salam...hmm,semalam aku view satu lagi thread kat iluvislam.bukan apa,aku cakap jujur je.aku tak suka kalau kita tuduh sesuatu benda tanpa bukti.aku baca kat thread tu,ramai yang cakap facebook tu menyumbang kepada pembunuhan umat Islam kat Palestin oleh zionis.aku atk mudah percaya benda selagi tak ada hujah yang kukuh.jangan sangka aku ni tak kisah dengan sedara Islam sendiri pulak.tak.lupakan soal tu seketika.
aku heran bila orang cakap facebook tu menyumbang pada yahudi just sebab pengasas dia tu keturunan yahudi.hello!assalamu'alaikum..kenapa umat Islam mesti berfikiran sempit macam tu?dia bukak n asaskan je.kita nak pakai ke tidak terpulanglah.ada orang terus tutup akaun dengar benda ni.tapi,aku tetap nak cari kebenaran.sekali lagi aku cakap,bukan kerana aku tak peduli our Muslims.
alhamdulillah.aku bukak blog ustaz hasrizal.opinion dia memang aku tabik.dia pun bukak facebook jugak.dia kata,jangan cepat melatah.ah,aku malaslah nak ulas pendapat dia fasal facebook ni.korang kalau nak tahu sangat,jenguklah web dia yang bernama saifulislam tu.
satu lagi aku tak suka bila orang kata muslimah yang upload gambar kat facebook tu muslimah yang dah tak ada perasaan malu.aku kesal bila orang berpandangan macam ni.aku bukan jenis yang suka upload gambar sendiri pun.orang tag gambar yang kebetulan aku menyelit sekali masuk kamera tu banyaklah.tapi tu la.ada yg kata,memalukan bila ambil gambar,dahlah tak pakai tudung,upload masuk dalam facebook pulak.hai,yang si akak tu pegi amik gambar tak pkai tudung tu apsal?kalau dah banyak sangat ilmu agama tu,mesti dah boleh fikir sendiri.aku pun sejak masuk sekolah menengah dah tak berani ambik gambar tak pakai tudung.mesti pakai tudung even dengan famili n adik beradik sendiri pun.sebab,kalau tak upload dalam facebook pun,mesti nanti kita nak cuci gambar tu,kan?haa,tak segan ke kalau apek tukang cuci gambar tu tengok aurat kita?bertudung tak semestinya kat luar je.kalau dah rasa benda tu akan ditengok orang nanti,buat langkah selamatkan diri awal2.semua dah pandai fikirkan?
ada lagi benda yang aku tak puas hati bila orang kata budak2 yang layan facebook ni leka.benda ni sendiri kawallah.ingat semua orang suka main game dalam facebook tu?sumpah aku menyampah dengan game2 dalam facebook tu.malaslah.baik aku main game plant vs zombies yang adik aku rembat dari ntah-mana-mana-ntah tu lagi berpaedahnya.tolong arr..satu je aku mintak.aku tau ramai orang pandai2 agama kat luar tapi please,don't judge a book by it's cover.bukan semua orang guna facebook untuk kejahatan dan bukan semua orang guna facebook dengan kebaikan.think yourself...
hmm...aku ada rancangan sebenarnya untuk mengisi keboringan aku yang insya Allah amin akan berakhir dalam masa sebulan lagi.aku cadang nak tulis cerpen kat blog ni lah.tajuknya...rahsia.adalah..nanti aku cakap.tapi aku harap cerpen tu boleh bantu aku asah balik bakat aku yang dah lama gila tak menulis ni.
hmm...tak ada apa nak tulis lagi dah.aku dah luahkan semua perasaan aku.tadi tension sikit tapi alhamdulillah,lepas aku dah meroyan seorang diri,sekarang aku dah okey.okeylah.takde apa dah.salam.
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment