Saturday, November 27, 2010

saya nak jadi baik!!!

Salam...ok hari ni nak bercerita mengenai sesuatu untuk kita seorang perempuan. Actuallynye, baru lepas baca ‘Nota Hati Seorang Lelaki’ karangan ustaz Pahrol Md. Juoi. Ada satu cerita yang dia tulis yang buat aku tersentak sendiri, dalam nak menyediakan diri sebagai seorang wanita sejati. Chewaahhhhhh.....

Dia cerita, dalam mendidik anak perempuan, parents mesti bayangkan anak perempuannya itu seorang ibu dan isteri. Wahhhh!!! Dahsyat itu. Oleh itu aku membayangkan yang betapa mak ayah aku selama ni dah didik kami adik beradik yang perempuan dengan segala benda sebab aku ingat ayah aku selalu cakap, “Nanti kalau dah ada suami nanti......Nanti dah ada anak nanti...” Oleh itu,sememangnya diorang telah memberikan semua yang patut, tinggal kitorang je nak kena apply setiap ilmu tu dengan baik.

Hahaha...mesti dah dapat baying sesuatu,kan? Sebenarnya entri kali ni nak cakap buat awak yang saya suka. Tapi matikan dulu hasrat tu sebab semester 2 dah nak mula dan aku punya pointer tidak mencapai target untuk semester lalu. Jadi,semester ni kena berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh.Oleh itu, dah berhasrat untuk nak ajak yasmeen stay kat kampus sampai malamlah. -.-“

Ok,babai...

Sunday, November 21, 2010

kenapa if i let you go?

If I Let You Go-Westlife

Day after day
Time pass away
And I just can´t get you off my mind
Nobody knows ... I hide it inside
I keep on searching but I can´t find
The courage to show ...
To letting you know ...
I´ve never felt so much love before
And once again I´m thinking about
Taking the easy way out ...

CHORUS:
But if I let you go
I will never know
What my life would be
Holding you close to me
Will I ever see
You smiling back at me
How will I know?
If I let you go ...

Night after night
I hear myself sayin´
Why can´t this feeling just fade away?
There´s no one like you ...
You speak to my heart...
It´s such a shame we´re worlds apart ...
I´m too shuy to ask ...
I´m too proud to lose
But sooner or later I gotta choose
And once again
I´m thinking about
Taking the easy way out ...

salam..kikiki..lama dah tak post benda baru kat blog tercinta ini.sebenarnya tajuk hari ni tak adalah best mana pun.cuma tiba-tiba terlintas kat fikiran nak luahkan,jadi inilah hasilnya.

kenapa if i let you go?aku sebenarnya hairan dengan diri aku sendiri.selama ni aku hanya mengkategorikan lagu nasyid saje sebagai benda yang aku gemar nak dengar.sampai adik aku pun terkejut bila aku letak lagu ni kat blog.dia kata,ei,ipah pun dengar lagu ni?aiyoo...pesimis betul opinion kau.takper.ada cerita kenapa aku suka lagu ni dan kenapa aku letak kat blog.kenapa jugak aku menganaktirikan lagu2 nasyid yang menjadi kegemaran aku selama ni dan kenapa aku tak letak lagu menjemput bidadari ker sebagai background blog ini.

sebenarnya lagu ni dah lamakan.aku jer yang baru sekarang terhegeh2 cari lirik,cari lagu ni.tapi aku sangat tertarik dengan lirik nih..

"but if i let you go, i will never know,what my life would be,holding you close to me..will i ever see you smiling back at me,how will i know,if i let you go"

dulukan,aku bayangkan bila kita nyanyi part ni,mesti kita bayangkan orang yang kita sayang.orang yang kita suka dan orang kita letak harapan tinggi pada dia sepanjang hidup kita. tapi lepas tu aku tersedar.ada yang lebih penting dari tu.Dialah pemilik cinta,pemegang harapan kita,yang tunaikan impian kita dan lebih dari itu,Dia pemilik orang2 yang kita bagi cinta,sayang,harapan dan letak pergantungan.

