salam~tadi tengok2 facebook page group batch 2005-2009. macam (bukan macam) terkejut bila dengar berita mesir sekarang dalam huru-hara.tadi bukak blog yang pelbagai dan banyak sumber yang melaporkan keadaan di sana. tiba-tiba teringat. bahawa saya ada ramai sahabat di sana yang sedang menuntut ilmu, baik dalam bidang perubatan, akaun, usuluddin dan sebagainya. Teringat pada hanani, sakinah termizi, masturah (xpasti sama ada maghribi termasuk ke tidak..hehe..),shahira ishak, ehsan(err..jordan termasuk juga ke?) dan ramai lagi. takutlah..
harap-harap Malaysia boleh bawa semua student kat sana balik dengan selamat sebab ada yang beritahu airport dah kena bakar, banduan terlepas merata-rata, polis dah tak berkuasa dan sekarang memang dah keluar arahan darurat (antara yang saya baca di page blog.ariff dan juga blog yang dibuat khas untuk melapor sebarang perkembangan dari sana yang mana pelapornya ialah pelajar2 mesir yang berkesempatan berhubung dan juga tak ketinggalan sesiapa yang familinya ada di sana iaitu blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita. Juga pada sesiapa yang ada facebook boleh join page ini supaya kita boleh gesa kerajaan kita cepat2 bawa balik student yang kandas lagi kat sana Page Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.
Try2 la jenguk page2 di atas. kita di sini hanya mampu berdoa dan berharap. tapi entahlah, macam tak diwar-warkan pula cerita ni. saya pun tak banyak tahu, cuma pagi tadi baru tergerak mencari (lambat betul tahap sensitiviti budak ini) dan sedih terasa kerana sudah 6 hari rupanya pergolakan di sana.
harap-harap semuanya selamat. dunia memang dah tak aman sekarang ni. semoga sahabat di sana di kuatkan iman dan dilindungi daripada musibah. amin.macam nak letak gambar tapi tak tahu gambar apa yang sesuai.
last but not least! iluvislam juga ada laporkan. boleh tengok kat buletin: Pelajar Malaysia Di Kaherah Ambil Inisiatif Jaga Keselamatan
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment