Wednesday, November 16, 2011

belajar dari adik dan angry bird

salam~

hari tu balik cuti berkesempatanlah jugak melayan Angry Bird dengan adik2. masalahnya bila main tu bukan kakaknya yang ajarkan adik, adik yang ajar kakak. adiknya yang darjah 2 pulak tu. haha~

lepastu macam2 la yang adik ajar. macam mana nak bagi 'biba' tu mati cepat, nak bagi dia laju, nak bagi dia kena sasaran dengan betul. dia jugak yang bagitau saya yang setiap burung tu ada special function sendiri.

yang hitam boleh letupkan diri sendiri, yang biru boleh jadi 3, yang putih boleh keluarkan telur yang boleh jadi bom, yang kuning jadi laju, yang merah je tak ada apa2. haha~


tapi sangat best bila main dengan adik. kita, kakak2 dan abang2 sekalian, jangan pandang rendah kat adik2 tau. diorang ni walaupun tak sama level belajar macam kita yang tengah degree, speaking English bukan main kalah mat saleh, semua2 tu, diorang pulak membaca masih merangkak, tulisan macam ayam mencakar tanah dan sebagainya, tak bermakna kita boleh perlekehkan diorang tau. adik2 ni jugaklah yang jadi cerminan abang kakak tau sebab diorang kecil dan jujur. bukan macam kita yang dewasa, nak jaga hati orang je kan sampai sanggup cakap benda yang tak betul.

kembali pada angry bird dan adik. saya memang syok main angry bird sampai dalam fikiran masa tu cuma nak markah banyak je sebab bila markah banyak dapat penuh 3 bintang. camtulah saya. sampailah terjadi babak ini:

saya: alamak, tak kenalah. 
amin (adik): meh sini min buatkan. min ada cagha dia (dia pelat R. haha..sangat comel)

amin pun mainkan. satu 'biba' tumbang.

saya: hah, tengok. satu je yang mati. orang nak biar dia mati banyak2 sekaligus, barulah boleh dapat markah     banyak.
amin: ipah, bukan markah banyak yang kita nak. kita nak semua tu mati je.

ok, terdiam sekejap masa tu. 

terdiam sebab adik bercakap dengan ikhlas. sangat related dengan life saya sebagai student.

hari tu result midsem Oral Biology dah keluar. alhamdulillah dapat markah baik. tapi lepastu berfikir balik.

"apa niat aku belajar sebenarnya? nak markah banyak ke nak ilmu?"

kan? adik tak kisah pun markah angry bird tak banyak asalkan goal dia: semua 'biba' mati tercapai.

saya? kisahkan markah sebab takut kena repeat paper dan sebagainya tapi saya tak perasan pun goal saya: dapat ilmu tercapai atau tidak.

lebih2 lagi mardhatillah. saya dapat markah banyak tapi Allah redha tak?

*refleksi diri. harap2 Allah redha.

subhanallah. alhamdulillah. banyak ibrah rupanya dari seorang kanak2 kecil dan game yang kalau tengok luaran macam tak ada apa2. alhamdulillah. 

sekeliling kita ada banyak sangat pengajaran. dunia ini kelas. kita pelajarnya dan akan belajar sampai bila2 selagi nafas belum berhenti. selagi ada masa, jom cari ilmu dan perbanyakkan amal semoga dapat keredhaanNya.

bak kata ustaz Pahrol: jom jadi Muslim banyak fikir dan banyak zikir =)

lastbutnotleast: sedikit perkongsian. share dari facebook.

link

Sunday, November 13, 2011

message undelivered

typing something. backspace.backspace. 


"back"

"do you want to save this message?"

"no"

"the message is not been saved!"

amboi nokia ni. nak marah pulak.


it is really hurt when you keep something from someone. you want that person to know it but you are afraid of the consequence.

sabar, pah. sabar. tak lama dah pun.

tapi rasa sangat terganggu kot. my message won't be delivered but i hope my prayer reach you. amin =)








p/s: mesti sangat tak fahamkan? tak payah fahamkan pun. hehe~saje nak luahkan perasaan yang tengah terganggu.

