Sunday, October 30, 2011

umur berapa gigi kekal tumbuh?

salam~

mode: sedang mengulangkaji dental anatomy. salah satunya berkenaan umur berapa gigi kekal tumbuh menggantikan gigi susu.

sumber: uncle google



bahagian atas:

gigi depan: 7-8 tahun
gigi sebelah gigi depan: 8-9 tahun
gigi taring: 11-12 tahun
gigi pertama sebelum geraham (premolar): 10-11 tahun
gigi kedua sebelum geraham (premolar): 10-12 tahun
gigi geraham pertama: 6-7 tahun
gigi geraham kedua: 12-13 tahun
gigi bongsu: 17-21 tahun

bahagian bawah:

gigi depan: 6-7 tahun
gigi sebelah gigi depan: 7-8 tahun
gigi taring: 9-10 tahun
gigi pertama sebelum geraham (premolar): 10-12 tahun
gigi kedua sebelum geraham (premolar): 11-12 tahun
gigi geraham pertama: 6-7 tahun
gigi geraham kedua: 11-13 tahun
gigi bongsu: 17-21 tahun


sumber: illustrated dental embryology, histology and anatomy (3rd edition), published by Elsevier 


penting untuk tahu sebab zaman sekarang ni banyak budak kecik yang baru kat tadika, darjah 1 tapi dah kena cabut gigi. lepastu tunggu punya tunggu tak tumbuh2. semuanya sebab inilah. setiap gigi ada masanya untuk tumbuh. lepastu, kalau gigi tu dicabut awal, dibimbangi gigi yang kat belakang akan bergerak ke depan. bila bergerak ke depan, nanti gigi yang tumbuh lambat tu akan tumbuh kat belakang. nanti susunan gigi jadi tak teratur. last2? bila dah besar terpaksa pakai braces.

jadi, lepas ni bolehlah check gigi tertentu tu dah tumbuh ke belum. oh, ya. gigi bongsu tak semua orang ada tau terutamanya kita ni orang Asia sebab mulut kita kecik, tak muat gigi tu nak tumbuh pun. kalau tak tumbuh takde apa2 pun sebenarnya tapi kalau rasa sakit, lebih baik pergi rujuk ke doktor gigi yang terdekat.

sekian, terima kasih =)

"take care of your teeth before others"

sumber: aunty google

Friday, October 28, 2011

saya suka wali band~

saya suka wali band.


sebab lirik lagunya walaupun berunsurkan cinta tapi majoritinya cinta yang halal.


macam lagu Baik-Baik Sayang, Doaku untukmu Sayang. juga suka dia sebab lagu Taubat Maksiat, selawat, Kekasih Halal (err...betul ke tajuknya ni?)


best.


ok, malas nak cakap dah. sebab sebenarnya sekarang tengah dok menghafal anatomy. minggu depan mid sem exam.


nah, saya bagi satu lagu.



sekian, terima kasih.

mood: tiba2 rasa nak kahwin cepat. *cakapbanyakkalinanticukup40betul2jadibarureticuakpadanmuka*

Monday, October 24, 2011

IT'S TIME FOR US TO CHANGE

salam~

bunyi tajuk macam serius. memang serius. sebab sekarang ni umat Islam kita sudah makin tenat.

tenat sebab baaaaaaaaaaaaaannnnnnnnyyyyyyaaaakkkkk sangat penyakit yang dah berjangkit dengan kita. dulu umat Islam tak sakit teruk macam ni. sebab bila sakit semua orang pergi rujuk pada Pengubat yang satu dan penawarnya.

yakni Allah dan penyelesaian melalui al-Qur'an. tapi sekarang dah tak lagi.

zina-buang bayi-bunuh-membunuh-rogol-sumbang mahram-gay-lesbian-pengkid-hiburan melampau-dadah-pendedahan aurat-fesyen berlebihan-pergaulan tanpa batasan lelaki perempuan ajnabi-media-teknologi-dll

banyak sangat. sampai tak tersenarai kat sini. yang penting kita semua tahu bahawa zaman kita sekarang ni dah kembali ke zaman Jahiliyah dulu. Islam sekadar pada nama, pada IC, cuma ingat Islam hanya ketika puasa, raya, nikah cerai, solat wajib bagi sesetengah orang hanya solat Jumaat dan solat sunat raya. sedihnya..

na'uzubillahi min zalik. kita tak tahu mungkin satu hari nanti kita pulak yang jadi macam tu. tapi kita sangat2 mohon supaya kita dijauhkan dari terjatuh ke perangkap syaitan yang direjam.

habis? kena buat apa sekarang?

it's time for us to change. change yourself, your family, your friends, your colleague, your community and unite. 

umat Islam pernah disegani satu masa dulu. kenapa sekarang kita tak macam tu? 

everything start from ourselves. those are the steps that we should follow in order to put Islam on the highest place.

