Saturday, April 28, 2012

my precious one-week-holiday

salam~

selepas mengharungi 8 minggu pertama semester 2 tahun 1 yang saaaaaaaangat penuh, balik rumah hujung minggu hanya bila free dan menikmati hujung minggu di GV hanya pada minggu lepas, akhirnya minggu ni dah dapat bernafas dengan tenang.

kebahagiaan cuti seminggu~

untuk seketika. lari dari bebanan kerja yang takkan pernah habis.

kerja sebagai pelajar, dalam masa yang sama jadi ajk itu, ajk ini, bendahari kelas yang tercungap-cungap kejar budak liat nak bayar duit kelas, duit CS, duit dinner dan sebagainya. belum part melayan karenah budak yang mintak diskaun time bayar duit kelas. aduhai la...

tapi saya suka sibuk macam ni. sebab masa lapang itu boleh membunuh!! 

boleh membunuh bila tak diuruskan dengan baik. contohnya, tengok Running Man di saat esok itu ada paper Physiology (saya la tu), online sepanjang malam (saya jugak la tu) atau baca novel aA+bB selepas Subuh di mana kawan sebilik masa tu tengah ulang kaji (dan ini pun saya jugak).

jadi, saya mendapati bila sibuk2 camni baru saya hargai masa lapang yang saya ada. barulah study betul2 dan rehat betul2. kalau tak mesti melencong ke tempat lain. haha~

maka, bersempena dengan cuti seminggu yang sangat dan terlalu berharga ni, saya telah listkan beberapa perkara yang mesti dibuat semasa cuti supaya dapat rehat sungguh2 dan balik semula untuk habiskan separuh semester 2 akhir dengan tenang dan gembira. 

ermmm


antaranya ialah:

1) khatamkan Running Man !!
-benda ni dah lama dah kakak n adik beradik lain tengok tapi entah kenapa saya tak minat dulu. sekali hari tu tengok episod 85 yang dengan Big Bang tu, terus terpikat!!! terus tengok episod2 yang sebelum ni. haha~untunglah kakak rajin download. sekarang dah ada koleksi pun dari episod 1st sampailah yang paling latest. huhu~gumbira..gumbira..dalam variety show ni, saya suka semua!! jong kook yang kacak, tough dan berfikiran kreatif, kwang soo yang blur2 dan selalu excited melampau bila jadi spy (sebab orang tak percaya dia kalau jadi spy), ji hyo yang bijak dan lawa, haha yang comel (dia tembam kan? ke saya je yang ingat camtu?haha~), gary yang hensem dan lawak sangat tengok ekspresi dia bila kena tangkap dan di ambang 'kematian' sebelum name tag kena cabut, jae suk yang lawak jugak dan suk jin yang..err..tak taula. haha~

2) khatamkan Merlin jugak~
-haha~baru dapat koleksi dari kawan. sekarang hard disk dah habis 150 GB dari 500 sebab pertambahan isi akibat sistem barter dengan kawan2. ada nak tambah lagi ni. haha~

3) study anatomy dengan BHSC
-sebab lepas cuti ada exam dua subjek ni. tapi kita KIV dua ni untuk study di hujung cuti nanti. haha~

4) hantar ain pergi sekolah
-tak pernah hantar budak kecik ni pergi sekolah. dah macam kakak tak bertanggungjawab la pulak. oleh itu,mari pergi hantar dia pergi sekolah sambil berkenalan dengan kawan2 beliau.

setakat ni nak buat 4 benda ni la. takyah nak online sangat. lagipun internet kat rumah agak 'swallow'. malas la. haha~

baiklah. kejap lagi nak ikut mak pergi pasar di samping nak cari kain buat baju baru =) esok lusa kalau rajin saya update benda berilmiah sikit.

p/s: dah lama nak buat entri pasal penjagaan gigi dengan baik tapi asyik tak terbuat je.balik2 update benda harian. insya Allah, nanti ada idea saya buat =D