"people need their words to be listened, same as they need food to keep themself alive."

Friday, November 11, 2011

beberapa tabiat buruk saya~

salam~

ni bukan tabiat buruk yang pelik2 tau.ok,mungkin pelik sikit. saja nak share supaya kita boleh berkenalan. haha~

tabiat buruk pertama: 

bila cuti je kan, handphone mesti hilang entah ke mana. kadang2 tu sampai mati sebab tak bercaj. yelah, kadang2 adik2 suka main game ular dalam handphone tu jadi lepas dah main tu diorang mana kisah handphone tu letak mana. tak tahulah macam mana boleh ada tabiat ignore terhadap handphone ni. lagi2 mungkin sebab bila cuti tak payah nak set alarm (haha!!).lepastu saya tahu bukan semua orang nak contact pun. sebab tu prefer online facebook lama2 sebagai medium komunikasi. saya pun bukan hot sampai setiap saat nak kena berkepit dengan handphone. selalu akan cari balik handphone tu bila tiba2 dengar bunyi mesej lepastu mulalah aktiviti menyelongkar di celah bilik yang dah macam tongkang pecah setiap kali cuti tu. hehe~teruk betul =,="

tabiat buruk kedua:

tak kisahlah bila2. kalau dah bukak facebook, saya suka bukak lama2 tapi biarkan je depan laptop tu tak ada orang. ataupun adik pakai buat main game kat Mozilla Firefox (saya pakai Google Chrome). jadi, memang selalu sangatlah terjadi orang tegur kat chat tak dilayan oleh saya kerana saya tinggalkan laptop camtu je. lagipun selepas 15 minit laptop akan automatik jadi mode 'sleep' dan Internet pun akan terminate. lepastu bila bangunkan dia balik, refresh, hambik kau. beberapa notification pun appear. orang yang tegur kat chat pun dah jadi offline. haha~takleh nak buat apa. saya pun pelik kenapa saya mesti amalkan sikap tinggalkan facebook tak bertuan selepas login.

jadi, banyak2 minta maaf kepada semua yang mesej saya masa cuti tapi lambat berbalas, yang tegur saya kat facebook tapi tak berlayan. semuanya ialah kerana ini tabiat saya. handphone ni pernah je satu masa dulu sangat malas nak bawa ke mana2 sampai kena tegur, "dah ada handphone tu bawak la. pergi tinggal tu buat apa?" hihi~

once again, SORRY !!!(sambil tunduk kepala banyak kali) tak boleh janji tak buat lagi sebab saya memang camtu. mungkin kalau handphone tu dah upgrade sikit saya takkan berenggang dengan dia lagi dah. hehe  =)

Tuesday, November 8, 2011

projek mencari gigi

salam~

penting untuk anda semua baca. cepat!! ingat senang ke nak dapat info tentang kesihatan pergigian ni? fakta mengatakan ramai orang takut nak jumpa dentist. jadi, sila baca perlahan2.






ok, tadi dah pergi klinik pergigian Bandar Tun Razak. saja je tanya kat akak kat kaunter tu.


saya: assalamu'alaikum. saya dental student dari USIM. nak tanya, boleh tak saya nak mintak gigi2 yang dah
        dicabut kat sini, simpankan untuk saya?
akak kaunter (AK): waalaikumsalam. oh..boleh tu boleh tapi sekarang ni patient tak ramai dan banyak jugak
              student yang dah letak botol2 diorang kat sini. diorang pun nak kumpul gigi2 yang extracted jugak.
saya: oh, tapi saya boleh letak jugak kat sini, kan? saya nak letak kat sini untuk setahun
AK: boleh2..
saya: ada prosedur apa2 ke kalau nak mintak gigi kat sini? kena bayar ke, buat surat ke...
AK: takde. just masa awak bagi botol tu, tulis nama, contact number n apa2 yg penting je la.
saya: oh,kalau camtu terima kasih bebanyak ea.
AK: sama2.

