Tuesday, February 20, 2018

No! Its Not Okay!!

Assalamu'alaikum readers =)

Lately aku macam makin rajin pulak update blog ye haha ucaplah tahniah sikit dah berbulan aku tak update kot. Tapi sebenarnya lebih kepada nak membebel tu yang rajin bukak blog tu. Harapnya bebelan aku ni bermanfaatlah kepada yang membaca.

Anyway, aku selalu dapat patient yang bila aku tanya, kenapa gigi tu kena cabut? Kenapa nak cabut gigi ni? Kalau gosok gigi kenapa banyak lubang ni?

Jawapan mereka ialah, biasalah tu doktor.

Baik yang dewasa sampailah ke budak-budak. Budak-budak tak cakap macam tu, mak pak dia yang mai sekali tu yang habaq lagu tu. Wow tak sia-sia belajar loghat Kedah dari best friend aku haha~

Kerapkali aku dapat,

" Biasalah doktor, dah tua ni gigi makin longgar," kata pesakit yang umurnya baru nak masuk 40.
" Biasalah budak ni asyik makan coklat,"
" Biasalah tu gigi berlubang,"
" Biasalah tu kena cabut gigi,"

NO! NO! NO! NO! NO!

Itu bukan perkara biasa, tidak sama sekali. Kita kena buang mentaliti ni, kita kena ubah pemikiran macam ni.

Kenapa kami masih nasihatkan pesakit untuk berus gigi betul-betul walaupun dah banyak gigi dicabut, banyak gigi ditampal?

Sebab kami nak elakkan pesakit dapat masalah baru. Bukan untuk kurangkan beban kerja kami, tak. Kerja aku takkan pernah berkurang. Tapi untuk keselesaan pesakit dan supaya pesakit boleh menikmati hidup dengan gembira. Boleh makan dengan selesa, boleh berborak tanpa segan silu sebab gigi rompong atau mulut berbau, boleh juga ketawa besar tanpa perlu risau gigi palsu tertanggal atau perlu polident sebab gigi semua sihat dan kuat lagi.

Kenapa doktor-doktor di bahagian perubatan berhempas pulas rawat pesakit dengan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung apa semua walaupun tahu penyakit tu cuma boleh dikawal?

Aku percaya sebab yang sama. Hidup ni Allah bagi kat kita supaya kita bermanfaat kepada orang lain, jadi kesihatan ni amanah juga pada kita. Aku faham, penyakit tu satu ujian, Allah nak tengok kita sabar apa semua. Tapi at first place, adakah kita dah laksanakan tanggungjawab kita sebaiknya?

So, berbalik kepada point aku tadi, its not okay to have poor oral hygiene kalau kita orang yang ada upaya untuk memberus gigi dengan baik. Rasa macam dah habis berus, tapi doktor gigi still complain ada kawasan terlepas pandang? Suruh doktor tu tunjukkan macam mana nak bersihkan kawasan tu.

Its also not okay to get multiple teeth indicated for extraction in a very young age due to caries, indirectly caused by poor oral hygiene. Aku masih kecewa setiap kali teringat pesakit muda aku yang banyak giginya sudah dicabut.

Budak malas gosok gigi, biasalah. Sudahkah ibu bapa itu sendiri didik anak tentang kepentingan menjaga kesihatan gigi? Sudahkah ibu bapa itu pantau pemakanan anak-anak? Sudahkah ibu bapa itu tunjukkan sendiri cara memberus gigi kepada anak-anak?

Come on, kita semua boleh buat. Aku sendiri pun masih berusaha lagi educate keluarga sendiri untuk jaga gigi elok-elok. Usaha yang takkan pernah habis, tapi sekurangnya kita mencuba.

Insha Allah, towards a better oral health =)

Thursday, February 8, 2018

Kekecewaan Seorang Dentist

Hari ni pesakit agak ramai, ditambah lagi dengan fakta yang aku seorang terpaksa bertugas seharian tanpa pengganti sebab kawan aku yang lain kena ikut team ke sekolah buat rawatan. Juga salah satu dental chair kami ada masalah yang menyebabkan dental chair tu hanya boleh digunakan untuk pesakit yang perlu rawatan cabutan je. Maka bertabahlah aku melalui hari ni dengan orang ramainya, lepastu tiba-tiba hari ni semua datang nak buat tampalan *nangis*

Straight to the point. Menghampiri waktu rehat, aku terima seorang pesakit awal 20-an, mahu buat cabutan. Sedang pemeriksaan dilakukan, hati aku rasa kecewa sangat, sangat sangat.

Kebanyakan gigi geraham kekalnya sudah tiada. Gigi kekal lain ada yang masih elok, tapi kebanyakannya perlu tampalan. Ada juga yang sudah di ambang cabutan. Ohhh nooooo why like this, sister =(

Aku pun jelaskan padanya segala rancangan rawatan. Kemudian, aku cuba korek rahsia apa yang menyebabkan keadaan pergigiannya sebegitu rupa. Ada orang latar belakang sosioeconomic bukan pada tahap yang baik, itu dapat kita fahami. Tapi pesakit ini jelas bukan dalam golongan tersebut.

" Kenapa macam ni..." Suaraku memang hampa. Entah, bercampur penat juga.
" Saya takut doktor gigi. Dulu masa kat sekolah bila diorang bagi surat tu saya tak bagi kebenaran jadi saya tak buatlah rawatan," Patah hati aku dibuatnya.

" Sekarang, gigi geraham awak banyak dah kena cabut, ada yang perlu dicabut juga ni. Awak baru umur 20 lebih, macam mana awak nak teruskan hidup ke umur akan datang kalau gigi dah tinggal banyak ni?"

Sengih.

" Awak rasa berbaloi tak rasa takut awak tu? Berbaloi tak rasa lega bila kawan-kawan awak masa sekolah dulu pergi buat rawatan bila doktor gigi datang tapi nama awak tak dipanggil sebab awak tak nak buat rawatan?"

" Kalau direzekikan awak akan kahwin lepastu mengandung satu hari nanti, macam mana awak nak makan untuk bagi nutrient kat baby awak masa tu? Gigi belakang banyak dah tak ada, dah tentu pilihan makanan terhad. Kesian baby, tak pasal-pasal je tak dapat membesar dengan sihat,"

" Awak janganlah fokus nak jaga gigi depan je, saya tau tu," Dia tergelak kecil.
" Haa gelak tu maknanya betul la tu," ya, jangan sesekali berangan mahu kelentong doktor gigi anda ya.

Aku pun mulakan prosedur cabutan. Selesai cabutan, aku bebel lagi,

" Nanti boleh berus gigi macam biasa ya, cuma kat kawasan cabutan tu je jangan kasar-kasar,"

" Ok, terima kasih, Dr,"

" Sama-sama, ingat tau apa yang saya pesan tadi," Separuh merayu aku berkata.


Terasa berat pula bahu bila teringat sasaran golongan warga emas dengan sekurang-kurangnya 20 gigi kekal berfungsi. Masih banyak kerja yang perlu dibuat. Masih banyak jiwa yang perlu disedarkan.

Agak-agak kalau hari-hari aku jumpa pesakit macam ni, macam manalah aku tak jadi doktor gigi yang garang dan banyak membebel ya? Haha~

Bak kata Abang Jamil, bukan marah, nasihat.