Monday, November 30, 2015

'afifah dan menulis

Assalamu'alaikum =)

waktu sekolah dulu, aku suka sangat buat karangan, terutama bila sambung ayat jadi satu cerita yang menarik. tapi menyedihkan bila pernah sekali kawan aku tuduh aku tiru buku contoh karangan sebab jalan cerita sama padahal aku takde buku contoh karangan pun sebab ekonomi yang tak begitu baik untuk beli buku rujukan waktu tu. sedih tak sedih tak..

ok tahu tak sedih.

tapi apa-apapun, waktu tu aku mula rasa suka sangat pada menulis. ditambah dengan galakan dari ayah aku serta beliau daftarkan aku dengan adik beradik jadi ahli kat perpustakaan Seremban waktu tu, aku rasa macam membaca dan menulis ialah sesuatu sangat mengasyikkan. 

bila masuk sekolah menengah, aku mula menulis dengan lebih rajin. aku tulis sajak, tulis cerpen dan jugak novel. percaya atau tidak, 'novel' aku tu aku tulis guna buku Matematik kotak-kotak dengan pen biru dan stapler setiap buku sambungan tu. dekat tiga buku jugak aku tulis dan sambung guna stapler. dari satu tangan ke satu tangan jugaklah novel tu berpindah. sekarang sebab pindah-randah aku tak tahu mana pergi 'novel' aku tu. 

dan sajak yang aku tulis pernah dideklamasikan oleh seorang kawan aku masa pertandingan sajak merdeka kat sekolah. dan beliau menang :')

waktu tu jugak aku pernah sertai kem (ke kursus kalau tak salah) untuk pelajar-pelajar sekolah menengah aku yang berminat. masa kursus tu ada slot dengan penulis Nisah Haji Haron (sesiapa yang baca Annyss Sophilia mesti tahu gerangan ni). aku terinspirasi untuk jadi penulis dan peguam seperti beliau. 

tapi sekarang aku on the way jadi doktor gigi. semoga dipermudahkan.

bila aku kenang balik 'Afifah yang dulu, aku jadi rindu sangat. sekarang pun pantang ada masa dan kalau ada idea, aku akan tulis. tak kisahlah cerpen atau sajak. dua tu yang aku suka. tapi yang aku sedih ialah kalau dibanding dengan  dulu, aku yang sekarang kurang sangat membaca. kurang membeli buku dan kurang wang (haha alasan). sebab kalau nak jadi penulis yang baik, kena banyak membaca.

writing is my passion and will always be. so when Dato' said if someone wishes to stop practicing dentistry they must tell MDC, I am enlightened and can see the path that I can take after I complete my compulsory service.

=D

Saturday, November 28, 2015

benci orang agama

Assalamu'alaikum,

baru2 ni viral kisah ibu si antivaksin kelam kabut mencari doktor yang boleh buat surat pengecualian untuk anaknya tidak divaksin supaya urusan visa umrahnya selesai. dikhabarkan beliau dah pergi jumpa banyak doktor di hospital dan klinik swasta tapi alhamdulillah doktor2 yang faham kepentingan vaksin dalam menjaga maslahah umat semuanya menolak untuk mengeluarkan surat seperti yang dipinta.

kepada sesiapa yang tak tahu, kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah haji dan umrah menerima vaksin meningitis sebelum mereka meluluskan visa untuk menunaikan haji dan umrah. golongan antivaksin tersepit dalam hal ni sebab nampak gayanya mereka dah kontang hujah agama dalam meluluskan visa mereka sebab kerajaan Arab Saudi bukan antivaksin seperti mereka. sehingga mereka sanggup MENIPU.

wow, itu je yang aku mampu cakap pertama sekali.

ini satu contoh dalam banyak isu semasa sekarang ni tapi kesimpulannya satu je kita boleh nampak, mereka menolak sains dengan hujah agama yang mementingkan diri sendiri. dan aku benci hujah agama. 

sebab pada aku mereka ni bodoh sombong.

aku belajar dalam bidang sains. jujur cakap, bidang sains buat aku lebih mengenali Allah melalui ciptaanNya. tapi aku tak tahu orang yang belajar dan faham agama ni, adakah mereka semakin mengenali Allah atau sebaliknya?

