Sunday, July 15, 2012

roadshow dan perasaan berdosa

salam~

alhamdulillah, roadshow yang dirancang dengan last minutenya serta kelam kabut dan sebagainya berjaya dilaksanakan hari ni. semalam la sebenarnya. 

bersyukur sangat sebab tak banyak masalah jadi (kecuali beberapa masalah kecik) n yang paling dahsyat berlaku pun masalah teknikal je la. amboih...mementang dapat rasa duduk dalam bilik PA yang ada ekon tu. haha~aku sekolah situ bertahun pun boleh kira dengan jari je saat dan minitnya aku duduk dalam bilik tu tahu?

oh, lupakan bilik tersebut. selaku pengarah program, saya sangat berpuas hati dan lega sebab dah lepas satu beban. tambah2 bila dr yang mengiring sekali ucap "tahniah =)". terima kasih banyak2 especially budak batch saya yang sudi berkorban masa dalam cuak nak menghadapi 1st professional exam, Dr Nazirah yang sangat baik dan lemah lembut (sangat terharu dengan kata2 semangat beliau), mama yang sangat banyak bagi nasihat, panduan dalam nak buat roadshow serta bersabar dengan pengarah yang clumsy ini. haha~thanks again =) hanya Allah yang dapat balas jasa kalian.

yang paling penting, sangat berterima kasih kat kakak senior terutama 5th year yang sudi luangkan masa turun bantu kami. padahal minggu depan 3rd year, 4th year n 5th year dah final kot. banyak kali akak2 tu cakap, doakan mereka untuk exam ini. sebab ini exam final yang akan menentukan mereka dapat jadi doktor gigi atau tak. jadi, readers sila doakan mereka lulus dengan cemerlang =) amin. saya pun amat mengharapkan mereka akan lulus dengan cemerlang. siapa tak excited kan, 1st batch yang bakal grad. saya harap Allah mudahkan urusan mereka dan beri kejayaan selepas usaha penat lelah mereka selama 6 tahun. amin.

disebabkan roadshow ni buat kat sekolah sendiri, jadi senang sikitlah nak handle budak2nya. juniors saya jugak. haha~tapi tak ramai pun yang datang. budak putera takyah cakaplah. berapa kerat je yang datang. tapi lepastu saya lega sebab kalaulah ramai yang memberi sokongan, mesti saya sangat cuak. haha~see? hikmahnya Allah bagi budak tak ramai datang =)

oh, ya. sebelum tu, jom sama2 sedekahkan al-Fatihah kepada arwah cikgu Zubidah A Majid, bekas guru BM saya masa form 5 dulu. arwah meninggal dunia pagi kelmarin sebab heart attack. takziah pada keluarga arwah. saya tak sangka n rasa macam baru semalam jadi form 5,belajar BM dengan beliau. semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

perihal rasa berdosa. tadi masa tengah jadi usher kat plaque score, tetiba ada budak datang kat saya lalu bertanya segala yang patut. alhamdulillah dapat jawab dengan baik. tetiba dia tanya pasal dental fluorosis (sebab dekat borang check-up dia ada catatan tu). dengan terlebih konfidennya saya pun kaitkan dengan isu pilih ubat gigi yang kena ada fluoride, bukan pakai ubat gigi yang tak ada fluorida.

err, faham tak? dental fluorosis tu sebenarnya terlebih fluoride. tapi bila saya kaitkan dengan pilih ubat gigi bagai tu, bermakna saya telah mengatakan kat budak tu yang dia kekurangan fluoride!! HABISLAH!!! tiba2 rasa macam gelap masa depan untuk jadi dentist. haha~salah sendiri jugak sebab tak study dulu sebelum roadshow. waaaa~malu sangat2. kiranya adik membaca blog akak, inilah jawapan sebenarnya. haha~sorry sangat2 atas info yang salah.