Friday, April 20, 2012

happy, sad n future

salam~

recall the memories during English class with Madam Azlina a year ago. oh, sangat rindu dengan zaman tamhidi.  masa ni dah nak sampai hujung semester yakni hujung tamhidi. teacher suruh kitorang bercakap kat depan tentang tiga benda ni.

tapi kat sini saya nak cerita pasal future saya je. masa tu saya cakap, lepas habis belajar, saya nak kerja sebagai dentist dan lepas dah habis kontrak dengan kerajaan, saya nak jadi suri rumah =)

apakah? haruslah itu mengundang respons yang macam "kau belajar mahal2/tinggi2 pastu nak duduk rumah je?"

haha~kalau nak diikutkan memanglah sayang sebab kita pun bukannya belajar biasa2. dental surgery kot di mana ini ialah bidang yang kritikal. negara kita mesti ada doktor gigi yang mencukupi. tapi, saya tak rasa kalau saya bercita-cita untuk tak bekerja sebagai dentist sampai pencen itu akan menyebabkan kekurangan pada negara kita.

antara sebab2 saya ialah:

1) walaupun bidang ni kritikal, tapi ada kuota pengeluaran graduan pergigian setiap tahun. jadi, insya Allah mencukupi. haha~macam kitorang, dia tak ambik belajar ramai2 sebab dia tak nak ada lambakan graduan doktor gigi tapi last2 tak dapat kerja hanya sebab kuota doktor gigi dah cukup.

2) tempat saya ialah di rumah, di sisi keluarga saya dan anak2 saya kelak. bagi saya, sangat bermakna bila dapat gelaran suri rumah berijazah. saya nak didik anak2 saya nanti dengan penjagaan gigi elok2 sebelum saya spread kat orang lain. saya nak jadi macam mak saya, sentiasa ada di sisi anak2nya sebab beliau suri rumah. besides, saya dapat sediakan makanan untuk anak2 saya sendiri, dapat pantau sendiri pergerakan mereka (dan suami sekali.haha!!), dapat teman diorang buat kerja sekolah dan banyak lagi. saya nak dekat dengan mereka dan tengok diorang membesar di depan saya, bukan orang lain.

3) saya nak jadi tukang jahit pulak =) haha~ada jugak pendapatan sendiri walaupun duduk kat rumah. insya Allah. 

haha~tu jelah. boleh pulak ea berangan nak jadi suri rumah lepas dah penat2 belajar susah payah bagai. hehe~tapi ni sekadar anagn2 je. kalau ada rezeki sambung belajar, ok je. saya nak jadi dentist yang pakar dalam bidang forensik boleh tak? ke tak wujud master dalam bidang tu? haha~

oklah. lama xupdate. tu yang mengarut je. huhu~k, salam.

Saturday, April 14, 2012

kerana anda berharga dimataNya

salam~

sudah berakhir minggu2 kepenatan, keletihan dan keserabutan selepas hanya mampu sampai ke peringkat separuh akhir debat NC. tak ada rezeki. sedih jugak sebab biarkan diri dikuasai rasa rendah diri masa berdepan dengan team FSU. sebabnya jugak sebelum tu dah pernah kalah dengan FSU. huhu~

anyway, enough with debate. sebenarnya sepanjang minggu nak masuk debat pusingan suku akhir tu, rasa down sangat. sedih, penat, rasa kelam-kabut, tak pernah kena kejutan camni. sedih sebab lamanya tak bukak buku. bergantung pada tumpuan masa kelas je. itupun still tumpuan tu kadang2 lari. sob3

masa ni tak tahu kenapa. cuba pujuk diri sendiri banyak kali, bisikkan kat diri sendiri yang aku kuat. tapi tak dapat jugak. lacrimal duct pun macam bocor je time tu. haha~call mak mesti nangis. semuanya sebab gagal bahagikan masa dengan betul menyebabkan tak cukup masa nak ambik supplement 'al-Qur'an'.

tapi, takdir Allah tu cantik. masa kelas Arab, saya sangat mengantuk dan sebab nak hilangkan ngantuk, saya curi2 check phone tengah2 kelas. oh, ada mesej. Yasmeen bagi. 

