Tuesday, July 30, 2013

debaran kot ungu

Assalamu'alaikum =)

selamat bertemu kembali. akhirnya dah ada idea nak tulis apa kat blog. setelah berapa lama dok jenguk dashboard camtu2 je kan.

balik kepada tajuk. insha Allah (harap sangat2) tahun depan kitorang akan naik tahun 3 aka tahun klinikal dan insha Allah akan start jumpa patient dan dalam erti kata sebenar, jadi dentist yang tak bertauliah. err...janganlah takut pulak nak jadi patient saya kalau dengar camni sebab insha Allah kalau saya treat korang nanti, saya tak buat membuta tuli tapi ada doktor yang akan pantau. so, no worries ok?

apapun, bila dah makin naik tahun ni makinlah rasa risaunya. tak percaya yang saya akan jadi doktor gigi suatu hari nanti (sekali lagi insha Allah) dan bila tengok senior pakai purple gown aka kot ungu tu, rasa cuak sangat dan tertanya-tanya, mampu ke aku jadi sekuat diorang nanti? harap2 dapatlah. aamiin. pray the best for us.

takde idea nak tulis banyak2 sangat. sekarang tengah menikmati cuti sepuas-puasnya, charge tenaga banyak2 untuk belajar sungguh2 bukak semester baru nanti. selamat bercuti sepuas hati!!

nah. ambik quote ni. 

i am a dental student, which i am in learning process. forgive my mistakes and encourage me to learn from it and keep being strong.
be sincere. Allah will always be there as He is the best Helper.


Wednesday, July 3, 2013

saya nak main jugak apa yang Running Man main!!

Assalamu'alaikum =)

dia ni kan, kata tengah study week tapi blognya berupdate macam setiap hari je. haha~stress tau tak menghadap nota tu je. sampai sekarang satu subjek pun tak habis2 lagi. disebabkan nak lepas lelah kejap, makanya koleksi Running Man pun jadi tontonan. bagus sangat dah hafal banyak2 pastu gelak sakan tengok Running Man. sabar jelah.

apa pun, saya rasa bukan saya sorang je yang berfikiran camni. mesti ada jugak yang pernah terfikirkan? apa kata kita gi main sama nanti? haha~

1) karaoke/ buat mission kat amusement park.

contohnya macam dalam episod 149 dengan episod yang Lee Hongki, Kim Soo Ro dengan Shin Bong Sun datang tu. jugak episod yang ada tiga orang tua datang tu. dalam episod2 ni diorang karaoke sambil naik either roller coaster, viking atau cawan teh yang pusing2 tu. yang lawaknya bila diorang tak boleh nak menyanyi pun sebab penat menjerit je. tapi serius, teringin sangat nak main camni! haha~tapi kalau karaoke tu mungkin kena consider la kot. kalau main mission macam episod orang tua tu, best jugak. tapi saya baru teringat yang hari tu saya ada naik viking kat Danga Bay. naik tu berapa lama je pun dah tutup mata sambil jerit panggil mak, inikan pulak nak buat mission kan. haha~

 

2) naik flying chair

yang ni pun teringin sangat!! memanglah akan terkejut lagi2 kena campak masuk dalam air tapi bila tengok diorang main, oh...seronoknya! sebab terasa macam boleh melayang kat udara. kat Malaysia mana nak cari ea game camni? tolonglah bagitahu. saya ni bukan pernah pergi main kat tempat2 camni. serius teruja nak mencuba!

 

3) main kat water theme park.

tak ingat episod mana tapi banyak je. antara yang latest ialah masa diorang lawan team jungle2 apa entah tu. tak tau kenapa tapi bila tengok gelongsor kat situ semuanya macam adventurous sangat dan nak sangat cuba. ah, yang kat Malaysia pun tak terpergi, inikan pulak nak main yang kat Korea kan. tapi best kot!!