nak cerita apa lagi ea? ngantuk dah sebenarnya tapi nak tulis gak. hari ni perasaan cam bercelaru. kejap2 rasa macam ada suka, pastu tetiba nangis bila mengingatkan exam dah dekat n study tak habis lagi. tawakkal je la. huhu~

nanti saya edit balik. letak gambar roadshow bagai. seriusli, tetiba rasa weird bila berada di maahad dengan kawan2 FPg sebab saya dah terbayang budak2 sebilik study tadi. yelah, blok asrama kat tepi dewan tu je~haha. ok, nite~

Monday, July 9, 2012

orang exam mengidam

salam~

minggu ni dah mula study week. tapi sabtu dan ahad hari tu dihabiskan dengan bergolek-golek sahaja bersama nota OB. sekarang tengah nak habiskan study Physiology. harap2 dapat habiskan jugak Biochemistry sebelum roadshow sebab lepas tu nan balik rumah sampai puasa =)

orang kata bila orang mengidam jangan dibuat main. eh, itu untuk bakal2 ibu sahaja. hehe~tapi saya tetap nak kata yang saya mengidam gak. kisahnya camni.

semalam pergi makan kat kedai Pink (taktahu nama sebenarnya apa). kedai tu kat dalam kampung area hostel kami ni. lepas dah melantak dengan jayanya sampai senak perut, singgah kat kedai runcit yang berhampiran. sebelum pergi kedai tu lagi, saya dah bagitahu kat kawan2 yang saya nak beli biskut.

tapi kat kedai first biskut yang dikehendaki tak ada. pergi kedai second. alhamdulillah! ada~lalalala..mood riang gembira. tahu tak biskut Munchys yang panjang tu lepastu ada krim butter kat tengah2 dia. haritu saya nampak housemate saya beli jadi teringin nak merasa. semuanya sebab terpengaruh dengan perkataan 'butter' yang tertera kat bungkusan tu. jadi, tangan dengan excitednya mengambil biskut tu lalu dibawa ke kaunter bayaran.

tetiba kawan cakap:

"kak pah! ko nak beli biskut? takyah la. kat rumah ada banyak. yang budak medic bagi lagi."

saya reply, "ada biskut macam ni tak?" sambil tayang biskut munchys tu.

kawan2 muka 'apakah' "takde.."

saya reply balik, "hehe..aku teringin nak makan biskut ni sebenarnya,"

melihatkan kedegilan saya, maka diorang bagi jelah. haha~si budak keras kepala ini...

lepastu balik rumah. tungtang tungtang dah siap mandi bagai, bukak satu bungkus biskut. teruja seyh nak merasa benda yang diidamkan.

tapi sekeping je yang luak. itupun paksa diri telan. ceh, tak adalah sedap seperti yang dibayangkan =(

pendusta!! cis~
rasanya sama je macam biskut2 krim yang lain. haila...dah masuk umur 20 pun masih terpengaruh dengan iklan. bukan sekali dua benda macam ni terjadi, dah banyak kali dah. mengada betul. lepas ni taknak cepat terpengaruh dah. kena buat review dengan orang lain dulu.

oh, la..ni kalau tak habis kena bawak balik rumah la ni. harap2 orang2 kecik kat rumah tu suka makan. haha~

p/s: nak biskut sayur pulaklah. tapi biskut sayur ni sedap. betul. macam ada bawang sekali kat dalam biskut tu. biskut tu femes tau kat asrama.

Friday, July 6, 2012

random rant #2

salam~

perubahan mental sejak akhir2 ini: suka sangat cakap sorang2. sebab setiap masa mesti teringat ada masalah itu ini yang tak selesai lagi. lepastu terlintas kat fikiran dan disebabkan terlalu memikirkannya, tiba2 terkeluar kat mulut.

saya tak gila la. haha~stress mungkin. banyak silap yang saya buat. saya dihantui kesilapan yang saya buat sampai saya rasa tak tenang.

ada sesuatu yang tak kena kat hati saya. hurmm...

ingat Allah selalu, pah. tapi yang nilah yang saya lupa jugak nanti.

hurmm...

saya kena buat sesuatu. saya tak nak jadi macam ni. memanglah saya tak perfect dan banyak sangat kelemahan dan keburukan saya yang dah terbukak pekungnya depan semua orang tapi saya amat berharap saya dapat bagi benefit kat orang lain.

amin.

