Friday, April 30, 2010

macam-macam

comel sangat bila dia ketawa camni...
aku tarak tau nak cakap pasal apa skarang ni tapi sebab semalam tak sempat nak dapat privasi ntuk menulis entry,so aku tulis hari ni.bukan ape,aku memang tak gemar kalau orang ceroboh baca entry aku curi2.aku dah kat kat profile tuh en yang apa aku state kat sini semua apa yang aku rasa.huh...

hmm...sekarang nak citer tapi takde kekuatan...aku tak suka berkongsi feeling aku ngan orang lain sebab nanti bukan dapat tolong aku,menengok jer reti..hmm..senang kata,aku bukan jenis yang senang percaya orang..err..aku rasa aku pernah cakap pasal ni dulu..abaikanlah.

okey,first sekali,aku nak cakap pasal upu.aku mungkin dah tak sabar sangat nak tunggu result upu sampai terbawak-bawak dalam mimpi.aku dah dua kali mimpi pasal upu ni.pertama,ada orang tak dapat upu.aku tak tau siapa tapi yang sure bukan aku.lelaki tak silap aku.hah!!yang kedua,aku mimpi aku masuk satu asasi ni.aku tak nak asasi tu!!aku harap dapat uia tapi!!!rahsia..haha!!!dengan blog sendiri pun nak berahsia.pstu,aku mimpi aku duduk dalam kalangan budak af.haa???

huh!ni semua bahana aku addict ngan af tu.bukan ape.aku minat kat shahir ex-saujana tu.huhu..baru perasan dia ni ex-saujana.suara boleh tahan.sedap la gak.hensem pun ya.hahahahaha!!!dah tak betulll......nampaknya aku terlampau bosan sampai af pun aku layan.padahal bukan best sangat pun af tu.kan ke ramai yang melabel af tu agen perosak akhlak remaja?hmm..bagi aku,taklah.tu untuk yang obses sampai tak boleh nak beza baik buruk.aku tak katalah yang aku ni pembeza hak dengan batil mcam tu sekali.tapi,pandai-pandai bawak dirilah.tapi,ada effect jugak aku tengok af ni.aku dah angau.

angau ngan sape?si shahir tulah.aku afundi dia tau.dah la kelakar.haha..gelak je la aku tulis entry ni.bukan apa,kalau betul dia boleh berdakwah melalui nyanyian tu,teruskanlah.
macam lagu raihan tu,berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah.hanya apabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah.macam tulah.berdakwah bukan dengan nasyid sambil genggam tangan semata.banyak je cara.

hmm..aku rasa tak ada apa nak tulis dah.cukup sampai sini dulu kot.maybe minggu depan aku update lagi.

salam.

Wednesday, April 28, 2010

facebook kills our muslims?

salam...hmm,semalam aku view satu lagi thread kat iluvislam.bukan apa,aku cakap jujur je.aku tak suka kalau kita tuduh sesuatu benda tanpa bukti.aku baca kat thread tu,ramai yang cakap facebook tu menyumbang kepada pembunuhan umat Islam kat Palestin oleh zionis.aku atk mudah percaya benda selagi tak ada hujah yang kukuh.jangan sangka aku ni tak kisah dengan sedara Islam sendiri pulak.tak.lupakan soal tu seketika.

aku heran bila orang cakap facebook tu menyumbang pada yahudi just sebab pengasas dia tu keturunan yahudi.hello!assalamu'alaikum..kenapa umat Islam mesti berfikiran sempit macam tu?dia bukak n asaskan je.kita nak pakai ke tidak terpulanglah.ada orang terus tutup akaun dengar benda ni.tapi,aku tetap nak cari kebenaran.sekali lagi aku cakap,bukan kerana aku tak peduli our Muslims.

alhamdulillah.aku bukak blog ustaz hasrizal.opinion dia memang aku tabik.dia pun bukak facebook jugak.dia kata,jangan cepat melatah.ah,aku malaslah nak ulas pendapat dia fasal facebook ni.korang kalau nak tahu sangat,jenguklah web dia yang bernama saifulislam tu.