-individu Muslim-baitul Muslim-masyarakat Muslim-kerajaan Muslim-daulah Muslim-empayar-ustazi'atul alam-

semuanya bermula dengan diri kita. kita kena bentuk diri kita jadi seorang individu Muslim yang baik, mengajak pada kebaikan dan mencegah kemungkaran, berilmu dan berakhlak mulia. insya Allah semua orang boleh. tak kira kita siapa. budak SMKA ke, budak sekolah biasa ke, budak maktab ke, selagi mana kita bergelar Muslim, kita boleh berubah jadi seorang individu Muslim yang baik. tak kiralah macam mana masa lalu kita sekalipun sebab Allah never judges someone based on their past. leave the past behind and start a new life following His guidance. 

so? ini bukan lagi saatnya untuk kita sekadar membenci dalam hati. kita kena buat jugak sesuatu supaya keadaan tenat ni takkan lebih melarat. ini semua untuk masa depan kita, masa depan anak-anak kita dan generasi akan datang. kita semua mengharapkan saat kita mati kelak, kita ada anak-anak soleh yang boleh doakan kita. tapi semua tu mesti (bukan mesti, WAJIB) dimulakan dari diri kita mulai sekarang sebab siapa diri kita sekarang menentukan bagaimana kita dan generasi kita akan datang.

wallahua'lam.

Friday, October 21, 2011

sakit itu penghapus dosa~

salam~

hari ni rasa sakit sangat. memang tengah sakit pun sebenarnya. bukan sakit hati sebab hati memang dah lama sakit. yelah, ada seinci hati tu ada orang dah curi pastu pergi bawak lari. *mengarut*

sebenarnya hari ni sakit yang selalu rasa sakit tu. sakit yang bulan-bulan tu la. susah betul. haha~terus straight to the point. sebenarnya kalau boleh nak aje mintak mc tapi lepas tu rasa macam, mengadalah. sebelum ni tak payah cuti pun takpe. apasal kali ni nak pulak? =="

lepastu hari ni rasa lagi sakit sebab sangat sibuk uruskan duit2. duit untuk beli jajan family day, duit gambar dan duit kelas. kawan2 lain masa self study dapat baca buku saya sibuk kira duit, sibuk mintak duit. duh.. memang makin bertambahlah rasa sakit tu. asyik tertunduk je tahan sakit =(

kadang2 pernah jugak terfikir, orang kata sakit tu 1/10 daripada sakit bersalin. wallahua'lam. macam ni je pun dah rasa menggigil, sentuh benda sejuk sikit pun tak boleh, pinggang rasa macam tak dapat tampung kesakitan tu, minum air pun kena pilih yang suam2 je. apatah lagi kalau masa mengandung dan bersalin nanti. huhu~

tapi ada orang pernah sampaikan kat saya, bahawa sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. jadi, apalah salahnya  rasa sakit macam ni sebulan sekali sebab penghujungnya akan membuatkan kita muhasabah semula diri kita. untunglah kita masih dapat rasa sakit dan sedar bahawa ini salah satu ujian yang Allah bagi kat kita supaya kita kembalikan perhatian kita yang terlalai dari mengingatiNya. kalau tak rasa sakit? mungkin kita akan terus hanyut, mungkin kita akan terus buat dosa kita dan na'uzubillah, kita mungkin akan terus lalai dari mengingatiNya.

                   

jadi, jangan susah hati atau bersedih. Allah takkan bagi kita sakit saja2. kalau nak compare dengan apa yang Nabi Ayub rasa, jauh sangat. Nabi Ayub sakit lagi dahsyat tapi sikit pun tak lupa Allah. jadi, kita muhasabah diri kita sama2 =)


Sunday, October 9, 2011

bila pandang semula ke belakang~

salam~

malam ni tengah sibuk dengan katil yang serabut dan kerja2 yang masih terbengkalai tapi nak jugak tulis entri baru. hehe~

semalam termenung balik bila terkenang kisah masa sekolah rendah, sekolah menengah dan tamhidi. banyak sangat suka dan duka sampaikan semuanya masih terasa sampai hari ini.

