Thursday, June 28, 2012

segenggam tabah

salam~

terupdatenya blog pada malam ini bukanlah kerana si penulis memiliki masa yang terluang mahupun segala kerjanya telah selesai tetapi lebih kepada nak meluahkan rasa. huhu~

sedih. penat. menyesal. rasa bersalah. kesian. tak tahu nak kata apa.

saya tak tahu kenapa sem 2 ni punya entri kebanyakannya bertemakan depression. haha~entahlah. 

sedih sebab esok ada rehearsal tapi props untuk gimik xde lagi. harap sangat dapat esok dan kalau tak,adalah orang yang menangis nanti.

penat sebab baca buku tak masuk2. tak faham2 sedangkan minggu depan dah nak exam. 

menyesal sebab buat kerja last minute. tapi saya memang tak sangka ada kecemasan weekend lepas. saya dah cuba asingkan hal peribadi dengan kerja tapi tak boleh =( ada ketika saya terpaksa utamakan keluarga dan ketepikan kerja.

rasa bersalah sebab dah menyusahkan ramai orang. semuanya rentetan dari kerja last minute ini.

kesian dekat semua orang jadi penat n susah sebab saya. tapi saya tak tahu nak mintak tolong kat siapa lagi. 

tak tahu nak kata apa.

rindu dekat adik yang dah lebih sebulan tak jumpa. nasib baik dia daftar kolej lambat beberapa hari jadi dapatlah balik sekejap weekend ni jumpa dengan dia. inipun kalau ikutkan tak nak balik tau? dahlah nak exam. berkorbanlah sikit.

pernah dengar cerita pasal Rasulullah s.a.w berjumpa dengan sekelompok manusia yang memikul kayu masa peristiwa Isra' Mikraj? walaupun kayu yang dipikulnya tu dah berat, mereka masih tambah lagi beban kayu ke bahu mereka sehingga tak larat dipikul. ini ialah contoh manusia yang mengambil amanat tetapi tidak pernah menunaikannya.

saya takut kalau saya tergolong dalam kelompok manusia tu. na'uzubillahi min zalik. saya pun tak tahu apa yang buatkan saya terima segala kerja yang orang bagi tu. saya harap sangat Allah mudahkan urusan saya.

doakan saya kuat. doakan saya dapat tunaikan amanah yang diberi dengan bersungguh-sungguh. doakan segala urusan berjalan lancar. doakan yang terbaik untuk saya. doakan yang terbaik untuk kami semua.

saya harap dinner akan berjalan dengan lancar. saya harap roadshow akan berjalan dengan lancar. saya harap saya dapat study betul2 sebelum exam. saya tak nak repeat paper. saya nak naik ke tahun 2. amin.

semester akan datang, saya nekad tak nak pegang sebarang jawatan dah. saya tahu orang lain lagi layak berbanding saya. betul. kita je yang tak nampak lagi.

please.

Sunday, June 24, 2012

random rant

salam~

semalam takde kelas. disebabkan itu, saya dah plan awal2 nak balik pagi semalam. dari hari Isnin lagi dah plan nak balik hari Khamis malam. sangat excited dan tak sabar pulak tu. siap plan dengan groupmate Bi lagi nak present hari Rabu kalau boleh supaya boleh ponteng hari Jumaat sebab kalau ikutkan mula2 ada kelas BI hari Jumaat.

tak sangka Allah makbulkan doa saya. bahkan, banyak plan tiba2 berubah menyebabkan hari Jumaat tu kosong dan free. rupa-rupanya Allah kirimkan ujian buat kami.

hari tu saya ada cerita sikit kan pasal sepupu saya yang terlantar kat hospital dan tak sure sakitnya apa. malam Jumaat lepas, Allah dah jemput dia kembali ke pangkuanNya. saya masih kat kampus malam tu dan hanya dapat tahu masa dah sampai hostel. no wonder la kakak n ayah asyik call dan harap saya dapat balik awal. 

sedih? memanglah sedih tapi kami semua redha dengan pemergiannya. dia masih muda dan saya tahu dosanya tak sebanyak saya. semoga Allah rahmatinya. saya tak rapat pun dengan dia tapi sebagai sepupu dan keluarga kami memang selalu sangat saling bertandang disebabkan jarak rumah yang dekat, tambah lagi ayah kami adik-beradik, jadi ketiadaan dia tetap saya rasa. tapi saya tahu, famili dia kuat n tabah. sebab saya dapat lihat senyuman ikhlas mereka menerima ujian Allah ni dengan redha. semoga Allah balas kesabaran mereka dengan ganjaran yang istimewa. amin.

lagi random rant. sejak dua menjak ni saya tiba2 rasa takut bila cakap pasal kahwin. erk? tak tahulah kenapa. mungkin sebab selama ni kalau bergurau mesti terkeluar pasal kahwin jadi tiba2 rasa takut pulak kalau betul2 kahwin awal. bukanlah tak nak kahwin langsung tapi rasa aneh bila ada satu masa nanti kena tinggal dengan lelaki asing (erk??) masa tu nanti tak makan sorang2 dah, baju pun tak iron sepasang je, toiletries dalam bilik air pun mesti dah bertambah, nak tengok tv kena rebut dulu, bangun pagi mesti awal sikit takkan nak bangun lambat dari suami, kan? dan ringtone alarm pun kena tukar. tak boleh pakai suara adik dah. kena pakai suara cik abang kot nanti? taknaklah. takut terus lena. hakhakhak...