satu lagi aku tak suka bila orang kata muslimah yang upload gambar kat facebook tu muslimah yang dah tak ada perasaan malu.aku kesal bila orang berpandangan macam ni.aku bukan jenis yang suka upload gambar sendiri pun.orang tag gambar yang kebetulan aku menyelit sekali masuk kamera tu banyaklah.tapi tu la.ada yg kata,memalukan bila ambil gambar,dahlah tak pakai tudung,upload masuk dalam facebook pulak.hai,yang si akak tu pegi amik gambar tak pkai tudung tu apsal?kalau dah banyak sangat ilmu agama tu,mesti dah boleh fikir sendiri.aku pun sejak masuk sekolah menengah dah tak berani ambik gambar tak pakai tudung.mesti pakai tudung even dengan famili n adik beradik sendiri pun.sebab,kalau tak upload dalam facebook pun,mesti nanti kita nak cuci gambar tu,kan?haa,tak segan ke kalau apek tukang cuci gambar tu tengok aurat kita?bertudung tak semestinya kat luar je.kalau dah rasa benda tu akan ditengok orang nanti,buat langkah selamatkan diri awal2.semua dah pandai fikirkan?

ada lagi benda yang aku tak puas hati bila orang kata budak2 yang layan facebook ni leka.benda ni sendiri kawallah.ingat semua orang suka main game dalam facebook tu?sumpah aku menyampah dengan game2 dalam facebook tu.malaslah.baik aku main game plant vs zombies yang adik aku rembat dari ntah-mana-mana-ntah tu lagi berpaedahnya.tolong arr..satu je aku mintak.aku tau ramai orang pandai2 agama kat luar tapi please,don't judge a book by it's cover.bukan semua orang guna facebook untuk kejahatan dan bukan semua orang guna facebook dengan kebaikan.think yourself...

hmm...aku ada rancangan sebenarnya untuk mengisi keboringan aku yang insya Allah amin akan berakhir dalam masa sebulan lagi.aku cadang nak tulis cerpen kat blog ni lah.tajuknya...rahsia.adalah..nanti aku cakap.tapi aku harap cerpen tu boleh bantu aku asah balik bakat aku yang dah lama gila tak menulis ni.

hmm...tak ada apa nak tulis lagi dah.aku dah luahkan semua perasaan aku.tadi tension sikit tapi alhamdulillah,lepas aku dah meroyan seorang diri,sekarang aku dah okey.okeylah.takde apa dah.salam.

Tuesday, April 27, 2010

intisari rancangan

salam..kat sini aku nak tulis intisari rancangan (cewah,macam kat surat khabar pulak) maksudnya rancangan2 yg aku tengok la.apa yang aku listkan kat bawah ni semuanya rancangan tv waktu siang.jangan tanya waktu malam sebab time tu memang ayah aku yang conquer tv.dia bukannya tengok sangat pun,bukak awani pastu tengok je berita yang asyik berulang-ulang.hah,sudah.lain aku nak cerita lain pulak yang aku cerita.macam ni la intisari rancangannya:

7:oo a.m:on tv tapi selalunya tengok info jer.
7:30 a.m:diari akademi fantasia (ulangan yg semalam punya tapi sebab semalam xtengok)
8:00 a.m:csi:miami (kalau xbest aku tgk movie kt hbo,max@starmovie.bukan nk tgk sgt pun
cerita ni.biasanya suka part eric cari fingerprint n nk tgk muka ryan wolfe sbb dia
ni hensem)
9:00 a.m:xbuat apa.xde cerita best dah.
4:30 p.m:bila musang berjanggut.

haa....tu je yg aku tengok setiap hari sebenarnya.banyak x?tak la banyak sangat.tengok,org lepas spm pun tak lekat depan tv sangat.tapi tu pun tengok jugak.kalau banyak movie best memang remote tv tu aku yang punya.macam semalam.ada filem quarantine ngan syurga cinta.best jugak beli pakej astro banyak2 nih.mcm2 boleh tengok.tp kadang2 tak best jugak sebab suka ulang benda yang sama.