saya bukannya lahir dalam keluarga yang senang tapi alhamdulillah tidaklah hidup sangat susah. masa sekolah rendah, sekolah dekat je dengan rumah. tapi paling teringat masa darjah 6. waktu tu ayah sedang dalam proses melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. disebabkan itu, saya kena 'tuang' tuisyen untuk beberapa bulan. ayah pergi berkursus dan hanya berjumpa masa hujung minggu. lepastu selalu kena buat latihan sebab masa ni saya terdidik dengan kata2 " ipah kena dapat 5A" serius. sebelum ni saya tak pernah target apa2 dan tak terfikir pun nak sambung sekolah menengah nanti aliran apa.

masuk sekolah menengah, banyak lagi cabaran yang saya hadapi. dengan adik beradik yang ramai, kewangan yang cukup2 makan. nak mohon biasiswa tak boleh walaupun tanggungan ayah ramai sebab cikgu2 tengok gaji pokok. hakikatnya hidup kat kuala lumpur ni kosnya tinggi. mak tak bekerja lepastu gaji ayah bukannya dapat penuh pun. percaya atau tak, di saat kawan2 lain jawab kertas matematik masa final exam tingkatan 1 guna kalkulator 350, saya congak atas kertas je. bila dah terdesak baru saya bisik2 kat kawan cakap nak pinjam kalkulator sekejap. kadang2 saya terpaksa pinjam kalkulator kakak tapi tak boleh selalu sebab kakak lagi banyak nak pakai. dia ambik science stream, nak kira add math lagi, fizik lagi, kimia lagi, math lagi. naik tingkatan 2 baru saya merasa pakai kalkulator sendiri. semuanya sebab saya fikir, ada kepentingan lain yang perlu ayah saya utamakan. 

lepas pmr, saya dapat tawaran untuk ke SBPI Temerloh tapi saya tak pergi sebab jauh di samping kewangan masa tu pun belum cukup stabil. saya syukur sangat sebab masa lepas pmr tu dapat duit hadiah rm 200 dan rm 100 dari beberapa pihak. hajat di hati nak buat beli buku rujukan (fizik, kimia, biologi) tapi tak dapat sebab ada keutamaan lain. jadi, saya bergantung pada budi baik kawan2 untuk pinjam buku rujukan diorang. saya pinjam buku seorang kawan masa dia tak pakai lepastu buat nota sendiri cepat2 sebab takut dia nak guna jugak. kadang2 pergi library, tengok buku rujukan kat situ. tapi jarang pergi sebab penat kot. alhamdulillah, naik tingkatan 5, ada seorang kawan ni sudi pinjamkan buku2 rujukan kakak dia yang SPM tahun sebelum tu. dia pun dah ada buku rujukan sendiri. syukur sangat2. serius, buku rujukan sangat penting sebab buku teks bukannya cerita semua benda. lagi2 subjek fizik dan kimia. 

masuk tamhidi, alhamdulillah kewangan keluarga bolehlah dikatakan ok. tapi tetap ada pasang surutnya. saya pun dapat elaun dari KPTM jadi sedikit sebanyak ringanlah sikit beban ayah saya (walaupun sebenarnya tak cukup jugak) tapi at least biar ada daripada tak ada apa2. bila dah masuk tamhidi ni cabarannya lain sikit. kalau tak kuat, memanglah susah nak survive. tapi tamhidi sangat seronok sampaikan masalah yang rasa tu seolah2 tak membebankan. alhamdulillah. Allah mudahkan segala urusan.

sekarang dah berpijak di bumi nyata sebagai pelajar sarjana muda. bila pandang semula ke belakang, macam2 yang dah dilalui. betullah, jalan nak berjaya tu bukan senang dan menuntut seribu satu kekuatan, ketabahan dan penyerahan sepenuh tawakal kepada Maha Pencipta. bila kita rasa susah baru kita akan buat sehabis baik. sebab tu nak belajar tak boleh selesa2. oh, ya. siapa kata dah masuk fakulti kat pandan ni senang? subjek banyak, suhu dalam bilik kuliah dah setaraf peti sejuk, nak cari makanan kena jalan jauh2 dan macam2 lagi kalau nak sangat dihitung tapi buat apa kita anggap semua tu sebagai kesusahan? anggaplah ia sebagai cabaran dan insya Allah Dia akan sentiasa tolong kita. 

