Wednesday, December 13, 2023

Pulmonary Embolism: Satu Mimpi Ngeri

 
I always wonder how does it feel to have branula inserted. Here in ICU i have 3 branulas, 2 intravenous & 1 in my artery. 

Hujung Oktober, aku terpeleot kaki masa tengah turun dari tilam. Aku pakai tilam 10 inci tu je sebab memikirkan akan berpindah jadi malaslah nak ada banyak perabot. Few days lepastu, kaki aku mula sakit. Especially masa memandu. Tapi untuk seminggu aku masih mampu berjalan, memandu, bekerja macam biasa. Sampailah Sabtu 28/10, keadaan kaki aku mendadak merosot, sampai jalan jadi sangat sakit & mula kena solat secara duduk atas kerusi. Malam tu ialah kali terakhir aku memandu.

Pergi ke 1 klinik swasta, Dr buat ultrasound & suspects ligament lutut aku sprained. Ada bengkak tapi tak nampak sama ada koyak atau tak. Since sakit makin teruk, pagi Isnin aku terpaksa ke ED Selayang untuk dapatkan rujukan ke pakar ortho sebab risau makin melarat. Plus sakit tu dah mula affect rutin harian aku & aku jadi banyak terlantar berbanding bergerak.

Syukur urusan kat hospital cepat. Hari yang sama dapat jumpa dr pakar perubatan sukan, Dr pun sebut ligament MCL aku terseliuh. Dapat MC 1 minggu dan mula kena pakai crutches. Terlalu seksa sakitnya, sampai salah gerak sikit sakit, nak gerak kaki sakit, terpaksa bergantung kepada Hadi sepenuhnya. Beberapa kali aku menangis kesakitan, seumur hidup memang inilah kali pertama sakit yang teramat aku rasa. Dah cuba buat rawatan macam yang Dr syorkan tapi dalam masa beberapa hari tu bagi aku leganya sekejap je. Dalam 24 jam, boleh dikatakan tempoh aku bangun dan bergerak tu mungkin dalam 1 jam je. Selebihnya terpaksa di atas katil sebab setiap pergerakan kaki memang menyeksakan.

Pagi Khamis 2/11, aku terjaga dalam jam 6.20 pagi. Macam sebelumnya bila aku tersedar, suami aku pun akan terjaga sama. Dia akan cuba bantu aku, dia perhatikan aku dan cuba tolong bila aku tak daya nak bangun. Tapi pagi tu memang aku mudah dapat berdiri. Terdetik kejap rasa happy sebab macam ada harapan dah sembuh sikit. Aku menapak ke tandas, nak ambil wuduk & solat Subuh. 

Hadi ikut aku keluar bilik. Tengah aku cuba nak sarung selipar, terasa rentak jantung lain macam....

Aku macam terasa ada benda berdesing dalam kepala sebelum aku berjaya buka mata. Dengan susah payah, akhirnya dapat & masa ni baru aku dengar Hadi tengah jerit panggil nama aku sambil dia tampar pipi aku berkali. Kenapa aku dah terduduk....kenapa Hadi ada kat belakang aku...peluh mencurah-curah, rasa berat nak ambil nafas. Rasa penat sangat, mengantuk. Hadi berkali jerit nama aku, dia tak bagi aku pejam mata. Aku cuba bangun tapi badan rasa berat sangat. Aku dengar dia buka pintu, jiran datang tolong, makcik tu suapkan air zamzam untuk aku & suruh aku mengucap. Aku dengar Hadi call ambulance & bila aku dah makin regain consciousness, aku tanya dia bila ambulance nak sampai. Aku dengar dia call mama, call mak, call bos aku informkan yang aku jatuh pengsan.

Alhamdulillah 20 minit macamtu ambulance sampai. Terima kasih pada MA yang datang menilai keadaan aku & jiran-jirang yang tolong angkat aku turun ke bawah sampai naik ambulance. MA terus check dxt & pasang branula untuk run normal saline. Syukur sangat-sangat, rumah aku dekat dengan Hospital Selayang jadi 5 minit je dah sampai ED. Kat sini aku nampak semua bertindak pantas betul, dalam masa 1 jam aku dah dapat distabilkan. Syukur juga xray dada & CT scan pada otak takde apa-apa yang abnormal. Tapi disebabkan inilah diorang makin curious apa punca aku jatuh pengsan sedangkan aku takde masalah kesihatan apa-apa.

Aku betul-betul berterima kasih kat Dr MO yellow zone ni. MO aku rasa sebab lepastu dia ada present case aku kat Dr yang lagi senior. Upon hearing that aku ada ambil pil perancang, terus diorang suspect Pulmonary Embolism. So dia uptriage aku balik ke zon merah & suruh pasang oxygen face mask, juga minta consent aku untuk buat CT scan paru-paru untuk confirmkan diagnosis. 

