salam~akhirnya setelah hampir 19 tahun aku bernafas di muka bumi ini (say alhamdulillah,thank you Allah) pada saat ini aku ditakdirkan berjaya untuk makan nasi lemak buat kesekian kalinya. huh? gaya macam kau tak pernah makan je. ha'ah la. aku mana makan nasi lemak selama ni. oh ya, bagi yang tak tahu sejarah silam aku, aku merupakan seorang manusia yang tak makan nasi lemak dan nasi goreng selama ni.
letak ayam bhgn dada yang aku suka sekalipun aku tak makan.. |
serius? serius sungguh. kalau buat bancian mesti nama aku famous masuk world record sebab boleh jadi aku satu-satunya manusia Melayu yang tak makan nasi lemak di mana nasi lemak merupakan makanan...err...apa ya. nak kata makanan ruji, semacam pulak. tapi pendek kata kalau kat tempat omputih diorang jadikan scramble eggs dan roti bakar sebagai sarapan rutin, nasi lemak pun lebih kurang macam tu la. nasi goreng pun sama. jangan tanya kenapa sebab sampai sekarang aku tak tahu kenapa.
mari imbas semula sejarah silam seorang budak-yang-tak-makan-nasi-lemak-dan-nasi-goreng ni. masa kecik2 dulu, aku memang dilahirkan dengan berat yang berpatutan (2.8 kg, ok kan?). dan aku juga membesar dengan rapidnya sampai jadi tembam dan gemuk sangat. ramai yang geram dengan ketembaman aku dulu. tapi, bila mak aku bagi makan nestum atau bubur sayur, aku tak makan. jadi secara mendadak aku yang gemuk masa baby dulu2 terus jadi slim. haa...inilah rahsia kejayaan saya menurunkan berat badan. haha~
lagi, masa kecil2 aku sangat memilih makanan. nasi lemak tak makan. nasi goreng tak makan. telur goreng dan segala jenis masakan telur pun aku tak makan. tauge aku tak makan padahal dulu masa puasa aku selalu curi2 makan tauge yang mak aku rendam letak dalam peti ais. yelah, dah la rangup lepas tu didatangkan dengan pakej air rendaman yang sejuk serta pasti boleh menghilangkan dahaga. pendek kata. banyak sangat benda aku tak makan. sayur pun aku tak makan. kicap pun aku tak sentuh melainkan kicap itu dimasak dengan apa-apa (contoh: ikan atau ayam), baru aku boleh ambik sebagai kuah. serius, aku cerewet sungguh. makanan aku selalu nasi putih dengan ikan goreng. itu je. mak aku naik risau dah sebab gaya pemakanan yang langsung tak sihat. dah tu, asyik ratah milo dengan susu pekat tanpa bancuhan air je pulak tu. maunye tak rosak gigi? tengok2 sekarang nak jadi doktor gigi (insya Allah, amin).
ok, berbalik pada nasi lemak tadi. sebenarnya banyak usaha yang telah keluarga aku lakukan bagi memastikan aku makan jugak nasi lemak tu. makan dengan lauk ikan masak sambal, tak jalan. lama2 diorang dah malas nak kisah. pandai2 la kau nak hidup. tapi, dalam diam aku menanam impian sebenarnya. aku harap satu hari nanti sebelum aku kahwin aku akan dapat makan semua benda yang aku tak makan tu. hehe~ni tengah usaha keras ni. semoga cita-cita aku tercapai. yelah, malu tau kalau tengah makan mihun depan mak mertua tiba2 selonggok tepi pinggan ada sayur dan tauge yang tak bersentuh. haha~ayat ni jugak yang selalu ayah aku sebut bila aku asingkan sayur mayur dalam makanan ke tepi pinggan ala2 dalam cerita Musang Berjanggut.
setakat ni xpernah lagi la asingkan tauge sebanyak nih~ |
apa-apa pun, alhamdulillah sekarang ni sedikit demi sedikit aku dah dapat makan apa yang aku tak makan. contoh: aku dah mula makan telur goreng dan pelbagai jenis masakan telur mula dari darjah 5 (kalau tak silap). nasi goreng aku start makan masa masuk tamhidi (haha!!fakta ye). itupun kena nasi goreng yang berlauk seperti nasi goreng ayam masak merah, nasi goreng USA(amboi), nasi goreng paprik dan sebagainya. nasi goreng kosong belum boleh lagi. nasi lemak pertama kali makan kat satu kem yang aku pergi. ini pun sebab kawan aku paksa. pertama kali makan dengan rela, nasi lemak itu seciput je, keliling pinggan penuh telur rebusnya, ikan bilisnya dan kacang2. sayur-sayuran pun aku dah mula makan tapi tabiat mengasingkan sayur dari mihun, mee dan kueytiow yang aku makan tetap tak dapat dipisahkan. tapi kalau makan ngan nasi, boleh je. namun begitu, tauge tetap mendapat tempat pertama dalam kategori "Makanan paling tidak disukai aku".
sekian sahaja perihal kecerewetan aku. harap2 dapat ubah tabiat buruk kepada yang baik dan lebih baik. lepas ni nak belajar makan nasi kerabu pulak (amboi!!ada apa2 ke?).
p/s: walaupun aku memilih makanan tapi aku suka makanan kampung2 seperti tempoyak dan petai. haha~satu kelebihan di situ. senang la kot kalau nak cari bakal suami yang jenis duduk2 kampung.
7 respons terhadap bicara saya:
amboi, kemain lagi. nasi goreng nak ada USA je. haha. aku pon same, masuk kuis baru start makan tempe, mkn sayur. btw tahniah dah dapat makan nasi lemak! hahah
@_aLiaHwaFa_
haha~tulah kite budak zaman skrg.mkn nk memilih ajer..hehe
tq2...smoge pas ni sume bnde aku bole bantai.
eh kau tak cakap pun nape kau tak makan nasi lemak...a'ah la tak perasan pun sblm ni kau tak makan nasi berlemak santan tu.nasi goreng tu ade la.time bukak pose together gether bdk maahad n lepas turun bas. uhuk33 hehe
suka makan makanan kampung = senang cari bakal suami yg jenis duk kampung? eh.aku nak 'main mata' boleh tak?haha ;)
@Fariza
hehe~malu la klau org tau sbb bile org tau aku xmkn, mesti org bnyk tnye.malas aku..hehe
main mata? ngan sape?haha =D
hahahhaa.. betul2 manusia pelik ni..
byknya benda yg x mkn.. heheh..
@Solihin Zubir
haha~ni tgh usaha nih...
mmg manusia pelik pun. btw, lupe nk tulis situ yg saya pun xmkn segala organ dlmn haiwan yg halal dimkn =)
@nawwar_hanifah
aku main mata dgn kau la, sbb cari suami tu. hehehe ade ikan bilis di sebalik nasi lemak bertimbun
Post a Comment