"semoga dapat sampai ke Ramadhan akan datang"

Monday, July 2, 2012

semua orang dah cuci 'cawan' masing2?

salam~

tadi dah selesai paper Memorisation of Quranic Verses 1. alhamdulillah~harap2 ok. masalahnya jawab sekejap sangat pastu dah keluar dewan (bilik je sebenarnya) peperiksaan. takpelah. kita dah usaha, maka serahkanlah sepenuh tawakal pada Allah.

ehem2. sekarang dah bulan Syaaban. tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan yakni bulan untuk recharge iman. saya rasa tiap2 tahun saya cakap camtu tapi habis je Ramadhan yang sebelum2 ni, mesti diri akan berubah jadi seperti sedia kala yakni tidak lebih baik dari sebelumnya. betullah, kita manusia turun naik tapi sedihnya sebab rasa macam apa yang dibuat masa Ramadhan tu macam tak terkesan kat hati pulak.

berbekalkan teknologi komunikasi yang kian pesat berkembang, ramai frens saya telah berkongsi (share sudah...) video dan sebagainya berkenaan persiapan menyambut Ramadhan seperti countdown nak Ramadhan (saya rasa ni tahun pertama saya lihat kat news feed saya) dan video2 pasal Ramadhan. dan ada satu saya nak share kat sini yang sangat best dan osem.


best kan? eh, lupa nak tanya, faham tak? kat sini dia guna analogi cawan tu sebagai hati kita. bulan Ramadhan kan bulan yang penuh keberkatan dan jugak kemuliaan, tambah lagi masa ni syaitanirrajim diberi cuti secara paksa daripada terus bekerja sebagai penarik manusia ke jalan kemungkaran. jadi, bulan Ramadhan ialah masa yang paling sesuai untuk kita rawat hati kita dan akhirnya pada hari Raya Aidilfitri kita lahir semula dalam keadaan fitrah. barulah betul maksudnya Aidilfitri tu.

tapi, selama ni saya tak perasan pun yang saya 'masuk' ke Ramadhan dengan hati yang sarat dengan kekotoran dan bila 'keluar' dari situ, saya yakin yang hati saya masih macam sebelum Ramadhan lagi sebab saya dapat rasa masih ada karat mazmumah yang terlekat kuat kat situ. sedihkan? maknanya, apa yang saya dah lalui sebulan tu?

bila dah tengok video ni, baru saya faham kenapa saya masih tak berubah kepada yang lebih baik walaupun Ramadhan dah dilalui dengan lapar menahan puasa, solat terawih dan sebagainya. sebabnya saya masuk Ramadhan untuk bersihkan hati je. natijahnya, saya dapatlah bersihkan hati (insya Allah) tapi keluar dengan tak ada isi. err...faham tak? sila fahamkan dengan menonton semula video di atas.

jadi, tahun ni saya nak ajak semua untuk sama2 prepare sehabis mungkin sebelum masuk Ramadhan. kita tak nak rajin baca Al-Qur'an masa Ramadhan je, kita tak nak bangun malam masa Ramadhan je tapi kalau boleh kita nak latihan yang kita start sebelum Ramadhan dan ditingkatkan semasa Ramadhan tu dapat sebati dengan diri kita dan akhirnya istiqamah melaksanakannya walaupun di luar bulan Ramadhan. insya Allah.

jom!! sama2 berdoa supaya Allah sampaikan kita ke bulan Ramadhan dan rebut peluang untuk recharge hati kita dengan iman sampai full dan boleh bertahan sampai Ramadhan yang seterusnya. amin =)

Sunday, July 1, 2012

D.A.N is done =D alhamdulillah~

salam~

umum mengetahui bahawasanya pada Jumaat yang lalu saya telah join dalam organise Dental Appreciation Night yang pertama. banyak kisah di sebalik semua  ni =) nak start last week preparation by unit saya.