betul tak?macam mana kalau kita biarkan Allah pergi jauh dari kita?meaning,kita jauhkan diri dari Dia?kita tak tau apa jadi dengan hidup kita nanti.kita tak tau sama ada pelarian kita boleh jadi mendatangkan kemurkaan Dia.kita tak boleh lari dari Dia. Allah sendiri ada berfirman,kalau orang2 kafir tu tak nak beriman kepada Dia,itu tak jadi masalah bagi Dia sebab Dia memiliki segalanya.kita pun,kalau tak letak pergantungan pada Allah,tak jadi masalah bagi Dia sebab Dia yang tentukan hidup kita.

hmm...agak2 korg faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni.minta maaf banyak2 kalau tak kena maksud tapi yang penting kat sini,kita kena sentiasa berpegang kepada Allah.pastu,tak kisahlah lagu apa pun,selagi maksud cinta dalam lagu tu dapat ditukarkan kepada cinta untuk Allah,tak ada salahnya.menjemput bidadari?best lagu tu untuk kita zaman bujang2 lagi ni.kekeke...supaya dapat siapkan diri kita untuk hari yang akan datang.kalau kita dah didik diri kita untuk cinta dan kasih pada Allah,maka tak mustahil kita akan jadi bidadari pada orang yang cintakan Dia juga...

hihihi...ni satu doa yang ayah aku ajar semalam.ayat terakhir surah At-Taubah.bagus kalau diamalkan tujuh kali setiap pagi dan petang.aku nak tulis dalam jawi takut pulak,tambah lagi laptop ini tiada huruf jawi.oleh itu,aku letak maksudnya saje supaya kita dapat fahami dan ambil maknanya.nanti yang jawi check kat al-Qur'an,ye!

"Cukuplah bagiku Allah,tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia,kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar"

sampai sini saje,wassalam =)




Friday, November 19, 2010

kenapa dgn blog ini????!!!

salam...hari ni tak tau apa masalah dengan blog ini sebab tak dapat nak post dengan lawa sekaligus menjatuhkan mood aku yang sedang berdebar antara tunggu result final sem nak keluar dan jugak sem baru yang lagi seminggu nak bukak.cuti tinggal seminggu jer n banyak benda x settle lagi.meh aku listkan satu persatu.

1)barang2 seperti buku,pen baru,highlighter baru,kalkulator baru(since my former calculator was missing after my chemistry paper three weeks ago).

2)baju2 sume tak kemas lagi dan sudah pasti aku akan kelam kabut yang teramat bermula hari khamis minggu depan sebab berkoyan2 jugak harta yang aku bawak balik lepas muet tempoh hari.

laa....xdela banyak mana rupanya.aku jer yang perasan lebih.ok,apapun aku dah tak nak tulis lagi sebab xde mood sgt2 ni.k,till we meet again.

Wednesday, November 17, 2010

salam aidiladha :D


salam aidiladha kepada semua!!alhamdulillah,tahun ni kita jumpa lagi dengan aidiladha,kan?dapat bertakbir,tengok orang sembelih binatang korban dan jugak merasa makan daging korban (kalau ada).tapi yang seronoknya dapat bertakbirlah,sebab bila bertakbir kita akan rasa seronok sebab kita dapat membesarkan Allah.alhamdulillah,apa-apa pun segalanya milikMu.

huhu..bercerita tentang hari ini.sebenarnya kan,aidiladha mula malam semalam lagi,kan?selalu orang hantar mesej lawak2 la sebab malam raya tapi tahun ni terasa sikit kelainan bila seorang sahabat hantar mesej pasal memghidupkan malam raya.jap eh,kopi dan tampal pada blog.