banyak lagi sebenarnya. kisah waktu darjah dua, berulang-alik dari seremban ke beranang, arwah atuk sakit masa tu, dalam masa sama mak tengah sambung belajar, ayah pulak baru bertukar tempat kerja. macam2 sebenarnya. tapi saya seronok dengan semua yang saya dah lalui. sebab nanti saya ada cerita untuk diberitahu kepada anak2 saya kelak bahawa di saat saya sedang berdiri sebagai doktor gigi ketika itu (amin), saya bukan berdiri dengan mudah sebaliknya jatuh terduduk banyak kali sehingga akhirnya saya berjaya menjadi seperti yang saya harapkan (amin) dengan berpaut erat dan kukuh pada Yang Maha Berkuasa =)

Thursday, October 6, 2011

sepinya blog ni~

salam~

blog ni sepi, kan? tapi saya bersyukur sebab masih ada yang sudi menjenguk *tunduk hormat* tanpa anda siapalah saya. jadi hari ni nak pecahkan kesunyian yang menyelubungi tu.

dari minggu lepas lagi dah draft satu entri tapi sampai sekarang tak publish2 sebab agak busy. sekarang tidur awal tapi bangun agak melampau lambat (ok, taklah melampau) lepastu balik kuliah tak nampak apa dah kecuali katil yang berbalut cadar gambar teddy bear kesayangan. 

sekarang dah start belajar betul2. sedar tak sedar dah masuk sebulan rupanya saya kat fakulti ni. sangat seronok!!! bukan nak buat anda cemburu atau timbul perasaan riak tapi sebaliknya pertama kali pulak saya rasa saya enjoy belajar sebab minat. 

setakat ni saya dah belajar pasal nama2 gigi, bentuk2 gigi, ukiran2 kat gigi yang setiap satu ada nama tersendiri, lepastu mengenali setiap jenis gigi di mana setiap satu amat berbeza dari yang lain. jadi, kalau jumpa tengah jalan kita boleh tahu gigi itu dari kedudukan mana. lepastu dah mula jugak buat praktikal mengukir gigi =)

best memang best tapi saya yakin kalau anda berada di tempat saya, kadang2 anda akan rasa macam nak lari daripada semua ni. bayangkanlah, saya seorang yang suka mengira (sikit2 je sebenarnya) tapi bila masuk dental surgery ni, dah tak ada kira mengira dah. jadi saya rasa macam otak saya senget sebelah sebab banyak input masuk (menghafal dan memahami apa yang saya belajar) tapi output tak banyak. maksud saya, kalau ada kira2 at least ada jugak output,kan? takpelah. nanti saya akan cari jalan untuk muntahkan setiap yang saya dah masuk tapi tak keluar2 ni =D

lepastu kat fakulti selalu ada aktiviti. macam hari tu, kitorang ada English Escapade. best? haha~best la tapi haruslah duit melayang banyak. duduk sini lagi2 kat kuala lumpur ni kos hidup agak tinggi. no wonder la senior pun cakap biasiswa jpa macam banyak padahal takdelah banyak mana pun. lepastu buku2 bukannya murah. ni pun sampai hari ni mana dapat lagi jpa. bergantung pada pa n ma je. tapi memang kena berjimatlah. nasib baik hari tu ada mohon duit zakat. harap2 dapat. kalau tak, kebuluranlah sebulan dua ni sebab dengar2 jpa masuk lepas raya haji nanti. insya Allah~

eh, sambung balik pasal program tadi. nanti dengarnya ada Family Day pulak, lepastu nak buat program Mentor Mentee dengan adik2 Tamhidi Pergigian (yang macam pernah cerita dekat entri sebelum ni). tapi best jugak program banyak2 ni (haha!!) release sikit tension belajar. 

apa2 pun, semoga kita semua dapat belajar elok2 dan bermanfaat kepada ummah. amin~belajar apa2 pun sama je. tak ada beza pun. anda mungkin susah belajar bahagian situ, saya pun ada kesukaran juga di sini. hakikatnya hidup bukan seperti yang kita impikan tapi hidup jadi bermakna bila kita manfaatkan dan syukuri nikmat yang ada dengan sebaiknya =D

p/s: nak kumpul gigi. siapa2 yang giginya dicabut atau patah sila bersihkan elok2 dengan dettol dan sebagainya lepastu bagi kat saya, ea? haha~tak kisahlah gigi taring ke, gigi depan ke, gigi geraham ke. urgent2. nanti insya Allah tahun 2 nanti nak pakai =D