orang kata bila dah kahwin hidup akan jadi 'us' yakni berkongsi semua benda dengan dia itu yang entah sape entah. tak ada 'yours' atau 'mine'. eh, tak jugak. almari takkan nak kongsi sama sebab baju sayakan banyak. takut2 kongsi sekali nanti baju dia tak jumpa. haha~lagi, kalau masak tak boleh ikut suka hati. kena ikut dia jugak. disebabkan itu, banyak harapan saya terhadap dia nanti.

saya harap dia seorang yang taat pada perintah Allah dan Rasul dan terus tegur saya kalau saya tersilap. saya harap dia seorang yang mengutamakan keluarga dalam sebarang keadaan. saya harap dia seorang yang sekepala dengan saya, tak serius merius sampaikan kalau saya buat lawak respons yang kedengaran ialah bunyi cengkerik semata, saya harap dia seorang yang senang diajak berbual sebab saya suka bercakap, saya harap dia lebih pandai mengaji al-Qur'an berbanding saya supaya kalau saya ada silap, dia boleh betulkan, saya harap dia seorang yang penyabar sebab karenah saya yang tak menentu, saya harap dia seorang yang melayan Running Man (haha!! ni pun kena masuk ye?) sebab saya sangat minat variety show itu, saya harap dia bukan seorang yang terlalu mementingkan negeri sebab saya sedar saya budak yang dibesarkan di bandar jadi saya tak kenal sangat benda2 yang wujud di kampung dan saya jugak tak reti bercakap dalam dialek2 negeri ni dan akhir sekali saya harap dia redha menerima saya seadanya =)

amboi, kemain lagi harapan dia tu ea? huhu~dah kata tadikan ini hanyalah random rant. memanglah karutan semata-mata yang part second ke bawah ni. tapi yang atas tadi tu betul.

esok nak pergi jungle trekking. doakan kami semua selamat pergi n selamat balik =)

Tuesday, June 19, 2012

strategi menjelang exam~

salam~

exam yang amat ditakuti bakal tiba sebulan lagi. cuak sangat!! tapi takde yang mustahil dengan izin Allah dan tak senang kalau saya tak usaha sungguh2. sangat2 berharap dapat lulus Professional Exam ni dengan jayanya. amin. doakan saya. doakan kakak saya jugak yang akan habis exam dia esok. dia kata subjek esok ialah subjek killer. insya Allah dia akan buat yang terbaek!!

kembali ke tajuk asal. exam ada lagi sebulan lebih. tapi saya tak habis revise lagi. sebab dalam otak saya cuma fikir, aku nak settlekan hal2 seperti dinner, roadshow n assignment BI dengan jayanya dulu supaya saya boleh terus tumpu kat study tanpa perlu penat2 terfikir itu dan ini semasa mengulang kaji. penat rupanya sem 2 ni. haha~lepas ni memang tak nak dah kalau orang suruh pegang jawatan lagi. haha~takpe2, banyak benda yang saya dapat belajar sebenarnya sem 2 ni =) alhamdulillah~

oleh itu, di sini saya telah menyenaraipendekkan strategi penting yang harus dilakukan sebelum exam menjelang tiba.

1) hard disk WAJIB dibawa pulang ke rumah. tak boleh biarkan beliau stay di hostel di sisi tuannya sebab hard disk tu merupakan cabaran terbesar saya dalam usaha nak mengulangkaji pelajaran. parah betul kalau hard disk tu ada kat gv ni tau. yelah, mana taknya. dalam tu ada semua episod Running Man dengan filems dan dramas yang best2. haruslah tertekan bila tengah study tetiba teringat scene lawak Running Man lalu tanpa dapat ditahan, tangan segera mengambil hard disk dalam almari dan akhirnya proses pengulangkajian gagal kerana tumpuan 100% beralih kepada running man. see? sebab tu kena bawak balik hard disk ni. biarlah terpisah sebulan. sekejap je tu.