Dari Abu Umamah ,dari Nabi Muhammad s.a.w, sabdanya: Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya takkan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu. (Riwayat Ibnu Majah)
Best,kan?Kita kena sedar bahawa kita cuma manusia biasa, macam-macam yang kita buat supaya hati kita sentiasa hidup dalam mengingati Allah. Kadang-kadang kita terlalai,kita sangka kita dah buat semua amalan yang termampu tapi sebenarnya kita cuma manusia biasa,kita tak tahu sama ada Allah terima amalan kita atau tak.kita tak tahu sama ada amalan kita tu lepas qualification atau tak untuk Allah terima. oleh itu, sewajarnyalah kita kena sentiasa beringat.
ok, bercerita pasal sambutan raya tahun ni,taklah semeriah mana tapi masih dalam keseronokan sebab dapat sambut sama2 satu famili.kitorang nyaris memecah masuk rumah nenekku di beranang sebab salah masuk kunci depan.beria2 la aku panjat meja kecik kat luar tu semata2 nak tolak tingkap supaya dapat masuk rumah tu.last2,baru dapat masukkan kunci dengan betul.semangat la kitorang menyerbu masuk rumah tu.
semalam jugak dapatlah merasa makan daging korban sebab makan ramai2 kat surau sebelah rumah. lepas tu,aku selaku anak dara yang rajin juga baik hati tolonglah jugak sikit2 buat keja2.selebihnya, kami adik beradik terlentang di ruang tamu rumah nenek kitorang..hehehe....
dahlah.rasa cukup sampai sini jer kot.sebenarnya nak upload gambar raya semalam tapi entah kenapa dah masukkan memory card kat tepi laptop nih tak keluar apa2 pulak.nanti cuba lagi.k,salam :D

Monday, November 15, 2010

dentist oh dentist

mari menjaga gigi kita!!
kesian gigi ni sakit
me at future!!insya Allah :D

Salam,huhu…tajuk hari ini berkisahkan pasal course yang aku ambil untuk tahun depan,insya Allah.Harapnya dapatlah sambung ke fakulti idaman itu kerana sangat berharap. Hmm..sepatutnya aku post entry camni sebelum masuk universiti lagi tapi apa2 pun,sangat berterima kasih kepada Atikah Rahman yang telah memberi idea (sebenarnya tak adalah sangat,just dia tulis pasal jadi doktor je ke?,tapi telah buat aku tergerak untuk tulis pasal pergigian ini.

Dulu,aku tak pernah pun terfikir nak ambil pergigian ni sebab semangat menjulang tinggi untuk ambik perundangan je dulu. Tapi sekarang,Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat masuk tamhidi pergigian and harap sangat satu hari nanti dapat jadi doktor gigi.Orang kata senang,tapi aku tak tahulah.Belum habis buat research lagi.Hehehe….Apa-apa pun,dipersilakanlah menambah ilmu pengetahuan kita tentang pergigian ini :D

Pergigian ialah "penilaian, diagnosis, pencegahan dan/atau rawatan (bukan pembedahan, pembedahan atau prosedur berkaitan) bagi penyakit dan/atau keadaan kaviti mulut kawasan rahang dan/atau struktur bersebelahan dan berkaitan serta kesannya terhadap tubuh manusia". Bagi mereka yang melibatkan diri dalam bidang pergigian, mereka dikenali sebagai doktor gigi.

Haa…ini maksud pergigian kalau ikut Wikipedia la. Aku dah cuba search banyak tempat untuk cari lagi info pergigian ni tapi tak banyak sangat. Iyalah,dah tumpu pada satu bahagian tu aje,memang la tak mustahil tak banyak.Tapi tak tahulah sebab aku pun belum habis geledah lagi Google tu.

"Tahukah adik bahawa negara kita amat ketandusan doktor gigi? Setakat ini kita hanya mempunyai sekitar 1 800 doktor gigi di seluruh negara.Ini bermakna seorang doktor gigi terpaksa merawat sekitar 13 000 orang pesakit. Ramai daripada doktor gigi bekerja di klinik kerajaan tetapi ada juga sebahagian yang membuka perniagaan mereka sendiri. Tetapi tidak kira di mana mereka berada, kewajipan mereka ialah untuk membantu meredakan keluhan pesakit sebaik mungkin.

Untuk menjadi doktor pergigian adik mesti rajin dan gigih belajar. Pelajaran sains amat penting untuk kita hayati. Matematik juga sama pentingnya.

Di Fakulti Pergigian adik akan dilatih dalam pelbagai disiplin yang amat menarik seperti mengenai rangka dan tulang manusia, pertumbuhan gigi dan rahang.

