Friday, April 29, 2011

saya sayang al-Qur'an =D



Salam~sebenarnya baru lepas baca satu entry kat FikrahHalaqoh. Sangat seronok sebab menceritakan pasal kelebihan bagi orang yang menghafal Al-Qur’an. Sebenarnya, teringat pada diri sendiri. Dari kecil lagi ayah ada menyebut tentang nak menghantar anaknya ke institut tahfiz. Tak kisahlah anaknya yang mana. Akhirnya, ketika saya berada di penghujung Tingkatan 5, ayah suakan borang permohonan untuk Program Persijilan Tahfiz Darul Qur’an dengan kerjasama UIAM. Selain ayah berharap agar saya jadi hafizah, dia juga sangat berharap saya dapat jadi seorang doktor Muslimah yang baik serta berbakti kepada ummah. Menurut ayah, setakat ini saya antara anaknya yang menunjukkan minat dalam bidang Sains. Oleh itu, saya akur.Tetapi rezeki tidak menyebelahi saya. Walaupun saya dipanggil untuk temuduga, saya tidak ditawarkan untuk menjadi sebahagian huffaz di Darul Qur’an. Takpelah, hikmah yang Allah nak tunjukkan itu kita tak nampak lagi masa tu.

Alhamdulillah, saya dapat tawaran dari USIM untuk sambung belajar dalam bidang pergigian (macam yang dah cerita dalam entri sebelum ni). Saya bagitahu kat ayah, ‘Insya Allah nanti kalau masuk fakulti, kena menghafal Qur’an juga walaupun tak hafal semua.’ Ayah cuma angguk dan bagi kata semangat. Saya tahu, banyak kebaikan apabila kita menghafaz Al-Qur’an ni. Kalau nak tengok manfaat berserta dalil yang sah, silalah klik sini.

Tak ke seronok tu bila dapat hafal Qur’an? Tapi, kadang2 kita tertanya juga pada diri kita. Ala, aku bukan student tahfiz. Macam mana aku nak menghafal Qur’an? Saya pun pernah terdetik. Dulu untuk subjek Pendidikan Al-Qur’an dan As-Sunnah ada hafal surah Yassin dan surah As-Sajdah. Kat asrama pun dulu kakak-kakak senior wajibkan kami adik junior untuk hafal surah-surah tertentu, seperti surah Al-Mulk dan Surah Al-Jumu’ah. Hmm.. Dah lama jugak tak mengulang. Kita dah pernah hafal dulu,takkan kita nak bagi lupa macam tu je,kan? Sayang je. Insya Allah, saya takkan biarkan yang dah dihafal itu berlalu begitu sahaja. Doakan saya ye kawan2.

Namun begitu, mesti ada juga yang berhajat untuk menghafal al-Qur’an tetapi tidak berkesempatan. Saya suka dengan ayat pujukan di FikrahHalaqoh. Katanya, “Allah swt itu maha adil wahai saudaraku. Dia tetap akan memberi kebaikan pada siapa yang dikehendakinya. Kalau kita selalu membaca al-quran, beramal dengan isi kandungan al-quran, berakhlak dengan isi kandungan al-quran, istiqomah hafal sedikit demi sedikit. Insyaallah, pada hari kiamat nanti kamu pun akan dibangkitkan sebagai orang yang ahli al-quran juga sekaligus mendapat syafaat dari al-quran”

Jadi, apa tunggu lagi? Al-Qur’an itu boleh jadi hujah untuk kamu atau ke atas kamu. Semoga di hari perhitungan kelak ia bakal jadi pembela kita. Amin =D



0 respons terhadap bicara saya: