Assalamu'alaikum~
kalau orang lain kemainlah kan masuk Ramadhan semangat post macam-macam tapi aku ni tah bila je update blog en. saba je la. tahun ni memang hectic bukan sikit tapi banyak. awal Ramadhan hari tu aku baru start exam which orang lain waktu tu dah siap kemas beg nak balik kampung dah. sekarang nak kata dah habis exam pun tak boleh jugak. sebab kitorang setiap tahun ada pro exam yang menentukan sama ada kitorang lepas nak naik ke tahun seterusnya atau tak. jadi, camtulah.
minggu ni banyak surprise. bukan kejutan yang menggembirakan tapi menyedihkan. even start dari awal Ramadhan lagi. banyak benda trending sekarang ni tapi aku xup-to-date sangat pun. maksud aku, kalau tengok fb dengan twitter aku cam sunyi je. dahlah takde share apa-apa. macam ignorant pun ya. oh, janganlah berkata begitu. ini semua gara-gara internet yang lambat dan sangat mencemburui aku. aku tak boleh buat apa. jadi setiap kali aku dapat online (tahu tak dapat log in facebook tu pun dah satu kesyukuran daripada dok refresh page google tapi tak available) aku hanya dapat skroll, tengok semua update dan once aku nak bukak link lain dia tak muncul, maka aku memutuskan untuk tutup laptop. online di henfon pula sangatlah tidak mesra alam kerana telefon aku tidak pintar.
pastu semalam ada insiden yang terjadi. apa yang aku dapat cakap ialah insiden tu membuktikan kuasa Allah. tak boleh nak explain dengan logik akal. aku bersyukur dan harap perkara yang sama tak berulang lagi. tapi lepastu terkejut lagi bila dengar berita #MH17 terhempas. serius sedih weh. sedih pasal #MH370 pun tak habis lagi. sedih kot tengok tempat nahas tu. aku tak boleh bayang macam mana perasaan orang yang on board waktu kejadian tu berlaku. semoga Allah tempatkan diorang semua dalam kalangan orang yang beriman. aamiin.
dan akhir sekali hari ni aku dikejutkan dengan berita aku kena viva subjek BHSC. aku dah dapat agak dari hari tu lagi sebab aku tak pernah confident dengan jawapan aku. lagi-lagi esei. soalan tanya pasal perspektif Islam, puaslah aku perah otak ayat al-Qur'an apa dengan hadis apa ada sebut pasal benda yang berkaitan. dan salah satu hadis yang aku tulis dalam esei pasal yang ciri orang yang tak amanah tu. hadis yang femes masa kat sekolah menengah dulu.
anyway viva aku hari Selasa. masalahnya sekarang aku kat rumah dan ofkos la aku tak bawak balik sebarang nota sekarang ni. aku cuma mampu berharap aku boleh khatamkan semua nota tu sebelum viva nanti. oh, ni viva aku yang pertama. aku tak pernah kena sebelum ni. doakan semuanya ok ea.
doakan jugak semua budak batch aku lulus dan kami boleh proceed ke tahun 4. aamiin~
thanks for reading =)