Adik juga akan mempelajari bagaimana membancuh ubat-ubatan, jenis rawatan yang boleh diberikan dan pelbagai macam jenis logam dan bahan tampalan yang digunakan.

Tugas doktor gigi sebenarnya bukan sekadar mencabut dan menampal gigi sahaja. Kerjaya itu menawarkan pelbagai bidang kepakaran yang boleh adik ceburi.

Setelah lulus dan menerima ijazah sebagai doktor pergigian am, adik boleh menyambung belajar selama dua atau tiga tahun dalam kepakaran tertentu seperti berikut:

a.

Pakar Ortodonti yang banyak membantu memperbaiki rupa bentuk dan fungsi
rahang dan gigi kita.

b.

Pakar Bedah Pergigian untuk merawat mereka yang mengalami penyakit teruk
seperti kanser mulut dan seumpamanya.

c.

Pakar Kesihatan Pergigian Awam membantu mengawal penyakit pergigian
yang berleluasa.

d.

Pakar Pergigian Kanak-kanak yang banyak membantu memulihkan keadaan
kesihatan pergigian kanak-kanak.

e.

Pakar Periodontologi membantu memulihkan mereka yang mengidap penyakit
gusi dan periodontium.

f.

Pakar Patologi Mulut pula banyak bertugas dalam makmal untuk memeriksa dan
mengenal pasti jenis penyakit merbahaya dengan tepat.

g.

Pakar Pemeliharaan Gigi pula akan mengetahui semua jenis rawatan tampalan
yang mutakhir yang boleh diberikan kepada pesakitnya. Jika datuk dan nenek
kita tiada gigi, maka pakar prostetik pula yang akan dicari.

h.

Pakar Prostetik pula akan diminta untuk merawat mereka.

i.

Pakar Pergigian Forensik yang banyak membantu mengenalpasti identiti mayat yang sudah rentung oleh kebakaran atau pun reput dan seumpamanya."

Hmm..yang ni yang aku rembat dari Malaysian Dental Association. Kenapa ada jadual pulak tu aku tak tahu.Tapi content dia seronok.Siapa kata jadi doktor gigi tak ada specialist?Ada tau. Bila tengok2 ni macam best la pulak kalau ambik pakar pergigian kanak-kanak tu.Hihi…..

Oklah, harap anda semua enjoy baca post ini.Ini saje yang termampu dari saya. Akhir kata,jangan lupe jaga gigi elok2,kalau tak nanti senyum orang gelakkan :D

mari beramal :)

Salam…hari ni dah masuk 8 Zulhijjah. Esok 9 Zulhijjah dan kepada sesiapa yang tak menunaikan haji,digalakkan untuk berpuasa sunat esok sempena hari Arafah.huhu…just nak sharing sebab Alhamdulillah,setakat ni setiap tahun ayah aku galakkan kitorang sekeluarga untuk berpuasa sunat pada hari tersebut.tambah lagi dengan hadis Rasulullah yang memberitahu kita kenapa kita digalakkan berpuasa sempena hari Arafah.

Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

Haaa…best tak.dapat jaminan ampunan dosa setahun lepas dengan setahun sebelum tu. Kitakan manusia biasa,tak lepas dari buat silap dan dosa.tengok betapa penyayangnya Allah.Dia sentiasa memberi keampunan kepada kita,tinggal kita saja nak perlu ingat padaNya sentiasa.

Setakat ni saje dulu kot.sebenarnya nak testing2 update blog.harap2 menjadi.k,till we meet again.salam.


oh,ya..kalau nak tengok lagi boleh link2 dengan kat bawah ni.

kelebihan bulan zulhijjah

kelebihan hari Arafah

Sunday, November 14, 2010

sesuatu yang saya rasa

salam..agak tengah2 bulan ni jadi fikiran tak berapa betul.hmm...dah xlarat pula jadi orang yang sentiasa mencuba nak jadi baik.opps...xelok cakap camtu.tapi dalam keadaan sekarang ni,saya memang rasa sangat2 perlukan kekuatan.kekuatan yang saya kena cari dan hubungi pencipta kekuatan,Allah.entahlah,sekarang rasa sangat..tak tau macam mana nak sebut perasaan ni.bercampur.