ok, satu klinik dah settle. masalahnya sekarang ni, kemungkinan untuk aku dapat gigi banyak tu adalah mustahil. so,kena ada back-up. kena ada back-up..kena ada back-up...

sekarang dah listkan semua klinik gigi yang terdekat dengan rumah. meaning, klinik area Sg. Besi, Sri Petaling, Bandar Sri Permaisuri, Serdang mungkin boleh masuk tapi kena bayar tol jadi KIV dulu dan yang seumpama dengannya saya dah cop awal2. tak boleh pergi area Ampang sebab situ mesti Farah Husna dengan Zharif dah cop. pastu tak boleh gak pergi klinik area Kajang pasal situ mesti area2 Khaliesah dengan Nazrin. walaupun dua tempat tu boleh diconsider untuk masuk list. oh ya! mungkin area Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Perdana boleh masuk jugak.

antara yang dah dilistkan:


  1. Klinik Pergigian Bandar Tun Razak
  2. Klinik Pergigian Noris, Bandar Tasik Selatan
  3. Klinik Pergigian Sungai Besi
  4. Klinik Pergigian Rosni Adam
  5. Klinik Pergigian U Smile
  6. Klinik Pergigian Lau

cukuplah dulu kot. sebab ada certain klinik dia pesen (gaya cakap macam orang pahang pulak) lepas dah cabut gigi pesakit, gigi tu dipulangkan kepada pesakit tu balik. tak tahulah kot kalau disimpan boleh bertukar jadi seringgit ke apa (haish, khurafat la percaya benda macam tu). tapi, harap2 boleh berbincang dengan klinik tu sebab daripada buang gigi tu baiklah bagi kat saya dan semua dental student seluruh Malaysia yang nak belajar ni. hihi~


esok nak sambung mencari lagi. yang penting dapat letak kat beberapa klinik dulu. tak kisahlah dapat banyak mana. mungkin dari masa ke semasa akan ditambah jumlah botol tu.

nama je cuti tapi banyak benda kena buat. huhu~ini baru starting. takpelah. Allah tahu saya mampu sebab tu Dia bagi task ni. hehe~

permintaan kepada yang membaca: kalau tahu mana2 klinik gigi yang buat braces bagitahu saya sebab gigi yang dicabut kat situ lawa2 sikit. hehe~tolong2!!

p/s: haha!! sebenarnya saya yang nak info pasal klinik gigi terdekat tu. nak search dah tak larat dah.

Monday, November 7, 2011

kisah handphone baru~

salam~

umum mengetahui bahawasanya biasiswa kami tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam@JPA (bukan jabatan poket ayah mahupun abang sayang) telah pun selamat dimasukkan ke akaun kami.

makanya, sesi kokurikulum minggu lalu, bertempat di Endah Parade, Sri Petaling (beberapa kali pusingan tayar dari rumah tercinta),majoriti budak dah mula terjenguk-jenguk ke kotak kaca setiap kali melalui kedai handphone. maklumlah, duit berkepuk. tapi, (amaran keras: TAPI) kitorang bukannya mencari henfun kerana nak kelihatan haptudet ke hape sebab kami tertarik dengan kemudahan yang ada di beberapa smart phone yang memudahkan pembelajaran, contohnya: ebook, dictionary dan ada certain yang boleh masukkan slide lecture. oh, ya. tak dilupakan al-Qur'an. gitulah ceritanya.

tapi saya cerewet kisah nak beli handphone ni. sebab kita pun nak pakai telefon tu kalau boleh biarlah lama sikit,kan.at least boleh bertahan sampai kahwin la sebab nanti kahwin ingat nak mintak hantaran handphone (HAHA!!). jadi, saya sangat2 harap yang handphone yang saya nak beli tu nanti tak manja, sikit2 nak rosak. kalau dah asyik nak rosak pasnih baik saya pakai telefon awam je. 

antara ciri2 handphone yang saya nak:

1) taknak yang touch screen. yang sikit2 touch screen akan dipertimbangkan (contohnya nokia C3 touch and type n nokia X3 touch n type). bukan apa,pernah tengok kawan punya iphone hang. jadi, sangat takut kalau perkara yang sama terjadi.