aku dah jumpa terlalu ramai orang yang guna hujah agama sebab tak boleh terima kemajuan sains, dalam rawatan misalnya. aku dah jumpa jugak terlalu ramai orang yang berakhlak buruk di sebalik songkok dan tudung yang dipakai. sebab tu bila orang dok sanjung2 ustaz tu, ustazah ni, aku rasa jelek. rasa menyampah sebab diorang hanya bagi hujah melalui sudut pandang diorang sahaja. dan kau kenal diorang dalam satu sisi sahaja. kau belum tengok sisi mereka dengan keluarga, sisi dengan kawan dan sebagainya.

tambah lagi yang cepat menghukum. contoh mudah, kau nak nasihatkan kawan kau yang minat K-pop, kata kau itu tak bermanfaat, melalaikan. how do you know its melalaikan? do you ever listen to it? 

kau dibesarkan dalam suasana Islamik tak bermakna kau boleh terus hukum orang. walk in their shoes then you talk.

dear orang agama, Islam tak ajar kau jadi narrow-minded. 

Saturday, November 14, 2015

planner

dia ada sebuah planner yang dia sangat sayang. selain penuh berisi temujanji dengan pesakit, ianya juga bertanda dengan tarikh-tarikh penting, bermula dari tarikh cuti hingga ke hari istimewa. kerana sayangnya pada planner itu, maka padanya kalau hilang planner itu habislah hidupnya.

terbaharu, dia mencatat tarikh yang amat dinantinya tidak lama lagi. 

tapi semalam dia terima panggilan dari lelaki itu. dia pinta cincin berlian yang dia beri setahun lalu dipulangkan. 

lantas dia koyakkan planner berisi tarikh terbaharu itu. dia ramas setiap cebisan dengan air mata. sehinggalah dia terlihat nama pesakitnya pada satu cebisan.

dia menangis hiba. lelaki itu sudah musnahkan hidupnya.

Friday, November 6, 2015

reaksi kurang matang

Assalamu'alaikum =)

belakangan ni banyak isu berlaku dan reaksi manusia berbeza serta menandakan aras kematangan diorang dalam berfikir. kalau hujah reaksi tu logik tak apalah jugak tapi apa yang aku perhatikan ialah orang dok balas dengan benda yang sama yang dah lama dan dah basi. tapi orang tetap ulang jugak, seolah-olah itu prinsip mereka dan ianya sangatlah tidak matang. maaf cakap.

jadi, berdasarkan pemerhatian aku, ada beberapa respon yang aku perhatikan sangatlah tipikal di kalangan 'typical Malays' dan pada pandangan aku itulah yang sedikit sebanyak 'membantutkan' kita. ya, aku sebut kita sebab aku Melayu dan aku sedar hakikat itu.

1) " alaa orang gurau je. tu pun tak boleh,"

baru2 ni kecoh satu Malaya pasal seorang doktor lelaki kacak dan sado datang Hot.fm. lalu berduyun-duyun perempuan memberi reaksi " hensemnya!" " beranak nanti nak dia sambutlah. dahlah doktor pakar sakit puan" " doktor hensem camni confirm hari2 aku sakit pun takpe,"

itulah antara responnya.

sangat ironi bila ada sebilangan wanita yang sibuk memperjuangkan larangan doktor lelaki untuk berada di bilik bersalin, dari pelajar perubatan hinggalah ke tahap pakar. tiba-tiba bila doktor 'hot' macam tu ada, terus bagi statement nak beranak disambut oleh doktor lelaki padahal lupa time isu tak nak doktor lelaki kat bilik bersalin dulu dia jugak yang dok tekan share post seperti 'negara Barat yang bukan Islam pun dah laksanakan, sudah sampai masanya Malaysia negara Islam untuk laksanakan polisi yang sama.' 

nak je aku cubit orang macam ni.

kemudian bila ditegur, responnya macam kat atas tulah. bergurau je, suami takyahlah nak marah2. eh eh aku tengok drama Melayu watak perempuannya makan berdua dengan exboyfriend, lepastu bila suami tak puas hati dia pujuk tak jalan dia pulak merajuk lebih2. fikir lelaki takde perasaan? lelaki bergurau sikit reti pulak marah. 

perempuan Melayu tak boleh ditegur? jawab sendiri. yang penting jawapan 'bergurau je' untuk satu isu yang kontorversi ialah jawapan yang kurang matang. ladies, grow up please.

