Saturday, June 4, 2011

A.T.U.K dan E.M.B.A.H

atuk dan embah. rindu sangat-sangat. tiba-tiba aje. err...kejap,korang faham kan embah tu ape? tak perlu susah payah google translate sebab bukan wujud bahasa jawa kat situ. embah tu panggilan untuk nenek dan atuk. bezanya, nenek (dalam keluarga aku la) dipanggil embah wedok dan atuk dipanggil embah lanang. eh, tadi kata rindu pada mereka berdua.huhu~

hari ini, aku dah tak ada datuk dari kedua-dua belah. sebelah ayah, arwah embah meninggal pada 16 Mei 2000. sedih woo kerana ketika itu aku kat sekolah, tengah sibuk2 nak sambut hari guru. tiba-tiba kena panggil ke pejabat sekolah sebab mak aku datang jemput aku dan kakak balik kampung. huhu~ok, aku x sedih sangat masa ni sebab baru darjah 2. jadi aku rasa macam tak ada apa2. aku paksa lagi tu diri aku supaya menangis macam orang lain nangis. ish3...

yang atuk sebelah mak meninggal pada 26 Februari 2007. sedih lagi yang ni kerana aku baik dengan atuk ini. dia suka bercerita walaupun kebanyakannya aku tak faham sangat sebab dia cakap dalam loghat Pahang yang pekat sedangkan aku budak bandar yang nerd. tapi aku dapat rasa dalam hati yang dia bercerita dengan sungguh2. dia selalu bagi aku duit. (huh?) dengan adik beradik sekali la. namun begitu, kehilangan atuk sangat dirasai kerana aku terkilan sampai hari ni.

masa hari atuk meninggal, aku masih merupakan budak baru kat maahad. jadi, kesedihan aku masa tu memang aku pendam sorang2 =( aku ingat lagi, petang tu sebelum pegi masjid aku telefon mak. hari tu jugak merupakan hari jadi adik aku, amin yang nak masuk 4 tahun. jadi, aku ingat nak wish sekali. masa cakap dengan mak, perasan suara mak lain.tapi mak tak cakap pasal atuk. mak cakap nak pegi kedai. so, aku mintak mak aku pass phone kat amin. baru nak wish tiba2 amin cakap camni "ipah, kita nak balik kampung. atuk kita mati."

boleh bayang apa aku rasa masa tu? menangis takyah cakap sebab memang aku menangis on the spot. nasib tak meraung.aku mintak mak aku ambik aku kat maahad tapi mak kata diorang sekarang dah nak sampai bentong (kalau tak silap) pun. aku pun kena redha. tapi, kesedihanmakin berlanjutan sampai hari ni sebab sampai saat ni, aku tak pernah tengok kubur atuk. aku dah hampir bertahun jugak tak balik kampung kat temerloh. boleh bayang tak? orang yang kita sayang, saat dia meninggal dunia kita tak ada disisi dia dan sampai sekarang kita tak dapat peluang pun lagi untuk ziarah pusara dia.

rindu pada dua2 atuk dan embah.semoga atuk dan embah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.insya Allah, atuk. nanti ipah dah ada kereta sendiri ipah akan balik temerloh dan ziarah kubur atuk. alfatihah buat kedua-dua datukku yang tersayang.

p/s: maaf, entri merapu. emosi bercampur aduk =(

1 respons terhadap bicara saya:

Solihin Zubir said... [balas komen ini~]

sy pun rindu kt tok sy.. tak puas lg bermanja.. dia pergi msa sy drjah 2.. tokwan plak pergi msa ayah blum kahwin dgn mak lg.. hmm.

AL-FATIHAH~~~