" kupu-kupu tidak pernah tahu warna sayapnya tapi orang tahu betapa indahnya ia..ia juga seperti dirimu, kamu tidak tahu betapa indahnya dirimu tapi Allah paling tahu betapa istimewanya dirimu dimataNya ketika engkau taat dan patuh pada suruhanNya..ikhlas dengan semua yang kau alami. tersenyum tika saat sukar, tegar dalam ujian dan tetap teguh dalam iman yang dimiliki. semoga engkau adalah insan terpilih dan terindah dihadapanNya..salam rindu ^^ "

sangat terharu. sebak. on the spot mata basah dan cepat2 kesat dengan jaket (saya pakai sebab sangat sejuk dalam lecture hall tu). habis kelas terus pergi toilet dan nangis seketika sampai lega.

rasa lega sangat lepas tu sebab itulah kata2 yang saya tunggu untuk bagi diri saya bangun semula dari terus mengalah. dan sangat tak sangka yang sahabat baik saya sendiri yang bagi walaupun masa tu, kami masing2 tengah sangat sibuk, terpisah oleh fakulti yang berbeza walaupun bangunan yang sama. dia ada jawatan yang dipegang, saya pun ada jawatan yang saya pegang serta masa yang seolah tak mengizinkan saya untuk berjumpa kawan baik sendiri. sangat berterima kasih dengan mesej tu. lepastu terus kongsi dengan kawan2 sebab ada yang nampak mata saya merah lepastu =)

jadi hari ni saya nak share kat anda semua. saya letakkan ini sebagai satu kenangan saya supaya kalau saya terjatuh lagi di masa akan datang, saya ada supplement baru untuk bantu kuatkan saya, selepas mengadu padaNya. 

alhamdulillah wa syukurillah =)

dear friend, never give up. if you feel alone, always remember that you are not alone because He always by your side, listening to your prayer and He will send something/someone to persuade you and make you feel calm. He loves you very much, that is why He tests you. because He want to increase your rank and make you near with Him.

Tuesday, April 10, 2012

kisah biasiswa

salam~

baru keluar kat berita pasal budak2 9A+ akan diberi biasiswa.

dan budak2 yang xmemenuhi requirement tersebut sudah membayangkan bahawasanya mereka mahu tak mahu akan sambung belajar dengan PTPTN jugak. 

err...

doesn't that sound too quick in making conclusion?

saya tak tahulah kalau mereka memang ingat biasiswa tu memang akan diberi kat budak2 pandai sahaja. tapi saya rasa..eh bukan.. saya harap mereka luaskan pemikiran mereka.

iye, biasiswa tu betul akan diberi pada yang lepas syarat yang ditetapkan. tapi tak bermakna kita ni tak ada peluang langsung nak dapat biasiswa. banyak peluang sebenarnya kot. cuba rajinkan diri bertanya kepada senior2 yang dah makan garam kat alam menara gading.

masuk Asasi ada elaun, yuran pengajian siap kerajaan tanggung lagi. macam tu jugak dengan Matrikulasi. kalau yang buat persediaan luar negara macam INTEC dengan IB tu haruslah ada biasiswanya jugak. senang kata, kalau dah namanya masuk U, insya Allah ada biasiswanya.

ya, xsemua orang kaya dan mampu dalam bab2 sambung belajar ke peringkat tinggi ni. saya pun kalau bukan sebab biasiswa yang JPA bagi, tak mampunya ayah saya nak hantar belajar pergigian. ini baru dalam negara. kalau luar? 

