salam~
hari ni rasa sakit sangat. memang tengah sakit pun sebenarnya. bukan sakit hati sebab hati memang dah lama sakit. yelah, ada seinci hati tu ada orang dah curi pastu pergi bawak lari. *mengarut*
sebenarnya hari ni sakit yang selalu rasa sakit tu. sakit yang bulan-bulan tu la. susah betul. haha~terus straight to the point. sebenarnya kalau boleh nak aje mintak mc tapi lepas tu rasa macam, mengadalah. sebelum ni tak payah cuti pun takpe. apasal kali ni nak pulak? =="
lepastu hari ni rasa lagi sakit sebab sangat sibuk uruskan duit2. duit untuk beli jajan family day, duit gambar dan duit kelas. kawan2 lain masa self study dapat baca buku saya sibuk kira duit, sibuk mintak duit. duh.. memang makin bertambahlah rasa sakit tu. asyik tertunduk je tahan sakit =(
kadang2 pernah jugak terfikir, orang kata sakit tu 1/10 daripada sakit bersalin. wallahua'lam. macam ni je pun dah rasa menggigil, sentuh benda sejuk sikit pun tak boleh, pinggang rasa macam tak dapat tampung kesakitan tu, minum air pun kena pilih yang suam2 je. apatah lagi kalau masa mengandung dan bersalin nanti. huhu~
tapi ada orang pernah sampaikan kat saya, bahawa sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. jadi, apalah salahnya rasa sakit macam ni sebulan sekali sebab penghujungnya akan membuatkan kita muhasabah semula diri kita. untunglah kita masih dapat rasa sakit dan sedar bahawa ini salah satu ujian yang Allah bagi kat kita supaya kita kembalikan perhatian kita yang terlalai dari mengingatiNya. kalau tak rasa sakit? mungkin kita akan terus hanyut, mungkin kita akan terus buat dosa kita dan na'uzubillah, kita mungkin akan terus lalai dari mengingatiNya.
jadi, jangan susah hati atau bersedih. Allah takkan bagi kita sakit saja2. kalau nak compare dengan apa yang Nabi Ayub rasa, jauh sangat. Nabi Ayub sakit lagi dahsyat tapi sikit pun tak lupa Allah. jadi, kita muhasabah diri kita sama2 =)
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment