Friday, December 30, 2011

duduk pandan indah makin...

salam~

kesimpulan yang dapat dibuat setelah hampir 4 bulan tinggal di pandan indah, saya semakin banyak:

1) MAKAN
2) TENGOK TV
3) TIDUR (sebab katil best)

taktaulah kenapa suka sangat 3 benda tu.padahal exam final dah dekat. ngengeng betul. harap2 dapat buang tabiat buruk ni dan mula pecut untuk buat yang terbaik final ini. tak boleh malas2 dikhuatiri sikap ni berterusan sampai sem 2 pulak. dahlah sem 2 nanti ada professional exam. mana boleh main2.

jadi, harap2 dapat jadi lebih rajin dan baik lepas ni. amin.

semakin dekat periksa, semakin banyak groupwork yang menanti diselesaikan. tapi alhamdulillah dah ada yang settle.

1) presentation amelogenesis (selesai)
2) debat arab (selesai)
3) lab report biochem (minggu depan hantar)
4) lab report physiology (sama cam biochem jugak)
5) presentation product untuk subjek English (idea dah ada tapi tak start apa2 lagi setakat ni)
6) assignment ICT (buat pasal Turki Uthmaniyyah n kena buatkan part intro tapi sampai sekarang tak start lagi)

setakat ni itu je kot. tapi tetiba hari tu tengok ada pembahagian kumpulan untuk Anatomy sesi tengok mayat pulak. tak tau la kot2 kena bentang jugak time DR (dissection room) tu.

akhirulkalam, semoga Allah mudahkan segala-galanya.

untuk kawan2, bittaufiq wannajah fil imtihan niha'i. Allahuyassir wala tu'assir =)

oh, ya. dah nak masuk tahun baru. selamat berumur 20 bagi rakan2 sebaya =D *yeye..dah tua bole kawin

Sunday, December 25, 2011

kalau saya tak dapat bagitau~

salam~

kalau saya tak dapat bagitau, tolong bagitaukan kat mak ayah saya yang saya sayang sangat kat mereka. walaupun saya tahu saya selalu tersilap dan terlukakan hati mereka. tapi saya harap mereka faham, bahawa  saya sentiasa meletakkan mereka di tempat kedua di dalam hati saya setelah Allah dan Rasul.

kalau saya tak dapat bagitau, tolong bagitaukan kat kakak saya dan adik2 saya bahawa saya sayang sangat mereka. walaupun saya tahu yang selalu jadi adik dan kakak yang jahat. tapi saya harap mereka tahu yang selalu teringat kat mereka, hatta ketika sedang lecture sekalipun.

kalau saya tak dapat bagitau, tolong bagitaukan kat cikgu2 saya yang saya sayang mereka dan berterima kasih banyak2 kat mereka. walaupun kadang2 saya jadi murid yang tak baik, tapi mereka tetap mengajar saya, berkongsi ilmu dengan saya.

kalau saya tak dapat bagitau, tolong bagitaukan kat dua kawan baik saya, Yasmeen dan Fariza yang saya sangat sayangkan mereka. saya jugak sangat berterima kasih kat mereka sebab sentiasa sabar melayani karenah saya, sudi mendengar luahan saya ketika semua orang hanya tahu mendesak dan meminta. sentiasa ada ketika saya perlukan seseorang untuk saya kongsi kegembiraan saya, ketawa saya dan sudi memujuk bila saya menangis. juga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya.

kalau saya tak dapat bagitau, tolong bagitaukan kat kawan2 saya yang lain yang saya sayang mereka dan percayalah, setiap mereka ada tempat di hati saya. terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya, sabar melayan karenah saya, sikap panas baran saya dan bersabar dengan kehendak saya yang macam2. sudi ketawa bila saya buat lawak tak pandai dan sudi membantu saya bila saya kesusahan.

kalau saya tak dapat bagitau, tolong bagitaukan kat 'dia' yang saya suka. saya harap Allah akan bagi yang terbaik untuk dia. saya harap dia akan jumpa the best Muslimah to be his zaujah. terima kasih atas pengalaman yang singkat itu. 

may your life be blessed~

Friday, December 23, 2011

boikot je ke? lain xde?

salam~

dah lama tak meluahkan pendapat. hari ni nak luahkan sesuatu. 

perihal saudara-mara kita di Palestin. macam2 kekejaman yang berlaku kat diorang. memang teruk diorang dizalimi dan macam2 lagi. dan bila bercakap perihal peranan kita selaku saudara seIslam mereka, apa jawapan yang selalu kita dengar?

