hehe)
penjual: oh...

saya rasa, bukan saya sahaja yang pernah mengalaminya. ramai mungkin. yalah, universiti baru, haruslah orang pun tak kenal sangat. apa-apa pun, saya harap yang membaca entri ini tahu dan kenal USIM ye. 

sekian, USIM simply inspiring~

(malas nak upload gambar)

Saturday, July 2, 2011

menyahut seruan BERSIH!!

salam~

apa khabar hari ini? dah bersihkan diri? hehe~mestilah sudah, kalau tak macam mana nak solat Subuh pagi tadi,kan?

mutakhir ini kita digembar-gemburkan dengan isu BERSIH 2.0 yang bakal dianjurkan seminggu lagi. melihat kepada 8 tuntutan yang dikemukakan, saya rasa tak salah kalau kerajaan terima sahaja tuntutan itu. untuk kebaikan bersama jugak,kan? lagipun, inikan negara demokrasi, maka seharusnya suara rakyat diterima oleh pihak atasan. oleh itu, marilah kita berdoa semoga Allah menganugerahkan yang terbaik untuk negara tercinta ini. insya Allah~

namun begitu, saya sangat tertarik dengan saranan seorang blogger Brohamzah atas saranan BERSIH yang diposkan pada blog beliau. cukup menyentuh hati saya sebab beliau menyarankan BERSIH 5.0. mahu tahu apakah itu? jangan segan-segan untuk klik sini. program ini bukan sahaja dilaksanakan pada tarikh tertentu, tetapi dilaksanakan sehingga saat yang ditetapkan untuk kita bernafas di muka bumi ini. 

pada saya saranan beliau patut kita sahut kerana dalam kita sibuk-sibuk mahu tubuhkan sekolah untuk remaja hamil, kita lupa untuk tubuhkan sebuah institusi masyarakat yang mengamalkan Islam secara syumul dan berakhlak mulia. kita lupa bahawa asas Islam yang kukuh sangatlah dijamin dapat mengindarkan masyarakat dari terjebak ke kancah sosial. kita sibuk-sibuk buat kempen cegah zina, kita lupa bahawa kawalan terhadap ikhtilat lelaki perempuan yang ajnabi ialah rawatan paling efisien yang dapat menutup jalan zina.

oleh itu, mari scan balik hati kita. mungkinkah hati kita sudah jadi begini?


jangan risau. kita selaku manusia pastinya iman turun naik. dan tak nafikan kita akan sentiasa mencari ubat untuk hati kita. ingat tak lagu Opick, Ubat Hati? =)


jom!!sahut seruan BERSIH 5.0!! 

awas!!awas!! renovation sedang dijalankan. 


*credit gambar: google image*

Friday, July 1, 2011

tiba2 malu dgn blog sendiri..

salam~

pertama sekali mahu berterima kasih kepada semua yang sudi menekan button "follow" pada blog ini. sangat terharu sebenarnya walaupun tahu blog ini sangatlah tidak ada apa-apa yang menarik, bahkan isinya juga kadang2 melalaikan. cerita pasal diri sendiri je banyak. =) dan untuk pengetahuan, saya sangat menghargai kenangan itu. sebab itu saya abadikan pada blog ini. 

saya juga bukanlah orang yang banyak ilmu. masih lagi mengkaji dan mencari. lebih2 lagi dalam nak menambah ilmu tentang deen yang suci ini. perlukan guru dan saya sangat takut seandainya tersilap share, habislah. kalaulah ada yang share. haha~

jadi, bila baca semula entri2 lama, sangatlah malu sebab saya mula menulis blog dengan kosong. tak ada ilmu apa2. selepas blogwalking banyak2 blog, barulah tahu macam mana nak tulis blog dengan betul. tapi sampai sekarang masih tak boleh nak apply semua. hukhuk =( tapi setakat ini, bersyukur sebab ada sebahagian entri yang rupanya dapatlah memberi informasi kepada pembaca. sebenarnya entri tentang tamhidi itu sahaja. tak apalah, sikit pun memadai (ayat penyedap hati =)

tapi saya tak nak tiru gaya orang lain menulis blog. saya nak tulis berdasarkan diri saya sendiri. cuma, saya mahu berubah dari segi isi penulisan. sebab blogger itu pendakwah. dan ruginya andai saya tak laksanakan tugas itu. saya tak punya wang juta-juta untuk disumbangkan pada ummah. saya tak punya tenaga juta-juta Watt (dah macam kau ni barang elektrik pulak) untuk tegakkan kembali ummah. saya hanya punya ilmu yang secebis, yang boleh dikongsi dan diambil ibrah bersama. saya juga tak punya peluang setakat ini untuk pergi melawat umat Islam yang ditindas seperti di Palestin,di Kemboja dan sebagainya, walaupun saya berhasrat andai saya sudah bergelar doktor gigi nanti, saya mahu berbakti kepada mereka. insya Allah. doakan yang terbaik.

terima kasih sekali lagi. Syaaban sudah tiba. tak lama lagi Ramadhan menjelma. bulan recharge iman =). disebabkan tahun ini cuti sepanjang Ramadhan sehingga Syawal minggu kedua, maka tak ada sebab untuk saya tidak mengisi peluang yang ada dengan amalan yang baik, kan? insya Allah. doakan yang terbaik untuk kita semua.

p/s: nak pakai kata ganti diri saya. 
p/s (part 2) : takziah kepada sahabat saya Fariza yang makciknya baru sahaja meninggal. semoga Allah cucurkan rahmat ke atas rohnya dan semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.