tapikan, diorang tahu tak yang sesiapa yang dapat biasiswa tajaan JPA dan yang seangkatan dengannya ni nanti lepas study terikat dengan kerja kerajaan? dalam erti kata lain bayar semula dengan perkhidmatan. lepastu, zaman beberapa tahun akan datang, bukan semua orang dapat kerja dengan kerajaan untuk bayar balik biasiswa tu sebab bidang2 seperti perubatan, pergigian dan sebagainya masa tu dah ramaaaaaiii sangat orangnya. belum masuk lagi kisah dugaan bekerja sebagai doktor, dugaan masa belajar. macam-macam kisahnya adik2 oii.

so, dapat biasiswa memang best. tapi yang penting, belajar sungguh2. kita memanglah boleh cakap, "ala dalam duit biasiswa yang aku dapat tu ada duit mak ayah aku gak." tapi kita jangan lupa ada jugak duit mak ayah orang lain yang anaknya entah2 tak dapat biasiswa macam kita. jadi, use it well =)


rasanya dulu masa zaman saya pun ada kisah ni jugak. budak2 yang dapat 9A+ ke atas jugak rasanya yang automatik diberi biasiswa ni. masa tu saya pun rasa macam saya dah xada harapan untuk saya nak dapat biasiswa walaupun saya dapat 9A cuma yang + nya tak banyak pun.


tapi siapa sangka, percaturan Allah tu cantik. saya dapat duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah dengan kawan2 yang dulunya straight A, sekarang ambik medic@dental@etc. sebab kami sama2 ambik bidang kritikal dan sama2 dapat tajaan. pasal ke luar negara atau tak suka hatilah. tapi yang penting, jangan cepat sangat sangka yang bukan2 sampai terlupa yang Allah memegang segala-galanya.

amende ntah yang saya dah start ngarutkan ni.


k, budak2 spm yang nak biasiswa, banyak2 doa ea. rezeki itu di tangan Allah, bukan tangan kerajaan =D

p/s: sebenarnya saya post pasal ni sebab ada junior saya sangat kecoh perihal biasiswa ni. dia cemerlang dalam SPMnya hari tu tapi dia sangat cuak kalau dia tak dapat biasiswa. ok, wajarlah kot tapi macam melampau pulak bila dah hari2 dia buat status pasal biasiswa itu ini. 




Monday, April 2, 2012

perangai bila meningkat usia

salam~

baru lepas lipat kain sambil tengok boboiboy. haha~benda ni selingan je.

tahun ni umur dah nak masuk 20. ok la..sebabkan kalau ikut tarikh Hijrah bulan Safar dah lepas, kiranya saya dah officially 20 la ea.

tapi saya tak tau kenapa bila umur dah meningkat ni makin jadi sensitif pulak.

nak tau tak? dulu saya tak pernah merajuk. i mean, merajuk yang betul2 tunjuk depan orang. habis2 pun merajuk sensorang, sorok daripada orang lain pastu buat je la muka macam biasa padahal dalam hati dah banjir sebab hati tu menangis.

tapi sekarang, mudah sangat merajuk. salah usik sikit merajuk. mak tak dapat bagi itu sikit merajuk. padahal selama 20 tahun hidup ni bukannya tak pernah mak lebihkan orang lain dari diri sendiri. tapi entahlah.

saya rasa ni la perubahan paling obvious bila dah meningkat usia 20-an. *haha~cik pah dah pandai nak merajuk..

tapi bukan kena berubah jadi matang ke?

saya rasa ni kira matanglah. sebab saya berupaya ekspreskan apa yang saya rasa. haha~kalau tak, orang tak tahu apa yang saya simpan pastu senang2 je kena pijak kepala.

anyway, bagus apa. tu tandanya saya normal. ada perasaan. haha~

dah la. nak gi tengok running man. nak jumpa jong kook =D

motif tulis entri ni: tadi mintak sorang budak tu bayar duit. tapi dia balas dengan, "ko nak apa lagi?" saya apa lagi. merajuk ah!! siap ah kau. aku tak nak buat apa yang kau suruh tu. hmmphh!! (peluk tubuh sambil kerut dahi)