Isnin, 25 Jun.

menyempurnakan Vintage Corner yang simple. haha~itu saje yang termampu. lepas tu, agak lega sebab tinggal nak prepare gimik je. barang2 dah ada cuma kotak tu je tak terhias lagi sebab weekend hari tu terpaksa ambik emergency leave jadi persiapan menyiapkan kotak tu tertunda begitu sahaja. hari yang sama, pergi bank-in full payment untuk decoration dan sekali bank-in deposit untuk makanan dengan Athirah. mahunya tak cuak kau. dahlah kena bank-in duit lebih dari rm7000 dengan tak pernah ada pengalamannya pastu atm untuk deposit cash dua temporarily out of service. alhamdulillah kitorang berjaya gak bank-in kan.

Selasa, 26 Jun.

emel design wording kat mr balvin. sepatutnya kena mintak awal lagi supaya kalau ada silap mana2 boleh edit awal2. sekali lagi, saya lambat buat semua ni gara2 balik tambah lagi internet kat rumah diconquer oleh ayah. amat sedih ye di situ. lepastu ada idea baru untuk buat gimik which is bukak sangkar burung pastu ada video burung terbang kat skrin simultaneous dengan terbukanya pintu sangkar tu. disebabkan kotak tu memang tak prepare lagi dan memikirkan ini boleh dilaksanakan, saya terima je. start cari sangkar. Farah kata jirannya ada dan ini membuahkan harapan. harap2 boleh ambik esok.

Rabu, 27 Jun.

sangkar tak dapat lagi!!! sedih sangat sebab dah menyusahkan Farah Husna dan ada sedikit problem which is jirannya tak ada sangkar tu (kot sebab hari tu dia cakap kalau sangkar rabbit ok tak?). tambah sedih bila mr balvin texted and informed that design yang kitorang bagi tu dalam format JPEG menyebabkan dia tak dapat nak expand ke saiz banner. kalau enlarged, nanti pixelate. waaa!!!! jadi, mr balvin decided untuk design yang baru untuk kitorang tapi dia hanya tukar background dan susunan gambar tu je. sedih lagi sebab dah menyusahkan walep dengan mintak dia edit bagai2 semalam. tak sampai hati nak cakap kat dia yang banner dia buat tu takkan wujud malam DAN nanti tapi takut jugak dalam masa yang sama. nak buat camne..huhu~malam start buat video untuk burung bagai2 tu. sebabkan dah keluar idea dan dah setuju, takkan nak cancel suka2 hati,kan? sekali lagi time ni dah susahkan ehsan n khalies. waaa~sangat bersalah tahu. apa2 pun terima kasih banyak2 sebab still tolong.

Khamis, 28 Jun.

sangkar still tak jumpa. by hook or by crook kena ada jugak. naluri saya kuat mengatakan yang kitorang akan dapat jugak sangkar tu sebab saya tak cuak pun pasal ni. benda tu ada cuma tak dapat ke tangan saya lagi je. tengahari tu berjalan sampai ke The Store dengan fafang sebab nak cari bendalah ni tapi tak ada. maaf fafang menyusahkan kau n terima kasih sebab sudi teman aku sampai situ. on the way balik ke kampus, dapat call dari Adila cakap mama nak jumpa pasal financial CS hari tu. waduh, apa lagi? tahu tak dah 3 hari berturut2 saya jumpa mama sebabkan benda ni je. cuak sangat sebab dah terasa macam saya dah buat salah time ni. terus naik ke kelas n disambut dengan orang jahat (haha!!!) yang menakut2kan orang dengan mengatakan "apa ni kak pah? dah tiga hari tiga kali dah mama jumpa pasal ni.." dan akibatnya orang itu menerima balasan dari saya yang tengah tertekan waktu tu dengan mengatakan "diamlah kau." ambik pen je lepas tu terus naik ke office mama dengan adila. sampai2 je mama terus tanya itu ini settlekan hal kewangan tu. waaa!!!sedihlah. hari tu cakap lain hari ni kenapa cakap lain pulak? dah rasa sebak sangat waktu tu tapi tahankan aje. lepas dah settle, mintak maaf semua dengan mama, terus turun ke kelas sebab kejap lagi lecture TITAS dah nak start. depan lecture hall, nadiah tanya kenapa. kalau ikutkan, tak nak cerita apa2 tapi sebab nadiah pandai pujuk (haha) jadi cerita je kat dia. tiba2 air mata leleh!!! waaaa~memang dah tak tahan sangat masa ni. sangat bersyukur sebab dah cerita semua kat nadiah n yang paling bestnya sebab dapat nangis tu lah. habis drama air mata, masuk kelas n lecture titas pun bermula.

