Assalamu'alaikum =D
yeah, akhirnya setelah seminggu lebih tertangguh entri baru yang dah kemain ber'pre-pre' minggu lepas tu, hari ni terbuka juga laptop dengan hati nak update cerita baru. anyway, this post gonna be soooo long and with few pictures. should i say takde pun sebenarnya? meh~ sedih tau minggu lepas dah transfer segala bagai gambar dari henfon ke laptop lepastu laptop kena bluescreen lalu dihantar ke klinik dan disahkan menghidap hard disk rosak. langsung kena tukar n hilanglah segala gambar dengan video, gambar, lagu 2PM kat dalam tu. ah, bukan setakat gambar, assignment lama2 dengan lecture note n ebook bagai semualah.
jadi semua orang dah fahamkan kenapa tak update minggu lepas? ceh, cerita ni saja dah habis satu perenggan. so, apa kata listkan cerita apa yang nak dicerita?
1) i'm a clinical student, yay!
- alhamdulillah dah start klinik dari tahun lepas lagi lepas mid-sem 1. untuk awal2 ni tengah dalam projek menyiapkan gigi palsu baru untuk pesakit saya yang terpaksa dirahsiakan namanya. insha Allah kalau takde aral, dalam semester ni boleh disiapkan. insha Allah tapi kita pun tak tau jugak apa yang jadi akan datang,kan? bercerita pasal klinik, nak kata susah sangat tu takdelah susah sangat sampai tak jalan apa-apa pun tapi nak kata senang tu memang tak senanglah. kena rajin baca la sebelum klinik tu tapi hakikatnya saya tak wuuu =( kadang2 je. tapi azam tahun 2014 ni ialah nak masuk klinik dengan yakin dan ada ilmu di dada. gituu..
tapi dah masuk klinik ni penat dia toksah cakaplah. malam memang collapsed. ni pun tak adapt2 lagi ni. sekarang mungkin dah ok kot tapi awal2 dulu memang penat. kadang2 kita pelik tau tengok orang boleh berdiri lama-lama. macam masa ward round la. kita berdiri baru sejam eh tak sampai sejam lagi pun dah dok jenguk2 jam sambil main-main kaki nak hilang lenguh. tapi doktor lepak je boleh diri lama-lama(ward round memang lama ok). lepastu bila balik klinik, baru perasan yang kita pun bila buat kerja tak perasan terberdiri lama-lama. rupanya bila dah fokus sangat buat kerja tu memang tak hirau dah dunia sekeliling. rupanya selama ni waktu ward round banyak mengelamun sebab tu cepat rasa penat. apapun, harapnya masa yang berlalu akan membiasakan diri saya dan jadi lebih kuat.
semua orang, doakan saya dan kawan2 ya =D insha Allah satu hari nanti mana tahu ada antara yang baca ni jadi patient kami.
2) makan-makan?
- saya bukanlah seorang yang rajin snap gambar makanan sebelum makan. haha~tak rajin plus lapar. alhamdulillah dapatlah merasa makan sesuatu semester lepas. yelah nak makan mewah selalu tu memang taklah. tapi dapat merasa tu pun dah cukup bersyukur. yang paling best makan kat Sweetree. masa pergi sangat teruja sebab nak merasa makan masakan Korea dengan jeles tengok kawan pakai hanbok (haha kejadah kau nak jeles pulak) jadi set date dengan housemates nak pergi makan kat Sweetree lepas kelas. pastu bila dah pergi sedihnya sebab masakan Korea yang saya makan tu tak kena dengan selera saya. semua order lain-lain tapi bila rasa sikit-sikit sorang semakin rasa ianya tak kena dengan selera masing2.
apsal bila saya tengok Running Man tu diorang makan jajangmyun macam sedap sangat? dengan tengok We Got Married masa Khuntoria dengan JoKwon dengan Ga In beli tu, rasa macam sedapnya jajangmyun!! teringin nak rasa tapi bila rasa errr cara masakan dia lain daripada kita so rasa dia pun macam something. minta maaf kekanda Lee Junho, takde jodoh antara kita. oh, saya order ddukbokki cheese. kuah dia sedap macam karbonara tapi saya ni lupa yang saya bergigi besi jadi proses mengunyah ddukbokki memakan masa. lepasni nak try makan ddukbokki dengan ramyun yang dia masak macam pedas2 tu pulak sebab tengok Jun.K masak dalam 2PM Show macam sedap je n member lain kata tak pedas pun. insha Allah. so housemates, bila kita punya next date?