4) sedut helium gas pastu suara jadi comel

ni macam dalam episod 13_ (sila isi tempat kosong sebab saya tak ingat). dalam episod ni mission first diorang ialah sedut helium gas pastu beli makanan sambil kena maintain suara tu. kalau berubah ke asal sebelum sampai dengan makanan, kalah. serius nak cuba.hari tu masa dinner kawan ada cakap, trylah sedut belon helium yang diorang buat hias dewan. senget ke apa nak buat depan orang? haha~tapi sejujurnya lepastu kitorang (tak, saya je. saya yang jadi mangsa. haha!) buat jugak. tapi tak jadi pun. cis~

rasanya banyak je lagi yang teringin nak buat. tapi episodnya banyak sangat tak ingat mana satu yang nak sangat buat. in fact, semua game yang diorang main saya nak try. lagi best kalau dapat main macam episod Hunter, Yoomes Bond yang special semua tu. paling penting jugak nak main cabut2 nametag. yang ni mesti lagi best. haha~boleh tercabut tudung agaknya kalau main cabut nametag ni.

oh,walaupun saya teringin sangat nak main semua ni tapi haruslah sedar yang game2 ni boleh dimain kalau saya sorang je atau dengan orang sama jantina je ada kat situ. so, main dalam mimpi je la ye.

selamat menghabiskan baca nota! harap lepas ni tak online dah except lepas exam dah habis.



Monday, July 1, 2013

nah! nak sangat burger bakar abg burn kan?


Assalamu'alaikum =)

majoriti rakyat Malaysia hari ni dah tak kisah dah pasal burger yang dah femes sejak sekian lama dulu. saya je yang baru pergi dan makan burger ni. espesiali nya makan meatball dia la.

sebenarnya dah lama plan nak makan sini. siap buat list lagi dengan kawan2 nanti nak makan sini la, nak pergi moon's kitchen la, makan tu, makan ni. makan aje kerjanya kan. terima kasih kepada JPA atas tajaan makanan2 tersebut dengan ucapan, bila nak masuk elaun sem baru? eheh~

makanya, saya dengan 7 orang kawan pun dengan berani matinya tak tau jalan redah je naik teksi pergi jajahan Abang Burn yang dekat Taman Dagang tu. seperti yang diceritakan orang sebelum ni, memang servisnya memuaskan serta makanannya mengenyangkan. alhamdulillah. Allah yang bagi rasa kenyang. kalau tak mahu tambah lagi sebijik burger tu.

mine~tengok saiz pun tau dah mengahnya nak habiskan

the meatballs

beli dua ni je. meatball tu pun kongsi dengan kawan. selain dapat menjimatkan wang, juga dapat mengeratkan silaturrahim.

so, macam mana? seronok tak? seronok =D memang sedap dan seperti kata fatin liyana dalam blog beliau, jika anda masih lagi menjadi pelanggan McD, jangan ragu2 lagi untuk memboikot mereka dan berhenti membeli produk mereka yang memang sah2 menyumbang kepada keganasan terhadap saudara seIslam kita di Palestin. jangan nak kata takde alternatif, burger bakar ni bukan satu alternatif ke? yang saya perasan, produk tempatan kita kalau berkaitan western, kalau pandai buat tu memang sedap betul. serius lagi sedap daripada produk francais yang harga je mahal tapi rasa takdelah sedap mana pun. best lagi Moon's Kitchen. cumanya nasihat saya kepada pengusaha tempatan dalam bidang ni, teruskan istiqamah dalam ikhlas berniaga makanan yang halal dan janganlah sekali-kali wujud perasaan tak baik. kalau tak, itu yang Allah uji tu.

apa pun, semoga produk macam ni terus maju! yeay! 

dah kenapa pulak nak yeay.

oh, pesanan penaja. kalau nak pergi sini, better la naik kereta sendiri. susah naik teksi dan nak dapat teksi balik. contohnya kitorang yang jalan sampai ke simpang UO semata-mata nak dapat teksi =P haha~

selamat mengulangkaji!!!