Friday, April 29, 2011

kempen 'saya makin comel dan ayu bila menutup aurat dengan baik'


hehe~maaf kalau gambar ini tidak menepati ciri2 yang sepatutnya

Salam~hari ini telah membuktikan bahawa dalam sehari cik ‘afifah ini telah mengupdate blognya dengan menge ‘post’ dua entri sekaligus. Namun begitu, ini menunjukkan bahawa beliau sedang bosan dan akhirnya lahirlah idea untuk mengadakan kempen ini.

Sebenarnya, nama kempen tu panjang sangat. Hehe~kepada sesiapa yang punya idea untuk menamakannya dengan lebih pendek tetapi ringkas dan padat, amatlah dialu-alukan untuk menyatakannya baik melalui komen,facebook atau hubungi saya di talian 01********.Sekian, terima kasih.

Tujuan kempen ini ialah saya selaku Muslimah ingin mengajak saya dan semua Muslimah yang saya kenal dan saya sayang untuk menjadi lebih comel dengan membaiki lagi cara penutupan aurat kita. Bukanlah yang kita pakai selama ini itu tidak baik,.tetapi kalau boleh pakai yang lebih baikkan lagi bagus? Tentu ramai yang tak teragak-agak nak buat menantu. Hehe~melalut pula. Baiklah, apa yang dimaksudkan dengan menutup aurat dengan lebih baik itu?

1) Melabuhkan tudung hingga menutupi dada

Ada macam2 jenis tudung sekarang ni kat pasaran, seperti yang dapat dilihat di jalan TAR, butik Aryani, Zulda Masri dan sebagainya. Namun begitu, tudung yang kita pakai mestilah memenuhi dan menutupi dada kita. Contoh, seandainya orang itu kecil sahaja dan tudung bawal 45 inci sahaja pun sudah mampu menutupi dadanya, maka sudah menutup auratlah orang itu,kan? =D Tetapi, sekiranya kita yakin bahawa dengan memakai tudung bawal itu memang jelas tidak menutupi dada kita, maka beralihlah kepada tudung yang lebih lebar dan labuh. Senangkan? Jangan risau, kalau xmahu tudung labuh, pakailah tudung bidang. Harganya pun sudah murah =D

2) Pakaian yang tidak jarang dan tidak ketat.

Tidak jarang = tidak menampakkan tubuh badan = tidak nampak bentuk badan = orang tidak boleh agak2 ukurlilit badan kita berapa inci

Tidak ketat = tidak mengikut bentuk badan sama ada pear, epal dan sebagainya. Maksudnya, pakaian yang dipakai tidak melekat pada tubuh. Persoalan: pakai jeans boleh tak? Boleh. Carilah design lelaki. Long straight cut..no ketat kat peha or what. Kan? Kan? Kan? =D

Saya harap kawan2 doakan saya supaya dapat membaiki cara menutup aurat saya dengan lebih baik. Kita baiki sama2 ea? Semoga kita juga istiqamah dengan perubahan baik kita, insya Allah.

Mari tambah ilmu

Aurat:cara berpakaian

E-Kad dari iluvislam



saya sayang al-Qur'an =D



Salam~sebenarnya baru lepas baca satu entry kat FikrahHalaqoh. Sangat seronok sebab menceritakan pasal kelebihan bagi orang yang menghafal Al-Qur’an. Sebenarnya, teringat pada diri sendiri. Dari kecil lagi ayah ada menyebut tentang nak menghantar anaknya ke institut tahfiz. Tak kisahlah anaknya yang mana. Akhirnya, ketika saya berada di penghujung Tingkatan 5, ayah suakan borang permohonan untuk Program Persijilan Tahfiz Darul Qur’an dengan kerjasama UIAM. Selain ayah berharap agar saya jadi hafizah, dia juga sangat berharap saya dapat jadi seorang doktor Muslimah yang baik serta berbakti kepada ummah. Menurut ayah, setakat ini saya antara anaknya yang menunjukkan minat dalam bidang Sains. Oleh itu, saya akur.Tetapi rezeki tidak menyebelahi saya. Walaupun saya dipanggil untuk temuduga, saya tidak ditawarkan untuk menjadi sebahagian huffaz di Darul Qur’an. Takpelah, hikmah yang Allah nak tunjukkan itu kita tak nampak lagi masa tu.

Alhamdulillah, saya dapat tawaran dari USIM untuk sambung belajar dalam bidang pergigian (macam yang dah cerita dalam entri sebelum ni). Saya bagitahu kat ayah, ‘Insya Allah nanti kalau masuk fakulti, kena menghafal Qur’an juga walaupun tak hafal semua.’ Ayah cuma angguk dan bagi kata semangat. Saya tahu, banyak kebaikan apabila kita menghafaz Al-Qur’an ni. Kalau nak tengok manfaat berserta dalil yang sah, silalah klik sini.

Tak ke seronok tu bila dapat hafal Qur’an? Tapi, kadang2 kita tertanya juga pada diri kita. Ala, aku bukan student tahfiz. Macam mana aku nak menghafal Qur’an? Saya pun pernah terdetik. Dulu untuk subjek Pendidikan Al-Qur’an dan As-Sunnah ada hafal surah Yassin dan surah As-Sajdah. Kat asrama pun dulu kakak-kakak senior wajibkan kami adik junior untuk hafal surah-surah tertentu, seperti surah Al-Mulk dan Surah Al-Jumu’ah. Hmm.. Dah lama jugak tak mengulang. Kita dah pernah hafal dulu,takkan kita nak bagi lupa macam tu je,kan? Sayang je. Insya Allah, saya takkan biarkan yang dah dihafal itu berlalu begitu sahaja. Doakan saya ye kawan2.

Namun begitu, mesti ada juga yang berhajat untuk menghafal al-Qur’an tetapi tidak berkesempatan. Saya suka dengan ayat pujukan di FikrahHalaqoh. Katanya, “Allah swt itu maha adil wahai saudaraku. Dia tetap akan memberi kebaikan pada siapa yang dikehendakinya. Kalau kita selalu membaca al-quran, beramal dengan isi kandungan al-quran, berakhlak dengan isi kandungan al-quran, istiqomah hafal sedikit demi sedikit. Insyaallah, pada hari kiamat nanti kamu pun akan dibangkitkan sebagai orang yang ahli al-quran juga sekaligus mendapat syafaat dari al-quran”

Jadi, apa tunggu lagi? Al-Qur’an itu boleh jadi hujah untuk kamu atau ke atas kamu. Semoga di hari perhitungan kelak ia bakal jadi pembela kita. Amin =D



Thursday, April 28, 2011

part of my life-tamhidi =D (part 2)


part 2!!
Baiklah~sambungan dari part (1) sebelum ni. Minggu kedua, kami masih lagi dalam proses berkenalan dan aku, sedang dalam proses menyesuaikan diri dalam kalangan Dentistry 2. Orang first yang aku tahu satu kelas dengan aku ialah Farah Dina tapi orang first dalam kelas tu yang aku mintak nombor ialah Munirah. Inipun kebetulan sebab dia duduk depan aku dalam kuliah masa tu. Jadi, aku mengendeng dengan dia jelah untuk awal2 ni. Hihi~teruk betul. Minggu ni jugak aku Nampak budak yang aku ternampak tempoh hari. Ala..yang sama dengan junior aku tu..Oh..dia budak Dentistry rupanya..hmmm. Masa tutorial Arab yang pertama, kami telah mengadakan sesi taaruf secara formal oleh ustaz kami, Ustaz Akhiruddin yang sangat kelakar dan sempoi tapi sungguh mengagumkan kami selepas itu. Kitorang diminta untuk buat bulatan dan duduk dalam tu mengikut turutan tarikh lahir. Jadi, masa ni la baru aku kenal dengan nama-nama budak kelas aku. Kelas ni ada 4 orang Farah, iaitu Farah Alia, Farah Dina, Farah Husna dan Farah Khalidah. Perghh..xsangka aku. Selama ni aku dengar banyak orang nama Nur jer.haha~pastu, aku pun kenal dan tahu la dengan asal2 budak kelas aku ni. Jap ea..untuk memudahkan pembacaan, aku buat macam kat bawah ni. Harap2 memudahkan =D
Liyana(SBPI Gopeng),Fasihah(SBPI Gopeng), Adawiyah aka Kak Bie (SMI Al-Amin Gombak), Munirah(SMAP Labu), Farah K(SBPI Gombak), Aku(SMKA Maahad Hamidiah), Athirah(Maahad Muhammadi lilbanat), Nabilah(Sekolah Seri Aman), Hizmiyah(SMKA Tok Jiring), Zahidah(SMKA Tok Jiring), Huda(SMKA Sik), Farah Dina(SMKA Yan), Izzati (SMA Kg. Laut), Amirah(SMKA Sheikh Haji Abdul Malik), Farah Alia(Maahad Muhammadi lilbanat),Farah Husna (SAM Hulu Langat), Sabira(KISAS)
Afiq Fathi(SMKA Tok Bachok), Faris(Maahad Muhammadi lilbanin), Faiq(SMKA Maahad Muar), Afiq (Maahad Tahfiz Sains), Izuddin(Maahad Tahfiz Sains), Amir Amirul (SMKA Tok Bachok)
p/s: Amir Amirul dan Sabira masuk kelas ini masa sem 2.hihi =D
Ada seorang lagi, Hafizuddin tapi aku tak tau dia sekolah mana. Tapi, xlame lepas tu beberapa pelajar kelas ni kuar sebab dapat tawaran maktab. Diorang ialah Fasihah, Farah Dina dan Hafizuddin. Izuddin pulak dapat tawaran sambung medic ke Mesir under YIK. Sekarang kat Ain Shams. Jadi, tinggallah kami sahaja namun tetap riang ria. Untuk subjek English, kami dapat Madam Azlina. Teacher ni pun best jugak!!Sebab dialah kitorang pun selalu ambik gambar. Makin menjadi2 aku berminat dengan kamera sejak masuk USIM ni.hehe~
Begitulah serba sedikit kisah di awal Tamhidi. Semua malu2, segan2, sopan santun saje. Xramah sangat lagi masa tu. Pastu, semua dengan penuh skema serta nerdnya mengalungkan ke leher mereka kad2 matrik. Xcaye? Tengoklah gambar yang sama yang aku dah upload banyak kali ni tapi dengan wajah yang berbeza. Hehe~Tapi, masa semester 1 ni semua orang sedang menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. Yelah, kan baru masuk tamhidi, semua tengah belajar menyesuaikan diri disamping mengejar balik apa yang dah ditinggalkan berbulan lamanya sempena cuti SPM lima bulan dulu.
Cukuplah dulu setakat ni. Idea tak gerak sangat. Insya Allah sambung balik dengan kisah2 selepas Mid-sem semester 1. Banyak lagi kisah menarik sebab kami mula berani selepas itu!!hehe~
Oh ya~internet seperti siput sedut pulang petang pula ketika ini. Kejap lagilah ye upload gambar itu!!

