Thursday, November 3, 2011

4 benda yang saya nak

salam~

1) saya nak belajar bersungguh-sungguh dan menggenggan segulung ijazah sarjana muda pembedahan pergigian dalam masa 5 tahun dengan keredhaan ibu bapa dan Allah =)

2) saya nak rawat orang2 yang perlukan rawatan dengan segera dan tak kenakan bayaran kepada mereka sebab salah satu impian saya ialah menjejakkan kaki ke Palestin dan bantu saudara saya di sana.

3) saya nak kahwin awal *wink wink* dengan harapan kalau saya dapat kahwin awal, ada orang boleh tengok2kan saya bila jauh dari famili. tapi saya tahu Allah sentiasa menjaga saya =)

4) saya nak jadi orang yang baik dan bermanfaat kepada ummah. saya nak sayang semua orang yang saya kenal dan saya sayang. (err)

p/s: tiba2 rasa macam kalau kahwin awal mesti masa tu rasa macam kena paksa kahwin. harap2 dapat kahwin dengan orang yang baik dan memimpin saya menuju redhaNya. oh, cik abang zaujku, di manakah anda?

2 respons terhadap bicara saya:

farizaat said... [balas komen ini~]

saya juga nk menggenggam ijazah MBBS n nk buat HO cpt2.. kalau Allah izin dlm 8thn dr skrg sy da jd doktor. saya hrp sy dpt sabar n tabah meniti hari2 mndtg.

saya nk tolong org susah jgk. saya nk keje kjaan tp saya xnk terikat 10 thn. saya nk pastikan emergency department ada doktor btugas kat semua bilik rawatan.

saya pun nak kahwin. kalau Allah izin, saya nak kahwin dgn org yg ada dlm doa saya. Kalau xditakdirkan kat dunia, semoga saya jumpa dgnnya di syurga.

saya nak jadi juga mu'min professional n bawa kebaikan pd ummah. juga mnjadi hamba yg solehah, bsyukur n qanaah dan anak yg baik.

semoga dpt2 jd yg tbaik same2! ^_^

fatma ayuni said... [balas komen ini~]

semoga pah n kite sume 1batch dpt kejar cita2 masing2!!!! p/s: kawen awal pn ape salahnye kan..huk3..