petang habis kelas, bagi lagu gimik kat ajk teknikal. turun kejap cari bunga n beli aiskrim sebab nak release tension. balik kelas, solat asar n tunggu kejap sebab ada rehearsal. tiba2 dikejutkan dengan berita gembira!!!farah husna selak2 majalah pengantin lalu tiba2 terjumpa iklan sangkar burung. haha~sangkar tu harga rm25 n kedainya dekat dengan tesco ampang. time ni dah tak nampak orang lain, terus tanya zharif boleh tak nak pergi kedai tu malam nanti? dia kata ok. saya sempat request nak pergi burger king tapi lepas tu dia cakap, "betul2 ea..jangan nak main2" haha~tandanya? tandanya burger king tu dapat dalam mimpi je lah!! hisy. takpelah. dia setuju nak bawakkan pun dah ok. sangat bersyukur waktu ni sebab dah jumpa solution. dapatlah proceed rehearsal dengan senang hati. masa kak mira shukri tanya pasal sangkar burung time tu, dah boleh senyum dengan lebar =))

oh ye. petang tu sempat mesej dengan kak anis 3rd year pasal sangkar burung tapi tak berbalas. sebab dia ada dan sangkar tu guna masa akasia seni hari tu tapi takde sape pun cakap benda tu ada lagi dengan dia. saya pun assumed yang dia dah bawak balik sangkar tu ke rumah. tapi cuba jugak tanya lagi. Maghrib tu tengah kalut2 siap2 nak pergi beli sangkar tu kak anis replied dan bagitahu yang bendalah tu ada lagi kat sini. seronok!! tapi dah start takut. macam mana ea nak cancel pergi beli dengan zharif? untuk pengetahuan, saya takut dengan dia. haha~tapi sebab hasanah jadi orang perantara, maka semuanya settle. alhamdulillah. 

Jumaat, 29 Jun.

lagi beberapa jam nak dinner. tengahari pergi Pandan Lake Club dengan fafang, hasanah plus budak2 photobooth yakni pikad, husna, fariha dan filzah. sampai sana set up barang2 gimik n sambil tu tengok2 budak photobooth buat kerja. dalam pukul 1 lebih, pihak decorator sampai n start hias dewan. jadi queen control sikit time ni sebab dok tegur itu ini kat budak2 yang tolong decorate tu. haha~dah masuk waktu Zuhur tapi tak solat kat situ. sampai tertidur dekat depan photobooth menanti kereta yang akan bawak kami ke surau berdekatan. dan bila dah pergi, guess what?? pergi surau yang mana ada tadika kat depan tu dan tadika tu ialah tadika saya!! haha~dah besar rupanya saya ni. hehe~corak kat dinding sekolah tu pun dah lain. sebenarnya, masa saya cakap kat mak n kakak pasal nak buat dinner kat Pandan Lake Club, diorang terus cakap, "oh...kat situ" tapi saya blur habisan. penat je akak saya cakap yang kat situlah kitorang main kecik2 dulu. sangat dekat dengan rumah lama tahu? oh, rindunya dekat zaman kanak2 riang. =)
dulu namanya Tadika Aina~


