aku rasa aku ni keyboard warrior juga kadang2. gatal je tangan ni nak menjawab segala komen yang menyakitkan hati kat Facebook tu. tapi aku selalu menahan diri dan kalau nak komen sangat pun, aku akan try to make it as simple and short as i can.
kisahnya doktor lelaki sambut kelahiran. well aku sebagai perempuan pun aku pun kalau diizinkan mengandung dan bersalin satu hari nanti aku nak doktor perempuan yang sambutkan. tapi membaca kisah realiti beban kerja yang berat dan doktor lelaki juga bertanggungjawab untuk handle kelahiran maka aku rasa kalau terpaksa, kenalah aku ikutkan. tapi aku rasa baiklah aku suruh husband aku nanti kerja rajin2 bersalin kat hospital swasta at least boleh request. ni kebanyakan orang katalah. aku hanya mampu berdoa je sekarang ni.
lalu timbul kata2, doktor2 perempuan ni, pergilah ambik bidang O&G tu!! kita kena ada doktor perempuan je dalam bilik bersalin tau tak?!! doktor lelaki takde hak sambut kelahiran ni! diorang ni semua gatal je nak tengok kemaluan orang!
bro, kau fikir diorang bernafsu lagi ke dalam keadaan tu? jeez sempit betul fikiran kau.
tapi permintaan tu melampau aku rasa. bayangkan eh, doktor perempuan ni dahlah makcik2 dia bila balik kampung selalu tanya, dah berpunya ke? jangan lambat2 nanti membujang sampai tua. nanti tak laku sebab kau tu doktor susah nak cari yang sekufu. alhamdulillah jodoh sampai dan berkahwin. sekarang dah ada suami. dan diamlah seketika makcik2 kepoh tadi.
beban kerja doktor tidaklah ringan. masa banyak habis di hospital, kurang masa dengan keluarga. kena pulak tempelak pentingkan kerja sampai tak terurus keluarga. buntu jadinya. pesakit nak doktor perempuan ada kat hospital sepanjang masa katanya sebab tak nak doktor lelaki sambut kelahiran. tapi keutamaan mesti dibagi pada menguruskan keluarga. haih..
if only you, people who keep forcing to have such law, forbidding male doctor from handling birth, spend just minute, to think and put yourself in their shoes. if only you could understand the hardship they are going through.
belum lagi kes makcik2 yang memilih tak nak menantu doktor, takut anaknya tak terjaga katanya.
aku sedih. ya aku bakal doktor gigi bukan doktor perubatan tapi aku rasa tempias bila masyarakat sesuka hati memaksa doktor perempuan semua sambung O&G supaya semua yang sambut kelahiran hanya doktor perempuan. sedangkan mentaliti masyarakat terhadap doktor selalu yang buruk2. terima kasih kepada segelintir yang memahami dan menghargai.
ada komen tu kata, ramai perempuan pilih nak jadi doktor gigi berbanding doktor perubatan. ayah aku pun suruh aku pilih dental berbanding medic sebab katanya dengan ni aku akan ada masa dengan keluarga, insha Allah.
lalu berdosakah aku sebab memilih untuk jadi doktor gigi? berdosakah aku sebab memilih kerjaya yang 'ringan' berbanding menjadi doktor perubatan yang beban kerjanya jauh lebih berat? tempat aku yang sepatutnya di bilik bersalinkah berbanding dental chair?
hey cabut gigi pun penat sangat okey. setakat cabut gigi susu takyah cakaplah..
harap2 makcik2 di luar sana tidak mendiskriminasikan doktor2 perempuan sebagai calon menantu dan harap2 semua ibu bapa galakkan anak2 perempuan mereka jadi doktor dan ambik kepakaran O&G. itu bukan fantasi tapi insha Allah boleh jadi realiti dengan syarat ubahlah mentaliti.