sebab biasa hujung2 tahun ni biasalah kalau poket pun kering.tapi,entah.bukan nak mengiakan bahawa duit tu punca semua kegembiraan,tapi aku macam dapat predict yang aku akan sangat memerlukan duit tambah2 lagi dah nak buka semester baru. and i thought once i get scolarship from kptm,that would decrease burden on my father.moreover, adilah is going to secondary school. huhu..tolonglah jangan salah faham.saya bukan nak mengungkit,apatah lagi nak minta balasan daripada apa yang saya dah belanjakan untuk famili,sebab saya tahu,daripada saya belanja bukan2 baik saya belanja famili.

tapi sekarang saya dah rasa macam "ya Allah,camner ye aku nak sambung hidup untuk sem 2 nih?aku nekad nak belajar sungguh2 supaya belajar kat tempat yang terjamin dengan sumber kewangan yang menjamin hidup aku jugak".memanglah minta dipermudahkan segalanya sebab sekarang rasa macam nak menangis tapi dalam masa sama rasa macam badan ni dah dehydrate,meaning contains no water anymore (h0h0..missing bology?)

so,sekarang saya kena listkan bajet setiap bulan supaya kewangan sem 2 lebih teratur...aku rasa sekarang ni dah tak boleh harap ayah aku hulur duit dah.hulur dalam bentuk phone kredit tu bolehlah,tapi seganlah.tambah lagi sekarang dah ada tanggungan baru.hahaha...guess what?aku tak kahwin lagi ye.sekarangkan dah ada broadband sendiri. memanglah bayar biasa bawah rm50 sebulan tapi sesuatu yang perlu diconsider juga kerana sem 2 ada lebih kurang 5 bulan.lepas tu,nak masuk degree nanti mesti kena ada duit gak,yang nak shoppingnya aku jugak.aiyooo!!!tambah lagi dengan minat aku yang sungguh mendalam pada buku2 dan pesta buku yang akan diadakan bulan 4 tahun depan.huish....memang lepas ni aku nk belajar business management dengan cik adikku atikah yang ambik akaun tu.nak suruh dia ajar aku sekali,macam mana nak buat debit kredit....

ok,nak pegi makan.laparla....babai

Saturday, November 13, 2010

berperang dengan perasaan

salam..alhamdulillah,hari ni dah habis muet.macam mana result,tawakal saje.insya Allah,aku dah cuba yang terbaik n kalau boleh,biarlah lepas band 3,at least aku lepas nak masuk fakulti idaman..FPg...hehehe

tamatnya muet bererti berbaki lagi dua minggu cuti aku.hmm..tak tau nak buat apa tapi dalam kepala dah ada plan tertentu.rutin biasa,stalk fb FiFi,blogging n bukak youtube tanapa mengetahui arah tuju.tapi,takkan tu je?ada la...tolong2 mak sikit.

berbalik kepada cerita asal.aku tengah berperang ni.perang dengan rindu.(weh geli gile bace blog nih)...nak buat camner,ni la dugaan untuk anak muda seperti aku.hihi...dah pandai nak suka2 orang la,nak minat2 orang la.lepas tu bila dengar lagu permata yang dicari ke,insan bernama kekasih ke,permaisuri hati ke..mula nak senyum sorang2 depan laptop.tambah pulak kalau masa tu tengah stalk facebook orang itu.astaghfirullah....

tak faham sebenarnya dengan cerita pasal suka2 orang ni. kenapa suka?geleng tapi senyum.kenapa minat?geleng tapi sengih.nak kahwin dengan dia tak?tunduk,malu!!!hahaha...dalam hati kata mahu aje walau di mulut kata,isy simpang malaikat 44.yela....sape tak nak kahwin ngan budak baik oiii...hari tu,lupa nak cerita.aku buat istikharah.dipendekkan cerita,aku tak mimpi pelik2 ke apa tapi rasa macam makin bertambah2 pulak suka tu.haiii..kena minyak pengasih ke,love potion ke amende aku tak tau.yang penting,idioms untuk hari ni ialah absence makes heart grow fonder.huh!

sebenarnya tak tau nak tulis apa lagi.sebab orang ini sedang gila suka pada orang itu.kalau orang tu tak suka orang ini,takpe.sebab orang ini sentiasa gembira kalau orang itu gembira juga.orang ini jugak sedang rindu pada kawan2 grupnya yang best2 itu..

sekarang,aku nak pegi dinner.ala dalam bhs melayunya makan pada waktu malam.itu pun nak rasa special.pe ah...k,lapar....nanti tulis lagi.tapi harapnya tak merepek camni lagi.