selesai solat, balik semula ke Pandan Lake Club (rajinnyalah tulis penuh. lepas ni tulis PLC so faham2 sendiri ye) dan semak kerja2 hiasan yang dibuat. dapat arahan dari kak mira untuk suruh orang tu buat kerja kemas2 sikit. bertambahlah kecerewetan saya. haha~last2 dah malas cakap dengan budak tu yang dua2 macam blur, saya sendiri yang sorok2kan tepi2 riben kerusi yang tak kemas tapi tak semualah. start decorate pentas jugak dengan lampu2 bagai tu serta bawak barang2 gimik ke depan pentas. habis kerja dalam pukul 6. nak cepat siap sebab nanti nak kena balik gv dulu siap2 untuk malam ni jugak. dahlah tak iron baju lagi. sabar je lah. mula2 kak mira suruh balik dengan dia tapi tiba2 ada orang offer untuk tumpangkan. apa lagi, join sekakilah. bye kak mira. kitorang balik dulu. hehe~

dah siap!! dah solat maghrib n siap dengan sangat simplenya terus turun ke bas. harap sangat bas cepat gerak tapi dah pukul 8 lebih baru dia gerak. geram kot!! orang nak sampai cepat. sampai2 je terus rushing2 tengok barang gimik dan lepastu tiba2 tak tau nak buat apa. ahaha~jadi, tolong athirah tengok2 apa yang patut. dekat pukul 9 (ke?) majlis pun bermula. seronok pulak tengok orang datang pakai baju yang vintage2 dan rasa nak tanya je, mana beli? saya cari merata (meratalah sangat) tak jumpa. haha~time start ni dah rasa berdebar sebab tugas terakhir saya ialah gimik dan harap sangat gimik tu menjadi. 
chocolate message!! kadnye lagi besar dari coklat~haha

saya dapat chocolate message!! haha~satu roomate saya zahidah bagi, satu lagi kongsi dengan hajar dan farah husna dan yang ni nadhirah yang bagi dan satu lagi tak diketahui siapa pengirimnya. apa2 pun terima kasih ye kepada yang memberi. saya tak bagi apa2 pun. haha~

berbalik kepada cerita gimik. masa yang dinantikan tiba. filzah telah pun menjalankan tugasnya dengan baik dan begitu jugak dengan faiq yang menjaga lampu kat depan tapi....saya tak tahu kat mana silapnya, ada masalah teknikal menyebabkan video burung tu tak keluar!!!!waaaaaaaaaa!!!!nak nangis sungguh ni tapi cepat sedar yang nak salahkan siapa? benda dah jadi n siapa sangka akan jadi camni. sedih jugak tapi takpelah. bukan rezeki kot nak buat gimik hebat2 camtu. huhu~disebabkan sedih, maka saya telah melantak dengan suka hatinya. haha~tapi tak dapat nak makan puas2 pun sebab kesian dekat athirah yang duduk kat sebelah terganggu dengan masalah makanan tak cukup dan sebagainya. nantilah makan kenyang2. hehe~

majlis tamat dekat pukul 12 (ke lebih?). risau still ada sebab tak dengar lagi komen orang tentang dinner yang first ni. lepas sesi mengarut2 sambil bergambar selesai, cepat2 cabut segala hiasan kat pentas n kemas barang gimik dan kejar bas last untuk balik gv. sampai gv, buat apa2 yang wajib dan patut dan lepas tu tidur dengan lenanya.

kesimpulannya, sebagai comittee untuk DAN yang first ni, saya sangat bersyukur sebab belajar banyak benda dan diharapkan dapat jadi pengajaran untuk masa akan datang. jutaan kemaafan saya pohonkan sebab sepanjang jadi AJK unit Khas ni, saya sedar yang saya ada buat kerja tak begitu sungguh2 dan banyak lompong sana sini. kepada ajk unit khas akan datang, sila jangan tiru macam saya. haha~orang mungkin pandang best bila jadi sebahagian dari jawatankuasa tapi bagi saya, jawatankuasa ni memegang amanah yang berat dalam merealisasikan harapan orang yang program ni berjalan dengan lancar. ditambah lagi pada masa sama saya pegang jawatan lain, memang tak teruruslah. saya harap tahun depan saya tak serabut camni lagi dah. haha~

alhamdulillah~lepas ni nak tumpu 100% kat exam. oh, lupa. roadshow masih tak settle. doakan roadshow berjalan dengan lancar. terima kasih. amin.