2) taknak keypad yang jenis QWERTY tu. ala, yang macam blackberry tu la.saya tak tahu kenapa tapi sejak awal2 blackberry keluar lagi, saya dah macam ada "bzz..bzz..bzz" rasa takde chemistry dengan phone jenis tu. tapi tak tipulah kalau cakap yang saya pernah berangan nak beli nokia C3 dulu *ahaks*. sebab tiba2 rasa handphone macam tu, dahlah keypad kecik, dibuat ea tertekan ke huruf lain, tak ke dah membuang masa. lepastu rasa macam gemuk sangat je la handphone jenis camtu. tak tau nak simpan camner.

3) nak yang memang sesuai untuk peminat muzik cam saya. kawan cakap nokia X series memang sesuai untuk muzik. dulu berangan nak beli ExpressMusic tapi nak buat camner en. bukan ada duit pun. jadi, sangat berharap dapat handphone jenis camni. saya suka dengar lagu bila study sebab tak mengantuk. masalahnya sekarang ni tiap kali nak study terpaksa bukak laptop,dengar dari situ ataupun nyanyi sendiri. kalau suara tu sedap tak apalah jugak tapi... =,="

4) nak yang boleh connect to Internet. haha~kalau boleh hapdet blog pun lagi bagus *err..ada ke?* tak kisahlah. dapat online facebook dari situ pun boleh. tak kisah sesangat. tapi ciri2 ni macam terpaksa dibuang je sebab bila dah asyik online tu karang mesti tak study punya *double =,="

5) harga kalau boleh biar yang berpada la. tetiba je nak yang murah padahal nak yang specification bagus2. takde, saya kan tengah belajar lagi. takde keja ke apa nak pergi sambar handphone mahal2 sedangkan parent pun pakai yang biasa2 je.

6) last but not least, kalau ada ciri2 pembelajaran yang macam saya mention kat atas tu lagi best. (dictionary, slide, ebook n al-Qur'an)

so, ada sesiapa yang tahu tak handphone jenis apa yang sesuai kat saya? hari tu survey dengan kawan, dia cakap nokia C3 touch n type tu bagus. comel gak bila dah tengok hari tu. pastu bila review kat youtube, terasa macam "ala...cam tak best je" haha~ingat nak beli X2 touch n type tu. agak2 ok tak? siapa2 yang pakai telefon jenis ni tolong bagitau saya pro n cons dia. kalau nak recommend yang lagi ok pun boleh. hehe~asalkan menepati ciri2 di atas.

p/s: tetiba tersedar. di saat orang lain begitu semangat menggunakan handphone touch screen atau keypad QWERTY, saya masih lagi nak stick dengan handphone yang keypadnya err..apa eh...ala..yang nombor sekali dengan huruf tu la. haha~kuno pulak rasa =P

Thursday, November 3, 2011

4 benda yang saya nak

salam~

1) saya nak belajar bersungguh-sungguh dan menggenggan segulung ijazah sarjana muda pembedahan pergigian dalam masa 5 tahun dengan keredhaan ibu bapa dan Allah =)

2) saya nak rawat orang2 yang perlukan rawatan dengan segera dan tak kenakan bayaran kepada mereka sebab salah satu impian saya ialah menjejakkan kaki ke Palestin dan bantu saudara saya di sana.

3) saya nak kahwin awal *wink wink* dengan harapan kalau saya dapat kahwin awal, ada orang boleh tengok2kan saya bila jauh dari famili. tapi saya tahu Allah sentiasa menjaga saya =)

4) saya nak jadi orang yang baik dan bermanfaat kepada ummah. saya nak sayang semua orang yang saya kenal dan saya sayang. (err)

p/s: tiba2 rasa macam kalau kahwin awal mesti masa tu rasa macam kena paksa kahwin. harap2 dapat kahwin dengan orang yang baik dan memimpin saya menuju redhaNya. oh, cik abang zaujku, di manakah anda?