hmm...tu je lah.dulu aku suka tengok tasbih cinta tapi sekarang macam dah tak best sebab rafi yang aku minat kerana sungguh kacak sudah bercerai dengan isterinya aurel yg lawa dan cun melecun tu.ah!kisah apa aku kalau dia cerai pun.so,sinetron tu out from list.pastu,kalau dah boring giler nak mampos tahap boleh beku depan komputer,aku bukak la you tube.tu pun boring jugak.haila....

betul la orang cakap,when there is too much time in your hand,you will be sooooo boring..bertambah lagi boringnya bila rumah dah kemas.maksudnya,tak boring lagi sekarang ni sebab belum jemur kain,basuh pinggan n lipat kain.

kadang2 rumah dah kemas pun susah hati,kan?ada yang setuju?haish,cakap sorang2 pulak..

last but not least,aku harap dapat tempat yang terbaik untuk upu ni.aku takut kalau aku dapat tawaran yang aku tak mampu bawak coursenya.hanya yang terbaik dariMu.amin.

kerana kesempurnaan itu..


salam...hari ni aku view thread kt iluvislam.aku suka thread tu sbb org yg bg opinion tu memang open minded lebih2 lg bila ckp pasal perempuan.biasalah,kalau sorang laki tu dah pandang perempuan tu xpkai tudung,pkai baju adik,tak cukup kain semua tu dah label dia perempuan x baik.aku tak nafikan yg aku pernah terdetik mcm tu satu masa dulu.tapi alhamdulillah,sekarang persepsi aku dah berubah.kita kena ingat kita yg pkai tudung ni bukannya boleh kekal sampai bila2 except dengan doa dan niat untuk istiqamah.aku pun tak nak la satu masa nanti aku off tudung.na'uzubillah.mintak lindung banyak2.tp tu la.kadang2 benda macam tu yg buat orang terperangkap.berbalik kpd soalan pertama td,x semestinya org yg x tutup aurat berniat nk kekal mcm tu.satu masa aku pernah terfikir,mesti ada ketika,lepas diorg buat sesuatu,benda2 mcm x baik semua tu mesti dlm hati diorg terdetik, "apa kepuasan yang aku dapat bila buat benda ikut nafsu semata?" aku yakin,dlam hati diorg mesti ada perasaan, aku nk jugak pkai tudung mcm diorg.aku nk jugak jejak masjid,solat n mcm lg yg dpt dekatkn diri dgn Allah.tp tulah,mgkn diorg dibesarkan dlm latar belakang famili yg mcm tu,mgkn mk diorg pun tak pkai tudung mcm diorg.or plg senang ckp,masa diorg kecik,mak diorg pon xkesah pasal aurat.kita x boleh salahkan dia jugak.oleh itu,kita yg dh baik sikit,kenala tolong diorg.tak ada istilah belum sampai seru ke,at least pun banyak2 la berdoa.

ckp pasal lelaki pulak (mestilah ni yang aku nk tekankan sbb aku kn perempuan) kita mestilah nk lelaki yg baik,budiman.tp jujur aku cakap,aku memang tak berkenan sgt kalau smpi jubah meleret-leret ke apa.bukan maksud aku nk perlekehkan sunnah ke apa.terus terang cakap,appearance bukan tempat untuk kita nilai seseorang.ada je org yg keja kat tepi2 jalan tp fikiran dia sentiasa niatkan,keja aku ni nak cari rezeki halal.aku nk ckp esp kalau kita teringin sgt kt lelaki yg kaya2 ke apa.kita tak boleh terlalu mengharap yg terbaik sebab kita pun belum tentu dapat jadi yg terbaik.boleh jadi kita temu jodoh dengan sesiapa je.yg penting sentiasa cari dgn keredhaan Allah.doa selalu aku nk jumpa dgn org yg mencintaiMu dan moga dia adalah yg terbaik untukku dan aku terbaik untuknya.itu je.setiap orang ada intention nak berubah cuma kadangkala tertanya,boleh ke?siapa nak tolong?ada ke orang nk terima aku?

kat sini aku quote serangkai kata dari novel versus karya hlovate "bukan mudah untuk berubah,dari tanpa arah ke sejadah.."tu je yg aku igt.tapi yg penting,kalau kita rasa nak yang terbaik,berubahlah terlebih dulu ke arah kebaikan.aku harap bila masuk universiti nanti,aku dapat berubah kepada yg lebih baik.amin.