Thursday, November 11, 2010

exam oh exam

salam..tadi baru balik teman adik aku yg ambik result upsr kat sekolah dia.memang jadi rutin untuk keluarga kitorg,semua org akan ikut pegi amik result sekali sebagai tanda menyokong.huhu....tapi itu bukanlah perkara yang perlu aku highlightkn sebab sebenarnya sekarang ni aku telah merasa sangat bersalah dengan keadaan aku sekarang ni.

aku ingat lagi,6 tahun lepas,aku seorg murid tahun 6.cabaran aku paling besar masa tu iyelah aku anak kedua,disebabkan kakak aku dapat keputusan 4A,ayah aku telah menetapkan bahawa aku mesti dapat 5A.kedua,ayah aku masa tu baru dapat sambung belajar utk peringkat PhD,jadi secara tak langsung dia jugak mendapat kurang masa terluang untuk berada disisi aku memandangkan aku nak ambik exam besar untuk first time dalam hidup aku masa tu.oleh itu,aku masa tu mendapat begitu banyak buku2 latihan,soalan2 yang kena buat,ditambah lagi dengan kelas2 tambahan yang ada kat sekolah.aku bukannya budak yang pandai sangat dan tak berapa pandai pun masa sekarang ni,cuma alhamdulillah Allah bagi kemudahan.jadi niat aku masa tu belajar sungguh2 sebab aku nak keputusan macam yang ayah aku harapkan.alhamdulillah,berkat doa mak n pak yang tak putus2 masa tu,aku dapat la keputusan yang macam aku nak.

tapi hari ni aku rasa bersalah pulak.sepanjang hidup aku,alhamdulillah,memang syukur sangat2 sebab Allah bagi aku keputusan yang memuaskan hati aku n parents aku. aku jugak dapat sambung belajar dalam course yang kritikal (org kate).tapi sekarang,bila tengok result adik aku,aku rasa bersalah.rasa macam selfish pulak sebab selama ni aku macam mengejar cita2 aku sampai aku lupa,ilmu bukan saje untuk dicari tapi jugak untuk dikongsi. aku jugak rase bersalah sebab selama ni aku jarang balik rumah dengan alasan nak study tapi dalam masa aku study,aku lupa aku ade adik2 yang perlukan perhatian aku jugak.sekarang aku rasa bersalah.memang la,dia pun sepatutnya berubah kepada lebih baik dan aku sebagai kakak hanya mampu bagi tunjuk ajar dan jadi contoh sebaik mungkin tapi...tu la.

sekarang tak mahu menyesal apa2 dah sebab perkara dah berlaku.hanya aku harap,dia dapat berubah kepada yang lebih baik dan belajar dari kesilapan lalu.

"sometimes, we mistaken so that we learn from the mistakes and change to a better one"

Thursday, November 4, 2010

jangan biarkan ia berhabuk..


alkisah,suatu hari seorang remaja masuk ke sebuah masjid.tiba-tiba dia terdengar satu suara aneh yang menangis teresak-esak.puas dicari mana puncanya sehinggalah dia mendapati suara itu datang dari sebuah al-Qur'an lusuh yang berhabuk.

"engkaukah yang bersuara?kenapa?"
"dulu, sewaktu tuan aku kecil dan masih kanak-kanak,dia selalu mencintaiku dan membacaku,walaupun kadangkala dia dirotan gara-gara membacaku dengan merangka-rangkak.dulu,aku selalu disayangi.setiap kali habis membacaku,dia akan memelukku dan mengtucupku.aku disimpan di tempat yang tinggi.aku takkan dibiarkan berhabuk.setiap hari,aku dibelek dan dibaca,sehinggalah aku lusuh begini."