Lepas 6 jam puasa, aku ditolak untuk buat CT scan. Mula-mula Dr yang explain kata nanti pasang jarum lain. Sekali diorang guna je branula kat tangan aku haha sakit gila weii masa contrast tu masuk *nangis* Aku jerit je sekuat hati aku sebab sakit sangat. Sampai tercabut tiub CBD aku sobs. Masa ni memang takde malu ke apa sebab kat ED mostly MA lelaki yang bertugas. Aku fikir dapat bernyawa lagi je masa ni. Kesan masuk contrast tu memang sampai 24 jam seterusnya masih terasa, sampaikan masa nurse kat ICU terpegang kuat sikit tangan aku pun aku aduhh

Thank you husband temankan kita breakfast, walaupun sorang kat ICU sorang kat kafe hospital

Tak lama lepastu, result CT scan keluar. Sah, massive pulmonary embolism. Dr bahagian perubatan am datang explain pada aku & Hadi berkenaan tu dan terus mulakan ubat cair darah streptokinase. Syukurlah takde side effect ubat tu. Petang Jumaat, alhamdulillah aku dipindahkan ke ICU untuk pantauan lanjut. Syukur, petang Ahad lepastu aku dapat pindah ke wad biasa.

Senaman paru-paru. Tak mudah ye nak tiup benda ni bila kau ialah seorang pesakit.

Yang bestnya kat wad Hadi boleh temankan aku sebab ni wad multidisciplinary so waris lain jantina pun dibenarkan tunggu. And finally Rabu 8/11 aku dibenarkan pulang. Itupun aku belum pulih sepenuhnya lagi so aku dapat MC seminggu dan decided untuk ambil unpaid leave sampai hujung November lepas memikirkan keadaan kaki aku yang belum baik, ditambah dengan bengkak pada banyak tempat cucuk kat tangan aku yang buatkan tangan aku tak kuat untuk 2 minggu pertama lepas discharge. Yes, ini memang tak main-main. Bayangkanlah macam mana aku nak kerja kalau tangan lemah..

Seingat aku, satu tanda yang alarming hanyalah aku perasan denyut jantung aku tak normal sejak seminggu sebelum kejadian. Aku ada mengadu pada Hadi, kenapa aku terlalu penat sangat nak naik tangga ke rumah. Sedangkan aku dah duduk situ 5 bulan, takkan aku masih tak fit untuk naik tangga 4 tingkat? And ada 1 malam aku memang rasa denyut jantung aku lain macam, tapi bila check dengan smartwatch, heartbeat & Spo2 aku normal jadi aku dismissed kehairanan aku.

Dr kata ada 3 faktor risiko aku boleh terkena pulmonary embolism ni: overweight, ambil pil perancang & bed-bound. Pil perancang & overweight indirectly boleh menyebabkan darah aku pekat, being bed-bounded for few days telah menyebabkan ada darah beku terbentuk dan travel ke paru-paru, tersangkut di situ lalu menyumbat aliran darah ke jantung. Inilah yang dinamakan pulmonary embolism. Biasanya kita dengar benda ni jadi kat ibu mengandung atau ibu yang baru lepas bersalin. Thats why lepas bersalin & masa mengandung pun kena banyak bergerak, risiko tinggi untuk jadi benda ni kalau banyak terlantar sahaja.

Banyak sangat benda yang aku bersyukur lepas kejadian ni. Aku bersyukur Allah takdirkan aku pengsan lepas aku jaga dari tidur, bukan masa tidur. Aku bersyukur suami aku ada. Aku syukur bila sampai hospital keadaan tak begitu sibuk, Dr-Dr baru masuk kerja lepas tukar shift & semua semangat nak bantu rawat aku. Aku bersyukur semua Dr, MA, nurses kat Hospital Selayang baik-baik, terutamanya nurse yang jaga aku kat ICU sebab tolong lapkan badan, tukarkan pampers & tukarkan baju aku. Aku bersyukur family dan kawan-kawan semua tak putus bagi kata semangat & doakan kesembuhan aku. Paling aku bersyukur ialah suami & family aku yang sangat banyak tolong aku untuk sembuh balik, bantu aku waktu aku belum dapat keupayaan untuk hidup secara normal. Allah saja yang boleh balas jasa mereka semua.

Syukur alhamdulillah, hari aku tulis ni, genap 6 minggu selepas aku dapat pulmonary embolism. Aku belum 100% sembuh lagi sebab lutut aku pun masih dalam healing process, paru-paru aku pun masih on the way nak cergas semula. Tapi ini pun dah besar nikmatnya selepas setiap kesakitan yang aku harungi for the past 2 months. Syukur alhamdulillah.