2) " eleh nak cakap orang putih pulak. kita ni Melayu cakaplah Melayu."

teringat status seorang gadis berkenaan kereta ayahnya dipecah dan dirompak yang mana status tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris. segelintir memberi reaksi bijak, dengan mendoakan semoga barang yang hilang ditemui semula dan sebagainya. tapi ada jugak yang tak matang dengan bagi alasan macam yang aku sebut kat atas, iaitu berkenaan bahasa yang digunakan dalam menulis status.

sungguh aku tak faham. tak faham apa yang dia nak sampaikan bukaklah kamus. jujur, kadangkala ada benda yang aku fikirkan secara spontan dalam bahasa Inggeris, maka pembaca dapat lihat sendiri dalam blog aku ada entri aku tulis dalam bahasa tersebut. dalam kes gadis tadi, yang 'friend' dengannya kat Facebook bukan Melayu sahaja tapi ada dari kaum lain. jadi logiklah kalau dia nak guna bahasa tu.

3) " tak suka pergilah!"

ini tema yang digunakan oleh para menteri dalam memberi kenyataan terhadap sesuatu isu. serius aku sedih bila menteri2 cakap macam tu. aku hanya mampu mendoakan kalian dicabut nyawa secepat mungkin supaya Malaysia kehilangan pemimpin dungu seperti kalian dan semoga orang-orang seperti kalian tidak diganti. semoga Malaysia digantikan dengan pemimpin muda, bijak dan matang suatu hari nanti.

aku harap ianya berlaku esok.

4) " kau jugak yang undi diorang."

aku tak undi diorang ok.

5) " jangan peduli cakap orang, teruskan usaha!"

ayat ni konteksnya bagus kerana memberi galakan. tapi bila kau bagi ayat macam ni kat anak menteri yang elok bertudung tapi hisap vape, apa maknanya? begitu jugak bila orang tegur seseorang yang terkenal yang terbuat silap, buat benda yang bertentangan dengan agama, mesti ada orang yang guna ayat kat atas tu.

yang mana, terang2 kau menyokong dia buat silap. tak, dia buat jahat. aku rasa istilah jahat lebih sesuai sebab kalau ada orang tegur yang kau dah buat salah maka kau patut sedar dan berhenti buat benda tu. lagi2 kalau benda tu dilarang agama.

6) reaksi dengan justifikasi agama

pada aku menggunakan hujah agama untuk menyokong pendirian kau yang salah tu dah basi. kau mencari hukum yang kau nak, bukan hukum yang ditetapkan oleh agama. berhentilah wei.

7) " dengkilah tu. orang Melayu suka dengki sesama sendiri,"

ini komen yang selalu kita tengok bila ada yang menganjing iklan QuPuteh, iklan2 terlajak laris dan segala produk kecantikan yang kalau pakai berkali2 menjadikan kau pokai tapi yang makin cantik pengasas produk je sebab diorang makin banyak duit beli alat mekap berjenama yang original.

terus terang aku cakap, aku menyampah dengan iklan QuPuteh tu sebab dia dok ulang ayat yang sama, tu je. aku tak dengki pun dengan bisnes dia tu. aku tak jual produk pun.

by the way Dato' Alif Syukri, iklan perempuan berpurdah tu very offensive. jangan kata aku dengki pulak.

8) " nak tegur boleh tapi takyahlah nak maki-maki. tegur tu ada caranya tau"

sentap cakaplah sentap. nak lencong-lencong cerita pasal cara-cara teguran yang digariskan Islam pulak. garisan Islam yang lagi utama takde pulak kau nak ikut.
***

aku rasa banyak lagi respon kurang matang yang kita boleh tengok kat semua media sosial. semua orang nak jadi 'pahlawan papan kunci'. adakah aku salah seorang daripadanya?

bergantung.

dear Malays, grow up please.