part of my life-tamhidi =D (part 1)

23 Mei 2010-Pagi-pagi lagi aku dan keluarga sudah bertolak dari rumah dengan 2 buah kereta ke Nilai untuk pendaftaran aku sebagai pelajar Tamhidi di Universiti Sains Islam Malaysia. Aku tak sangka, dalam 7 pilihan yang aku isi dalam UPU tempoh hari, pilihan ketujuh iaitu Tamhidi Sains dan Teknologi yang ditawarkan kepada aku. tapi, apa-apa pun, alhamdulillah. Yang penting, ramai juga budak Maahad yang masuk sekali dengan aku. hehe~yang penting juga, Yasmeen ada sekali. Dia pun dapat tawaran sama macam aku. Wan Athirah pun ada. Diorang berdua satu asrama dengan aku kat sekolah dulu. Boleh la buat kawan sehidup semati. hehe~lagi, budak kelas aku dulu pun ramai juga yang masuk sini. Fariza, Atikah Rahman dan Fatin Umirah. Budak lelaki aku tak tahu sangat.Tak kisahlah. Hmm,nampaknya lepas ni aku dah bertukar status. Dah jadi student asasi. Ayah aku banyak kali pesan, belajar kat universiti berbeza dengan kat sekolah. Kakak aku pula cakap, peringkat asasi ni belajar tough sikit, kena sabar. Dan mak, macam biasa, banyak2 berdoa minta dipermudahkan urusan belajar kat tamhidi nanti. Insya Allah..