Monday, April 26, 2010

nak berkata sedikit

salam..nak menulis kemnali setelah otak agak kering dengan idea..apa nak cakap ye?okay,citer pasal semalam,bn menang kt hulu selangor.aku ni bukan la sape2 yg layak bercakap politik,huh! politik pun aku tak paham.ntah sape yg betul sape yg slh aku pon tak tau.kita kdg2 sangka yg kerajaan betul,tp dri satu persepektif lain lagi,pembangkang tu betul skit.ntah la.aku pun kalau dh 21 tahun nnt biar aku fikir banyak kali nk mendaftar jadi pengundi ke tak.apa yg aku harapkan sebenarnya,kalau dah xsehaluan tu cubalah berubah kepada yg lebih baik ikut apa yg rakyat harapkan.bukannya baik masa nk pancing undi jer.ahaha!!aku teringat time f4 dulu.wakil rakyat bhgn kajang tu kot bagi hadiah kt kitorg yg dpt 9A pmr.banyak wayh,rm200 uh..hahaha...habis duit tu aku joli.xsempat pun nk beli buku rujukan fizik kimia bio yg aku idamkan.huhu..okay,kita habis cerita pasal politik nih.cakap panjang2 pun karang org jumpe diserangnya aku..tak ke naya..

hmm,sekarang aku tengah bosan menghitung hari...tunggu result upu kluar.aku harap aku dapat sambung dlm bidang yg memang aku minat n aku suka.alhamdulillah,semalam ayah aku mcm dah sedar,tak sepatutnya kita berharap terlalu tinggi dlm nk dptkn doktor tu.bukannya aku tak cakap awal2 dulu yg aku tak nak jadi doktor.bagilah doktor gigi je ke,kalau dah title doktor tu memang aku tolak.yg aku tahan pun farmasi tu sebab aku sangggggaaaaatttt minat bidang tu.bukan aper,yg jd doktor ni besanya budak2 yg straight A kan,kita ni,siape la...dah la x straight A,ade 2B pulak tu..kang kalau dibuatnya aku dpt sambung dlm dentist tu,mesti org kata,weyh,kau pakai kabel ek?dah satu hal lg aku nk kena menjawab.nnt mesti masa tu aku kena pinggir ngan kekawan.hei cukuplah tu berfikir di luar alam.kita tutup cerita pasal upu ni.biarlah Allah yg Maha Mengetahui dgn kemampuan aku,kekuatan aku yg menentukan.kita doa je la supaya dapat tempat yg terbaik.amin.

okaylah..aku dah takder citer yang nak disampaikan.dah habis dah pun.pasal bab aku tension2 tu,sakit hati tu,terbakar hangus rentung hati tu pun,biarlah aku tau sorang2.bukannya effect kt org lain pun kalau aku citer.nmpk kelemahan aku lagi ader.k,aku blah dlu.wslm.