"adakah kini dia masih membaca engkau?"
"kini,dia sudah mencintai dan membaca perkara lain.aku yang lusuh dibiarkan terus lusuh dan berhabuk. dia sudah tidak mencintai aku lagi.aku masih disimpan di tempat yang tinggi,tapi tempat tinggi itu menghalang mata hatinya dari menyentuh dan membacaku."

cerita kat atas tu maybe anda semua dah pernah baca sebelum ni.bahkan dalam edisi yang lebih baik,kreatif dan menyentuh hati.tapi apa yang aku nak highlightkan kat sini ialah betapa suatu masa dulu,kita mesti masih ingat lagi.kita selalu kelek sana-sini al-Qur'an.tak kisahlah kalau muqaddam semata sekalipun.yang penting,dulu malam-malam rumah kita mesti hidup dengan bacaan ayat al-Qur'an.walaupun yang membacanya waktu itu adalah kita,budak tak cukup umur dengan bacaan tunggang langgang dan tak ikut tajwid yang betul.

sekarang,kita dah makin besar.masuk sekolah menengah,kita berkenalan pula dengan Ma'thurat.kita baca setiap pagi dan petang.kita faham dengan makna doa dan zikir,kita rasa dekat dengan Rasulullah sebab zikir2 Ma'thurat ialah zikir2 harian Rasulullah s.a.w..hari kita makin terisi dengan bacaan al-Qur'an and ma'thurat secara alternate.tambah lagi bila suatu hari,ada orang jual al-Qur'an dengan tafsir,siap ada zip atau butang supaya al-Qur'an tu kita boleh bawak ke mana-mana.boleh baca tafsirnya sekali.pendek kata,kita akan melekat dengan dua benda ni ke mana sahaja sepanjang waktu sekolah dulu.

bila masuk bulan Ramadhan,rasa meriah sebab semua orang bawak tafsir masing-masing. tambah lagi sekolah ada buat tadarus al-Qur'an. masa tu memang seronok. di samping kita mengaji,kita juga tambah ilmu kita bilamana setiap kali kita tersilap baca,mesti ada kawan yang tegurkan kesalahan kita dan kita akan belajar dari kesilapan.alhamdulillah,rasa gembira tu semakin terasa bila kita ramai-ramai dengan kawan-kawan dapat khatamkan satu al-Qur'an dalam masa sebulan.lepas tu,kita pun bagi nama pada cikgu sebab siapa yang dapat khatam satu al-Qur'an nanti cikgu bagi duit raya.hehe..suka betul kita masa tu..

sekarang,kita dah habis sekolah.kita masuk universiti.kita makin sibuk.kita busy dengan jadual hidup yang padat dengan homework,tutorial,assignment,perjumpaan,kuliah dan sebagainya. bila balik bilik je,dah tak nampak apa kecuali katil tersayang.setiap kali kita habis solat maghrib,kita akan bertungkus-lumus siapkan semua kerja dan ulangkaji apa yang patut.habis kerja,solat isyak dan kita pun terus tidur dengan lenanya sampai ke subuh.lepas tu,bangun pagi,solat,mandi,siap-siap,kejar bas,pergi kampus.teruskan hidup sama macam hari-hari yang sebelumnya.tapi,satu hari kita akan termenung seketika.

kita akan termenung bila kita teringat,ada sesuatu yang aku tinggalkan selama ni.ada sesuatu yang dah buat hidup aku tak complete.bukan tak complete langsung,tapi ada kekurangan.kita rasa macam berjauhan.dan saat itu tangan kita akan mula mendekati al-Qur'an dan membacanya semula.saat tu,kita akan rasa sebak dan kita rasa,bukan Allah sahaja yang cinta dan sayang pada kita,bahkan al-Qur'an pun macam tu.

realitinya,kita dan al-Qur'an tak boleh dipisahkan.kepada yang bergelar huffaz,tahniah kerana terpilih sebagai pemelihara al-Qur'an dan menyimpannya dalam diri anda.kepada yang istiqamah dengan membaca al-Qur'an setiap hari,bersyukur kerana diberi kekuatan serta taufik dan hidayah untuk sentiasa bersama amalan tersebut.kepada yang masih berusaha membaca al-Qur'an walaupun merangkak-rangkak,ingatlah bahawa kesungguhan membaca itu mendapat pahala yang banyak disisi Allah.kepada semua yang bergelar muslimin dan muslimat,ingatlah bahawa al-Qur'an itu suatu hari nanti,boleh menjadi hujah kepada kita atau hujah ke atas kita.jangan biarkan ia menjadi hujah ke atas kita,kelak pada siapa kita nak bergantung pada hari pembalasan nanti?