BOIKOT BARANG ISRAEL!! JANGAN MAKAN McD!! KFC PUN BOIKOT!! TERUSKAN BERDOA UNTUK SAUDARA KITA DI SANA!!

dan banyak lagi. semua bersemangat dengan harapan usaha itu tidak sia-sia.

yep, memang tak sia-sia pun. kita cuba untuk lumpuhkan ekonomi Israel, kita terus mengirim doa pada mereka sebab kita pun tahu bahawa Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

lepastu ada yang tanya: boleh ke setakat boikot semua tu? boleh. sebab kalau ikut kisah Nabi Ibrahim a.s sewaktu baginda dibakar hidup2 dalam api, ada seekor burung ciak2 (kalau tak silap) datang berulang-alik mengangkut air dengan paruhnya yang kecil supaya dapat memadamkan api yang besar tu. ada cicak lepastu datang, memperlekehkan usahanya, tapi burung tu cakap: aku takut nanti masa hari akhirat Allah tanya apa usaha aku ketika nampak NabiNya dibakar, aku jawab tak ada, Allah akan hukum aku.

sebab tu burung tu cuba jugak. 

tapi, kita nak jadi macam burung tu ke? boleh kalau nak jadi. tapi, umat Islam ni kekuatannya setakat kecil2an ke? tak boleh usaha lebih lagi?

sedangkan membenci kemungkaran dengan hati pun dikata selemah-lemah iman. kenapa kita tak boleh jadi pemimpin Islam yang berkuasa? dengan cara itulah yang terbaiknya yang dapat mencegah kemungkaran.

macam sekarang ni, kemungkaran sana-sini berlaku. sampai bila kita nak membenci?

serupa jugak dengan kes Palestin. kenapa kita tak boleh jadi pemimpin Islam yang berkuasa supaya satu hari nanti masa kuasa itu ada kat tangan kita, kita boleh terus merdekakan Palestin dan Masjid al-Aqsa kita dengan lebih mudah?

kita boleh jadi orang yang berkuasa itu. dengan syarat kita ubah diri kita, kita baiki diri kita untuk jadi Muslim yang baik, bentuk satu Baitul Muslim yang baik, bersatu padu wujudkan Masyarakat Islam yang harmoni dan mencegah kemungkaran dan menyuruh kebaikan, tubuhkan satu Daulah Islamiyah yang kukuh dengan pemimpin Islam yang baik, seterusnya wujudkan Khilafah Islamiyah dan akhirnya mencapai tahap Ustaziatul Alam yang kita semua inginkan.

kita memang manusia biasa. iman turun naik. saya pun macam tu jugak. tapi saya kat sini nak ajak semua orang yang saya kenal, yang saya sayang, kita ubah diri kita sama2. kita belajar bersungguh-sungguh. terutamanya kawan2 yang sedang menuntut dalam bidang EKONOMI, PERUNDANGAN, SAINS SOSIAL dan sebagainya. anda SANGAT3 DIPERLUKAN dalam membangunkan semula Islam kita.

bak kata profesor Physiology saya: tak payah fikir nak kahwin dulu masa belajar ni. belajar sungguh2 dulu. umat Islam kita sekarang ni kekurangan ilmu. dah habis belajar nanti belajar pulak ilmu keibubapaan.

see? belajar sungguh2 lepastu belajar ilmu keibubapaan. barulah dalam masa yang sama kita dapat didik diri kita untuk jadi Muslim yang baik, memiliki pasangan hidup yang soleh/solehah dan seterusnya membentuk Baitul Muslim yang berjaya.

insya Allah, yakinlah yang satu hari nanti Palestin akan kembali jadi milik kita dan Islam akan tertegak semula di muka bumi ini.

lastbutnotleast: sebenarnya pendapat ni diutarakan oleh seorang rakan kat kelas. tapi sebelum dia cakap tu, saya dah terfikir dulu, cuma berani cakap belakang2 je.terima kasih kawan kerana melahirkan pendapat itu. pengajaran terakhir: suarakan pendapat anda andai yakin itu benar. umat Islam kena berani!! ^_^

Tuesday, December 20, 2011

update ringkas~

salam~

dah seminggu broadband maxis kena potong. sebab bayran tertunggak dari bulan lepas. bukan takde duit, sebaliknya takde masa nak bayar. sedangkan rumah sendiri yang beberapa langkah dari kampus tu pun dah lebih 3 minggu tak berjenguk, inikan nak menjenguk Maxis Center tu. haha~

jadi, atas permintaan seorang kawan, saya pun meng'update'lah blog ini. tapi bila dah update taktau nak buat topik apa. ada idea tapi perlukan masa yang panjang untuk ditaip dan dipublish.

sekarang dah hujung semester. cepat je. nanti tiba2 dah habis tahun 1, tiba2 dah masuk klinikal, tiba2 dah habis belajar, TIBA2 JE DAH KAHWIN!!!

haha~melampaulah tu tak sedar apa2 masa tu. tapi tulah, masa berlalu cepat sangat. dan dahtakde rasa nak riangria macam kat Tamhidi dulu lagi dah. *dahtuadahpun...

tahun baru dah nak tiba. umur pun makin bertambah, sedangkan amalan masih macam dulu. jom sama2 kita berubah =)

sekian, dah taktau nak cakap apa lagi. nanti update lagi *poyo je. macam doktor yang tengah houseman pulak sibuknya.

current mood: crush datang mengganggu fikiran. tiba2 je semua memori dengan dia *sebenarnya bertembung je* datang balik. anda, sila jaga diri baik2. tapi saya tahu Allah sentiasa menjaga hambaNya.

entah bila baru saya dapat lupakan dia yang tak ada kat depan mata ni....*sigh

Wednesday, December 7, 2011

kenapa saya xmain netball w/pun tinggi?

salam~

mood sekarang: tengah aktif main bola tampar walaupun tak reti satu apa.

sekarang saya masuk bola tampar. rasanya ni pertama kali saya main betul2 dan mewakili tempat saya belajar. sebelum ni masa sekolah wakil untuk kawad je.

saya masuk bola tampar. bagi yang tak tahu, saya tinggi lampai tau. sepatutnya saya pandai main bola jaring.

tapi saya tak pandai main bola jaring. langsung tak reti. sebab tu bila orang kata, "masuk bola jaring boleh tak?" saya terpaksa jawab, "tak reti main =("

disebabkan itu ramai yang bertanya, "kenapa tak main bola jaring?"

jadi, biar saya jawab kat sini.

dulukan, masa sekolah rendah, saya bukannya main betul2 pun. dan nama pun budak, haruslah tak tahu cikgu nak buat pemilihan ke apa kan masa tu. tapi, serius, memang tak tahu apa2 pun.

jadi, tahu2 budak2 yang main bola jaring ni semuanya budak2 yang jadi pengawas, yang rapat dengan cikgu, yang pandai, yang lawa, dalam senang kata, yang hot2 belaka.

saya? bukan pengawas, tak pandai (lepas dapat result upsr baru rasa diri ni setaraf) dan tak lawa macam diorang. saya tak hot. jadi saya tak main bola jaring.

lepastu bila masuk sekolah menengah, sebab tak reti main, orang pun prefer pilih yang dah pandai main. yelah, buat apa pilih orang yang baru nak belajar? macam gitulah lebih kurangnya.

oleh itu, sehingga kini saya tak main bola jaring. tapi saya boleh main kalau ada yang sudi ajarkan saya =)

sekian, karangan saya yang bertajuk "kenapa saya tak main bola jaring walaupun saya tinggi?".

*majulah sukan untuk fakulti pergigian =) 

p/s: doakan kami dapat buat yang terbaik untuk sufa (sukan fakulti) sabtu dan ahad nanti =D

Friday, December 2, 2011

berakhir sudah episod meng'carving' gigi

salam~

selepas dua kali jari telunjuk kiri tertoreh oleh pisau kecil tapi tajam. *tajam sangat!!

selepas lab coat yang diberi percuma oleh fakulti bertompok-tompok dengan wax merah yang cair dan menitik di atas lab coat tersebut secara tidak sengaja. *tau2 dalam poket pun boleh ada =,="

selepas keluhan demi keluhan kerana bentuk yang diidamkan tak menjadi.

selepas jeritan demi jeritan akibat jari terkena api 'spirit lamp' kerana begitu syok mencairkan wax *sampaikan dengar2nya ada orang rambutnya terbakar terkena spirit lamp tu*.

dan selepas beberapa minggu hidup bersama 8 jenis gigi yang perlu dilengkapkan demi menyediakan kami sebagai salah seorang bakal doktor gigi 5 tahun lagi *amin*.

maka pada hari ini, siaplah sudah gigi2 yang ditugaskan tersebut. inilah hasilnya.

buruk sungguh bila diambil dengan kamera handfon nokia c2..cis..haha
jangan percaya 100% kat gambar ni. indah khabar dari rupa je. haha~tapi alhamdulillah semalam tanya Dr. Hamid pasal gigi molar, beliau kata ok je. haha~terima kasih doktor. tapi, kita belum tahu lagi entah ye entah tidak ok tu. harap2 ok.

still..indah khabar dari rupa*apa2 pun, alhamdulillah
nampak tak yang warna silver tu? jari saya terluka kerana itulah. dah tu bila terluka, darahnya tak berhenti mengalir pulak. jenuhlah basuh jari bawah air mengalir tapi tak berhenti jugak. last2 berhenti kerana platelet sudah menjalankan tugas dengan baik =)

apa2 pun, tadi dah hantar gigi2 ni. sayang dan sedih pulak. alhamdulillah sempat adakan sesi bergambar sebelum gigi2 ni berpisah dengan saya. oh gigi2, sila behave apabila sudah berada dengan doktor nanti ya. saya dah ukir awak elok2, bagi awak merasa merendamkan diri dalam air panas dan kesat awak lembut2 dengan stokin hitam *yang dah tak gunalah* dan sebagainya.

maka selepas ni tak tahulah belajar apa pulak. tapi yang penting, semakin masa berlalu, semakin banyak benda baru yang kita akan belajar. doakan saya dan rakan2 dimudahkan pembelajaran serta dapat grad sama2 sebagai doktor gigi 5 tahun akan datang =)

sekian, laporan makmal pra-klinikal fakulti pergigian usim.

disediakan oleh: Dr. Nur 'Afifah Hairulazam (BDS USIM 2016) *amin banyak2 kali*