Tuesday, April 20, 2010

kami prihatin:adakah anda prihatin?



waa..sedih sangat aku dengar lagu nih..jujur cakap kalau aku dengar lagu ni kt tv,mesti tertahan2 mata dari nangis terang2an.sampai hati diorg buat baby tu mcm ni.kurang ajaar sgt spe yg buat baby tu smpi mati.aku tgk satu video kt facebook,si farah aimi tag aku kt situ.sumpah ckp,boleh x org tu beranak dlm toilet,pastu buang jer baby tu dlm tong sampah.diorg igt diorg tu mulia sgt ke smpi buang darah daging sendiri dlm tong smph.ade yg smpi kena mkn ngan anjing la,biawak la.teruk betul.Ya Allah,aku mohon kuatkan keimananku.lindungi org2 yang aku sayang dari terjebak ke kancah jahat tu.aku takut sgt.amin.
sekarang ni memang banyak sgt kes mcm tu..aku risau sebnanye nk hidup kt dunia luar nih..rse best sbb dah hbis skolah tp dlm mse yg same,risau sgt,boleh ke aku bertahan,istiqamah dgn apa yg aku dah amal selama aku kt sekolah.dulu aku cakap ngan akak aku,aku harap dapat sambung belajar kat tempat yg dlm suasana islamik juga.tapi,kakak aku cakap balik,semua tu bergantung pada diri kita sendiri.hmm..tu la yg aku kena doa betul2 sekarang mintak supaya Allah tetapkan hati aku n lindungi aku drpd perkara2 jahat kat luar tu.amin lg sekali.anyway,aku bukan nk doa untuk diri aku jer,untuk semua orang yg aku kenal n yg aku sayang jugak.

Saturday, April 17, 2010

menuli kembali

salam..lme gler dowh tak tulis entry..rindu la plak..tp xper,ni yg bnyk benda aku nk kongsi sorg2 ni..first,aku dh dpt lesen aku yg dh berabad cik wan simpan buat harte,pastu,aku check web matriks,alhamdulillah,aku dpt matriks TAPI!!!!kat johor laa..sumpah!aku tak letak pun dlm choice aku perkataan johor tu.heran jugak camner la dye bole pilih aku letak dlm matriks johor nih.tp,ayh n mak aku tetap berharap dgn sepenuh hati agar aku masuk usim n sambung blaja untuk jadi seorang doktor gigi.huh.ape pun,aku nak ucap syukur sepenuh hati sbb Allah dah bukak hati aku untuk redha jer ngan ape yg Dia tentukan. lgpun,bukan slalu aku dpt penuhi keinginan mak ayah aku.hmm..gitu lah...aku rase mcm nk letak bnyk2 tp tak tau nk letak ape dah..boleh x kalo aku stop skrg?

Thursday, April 8, 2010

jujurnya..

salam..hari ni aku nk cakap lg apa yg terbuku dlm hati aku ni..boleh tak aku nak jerit kuat?takde org dengar pun kan?AKU TAK NAK JADI DOKTORRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!paham tak?ke tak jelas lg apa yg aku sampaikan?tak kisah la doktor sakit puan ke,ape1 jenis doktor la.aku tak nak.aku tak nak.paham tak.aku nk jd pharmacist.keja dia cm doktor gak,at least aku tak yah kena berbaik2 ngan org ke aper.sbb aku ni jenis bila dah tension,sume kena fire.hisy,sah2 kena buang keja aku ni kang.apa yg aku nk nyatakan kt sini,aku memang minat ngan farmasi tu.and i hope so much aku akan dptsambung dlm farmasi tu.ya Allah,aku mohon agar ditempatkan di mana2 universiti aslkan aku boleh sambung farmasi.amin.mungkin org pandang aku cam tak kisah jer ikut kehendak mak ayah.mcm yg akak aku cakap,memang la kita belajar ikut kehendak mak ayah.tp kalau kandas tengah2 belajar tu?ramai je yg quit study time dh nk habis belajar sbb makin susah silibus yg dipelajari.aku tak nak jadi cam tu.aku tak nak membazirkan hidup ngan wang ringgit kerana salah pilih course.aku dah buat istikharah tapi sekali jer hari tu.haha...cam ne la Allah nk bg petunjuk kalo tak buat sungguh2?huh..instinct aku mcm kata aku akn dpt um.isy,toksahla berangan tinggi2 cik pipah oiii...um tu tmpt org pandai jer..haha..tp betul pe aku cakap.apa pun,aku serah sepenuh2 tawakal aku pd Allah.Dia yg berhak menentukan kehidupan aku.tp apa pu,farmasi tetap jantung hatiku..

