Monday, November 15, 2010

dentist oh dentist

mari menjaga gigi kita!!
kesian gigi ni sakit
me at future!!insya Allah :D

Salam,huhu…tajuk hari ini berkisahkan pasal course yang aku ambil untuk tahun depan,insya Allah.Harapnya dapatlah sambung ke fakulti idaman itu kerana sangat berharap. Hmm..sepatutnya aku post entry camni sebelum masuk universiti lagi tapi apa2 pun,sangat berterima kasih kepada Atikah Rahman yang telah memberi idea (sebenarnya tak adalah sangat,just dia tulis pasal jadi doktor je ke?,tapi telah buat aku tergerak untuk tulis pasal pergigian ini.

Dulu,aku tak pernah pun terfikir nak ambil pergigian ni sebab semangat menjulang tinggi untuk ambik perundangan je dulu. Tapi sekarang,Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat masuk tamhidi pergigian and harap sangat satu hari nanti dapat jadi doktor gigi.Orang kata senang,tapi aku tak tahulah.Belum habis buat research lagi.Hehehe….Apa-apa pun,dipersilakanlah menambah ilmu pengetahuan kita tentang pergigian ini :D

Pergigian ialah "penilaian, diagnosis, pencegahan dan/atau rawatan (bukan pembedahan, pembedahan atau prosedur berkaitan) bagi penyakit dan/atau keadaan kaviti mulut kawasan rahang dan/atau struktur bersebelahan dan berkaitan serta kesannya terhadap tubuh manusia". Bagi mereka yang melibatkan diri dalam bidang pergigian, mereka dikenali sebagai doktor gigi.

Haa…ini maksud pergigian kalau ikut Wikipedia la. Aku dah cuba search banyak tempat untuk cari lagi info pergigian ni tapi tak banyak sangat. Iyalah,dah tumpu pada satu bahagian tu aje,memang la tak mustahil tak banyak.Tapi tak tahulah sebab aku pun belum habis geledah lagi Google tu.

"Tahukah adik bahawa negara kita amat ketandusan doktor gigi? Setakat ini kita hanya mempunyai sekitar 1 800 doktor gigi di seluruh negara.Ini bermakna seorang doktor gigi terpaksa merawat sekitar 13 000 orang pesakit. Ramai daripada doktor gigi bekerja di klinik kerajaan tetapi ada juga sebahagian yang membuka perniagaan mereka sendiri. Tetapi tidak kira di mana mereka berada, kewajipan mereka ialah untuk membantu meredakan keluhan pesakit sebaik mungkin.

Untuk menjadi doktor pergigian adik mesti rajin dan gigih belajar. Pelajaran sains amat penting untuk kita hayati. Matematik juga sama pentingnya.

Di Fakulti Pergigian adik akan dilatih dalam pelbagai disiplin yang amat menarik seperti mengenai rangka dan tulang manusia, pertumbuhan gigi dan rahang.

Adik juga akan mempelajari bagaimana membancuh ubat-ubatan, jenis rawatan yang boleh diberikan dan pelbagai macam jenis logam dan bahan tampalan yang digunakan.

Tugas doktor gigi sebenarnya bukan sekadar mencabut dan menampal gigi sahaja. Kerjaya itu menawarkan pelbagai bidang kepakaran yang boleh adik ceburi.

Setelah lulus dan menerima ijazah sebagai doktor pergigian am, adik boleh menyambung belajar selama dua atau tiga tahun dalam kepakaran tertentu seperti berikut:

a.

Pakar Ortodonti yang banyak membantu memperbaiki rupa bentuk dan fungsi
rahang dan gigi kita.

b.

Pakar Bedah Pergigian untuk merawat mereka yang mengalami penyakit teruk
seperti kanser mulut dan seumpamanya.

c.

Pakar Kesihatan Pergigian Awam membantu mengawal penyakit pergigian
yang berleluasa.

d.

Pakar Pergigian Kanak-kanak yang banyak membantu memulihkan keadaan
kesihatan pergigian kanak-kanak.

e.

Pakar Periodontologi membantu memulihkan mereka yang mengidap penyakit
gusi dan periodontium.

f.

Pakar Patologi Mulut pula banyak bertugas dalam makmal untuk memeriksa dan
mengenal pasti jenis penyakit merbahaya dengan tepat.

g.

Pakar Pemeliharaan Gigi pula akan mengetahui semua jenis rawatan tampalan
yang mutakhir yang boleh diberikan kepada pesakitnya. Jika datuk dan nenek
kita tiada gigi, maka pakar prostetik pula yang akan dicari.

h.

Pakar Prostetik pula akan diminta untuk merawat mereka.

i.

Pakar Pergigian Forensik yang banyak membantu mengenalpasti identiti mayat yang sudah rentung oleh kebakaran atau pun reput dan seumpamanya."

Hmm..yang ni yang aku rembat dari Malaysian Dental Association. Kenapa ada jadual pulak tu aku tak tahu.Tapi content dia seronok.Siapa kata jadi doktor gigi tak ada specialist?Ada tau. Bila tengok2 ni macam best la pulak kalau ambik pakar pergigian kanak-kanak tu.Hihi…..

Oklah, harap anda semua enjoy baca post ini.Ini saje yang termampu dari saya. Akhir kata,jangan lupe jaga gigi elok2,kalau tak nanti senyum orang gelakkan :D

0 respons terhadap bicara saya: