Saturday, January 24, 2015

ayah ipar

situasi: menonton drama
drama yang sedang ditonton: jang bori is here
drama yang sudah ditonton: birth of beauty


kebetulan pelakon yang pegang watak ayah mertua sa geum ran dalam birth of beauty berlakon jadi ayah jae hwa dalam jang bori is here. lepastu aku pun cakap dekat ain,

" ain kenal ke siapa ni?"
" kenal. ayah ipar sa geum ran."
" HAHAHAHA!!! pun boleh ain puuuunn boleh. " XD


ain, ain. hari tu dia tanya aku 'abang ipar' tu macam mana. puaslah aku terang cakap kalau nanti kakak kitorang kahwin, suami dia tu abang ipar kitorang segala bagai. siap bagitau lagi kalau suami ipah ada, ain kena pakai tudung tau. harap2 dia faham dan ingatlah.

anyway, cuti dah mula. mari rehat puas2 untuk 2 minggu ni 

Wednesday, January 14, 2015

gelabah

kepada semua rakyat Malaysia yang kuat sentap dan cepat gelabah,

mohon.

mohon ubah mentaliti anda.

hari2 tayang cerita bini orang peluk laki orang curang sana sini. tiba2 anak dara peluk artis kpop kau kata "ni semua pengaruh budaya luar,"

memang. ni pengaruh budaya luar rumah dia sendiri. tapi dalam negara dia sendiri.

Sunday, January 4, 2015

dating impian

Salam,
eheh~orang kata masa tengah semangat study laa sibuk nak cuci lain, baking Almond London, toreh getah dan memancing ikan. ni aku baru lepas cuci kain dan tetiba terasa nak post sesuatu selepas kengerian menghadap nota yang dipenuhi gambar tengkorak retak di sana sini.

aku suka berangan tau. jadi aku telah mengembara sejauh mana entah hanya dengan imaginasi aku. walau sekadar mimpi tak pernah kupeduli selamanya kan kupasti merindui dirimu dah kenapa tiba2 keluar lagu hyperact ni. ya walau hanya angan2 tetap aku rasa ini ialah sesuatu yang wajib aku jadikan ia satu kenyataan satu hari nanti.

aku selalu berangan nak dapat pasangan yang ada at least satu persamaan dengan aku. iaitu suka benda2 yang macam tengok teater, baca novel dan buku indie dan berkongsi pandangan dari sudut berbeza. dan aku selalu bayangkan yang aku boleh buat benda macam ni waktu dating. hahaha..

of course lepas dah kahwin okay. mana ada orang boleh keluar dating kalau belum kahwin lagi betul tak? shaitonn itu semua tahu. tapi kalau nak tunggu kahwin baru boleh keluar buat semua benda yang aku angankan tu, kot sekali suami time tu tak minat benda camtu, macam mana?

masa kenal before kahwin nanti kenalah aku bagitahu siap2. kalau dia tak suka satu benda kecik je di antara benda yang aku minat tu, still dia kena ambik full package hahaha 

dah cukuplah berkongsi angan2 aku. study wehh. exam dahlah 8 hari berturut.

Thursday, January 1, 2015

2015

Assalamu'alaikum =)

seperti yang aku ramalkan, entri tahun 2014 hanyalah separuh dari entri 2013. aku harap entri 2015 boleh meningkat semula kepada 2 kali ganda entri 2014. kalau aku ada banyak masa laa...

kalau ditengok semula banyak benda aku dapat tahun ni.
dapat lulus tahun 3 dan naik tahun 4. padahal masa clinical exam GS dengan GM dulu dah mula terbayang kena repeat. bagilah aku sejuta pun aku tak nak balik ke tahun 3 hahaha..

dapat pergi india. first time pergi luar negara haha. maaf jakun sikit. kita tak biasa travel2 luar negara macam orang lain yang kaya raya sebab kita ni miskin duit dan cuti. hahaha..teringin pergi lagi sebab teringat sari murah dan lawa kat chennai silk.

dan yang paling penting dapat belajar banyak benda masa klinik. patient dan doktor2 semua baik hati aku je yang malas hua3. harap jadi lebih matang tahun ni. dah 23 kaann?

azam tahun ni? takde azam spesifik pun. cuma nak jadi lagi penyabar dan sopan santun dan kompeten dan profesional dan pandai masak sebab tak lama lagi dah nak kahwin. insha Allah lepas raya nanti. haha doakan.
hoii apa2 pun tak sabar nak cuti. dah lama tak menulis. rindunyaaa.  nak lari jap dari benda dental2 ni boleh tak?