Wednesday, November 3, 2010

cuti-holiday-'utlah-hmm...



bahan2 peneman cuti-novels n...err..muet?
salam..hehe...gambar di atas itu ialah gambar hasil kejayaan aku menganbilnya dengan webcam laptop ayah aku (dye kate da jadi milik aku tapi aku xsure).sebenarnya,sangat boring pulak.mari kita senaraikan kat sini apa yang aku buat sepanjang cuti yang baru masuk 5 hari ni.

  • house chores(mcm biasa la,basuh pinggan,jemur kain,angkat kain,sapu rumah)
  • buat reading and listening(sekali je baru)
  • watching three idiots (lawak sangat seyh!!! xlarat aku n kakak aku gelak)
  • baca novel(yg dah berapa kali khatam..al-Qur'an xde pulak khatam sebanyak tu..)
  • tengok harry potter and series dgn nur kasih (kebetulan ada dlm pc kt depan and baru selamat diseludup masuk)
hmm..tu je la yang aku buat setakat ni.xde benda best pun.kawan2 maahad ada ajak jenjalan kat alamanda jumaat ni.tanya kat mak,mak mcm bagi tapi belum tanya pak lagi.takut dia xbagi..huhu...harap sangat dapat keluar.hari tu wan ajak pegi rumah muiz tapi last2 tak jadi walaupun ayah aku bagi..

nak cerita pasal muet pulak.malam tadi aku buat listening dan hasilnya,hasil ditanda oleh aku sendiri yang menggunakan kuasa veto dalam memberi markah,dapat la 13/20..hehe..hebat tak?weh,gila riak ko.mana ada la...just nak berkongsi kegembiraan.hehe.kiranya,pendengaran aku sehingga kini masih baiklah ye.

nak cerita apa lagi ek?ada.ssesuatu.hehe...tak mo la cerita.just nak share sesuatu di sini n hope kita dapat amik iktibar bersama.ayat ni pun aku grab dari majalah solusi yang aku beli beberapa bulan lepas..

"melalaikan berzikir adalah lebih baik daripada berzikir dalam kelalaian"

ok,ma'assalamah wa ila liqa'i.. :D


Monday, November 1, 2010

kini berwajah baru!!

hehe..salam..nampak betapa aku selaku pemilik blog ini telah membuat pembaharuan terhadap blog kesayangan ini dengan menukar backgroundnye kepada yang lebih comel.sesuai dengan jiwaku yang masih remaja berusia 18 tahun.haha..

okey,tak ada benda baru yang best boleh share kat sini.just nak bagitau itu aje..tadikan,cuba la jugak (at least) membuka buku muet kesayangan tapi akhirnya gagal membendung keinginan untuk online..and at last,macam ni la jadinya.bila seorang 'afifah diberi broadband dan laptop.maka secara konfermnye dia akan menjadi addict dengan dua barang berharga tersebut.lagipun kan,bila bukak je buku muet tu mesti teringat dia la...aiseh...susah ni..haha..

by the way,sebenarnya ayah aku suruh practice listening.tapi xtau la boleh listen ke tak kalau dah duduk kat rumah ni.hmm....rindu kat usim la...rindu dekat kawan2.aku pun tak tau sejak bila aku dapat sindrom 'saya-rindu-kawan-usim-saya-n-selalu-rasa-nak-nangis-kalau-teringat-mereka'..haha..bahaya nih..di samping merindui mereka,aku jua merindui 'seseorang'..

saya harap kalau betul saya bersama awak nanti kita akan hidup gembira,bahagia n happy-go-lucky ever after..haha!!!

k,tata..till we meet again..