Assalamu'alaikum =)
ada sesiapa kat sini pernah baca novel Fixi? aku baru start baca dalam tahun ni dan sekarang kitorang adik beradik (tak semua la tapi) dalam proses mengumpul dan buat koleksi. aku jatuh hati nak baca novel Fixi ni sebab cerita dia lain daripada yang lain dan aku tabik la kat penulis2 yang kreatif dan mampu berfikir di luar kotak ni.
novel genre thriller memang kegemaran aku dan aku rasa semua orang kenal Ramlee Awang Murshid. novel dia kan kebanyakannya memang mencabar minda dan ending dia memang kau tak pernah sangka. macam tu jugak la novel Fixi ni. banyak yang aku baca, semua ending dia macam, " laa..dia ni ke?" ending yang tak terjangka. tapi berbekalkan pengalaman tengok CSI, Detective Conan dengan baca benda-benda thriller dan psycho, ada certain cerita aku dapat agak ending dia macam mana. certain tu maknanya tak satu dua.
kalau sesiapa yang baru nak berjinak baca novel Fixi ni, ni antara novel yang kitorang ada dan kitorang beli based on suggestion dari sepupu kitorang. ada satu lagi ni Sanctuaria tapi adik aku bawak pergi asrama dia. kalau ikutkan hari tu nak aje aku kaut sekali Asrama, Pinjam dengan Infantisid tapi tak cukup duit so redha je la dengan apa yang ada dulu.
kalau korang suka cerita seram, aku cadangkan baca la Gantung dengan Kacau. serius aku tak pernah berani baca novel ni sorang-sorang dalam bilik even waktu siang pun. cara author dia gambarkan hantu tu memang boleh buat kau terbayang tau. kalau korang nak baca yang macam psycho, baca la Mental atau Katarsis. ada satu cerita ni best sebab hero dia hensem iaitu novel Murtad. haha~sepupu aku kata, " tau mana dia hensem?" baca cerita tu la. novel Tuhan tu sambungan Murtad tapi aku pun tak habis baca lagi. nak habiskan tapi setakat aku baca ni hero hensem dari Murtad tak banyak keluar lagi so takde mood nak habiskan lagi. nanti aku habiskan. Ilusaniti pun best jugak tapi sampai sekarang aku tak faham ending dia haha~
kalau nak buat review, aku tak reti pun buat review. yang boleh aku simpulkan dari novel2 Fixi yang aku baca, semuanya sangat best kalau diangkat jadi filem. aku terfikir jugak kalau Murtad tu jadi filem, sure gempaklah. meh aku nak jadi Zulaikha, boleh? hehe~tapi Zulaikha tak pakai braces so sila lupakan hasrat tu. Gantung dengan Kacau pun best jugak kalau jadi filem. ah senang cerita semua la. Katarsis tu penulis dia dari Indonesia tapi aku boleh bagi 5 bintang full sebab menarik ok cerita dia.
tapi, cover buku novel2 Fixi ni menakutkan. sebilangan la. macam Kacau, Gantung, Katarsis dengan Mental tu aku tak berani nak tengok cover dia lama-lama. hari tu masa tengah fikir nak beli buku apa, aku ingat nak beli Asrama tapi kakak aku tak bagi sebab cover dia menyeramkan. aku cadang kat adik aku tampal la cover tu dengan gambar 2PM ke gunting dari epop tapi takdenye nak buat camtu. so, hadap la kau ketakutan bila ternampak cover buku tu.
namun begitu suka untuk aku ingatkan yang kebanyakan cerita ni tak sesuai dibaca oleh budak-budak sebab ada content dia untuk 18 tahun ke atas. bahasa pun tak berapa sesuai kalau dibaca budak-budak. yes mungkin dah besar kang takde sape yang control diorang nak cakap apapun tapi kalau boleh biarlah jangan didedahkan dari kecik lagi. kau dah besar kau punya mulut pandai2lah jaga. macam hari tu adik aku nak baca tapi dalam banyak-banyak tu novel Murtad yang bolehla nak bagi dia baca. sebab hero dia hensemkan? haha~takde kaitan.
anyway, aku tak start lagi buat elektif aku. habislah...cadang nak belajar menjahit tapi sampai ke sudah tak buat lagi. aku harap dapat settlekan dalam cuti yang berbaki 3 minggu ni. aamiin.
eh kalau korang nak tau pasal novel Fixi ni, google je. pergi kedai buku mana-mana pun bersusun banyak novel ni sampai kau tak tau nak beli yang mana sebab semua menarik.
oklah terima kasih sebab sudi jenguk blog ni =D