3) 4 bulan 5 hari
- sekarang dah masuk 4 bulan pakai braces. dan perasaannya ialah sangat teruja melihatkan ada gigi yang kembali ke posisi asal dan sedikit demi sedikit bibir dah mula competence. belum sepenuhnya lagi tapi ini pun dah cukup banyak memotivasikan saya untuk tahan sakit setiap kali follow up tu. serius memang sakit. bila diketatkan besi kat gigi tu rasa macam nak buang semua besi tu pun ada. makan masih kena memilih lagi-lagi lepas follow up. sakitnya lepas follow up ni membuatkan saya rasa nak tidur je sebab setiap masa rasa pressure kat gigi dan even slight touch pun boleh menjerit. gosok gigi apatah lagi. pagi2 kalau hari2 baru lepas follow up tu memang rasa nak jerit je dalam bilik air. pernah sekali tangan terlanggar gigi lepastu mata berair sebab sakit dia memang tak terkata. tapi tu untuk 2-3 hari lepas follow up je. hari-hari seterusnya sebelum follow up akan datang ok je. boleh melantak macam2 dah sebab selera orang pakai braces ni besar =P
4) posting di Temerloh
- bila dapat tau je kena posting kat Temerloh, perasaan yang wujud ialah teruja. teruja sebab nak jumpa nenek. haha~pasal posting tak heran pun sebab senior kata (senior katalah) nanti kat sana macam takde benda nak dibuat. mak pun bila tau je kena pergi posting kat Temerloh, terus dirogernya makcik kat sana. siap makcik bagitau lagi kat sana mana nak beli makanan semua2. pastu bila dah sampai sana, masa antara berjalan-jalan dengan belajar boleh dikatakan seimbang. haha!! sebab nak kata boring tu tak juga sebab doktor yang ditugaskan untuk mengajar kitorang bukan tak datang langsung dan kitorang pun bukannya takde kerja kena dibuat. tapi sambil2 tunggu doktor tu sempatlah pergi tengok wad pediatrik (comel sangat tapi kesian tengok budak2 sakit dalam tu) dan makan2 kat kafe hospital yang enak2 makanannnya tu especially creampuff yang kecil tapi bila suap dalam mulut n gigit, inti dia melimpah ruah dengan kemanisan dan penuh dengan unsur yang boleh menyebabkan karies. oh ya coconut shake depan hospital tu pun sedap jugak. serius kalau balik Temerloh nanti nak pergi hospital tu je rasa sebab dah rindu dengan makanan dia. ops, ada orang yang dirindu jugak (haha!! lempang nak?)
sambil tu sempat jugak jumpa nenek. makcik saya ambik kat rumah sewa (?) kitorang. tapi balik hari je =( dapatlah borak2 dengan nenek dan makcik dengan sepupu yang alhamdulillah masih tak melupakan saya. haha!! yelah kitorang ni bukannya selalu balik Temerloh dan raya tahun lepas ialah raya pertama saya di Temerloh selepas berapa tahun dah tak balik. suasana raya dia amatlah lain dan itulah yang saya rindu sampai sekarang.
sambung cerita posting. posting ni menarik sebab kat sinilah saya belajar aplikasikan teori yang saya belajar kat kelas dulu. macam buat clinical examination tu. padahal sebelum ni mana pernah sentuh patient. pastu jugak masa hari last, saya dan kawan2 satu group dapat tengok macam mana doktor cuba selamatkan patient yang collapsed. macam tak percaya dan ada rasa berdebar bila tengok pesakit tu kaku je waktu doktor cuba resuscitate dia. lepas tu sorang kawan saya dapat peluang cuba buat CPR kat patient tapi sadly patient tak dapat survive. sebab kalau ikutkan dah hampir sejam doktor cuba tapi tekanan darah dengan nadi patient tak dapat dibaca. HO yang buat CPR tu pun dah exhausted. waktu kawan saya buat chest compression tu, ada bacaan naik tapi waktu compress je la. bila tak compress, reading dia 0. so, nurse pun bisik " laa ila haillallah" beberapa kali kat telinga patient dan pejamkan mata patient.
sampai sekarang tak boleh lupa. terasa dekatnya saya dengan kematian waktu tu. bila dengar waris patient menangis, rasa macam nak menangis sekali. Allah, andainya saya hadapi saat kematian orang tersayang waktu tu, mohon kuatkan hati saya dan dilindungi dari bisikan syaitan. juga semoga kita semua dapat pengakhiran yang baik.
walaupun ada peristiwa yang mengejutkan tu, tapi boleh pulak petangnya terserempak dengan doktor-persis-LeeJunho kat wad tu (wad Kenanga 12). kawan saya kata namanya Roslan @ Ruslan (tak tau macam mana ejanya). terus rasa nak balik KL hilang. haha!! teruk tau. dahlah sepanjang duduk Temerloh jadi subscriber tegar Textsurf. haha!! sebab banyak masa dapat main twitter sambil tunggu doktor datang. ceh, bukan nak baca buku ke apa. sabar je la.
apapun, bila balik Hospital Ampang nanti suasananya tak sama dah. akan merindui Hospital Temerloh tapi dalam masa yang sama akan mempraktikkan ilmu yang saya dapat kat sana. insha Allah.
dahlah. kalau ikutkan banyak lagi nak cerita sebenarnya. tapi ni pun dah panjang sungguh dan ambik masa sejam nak menaip. kang panjang2 nanti kena pangkah lak. insha Allah kalau dah dapat masuk gambar yang hilang dulu, akan diupdate entri ni dengan gambar yang perlu.
anyway, ini update pertama dalam 2014. lepas ni tak tau bila boleh update. azam tahun 2014? sama je macam tahun lepas2, nak jadi lagi baik. insha Allah. doakanlah.
terima kasih sebab sudi membaca hingga ayat ini. may Allah bless you =)