2) nak habiskan study Oral Biology dan Histology dulu. saya ada lebih kurang 3 minggu untuk study week. ok tak. sebenarnya dua minggu something je. tapi cadangnya, dalam minggu depan mesti nak habiskan cover Histo dan OB sebab dua subjek ni insya Allah senang. haha~taklah. ok la. taklah sedahsyat Physiology =,="

3) nak mintak mama tukarkan tarikh roadshow. kalau boleh tunda terus ke tahun 2 nanti. sebab tetiba semalam dapat tahu tarikh roadshow ke sekolah terchenta dah bertukar ke 14/7. waaa!!!! dahlah tengah study week. memang semua orang rajinlah kan nak pergi kampus untuk settlekan hal roadshow ni. harap2lah dapat tukar. amin.

apa lagi ek? kalau semester lepas saya berjaya menyebabkan broadband diterminate sebab saja bayar lambat2. dan disebabkan diterminate itu, saya tak dapat online dan akhirnya dapat study dengan tenang sikit.  tapi sem ni taktahu nak buat camner. takpelah. kita study kat bawah. biarkan laptop sensorang kat atas. haha~

sekian. doakan saya dan kawan2 satu batch lulus dengan jayanya dalam Professional Exam kami yang first ni. salah silap kami mintak ampun banyak2. juga, doakan senior first batch kami dapat grad dengan jayanya. insya Allah, tahun depan dah ada doktor gigi keluaran USIM =D

klik untuk lihat dengan lebih jelas~doakan yang terbaik buat kami =D

Monday, June 18, 2012

oh ayah~

source



Saturday, June 16, 2012

bershopping itu terapi!!

salam~

malam ni nampaknya tersangat bersenang-lenang macam minions kat bawah ni.



kerja bukannya tak ada. berlambak. nampaknya to-do-list tu simpan buat kimchi je la. eh, tak3. insya Allah akan dilaksanakan esok. insya Allah.

harap2 dapat selesaikan semua kerja weekend ni
tadi pergi jelajah jalan tar. dari jalan tar sampailah ke sogo mencari barang. target dalam otak: nak cari skirt labuh. tapi takde satu pun yang berkenan. entahlah. mungkin sebab bajet pun tak kena. nantilah.

tapi sangat seronok tahu!!! seronok sebab dapat membeli-belah tingkap dengan sepuas hati. memanglah rambang mata tapi at least lepas tu tahulah tempat mana yang ada benda ni, tempat mana yang ada benda tu. memang bestlah kan jalan2 sampai tapak kaki rasa dah tak cecah bumi. 

jadi, dapatlah release tension seketika. seketika je. jap lagi datanglah balik  stress tu. tapi memanglah sesungguhnya bershopping itu terapi. kalau window shopping je pun dah best, dapat bershopping membazirkan ratus2 duit? apa rasa? BEST SANGAT!!!! kalaulah banyak duit. kalau tak, berhentilah berangan. 

pesanan terakhir dari pihak penaja: kepada bakal suami, sila latih diri anda untuk memiliki stamina yang tinggi kerana sesungguhnya jika dengan window shopping sahaja pun saya larat jalan sampai dua jam, kalau berduit tu lagilah. haha~oh ya, duit gaji simpan sikit ye nanti. kalau bukan nak dibelanja ke isteri awak ni, siapa lagi >.<

notakakitangan: kepada kawanku nadhirah yang telefon di kala aku tengah mamai tadi, mohon ampun sangat2. aku takut kalau time aku mamai tu cara aku bercakap pun buat kau kecik hati. ampun sangat3. sungguh, separuh conscious masa tu. lepas kau letak tu, aku sambung tidur balik. waaa~harap dimaafkan.

Thursday, June 14, 2012

taktaunakkataapa

salam~

minggu ni dan minggu depan emosi bakal jadi tak menentu. tah angin apa tah silap yang dulu2 pun buat hati rasa panas je.

dalam tempoh waktu ni, barangsiapa yang berani cari pasal, siaplah. semua benda aku ungkit.

ada aku kisah kau sape?



































huhu..sabar,sabar,sabar.
yes,cakap memang senang.
tapi kau tak rasa apa aku rasa.
dan aku tak suka perasaan camni.

pehliss..


tak cukup kuat lagi ni. doakan saya dapat terus bersabar dan kuat bersemangat sampai birthday yang ke-20. terima kasih.

Monday, June 4, 2012

doakan beliau~

salam~

hari ni sangat sedih. dan rasa down jugak. sebab assignment bertimbun lagi tak siap. sekarang pulak tengah update entri baru.

entahlah. banyaknya benda kena buat. serius, saya tengah terkejut lagi sebab tiba2 rasa macam tak boleh nak balance antara study dengan tanggungjawab yang pelbagai. selalu rasa macam nak quit dari semua ni. penat  =(

sem ni jugak first time rasa duduk rumah tak nak balik hostel dah. selalu bila sampai masa kena balik, dengan rela hatinya nak balik awal. tapi sekarang, nak cuti!!!!!! nak rehat betul. entahlah. apa entah aku dah merapu ni.

kuat, pah!! Allah kan ada, kawan2 kan ada boleh tolong. kau tak buat kerja sorang2. semua ada boleh tolongkan.

doakan saya kuat. doakan saya tak lemah semangat. doakan saya tabah dan sabar. doakan saya dapat lulus ujian keimanan yang Dia beri dengan jayanya. semoga keimanan saya teguh, tambah lagi Ramadhan, bulan recharge iman dah nak dekat.

doakan adik saudara saya jugak. menitik air mata setiap kali mak sampaikan khabar pasal dia. semoga Allah sembuhkan dia dan bagi kami peluang untuk lihat dia senyum, bercakap dengan kami seperti biasa.