Tuesday, April 6, 2010

segenggam tabah



Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

salam-hmm,aku tak pernah tulis entri sepanjang ni..semalam selak2 buku usrah aku tyme f2 dulu tetiba nampak lirik lagu nih.okey,disini,saye,nur afifah ingin mendedikasikan lagu ini khas buat mak ngan pak ngan cecekgu..alalala...macam kat ikim.fm plak nak tujukan lagu kat sesape.hmm..aku dpt rasa kesayuan dalam lagu ni.sekarang ni,aku tengah fikir banyak benda.aku baca kat iluvislam dulu,ada sindrom anak kedua dalam dunia psikologi nih.hahaha..lawak sangat sampai aku lupa nak gelak.ada ke dia kata anak kedua ni tak dialu2kan kelahirannya?sungguh kurang sopan.aku tak heran pasal tu.yang aku herannye yelah apa yg dikaitkan dengan sifat2 anak kedua.anak kedua suka memberontak,tapi memang pandai berdikari,pandai sket dalam pelajaran (ahaha..yg ni aku suke,amin),pastu dia kata anak kedua ni suka memendam perasaan.ermm,yang ni aku admit.mungkin kebanyakan anak kedua memang camni kot.aku pun tak tau kenapa aku suka pendam apa yg aku rasa padahal aku tau nanti boleh bawak bahaya pada diri aku jugak.sebabnyer,kat sini aku concludekan,ok?camni,satu,aku tak percaya orang.ni yg aku nak tukar lagu liyana jasmay nih."hei,hei,hei aku tak percaya orang.."ahaha..saorilah.gurau jer.satu tu.kenapa aku tak percaya orang?mak ayah ko bukan orang ek?adek beradek ko tu hape?ermm,tatau.tapi yang pasti,aku bukan orang yang senang2 nk luahkan perasaan aku kt orang lain.biarlah sampai bengkak mata aku menangis sorang2 pun,sampai sesak nafas aku terbatuk2 tahan nangis pun,aku takkan senang2 citer apa yang aku rasa kat orang.hahaha!!aku tau nape lg sebabnye.sbb,nanti kalau aku citer aku nangis.langsung tak sampai apa yg aku nak cerita tu.hmm,tapi aku tak cerita pun kt orang2 sekeliling aku sebab aku tahu Allah tu Maha Mengetahui apa yang aku rasa.sebab Dia yang tahu kemampuan aku untuk pikul ujian yang Dia kurniakan pada aku.hmm,sbb tu lah.so,dah puas hati?pastu,aku tak nak cerita kat orang masalah aku sebab nanti bila orang tahu kelemahan aku,orang boleh buat modal nak sakitkan aku esok lusa tulat hari.apa2 pun,kat sini,in the nutshell,aku hanyelah seorang insan yang lemah.kadang2 aku mengaji tapi aku tersebut jugak benda2 yang menyakitkan hati orang tu.kadang2 aku solat hajat mintak diberi petunjuk supaya berubah kepada yang lebih baik tapi aku sendiri tak kuat nak berubah.Ya Allah,sesungguhnya pentunjukMu yang mata kuharapkan.Amin.

Friday, April 2, 2010

-uhuh-

i found this idiom last night while i preparing myself on muet.the idiom said,absence makes heart grow fonder...hmm,i'm thinking for a while.last night,i had a scary dream with him again..i repeat...it was HIM!!!aaaaaaa....let me shout as loud as i want..uuh.sighed.however,the main point i want to discuss here is,he..er...looks like he want to..oo..how to say..urghhh..looks like he's getting kind with me..owh..it's okay..we're getting good enough now...but!!!hahaha..too funny till i forgot to laugh..huhu..why is he always come in my dream?i am really tired of this!when will this weird dream stop haunting me?wuu...okay,i got to go now..till we meet again..sorry for the grammatical error.i am the one whom trying realize my mistakes..