stadium tertutup~


nilam court ku~
Ok, dah sampai Stadium Tertutup Nilai. Kat sini la aku mendaftar. Lepas dah siap semua proses, aku dan keluarga aku bergerak pula ke Nilai Impian sebab kat situ la asrama aku. Nama dia, Kolej Kediaman Camellia Court. Mangai sedapnya nama. Memang pun. Sini semua cukup (kecuali bas dan makanan la) dan juga dikatakan sebagai asrama ter'best' dalam kalangan asrama2 lain kat USIM ni (tapi jangan compare dengan Glennview, yang tu tahap apa aku pun tak tahu..best o0oo). Ok, kat sini aku ditempatkan kat unit C-2-7-1. Waaaa...baru ingat nak cop bilik sama-sama dengan Yasmeen, Wan dan sebagainya. Rupanya USIM dah tentukan awal2 kitorang punya asrama. Tapi, kat sini kitorang tak panggil dorm. Kitorang panggil rumah. Serius, memang macam apartment. Sangat selesa bagi aku sebab dah la rumah besar, orang dalam rumah aku sikit, paling penting, yuran KPTM tanggung.hehe~oklah, dah siap angkut barang, aku kena pergi stadium balik, ada orientasi. memang mengantuk tahap nak merampus sebab banyak ceramah je. rupanya orientasi kat sini takdela macam orientasi yang aku bayangkan. ok, dah mengantuk dan penat. mahu tidur.
Esoknya, ada pendaftaran kursus. Tapi lepas tu nama aku, Yasmeen dan Fariza tersenarai kat satu list tu. Aku pun tak tahu kenapa. Rupanya, kitorang ditawarkan untuk tukar course yang sedia diterima kepada course Medic @ Dentistry, based on pilihan pertama kitorang masa kat UPU dulu. Jadi, aku setuju la nak tukar course. Aku dapat tukar dari Sains Teknologi kepada Pergigian manakala Yasmeen pulak dapat Perubatan. Fariza dari Pergigian tukar Perubatan. Hmm.. aku sorang je la nampaknya yang ambil Dentistry dalam kalangan kawan2 ini. Xpe, nanti jumpa orang baru, boleh tambah kenalan lagi. Hehe..Sepanjang minggu pertama ni, kit0rang ada briefing pasal subjek2 yang akan diambil semester ni sahaja. Tapi core subject dulu. Pasal subjek English. Arab dan Qur’an Hadith akan diterangkan masa sesi kelas minggu depan. Wahh.. takutnya dah nak mask kelas. Masa briefing Fizik, cikgu ARHO yang sangat kelakar telah menyuruh kitorang perkenalkan diri dengan sebut nama serta sekolah dulu. Takut jugak aku, ramai yang dari SBPI, KISAS, sekolah2 yang femes la senang kata. Aku pun dalam hati, ‘orang tahu tak sekolah Maahad Hamidiah agak2?’.Yang xtahan, aku duduk sebelah Yasmeen dan Yasmeen telah melakukan sesuatu yang sangat kelakar. Aku tak tahan nak gelak XD. Dah la sebelum turn kitorang tu kitorang sibuk praktis nak cakap apa masa turn dah sampai. Sekali, jadi macam ni pulak. Huhu~yasmeen, yasmeen.
Pastu, masa Bio kitorang (aku dan Yasmeen) masuk lambat. Dah la ikut pintu depan!!Malu tahap apa aku pun tak tahu. Tapi kitorang berjaya control keayuan, nasib baik jugak ramai tak kenal lagi masa tu. Adoi laa…baru masuk tamhidi dah macam2 benda jadi. Tapi, sesuatu juga telah berlaku ketika ini. Aku terperasan muka sorang budak lelaki ni. Sekali pandangkan, macam budak junior sekolah aku. Hensem la jugak. Tapi aku tak kenal siapa budak tu. Tapi,ah..lantak la. Minggu pertama memang tak ada apa sangat. Minggu ni jugak baru dapat tahu aku masuk kelas Dentistry 2, tapi still kuliah sama dengan Yasmeen, Fariza dan Atikah. Oklah tu, ada jugak kawan masa kat kuliah nanti.
Hmm..panjang dah ni, tapi aku tak habis lagi. Nantikan ye, sambungan dalam part akan datang!!=D

Monday, April 25, 2011

satu cerita sedih

dapat cerpen ni dari iluvislam.sedih.entah.sebab perempuan makhluk perasaan, berbanding lelaki makhluk akal. perempuan senang jatuh sayang dan bila sekali dia sayang pada sesuatu, selamanya dia akan pertahankan perasaan sayangnya itu. bacelah~semoga benda ni xjadi pada diri saya.

'Saya Sayangkan Awak'

kesimpulan: cintailah seseorang itu seadanya, barangkali dia akan jadi orang yang paling kau benci satu hari nanti.

Sunday, April 24, 2011

tamhidi yang penuh kenangan

salam~hari ni xnak cerita banyak. nak tunjuk gambar2 jer.sedih tau tamhidi sudah habis. selepas ini jadi budak besar.aduh..macam2 benda kena fikir. baiklah.ini gambar2 yang merakamkan momen2 indah sepanjang tamhidi 2010/2011.



members of C-2-7 =D
pertama kali ambik gambar, sempena fasihah pindah IPG

bersama madam azlina =D



iftar jamaie dentistry 2 ^_^


tamhidians of dentistry 2010/2011



last day of lab session


we're in RED!!farewell party =(

"hidup itu tidak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
"i wonder how, i wonder why, i wonder where they are..THE DAYS WE HAD,song we sang together"
"and so i say a little prayer, and hopes my dream will take me there, where the skies are blue, TO SEE YOU ONCE AGAIN MY BELOVED FRIENDS"