Dah boleh jalan-jalan hehe tapi ni pun asyiklah mencari kerusi nak duduk sebab cepat mengah

Back to work :) nampak tak parut kat pipi kanan tu. Kesan tersembam pada pintu masa jatuh pengsan

Aku bercerita kat sini bukan sekadar menukil kenangan, tapi moga dapat educate tentang bahayanya pulmonary embolism ni. Survivor seperti kami ada, dan insha Allah kami boleh hidup normal seperti biasa selagi diizinkan Allah untuk terus bernyawa. Hidup aku dah berubah sebab sekarang kena bergantung dengan ubat cair darah & secara tak langsung kalau aku mengandung nanti akan jadi berisiko sebab dah ada sejarah penyakit ni. Tapi aku percaya dengan ikhtiar yang betul, insha Allah kita dapat teruskan hidup dengan lebih bermakna :)

Saturday, June 17, 2023

Alhamdulillah we swiped right :) *pun intended haha*

Alhamdulillah, segala puji kesyukuran bagi Allah 😊 4/6/2023 yang lalu, selesai majlis pernikahan kami selepas setahun 3 bulan perkenalan. Aku sangat bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Adalah satu dua kekusutan, tapi overall semuanya bermula, berjalan dan berakhir dengan baik, isu yang timbul pun selesai dengan baik maka dapat aku simpulkan majlis kami berlangsung dengan sempurna. Tetamu yang datang pun non stop sampai 3pm, aiskrim yang aku tempah memang habis, maaf banyak-banyak kat siapa yang tak dapat rasa. Kami expect yang datang sekitar 300 orang, turns out almost 500 juga yang datang dan mujurlah pihak keluarga aku sponsor kambing seekor dengan 12 ekor ayam yang digoreng berempah untuk lauk tambahan.


Paling tak terbalas jasa ialah mak, adik beradik dan ipar-ipar aku yang banyak sumbang modal dan tenaga untuk menjayakan majlis aku, sampai aku tak risau langsung masa hari kejadian padahal aku ni seorang yang overthinking. Tapi sampai ke akhir majlis, takde sikit pun terdengar rungutan, bahkan banyak isu kecil yang mereka selesaikan sendiri tanpa pengetahuan aku, sebab tak nak peningkan aku sebagai pengantin. Terharu sangat-sangat dengan betapa functionnya mereka. moga Allah kurniakan berganda kebaikan atas segala jasa mereka. 


Overall majlis kami tak menelan belanja yang begitu banyak sebab kami sekadar nak selesaikan akad nikah dan ada majlis makan je. So, banyak yang kami dapat jimatkan bila takde hantaran, takde pelamin dan takde buat photoshoot outdoor, in which satu kelegaan juga sebab majlis kahwin ni sangat memenatkan tahu...aku sampai berkaki ayam je di akhir majlis sebab kaki aku dah sakit dengan kasut yang ketat 🤣 tapi tu la jimat sangat sekalipun, almost 15k juga habis. Semua vendor untuk majlis aku ni bagi aku very recommmended sebab memberikan kerjasama yang amat baik bermula dari waktu survey, sebelum majlis dan hingga selesai majlis. Takde yang MIA atau ghosting, alhamdulillah and they delivered their job very well. Harga pun semua amat berpatutan so please check out their profile if ada yang interested to hire them for your wedding 😊

Venue: Dewan Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan 
Catering: Hazmal Catering 
Photographer: dcpictures.co 
MUA: engkuaizatulmua 
Dessert: Barung Aiskrim 
Baju kurung pahang: Naira Collection 
Set baju melayu: Jakel 

Boleh check their profile on instagram and facebook, memang hasil kerja terbukti bagus pada harga yang betul-betul berpatutan. 

My only regret ialah beli tudung takde brand kat shopee haha sebab brand yang aku nak tu warna tudung dia tak masuk dengan baju. Tau tak 5 tudung aku beli online, kain yang paling tak best pulak yang masuk dengan baju aku sobs and i thought hari kejadian dia akan okey rupanya idokk. Tapi tulah as i said aku sangat happy dan bersyukur semuanya berlangsung dengan baik so soal tudung tu aku tak heran pun, even gambar awning tak jadi tu kekal sampai akhir hayat 🤣


Nampak kan betapa awning tu kelepet sampai berapa kali adik ipar aku tolong betulkan 😂 seolahnya aku ni tak reti pakai tudung bawal pulak 🥲 



Kau tengok gambar aku time honeymoon ni ok jeee tapi ni brand favourite yang best tu cuma tu la warna dia yang aku beli tu tak masuk...sedihss 

Anyway doakan rumahtangga yang dibina ini dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah. Terima kasih lagi sekali untuk semua 🥰